About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, May 23, 2014

Comprehensive Exam

Assalamualaikum wbt

Memandangkan tinggal kurang 3 minggu lagi untuk Tejaa menghadapi Comprehensive Exam Tejaa, Tejaa pn amik keputusan post satu entry terakhir sebelum berperang di dalam dewan exam. Rasa macam tak percaya je akhirnya Tejaa dah berada di titik terakhir perjuangan Tejaa sebagai seorang pelajar vet kt cni.

Isnin ni hari last Tejaa lalui Small animal rotation. Detik paling stress Tejaa rasa. Dah lama tak balik kampung.

Rasanya bulan 6 nanti adalah bulan yang paling kelam kabut. Satu sebab Tejaa ada Exam, lepas 2, Tejaa kene hadiri temuduga kerja di Melaka yang memang Tejaa dah dapat pun. yang ke tiga, Tejaa kene buat persiapan kahwin, yakni kene setelkan kursus kawin, permohonan kawin dan sebagainya. keempat, memandangkan Tejaa bakal dijanjikan kerja di melaka pada bulan 7, tejaa kene uruskan rumah sewa sebelum bulan 7. 

memang terlalu banyak mende nak buat time 2...

semoga semuanya berjalan dengan lancar. semoga Tejaa lulus dengan jayanya, bawak pulang trascript dan segulung ijazah..dan akhir sekali semoga perkahwinan berjalan lancar. 

Doakan yang terbaik untuk future Tejaa.