About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Showing posts with label Haiwan Kesayangan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan Kesayangan. Show all posts

Monday, December 23, 2013

KKU

Assalamualaikum wbt.
Korang pernah dengar tak term KKU. Mesti tak pernah dengar kan.. How about OKU. Yang ni korang taw kn.. Tp KKU??
Mesti la x taw sbb term ni Tejaa reka sendiri..teheee.. Jangan korang pegi Google lak KKU ape..ni term x established taw..hahak
KKU merupakan Kucing Kurang Upaya yang Tejaa reka setelah melihatkan dua ekor kucing buah hati milik Tejaa sekarang.
Tejaa ada 2 ekor kucing. Satu namanya Oyen, satu namanya Vet. Walaupun Vet belum lg Tejaa miliki sepenuhnya, Tejaa tetap teruja nak bercerita tentang 2 budak nakal ni
Oyen, sedia maklum Tejaa bela sejak kecik.
Oyen tejaa gelar OKU sebab pernah eksiden kereta, dan pelvicnya patah. Oleh kerana umo oyen masih budak (4 bulan) dan availability of vet kt terengganu kurang, terbiarlah oyen dlm keadaan begitu sehingga sekarang, Oyen sembuh, namun, cara berjalam yg tidak normal bg seekor kucing.
Walaubagaimanapun, semasa Tejaa decide utk terus membela oyen tanpa PTS, tejaa memerhatikan ABU Oyen.
A= Appetite
Oyen tidak mkn langsung slepas accident. Walaupun diberi makanan kegemaran Royal Canin + wet food, tetap tak dijamah. Tapi selepas diberikan ubat tahan sakit, Oyen akhirnya menjamah makanan. Oyen tak makan bukan sbb xsedap, tp sebab sakit.
B= Bowel
Selepas accident, oyen tak mengalami masalah berak langsung. Oyen tetap berak seperti kucong normal. Sebab tejaa paling risau sekiranya oyen tak berak sebab dalam keadaan tulang pelvic h patah, oyen mgkin akan mengalami kecederaan saraf, dan penyahtinjaan akan terganggu. Oyen mungkin akan sembelit. Sebab tu tejaa sentiasa perhatikan Bowel Oyen. So sekarang oyen berak normal, means xde kecederaan saraf
U=Urination
Oyen pun tetap kencing mcm biase. Tiada masalah kencing langsung. Tak kencing dedas@ tiada msalah tahan kencing. Same mcm Bowel, means takde kecederaan saraf.
Oyen masih budak, tulang oyen sedang membesar, dan tulang oyen akan  heal walaupun tidak senormal dahulu. Oyen sekarang sedang membesar dengan sihat seperti kucing2 lain, tetapi, oyen sudah Tejaa kategorikan sebagai KKU iaitu kucing kurang upaya.
Cara berjalan oyen unik, tulang pggungnye kecik, kerana dh patah, tetapi oyen masih mampu aktif seperti kucing2 lain. Masih berlari2 mengejar bola. Masih terlompat2 menyergah ayam. Dan masih berjalan2 walaupun dengan gait yg pelik.
Lepas ni oyen akan dapat kawan baru yg same KKU mcm die. VET pun aktif budakye, suka melompat, berlari terkinja2.
Why KKU? Kenapa masih bela kucing kurang upaya?
Soon, they will call me Doctor and I will be a vet. Patutkah tejaa menasihatkan owner utk menjaga kucing2 mereka, membela kucing2 mereka, sedangkan tejaa, ape yg tejaa buatkan utk selamatkan kucing tejaa.
Aim tejaa, utk berikan mereka life quality. Apa yg terjadi pd mereka, atau ajal mereka dtg menjemput, itu bukan hak tejaa utk menentukan. Apa yg tejaa tahu, oleh kerana tak ramai yg ingin meletakkan effort utk menjaga kucing2 yg serba2 kekurangan ni, tejaa akan usaha.

OYEN vs VET..Hari2 kerja mereka fighting. Nasib baik dua2 x bertengkar.
Semoga keduanya bertambah sihat. InsyaAllah..

A cat, a pet, a vet.
Satu ikatan

Friday, June 1, 2012

PROKASIH

Assalamualaikum wbt..

PROKASIH..Apa tu PROKASIH...? Untuk pengetahuan sahabat2 Tejaa PROKASIH merupakan satu program beserta dengan kempen yang dijalankan setiap Tahun oleh pelajar2 Fakulti Perubatan Veterinar UPM dengan tagline CATCH, NEUTER, RELEASE. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk rasa cinta kita pada haiwan dalam masa yang sama memupuk sifat kasih sayang serta melindungi haiwan terbiar iaitu kucing. Dalam program ini, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk program pemandulan kucing untuk mengurangkan staitistik kucing terbiar terutamanya di sekitar UPM. Terdapat juga talk untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Fardhu Kifayah ini iaitu melindungi dan memberi perlindungan kepada kucing terbiar. Memandangkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang atau mendera haiwan-haiwan terbiar ini, semakin banyak kucing terbiar yang nasib mereka belum tentu terbela. Jadi program pemandulan kucing terbiar ini merupakan salah satu solusi bagi mengurangkan pembiakan kucing terbiar, sekaligus mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka dek tangan kejam manusia.

Kasi? Kejam? Mari kita lihat..

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan. Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri(memandul) binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
So, Tejaa nasihatkan kepada sahabat-sahabat yang memiliki kucing peliharaan, cara terbaik, mandulkan kucing anda sekiranya anda tidak mahu bertanggungjawab di atas generasi2 kucing terbiar yang dilahirkan daripada kucing anda. Kalau anda mampu untuk menjaga mereka, carry on. Tak perlu mandulkan. Tak susah. Keluarkan sedikit wang tak sampai 2 3 ratus pun untuk mandulkan kucing anda. Tak rugi pun. Tejaa ingin berpesan kepada sahabat-sahabat, sekiranya ada kucing yang 'meminta sedekah' di kedai ketika anda sedang makan, atau anda sedang membeli belah di pasar, hulurkanlah sedikit makanan. Semoga dengan bantuan anda hari itu mampu mengenyangkan mereka selama seminggu. Bayangkan kalau tiap2 hari ada seorang insan yang memberi mereka makan, sekurang2nya mereka hanya berlapar untuk sehari. Ini pun dinamakan sedekah taw. Kalau kita berbuat baik kepada haiwan, jangan lupa, haiwan itu akan mendoakan kita. Pernah dengar satu kisah pelacur diampunkan dosanya kerana memberi anjing minum? Kalau pernah, sama-sama kita jadikan iktibar bahawa, haiwan itu perlu dijaga dan jangan dihina kerana, seburuk2 haiwan, mereka lebih mulia dan dijanjikan syurga..Kita? Belum tentu lagi...:)

Program PROKASIH diadakan tiap2 tahun, sesiapa yang berdekatan dengan UPM, jom volunteer untuk program akan datang...:)

Kucing2 di kolej Tejaa semasa program enumeration. Sangat comel dan gemuk sebab setiap hari mesti ada yang hulurkan makanan. Ini semua kucing terbiar taw..!!









Semat di hati ungkapan kat bawah ni ok?
Jika kamu lebai pakai serban hijau sekalipun, tapi apabila datang seekor kucing minta makanan, tetapi kamu halau dengan kaki kamu, rosak amalan kamu kerana akhlak kamu. Sedangkan Muhammmad SAW tatkala seekor kucing tidur di atas serbannya, dia kata, biarkanlah

Wednesday, April 18, 2012

I'm A Surgeon Part 4 - It was hard to let her go..

Assalamualaikum wbt...

Fuhh...Tejaa baru je habis men2 lompat tali skipping uh..Penat dan berpeluh, jadi mood study pun da kureng ckit sebab tadi duk ngadap nota je, mood untuk bercheretaa dah datang..Teehee...

Ari ni, as usual, kalo hari selasa, Tejaa akan update kesah Tejaa dalam dunia SURGERY ni.
Hari ni, macam biasa juga, kami 1 group yang terdiri daripada 6 orang akan switch tugas masing2 setiap minggu. Minggu ni, tugas Tejaa jatuh kepada --->>ANAESTHETIST...woah..susah woo jadi tukang bius ni mak hang. Orang terpenting dalam sesebuah surgery ialah anaesthetist. Kalu anaesthetist haprak, gagal lah surgery tersebut, dan Innalillah la patient tuh..Huhu..

Lebih kurang jam 11.45 pagi tadi, Tejaa dah siap makan, tukar baju sume untuk pegi amek patient untuk PREMEDICATION. Hari ni, Tejaa tak pilih pun anjing mane yang Tejaa suke, mane yang hulur kepala kuar dari cage, itulah Tejaa sambut dengan chain kt leher. 

Tapi hari ni, patient Tejaa laen dari selalu. Kalau sebelum ni, patient Tejaa punya la garang nak menggigit2, tapi kali ni, she was so sweet and manja..wuuu...nak nanges rase bile fikirkan anjing tu kami akan bedah kemudian 'put to sleep'. Bile Tejaa taruk chain kt leher die, die terus melompat dan berdiri dengan kaki belakang, kemudian lidah die jelir2 and buat muke sweet menandakan die sangat lah playful..huuu...

pic courtesy from pakcik Goooogle
cani ha die berdiri, hehe..nk eksplen pon x reti sangat..hehe..chomell kan..?kan3..?hehe

Mase Tejaa duk amik heart rate, respiratory rate and temperature die pun, still die men sondol2 belakang tejaa, kuis2 kasut Tejaa..Comel sangat...Kalau la kau ni tak haram, dah lame aku bela...Hehe...Tapi takpe..jangan risau, Tejaa properly attired dengan labcoat dan scrub tshirt. So, hanya perlu samak baju saje, tak kene badan hokey. Walaupun terpaksa berurusan dengan najis Mughollazoh ni, Tejaa teap jaga tu semua. Terpulang kepada diri sendiri. Sentuh bila perlu. Takdela nak gosok2, cium2, peluk2 bagai..Tejaa taw batasnye okeh..Teehee..ok stop.

Bile tiba waktu untuk sedate, Tejaa terpaksa taruk muzzle sebab takut die terkejut kesakitan dengan injection kat pinggul die tuh..Hehe...Lepas muzzle, die atau nama yang group Tejaa bagi ialah Coco buat muke sedeyh. Coco tak struggle bile muzzle tu ade kt mulut die. Coco pun x kuis2 atau cuba nak cabut. Tapi nak tau ape coco buat..?

Coco duduk, pastu die letak kepala diantara lutut Tejaa dengan muka mintak simpati. Waktu ni Tejaa tengah mencangkung. Tejaa pun tak sampai hati tengok muke coco tagih simpati, dan akhirnya Tejaa dan surgeon Tejaa iaitu Liwi, amek keputusan untuk bukak muzzle tu. AKhirnya, Coco kembali ceria. Lepas je Premed, Coco still still melawan kononnya nak lawan efek dadah yang dah masuk dalam salur darahnye tu. Coco still jalan2 dan lompat2 nak bermain. Tapi bile 10 mnit lepas inject sedative, coco mula jalan senget2, kemudian bile die dah xlarat, terus coco duduk dan letak kepala atas lantai dengan mata sayu. Tejaa pun terus angkat coco masuk PREPARATION ROOM.

Akhirnya, coco pengsan dengan sedatives yang telah diberikan 15 minit yang lepas.. Teeehee...

Bila dah selesai Surgery, Tejaa terpaksa 'put to sleep' Coco dengan rela hati. Walaupun sebenarnya teringat tingkahlaku coco yang sangat comel, tapi terpaksa let her go. Kalau biar dia hidup, sape nak jaga...?Sape nak bg makan..?Because she was just a stray dog, even some said that she deserved a life, tapi bagi Tejaa, apalah ertinya dia hidup jika dalam keperitan. Ingat, anjing walaupun sama najis dengan Babi, tapi kita tak boleh aniaya anjing. Kalau Babi, kita dapat pahala untuk bunuh. Sunat untuk kita bunuh babi, tapi berdosa kita bunuh anjing dengan niat untuk aniaya dia. Kalau tak caye, tanya Ustaz Azhar.

Apa2pun, sampai sekarang ni pun Tejaa masih teringat gelagat Coco. Seumur hidup Tejaa, inilah kali pertama Tejaa jumpa Stray Dog yang teramatlah friendly. 


Sunday, April 15, 2012

Fed The Strays..

Assalamualaikum wbt..

Seminggu Tejaa menyepi sebab balik holiday kt Terengganu. Cuti seminggu memang excited la, maklom la dah lame tak spend time ngn fameli..Bezz bile dapat rase 2 sume, jalan2 n fameli..hehe..

Jejak je kaki kt rmah, Tejaa macam biase la, mesti beri perhatian pada si gemok kesayangan Tejaa 2. Mandikan, cek kutu ade ke x, cek sehat ke x, cukup makan ke x, bile da wangi2 baru bole pelok dengan selesa..Hehe...

Bila dah 2 hari Tejaa kat rumah, baru Tejaa sedar yang bilangan kucing terbiar kat area umah Tejaa semakin bertambah. Semuanya gara2 si gemuk Tejaa yang duk menghasilkan zuriat merata2..Uhh...nak kasi pon taw2 la, kt terengganu susah betol nak cari klinik haiwan..Sabo jele.

Jadi, Tejaa ambil keputusan untuk menambahkan pahala fardhu kifayah dengan memberi makan kepada kucing2 terbiar ni, ataw name lainnye stray cats. Tejaa ke supermarket, terus menyambar satu pack besar WHISKAS TUNA untuk si gemok dan juga strays kt umah..Hehe...Balik je umah, Tejaa duk memikirkan cemane nak jemput stray cats yg memang liar dan takut orang ni supaya datang makan kt umah Tejaa ni.
pic courtesy from pakcik Google

Maka, Tejaa pun isi satu bekas penuh dengan WHISKAS, Tejaa tinggalkan kt tangga belakang umah, lalu Tejaa menyorok di balik pintu. Tak lame lepas 2, dorang datang dengan penuh berhati2 nak makan, and finally, dorang makann!!!Hahaa

Punya la seronok Tejaa waktu 2, terus snap gamba sekeping..Hehe


Yang menghairankan Tejaa, kucing kalau makan, selalu bising, gado2, tapi kali ni, dorang siap beratur tunggu turn memasing. Haha...Comel sangat. Kucing pertama ialah si ibu beranak tiga. Baru je seminggu melahirkan anak. 2 yang tengah syok makan 2 la die (dalam gambar). Kucing kedua, yang kaler coklat 2, tak taw dari keturunan mane, dulu mase die kecik2 Tejaa perasan die selalu maen sekor2 kat garaj kereta ayah, bile nak amek, kelam kabut die lari. Dah anak dara dah die sekarang eh..Kucing Tejaa pulak dikurung dalam umah, sebab kalo dilepaskan, die suke ngacau kucing2 laen tengah makan. Dengki. Noty betol dak sorang ni. Lepas peristiwa Tejaa bagi makan, tiap2 hari kucing2 2 dok tunggu kt tangga belakang umah tunggu makanan. 

Tejaa happy tiap2 waktu tengahari, Tejaa akan bagi dorang makan. Ayah memang marah Tejaa bagi makan camtu. Sebab banyak kucing kan, kot tak terberi makan, nanti dorang mengharapkan makanan kita hari2 plak. Tapi Tejaa tak peduli. Tejaa kesian kan kucing2 tu. 

Hari ni, Tejaa dok teringat, sape la yang bagi makan stray cats tu. Harap2 dorang berjaya mencari makanan. Kalau yg si ibu 2 pandai, die suke panjat tingkap umah, pas2 makan makanan yang si gemok Tejaa tak habis makan. Taw2 je bekas kosong. Dulu, Tejaa ingatkan Si gemok yg makan habis. Cehh, upenye kantoi si ibu yang curik..Hehe...


p/s: Kalau kita buat baik kt Haiwan, Haiwan tu akan doakan kesejahteraan kita. Sejahat manapun haiwan tu, Ingat, dorang masuk syurga jugak. Sejahat mane manusia, kalau tak taubat, masuk NERAKA...So, Stop Animal Abuse!!!