About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Apa Yang Vet Student Buat Ehh Selama 5 tahun?? Vol 1.

Assalamualaikum wbt..
Hari ni, Tejaa tak dapat lelapkan mata. Mungkin terlalu penat bekerja. Tadi, Tejaa ada terima private mesej drpd bebrapa adik2 yang nak tahu lebih lanjut life sbg student vet. Jadi, Tejaa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan sbg seorang student vet. Tapi cerita Tejaa ni reverse taw.. Tejaa akan start dengan final year dulu baru ke first year. Hehee.. Saje la kunun nk suh org bace kannn..haha

Orait. Apa yang korang bakal tempuh di tahun akhir.
1) Final Year Project
2) Rotation
3) Rounds
4) Clinical Conference
5) Comprehensive Exam

Orait. 5 ini adalah yg paling signifikan dlm kehidupan student vet tahun akhir. Tahun akhir tu tahun ke 5 la ye..jgn lupe, no matter korang ex diploma ke, asasi ke, matriks ke.. Korang tetap kene study vet 5 years!! No excuse kehh..5 benda ni la yg buatkan khidupan final year student tersangatlah hectic atau extreme atau memenatkan atau stressfullllll..
Final year project dah kne start as early as in 4 th year. Korang kene cop supervisor, kene fikir tajuk project and run the project dlm masa 6 mggu. Kau hado? Lepas run project, kene present pulak. Lepas present kene buat thesis pulak.

Tejaa & supervisor utk Final Year Project. Mase ni takut bak ang sbb tejaa speaker pertama kott.  
Ni la benda yg paling serabut. Thesis. Setwlah direjek beberapa kali, ni lah hasil nye ehh kauu..

Ok then, the most important thing yg memberi kesar besar dlm hidup korang sbg final year sudent adalah rotation @pendeknya kitorang panggil rota. Rota ni llebih kurang mcm korang jd doktor peltih la..setiap hari isnin sampai rabu korang akan ditugaskan di tempat2 tertentu di fakulti..hanya surgery dan ward shja yg korang kene duty for the whole week..srksa kauu..2 mggu x merasa weekend taw..kalah keje kilang..haha...tp rota ni la yg paling bnyak mengasuh dan mendudik korang tuk jd the best vet bile korang dh keje nanti. Nanti bire korang dh jadi vet2 mcm Tejaa ni, baru korang taw erti penyesalah x sungguh2 time rota..kao hado??? Hahaha

Orait, apart from rota, mende yg agak scary adalah bile kprang kene present rounds. Rounds tu ape yeh? Pusingan kah? Bulat kah?
Sebenarnye roubds ni ibarat report yg korang nk share kpd semua orang tentang ape yg korang buat time rota. Usually it is more on case report. Contoh korang handle 1 kes, lecturer akan pilih case yg sesuai untuk dibentangkan dlm rounds. Masa taon 4 kemain lagi duk gelak2 senior kene hantam n lecturer sbb case report hampeh...tp bile dh merasa sendiri..tahulaaa..hahaha

Clinical conference. Kejadah apakah?? Ha ni pon satu scary..hahaha..bukan niat nk takutkan la..tp niat suh prepare awal2 sebab Tejaa taknak korang menyesal. Clinical conference ni bukan hangpa tngok org present ja..hangpa pn kena present skali. Dan hangpa kena ingt yg hangpa akn dinilai..
Ok mcm ni, korang diberi pilihan untuk memilih case2 yg menarik untuk di bentangkan di hdpan audiens dan utk dinilai tp dengan syarat case tu di supervise oleh mana2 lecturer yg korang pilih sndiri. Jadi, elok2 la cari case yg menarik awl2..senang nnti takde terhegeh2 nk tukar tarikh conference n org laen..
Mcam Tejaa salu buat la..heheh..heheheee..malu titewww..

Akhir skali comprehensive exam..apakah???/
Ok nak taw pasal comprehensive exam, Tejaa kene bukak entry baru..sbb complicated sesangat semangat sehangat ngat ngattt..

Mohon korang faham ape yg Tejaa bebelkan..masa utk krohhh3...esok koje laa..hehe..
Papai uolsss..cup3...

Thursday, November 7, 2013

Terganggu

Assalamualaikum wbt..

Hari ni merupakan hari kedua selepas 'benda' yg ada dalam badan tejaa ni dibuang. Terasa masih segar dalam ingatan kesakitan yg tejaa tanggung semasa proses tersebut, hanya Allah SWT shj yang tahu. Allahuakbar.

Hati kerap terasa sebak, terasa empty, terasa mcm bru lepas berpisah dengan sesuatu. Badan terasa lemah, lesu, tejaa sendiri sedar tejaa menjadi semakin pendiam, kerap termenung, tidak seceria sebelum ni. Bila rasa tak berupaya hadapi sorang2, tejaa call mak.

Bila terasa tertanya2 mengapa perasaan begini harus ada, ustaz mula berbicara. Semua ini perkara normal tejaa akan rasa bila benda tu terpisah dari tejaa. Pesan ustaz, teruskan amalan yg ustaz pesan supaya 'benda' tu tidak kembali lagi.

Tidur malam masih belum lena. Masih  terganggu. Begitulah jin, iblis, mahupun syaitan sehingga ke hujung nyawa pn berusaha untuk menyesatkan anak Adam. Kaki bagai ditarik2 sehingga tersentak, tidur bagai dikejutkan oleh seseorang. Allah, kadang2 ter memgeluh sampai bila harus begini. Yang tejaa mampu buat hanyalah membasahkan lidah dengan ayat2 Allah.

Pic courtesy from Google

Kesan kesakitan d leher masih terasa. Tempat yg paling sakit masa berubat. 'benda' tu sakit, tejaa turut terasa sakit, tapi apakan daya, tejaa tak mampu mengawal diri tejaa, seolah dikenakan remote control, seolah2 badan tejaa digunakan oleh sesuatu dalam keadaan separa sedar.

Allahuakbar, tak dapat gambarkan kesakitan. Rasa bersyukur pada Allah kesakitan ni ditamatkan dengan ayat2 Allah. Bermacam2 tempat sudah dikunjungi inilah pengakhirannya.

Sesungguhnya benarlah ayat Allah itu penawar segala kesakitan.

Wednesday, November 6, 2013

Surah Al-Baqarah ayat 102

Assalamualaikum wbt..
Dalam entry sebelum ni, tejaa kongsi tentang amalan untuk kuatkan diri/pendinding drpd gangguan jin, iblis, syaitan mabupun sihir. Salah satu amalannye ialah bacaan surah al Baqarah ayat 102. Kt bawah ni tejaa sertakan terjemahan ayat tersebut.

pic courtesy from Google
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

Dalam Quran pun dah cerita tentang manusia dan sihir. Zaman dulu pn dah ada org yang menyihir untuk pisahkan suami dan isteri. Semuanya bermula dengan hasad dengki. Nauzubillah. Setiap kali tejaa baca terjemahan ayat ni, tejaa akan rasa sebak yg amat. Kadang2 tak sedar air mata mengalir. Wahai sahabat, jangan la mendekati sihir ni. Walau orang buat jahat mcm mane pn pd kita, jgn kita jebakkan diri dengan kekufuran. Sesungguhnya neraka tempatnya.
selama ni teja tengok kawan2 yg kena. Bila tejaa rasa sendiri, Allah, hanya Dia yg tahu..Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, setiap ujian, ada hikmahnya. Semoga jalan lurus, tetap menjadi arah hayunan langkahku. Wassalam..


Jauhi Sihir, Jin, Iblis, Syaitan..

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tejaa mengarang entry dengan badan yg sangat lemah  tapi tejaa tetap nak hasilkan satu entry sebab rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu.

Sihir. Jin. Iblis. Syaitan.

4 elemen gangguan ni. Sesiapa yang pernah laluinya akan faham betapa sakitnya rasa dan hanya Allah yg mengerti betapa seksanya semua ni.

Dipendekkan cerita, tejaa ingin berkongsi sesuatu yang dikongsikan kpd tejaa dari seorang ustaz yang tejaa terhutang budi kerana berusaha gigih mengembalikan tejaa kepada normal.

Amalan ini dikongsikan untuk menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis. Tejaa akan terangkan sedikit sebanyak.

Amalan ini hendaklah dilaksanakan selepas solat maghrib dan subuh.

1) baca surah al-Fatihah sambil niat dlm hati mohon pd Allah dijauhkan dr gangguan jin, iblis dan syaitan.


2) baca surah al-baqarah ayat 102 ( sila lihat terjemahan utk lebih faham tntg ayat ni) sebab bila tejaa baca terjemahan nya tejaa rasa sebak shingga mengalirkan air mata, betapa manusia ini hidup dlm kkufuran krana sihir.

3) baca ayat kursi

4) baca surah Ghafir/Mukmin ayat 1-3

5) baca 3 qul

Untuk tambahan drpda tejaa sendiri, selalu amalkan baca surah yasin dan al mulk, utk kuatkan diri. Selalu berdoa pd Allah untuk kuatkan smangat, djauhkan dr gangguan jin, iblis, dan syaitan, samaada drpda skliling mahupun yg disihirkan oleh manusia. Nauzubillah.

Untuk yg mahu bertanya tntg pengalaman tejaa, insyaAllah boleh berkongsi. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi hidup kita dengan payung rahmatNya..

photos: Courtesy from Google

Thursday, September 26, 2013

Skuadron Istiadat Berkuda

Assalamualaikum wbt .

selamat Tejaa ucapkan kepada pembaca setia blog Tejaa. Rasanya selepas Tejaa melangkah ke alam tahun akhir, ni entry Tejaa yang ke 2. Minggu ni merupakan minggu ke 3 tejaa memulakan sesi semester baru sebagai pelajar tahun akhir. So far, tak terlalu bizi, sebab tejaa bermula dengan large animal rotation. So ade jugak lah masa yg free tuk tejaa hapdett blog yg kian menyepi ni.

Alhamdulillah, tejaa tak sangka entry tejaa yg bertajuk 'susah tak nak jadi dr haiwan' mendapat sambutan yg hangat dan dihujani pertanyaan drpd mereka2 yg berminat dengan vet. Apa2pun, tejaa akan berusaha menjawab persoalan yg diutarakan setakat yg tejaa mampu.

Cuti semester lalu merupakan cuti terakhir untuk tejaa menghabiskan latihan praktikal sepanjang bergelar pelajar DVM. Dan penutup bagi latihan praktikal tejaa ialah equine praktikal dan mcm yg tejaa pernah kongsi sebelum ni, ianya berlangsung di Skuadron Istiadat Berkuda.

first day Tejaa di Ceremonial Mounted Squadron

Kerana obsesi tejaa dengan dunia military, ditambah pula dengan cita2 tejaa untuk berkhidmat dengan ATM, tejaa tersangat2 lah teruja apabila permohonan tejaa menjalani latihan d sana telah disahkan. Akhirnya tejaa jejakkan jua kaki ke sana.

2 mggu merupakan waktu yang singkat namun pelbagai ilmu dan pengalaman dapat tejaa timba. Seriously tak terjangka oleh tejaa khidupan di skuadron istiadat berkuda membuatkan tejaa jatuh cinta dengan kuda. veterinary officer yang tidak lokek ilmu serta berpengalaman serta supporting staff yang tidak berbelah bagi menurunkan segala ilmu pengetahuan serta berkongsi pengalaman dalam dunia perubatan kuda.

Apa yang Tejaa sedari, seorang insan yang bernama Lt Kol Dr John Tito Sapalo, tejaa sanjung kerana keperibadian, sikap rendah diri serta dedikasi yang secara ringkasnya boleh tejaa katakan sesiapapun akan menjadikan beliau sebagai role model.
Lt Kol Dr John Tito Sapalo, equine veterinarian,
tak terbalas jasa mengajar dan mendidik tentang dunia equine.

Veterinary officer in military. Tejaa memang memandang serius peluang untuk Tejaa berkhidmat sebagai veterinary officer dalam ATM. Alhamdulillah, usaha tejaa dipandang dan mendapat sokongan drpda pelbagai pihak, dengan kelebihan tejaa sebagai pegawai muda yg masih berkhidmat untuk PALAPES UPM,  tejaa harap ianya menjadi tanda aras untuk tejaa berjuang hingga ke garisan pengakhiran iaitu graduate sebagai doktor perubatan veterinar.

Bukan senang untuk berjaya kerana ia memerlukan sebuah pengorbanan yang agung. Bukan senang mahu berkorban kerana ia memerlukan sebuah jiwa yg teguh. Dan bukan mudah untuk memiliki jiwa yang teguh kerana, pengalaman jatuh bangun mengajar untuk terus bangkit selepas tersungkur. Jatuh jatuh dan jatuh? Usah mengeluh kerana begitulah jua tejaa sebelum memiliki semangat seutuh ini.

Skuadron Istiadat Berkuda megah dengan kuda2 serta pahlawan yang gagah menungggangi mereka, di Pulada, gah namanya dengan ketangkasan anjing perang yang terlatih. Di situ, bakal menjadi destinasi tejaa sebagai veterinary officer dalam ATM, semoga cita2 menjadi kenyataan.

our last day in SIB with the vet assistants & the horses..
Dalam hidup, tiada istilah ttik noktah. Walau nyawa terpisah jasad, perjalanan tidak akan terhenti.

Insan2 yang sentiasa berada d cc d saat jatuh bangun tejaa, insan yg tejaa sayang, tejaa sanjung, tidak pernah terpadam dari memori tejaa untuk selamanya

Walau jalan penuh berliku, walau jatuh menyembah bumi, tejaa ada segalanya, tejaa ada Allah. Doakan tejaa. Terima kasih semua..

Tuesday, March 12, 2013

How to be strong?

Assalamualaikum wbt..

Macam mana nk jadi kuat fizikal dan mental? Kalau dari segi fizikal 2 mcm biasa la kene exercise secara berterusan.. Law nak lg efficient, carik personal trainer. Tapi, satu perkara yang kita selalu lupa, kekuatan fizikal bukan shaja perlu dgn senaman fizikal, tp pengaruh kekuatan mental juga akan memberi impak kepada kekuatan fizikal. Kenapa ya?

Korang pernah tak sedar yg bila korang dlm keadaan stress mahupun tertekan, korang akan mudah selesema, migrain, batuk, demam or lam kata laen, mudah tuk alami masalah kesihatan. Pengawalan stress dan tekanan ni semua dipengaruhi oleh kekuatan mental.. Apabila mental kita lemah, kita stress, ketahanan badan kita automatik akan menurun, dari situ la tercipta peluang untuk segala mcm agent penyakit menyelinap masuk ke dalam badan kita da melemahkan kekuatan fizikal kita.

Macam mana nk jd kuat dr segi mental?

selalunya org yg mmpunyai mental yg kuat ialah org yg pernah melalui kesukaran, kesedihan, kesakitan dan juga kegagalan.. Ianya sama mcm konsep ketahanan badan kita kpada penyakit. Apabila kali pertama dlm hidup kita terkena chicken pox, kita xkan djangkiti lg lepas 2..pernah x terfikir kenapa? Sbb badan kita akan menghasilkan antibody yg spesifik kpd penyakit chicken pox slepas kali pertama mendapat jangkitan. Begitulah juga kekuatan mental kita..

Kesukaran, kegagalan, kesedihan kadang2 menyulitkan kita dan ada jga yg memberi manfaat kpd kita. Semuanya bergantung kpd penerimaan kita terhadap situasi tersebut. Belajarlah untuk menerima ketentuan bahawa kegagalan yg kita tempuhi merupakan pendedahan pertama kpd kita spya kita akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Ya, tak mudah. Tejaa akui, sebab pengalaman Tejaa sendiri.

Untuk jd kuat, kita kena ada punca semangat. Untuk Tejaa, keluarga merupakan perangsang semangat Tejaa secara zahirnya. Dan kekuatan utama Tejaa ialah Allah S.W.T

Kenapa? Sebab Allah tidak pernah jemu untuk dengar segala aduan, rayuan, cerita kita walau kita berulang kali, tp manusia? Susah nk cari yg sggup dengar semua masalah kita kan sbb dorang pn ad msalah tersendiri dan hanya Allah Maha Setia Mendengar...Keluarga? Sebab walau buruk, pincang mana pun kita, keluarga ttap akan dcc, darah daging kita...

Susah nak jadi kuat kan? Macam Tejaa cakap, nk kuat kena usaha...paling penting, belajar untuk mendidik diri tawakal kpd Allah atas setiap apa yg berlaku walaupun kita dh berusaha sedaya upaya kita. Sebab bila kita positif, kita akan KUAT...

Tejaa? Kuat ke? Tips Tejaa hari ni, kalau rasa lemah, dekat2 kan diri dengan Allah... Tapi ingt, bukan time lemah saja, time kuat pn mesti kena dekat dgn Allah, cuma bila lemah, pakukan fikiran kita pada Allah...Sentiasa ingat Allah, insyaAllah, kita akan jadi kuat untuk harungi dunia nyata, barzakh dan perjalanan terakhir di SIRATULMUSTAKIM yg menjadi penentu nasib kita, SYURGA mahupun NERAKA!!

InsyaAllah, sahabat tejaa semuanya kuat2...jmpa lf d lain entry, syg semua cup2
..

Saturday, June 16, 2012

Mengukur Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum wbt..

Tejaa ada membaca satu artikel daripada Ustaz Mohd Azrul bin Ismail dalam majalah Al-USTAZ.
Tejaa cukup tersentuh apabila satu demi satu ulasan yang diberikan itu Tejaa amati. Secara jujurnya, memang Tejaa mengakui kekuatan disebalik ulasan dan mainan ayat yang puitis dari Ustaz cukup membuatkan orang yang membaca artikel yang bertajuk: KASIH SAYANG ALLAH BAGAIMANA MENGUKURNYA? merasa tersentuh dan tersedar dari khayalan dunia bahawa kasih sayang Allah kepada kita umat manusia itu amat luas dan tidak pernah terbatas.


Imam Muslim meriwayatkan melalui jalur sahabat yang mulia Abu Huraurah r.a., berliau berkata bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya, Allah memilik 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat dari-Nya kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya. Allah s.w.t. mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (berbaki) untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari Kiamat"

Subhanallah, tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan dan kepentingan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih da sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Manusia memberikan kasih kepada manusia lain agar turut dikasihi. Begitu juga kasih kepada haiwan. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"

Itulah kasih sayang makhluk yang mempunyai sempadan, had, dan harapan disebaliknya. Kasih Allah s.w.t tidak bertepi dan bersempadan. Bahkan tidak setara seperti kasihnya Ibu kepada anaknya. Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberi kasih sayang seumpama Allah kepada makhluk-Nya. Kasih sayang Allah yang begitu luas dapat kita lihat dengan berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kepada hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar2 dosa dan maksiat. Orang KAFIR yang ingkar di dunia tetap hidup senang lenang dengan kemewahan dunia yang sementara. Itu juga adalah rahmat Allah. Orang islam pula turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu juga adalah kasih sayang Allah s.w.t.
Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang hidupnya susah di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t. tidak mengasihi mereka. Tidakkah para Nabi dan Rasul adalah kekasih Allah s.w.t.?Mereka semua menghadapi kesusahan dan cabaran dalam perjalanan hidup mereka, namun merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sehingga menjadi kekasih-Nya.

Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah sedara hakikatnya, walaupun tidak pada zahir. Apabila kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah s.w.t. sebagaimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada-Nya"
Kadangkala apabila situasi kita diuji dan sempit dengan masalah, pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal di dalam hati kita. Sebenarnya, secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang yang beriman yang sebenar, kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t. Maka menjadi pilihan Allah untuk menjadikan kita dekat kepada-Nya sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Itulah murni dan luasnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa nikmat kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita sudah terlalu banyak, dan kadang-kadang kita lupa untuk mensyukuri-Nya. Biarlah kita azab di dunia yang penuh sengsara tetapi kita bersenang lenang di syurga  yang kekal selamanya. Jangan lupa bahawa, hamba Allah yang bertaqwa, nikmat Allah di hari yang dijanjikan itu mengatasi segala-galanya. Sebelum berakhir, hayatilah satu kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah:

Seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikiran untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak tersebut dan menyusukannya. Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada para sahabat:
"Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"
Jawab para sahabat:
"Tentu sekali tidak."
Rasulullah bersabda:
"Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Allah tidak sewenang2nya mencipta Neraka itu untuk menyusahkan hamba-Nya, tetapi telah Allah kurniakan kepada kita akal  untuk berfikir dan menilai baik serta buruknya sesuatu perkara. Itulah nikmat Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Telah Allah turunkan Rasul sebagai contoh tauladan serta ikutan dan telah Allah turunkan juga Kitab2 Nya untuk kita sebagai rujukan, jadi kenapa kita harus hidup tnpa arah tujuan..?
Segala kemudahan telah Allah kurniakan, tetapi kenapa harus kita mencampakkan diri ke kancah kesusahan.  Ingatlah jalan derita itu kita yang pilih sedangkan Allah menurunkan sesuatu dugaan dengan kadar kemampuan hamba-Nya untuk menanggung. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu....


Rujukan: AL-USTAZ, Kasih Sayang Allah Bagaimana Mengukurnya 
karya  Ustaz Mohd Azrul bin Ismail 

Wednesday, June 6, 2012

HADIS vs SUNNAH

Assalamualaikum wbt..

Pernah tak keliru beza antara sunnah dan hadis..? Kalau korang tak pernah, Tejaa pernah, jadi, melaui pembacaan serta penjelasan yang telah dibuat oleh Dr. Abdul Basit Abd Rahman dalam artikel bertajuk BEZA HADIS DAN SUNNAH, Tejaa dah faham apa ituHadis, dan apa itu Sunnah.

SUNNAH

Pengertian menurut bahasa:
Jalan yang dilalui samaada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sungguh, kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Riwayat Al-Bukhari)
Sunnah  mengikut istilah:
Adalah sama dengan istilah yang digunakan bagi hadis.

Sunnah mengikut pengertian dan istilah ahli usul:
Segala yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w selain al-Quran, samada perkataannya dan perbuatannya, mahupun takrir (perakuannya) yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkarayang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya; iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya." (Riwayat Imam Malik)

HADIS

Pengertian menurut bahasa:
Ada tiga iaitu baharu, perkhabaran, dan yang dekat atau yang belum lama.

Pengertian menurut istilah:
Segala ucapan nabi, perbuatan dan keadannya.
Keadaan yang dimaksudkan adalah segala yang diriwayatkan dalam buku sirah seperti hal keputeraan Baginda, tempat dan segala yang berhubungan dengan Baginda. Pengertian ini sama seperti pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadis. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul Fiqh. Kelainan ini kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan tinjau.

Ulama usul membahaskan Rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad pari para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup. Maka mereka memerhatikan segala tutur kata Rasul, perbuatan Baginda dan takrir Baginda, iaitu pengakuan2 yang bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Pics courtesy from Google

Masih kompius lagi ke..?Teehee...Takpe, jom Tejaa bagi beberapa cotoh sunnah supaya lagi mudah faham ok? Sunnah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Perkataan Nabi (QAULIYYAH), Contoh: Rasulullah bersabda, "Solat itu tiang agama.."

Perbuatan Nabi (FI'LIYYAH), Contoh: Aisyah menceritakan, "Nabi suka menggunakan tangan kanan..."

Perakuan Nabi (TAQRIRIYYAH), Contoh: sahabat Nabi makan Dab (sejenis biawak pasir), tetapi Nabi tidak melarangnya.

pic courtesy from Google

Ni antara contoh yang mampu Tejaa kongsi bersama daripada artikel yang Tejaa baca, Tejaa harap sahabat jelas tentang pengertian ni. Kalau masih rumit, eloklah bertanya pada orang yang lebi arif seperti Ustaz Azhar Idrus contohnya..:)

Ok, jumpa di laen entry, Tejaa sayang semua...cup2...:)

Penyucian Jiwa

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Tejaa ingin berkongsi tentang ilmu terbaru Tejaa dapat daripada sebuah majalah yang cukup berguna dan Tejaa nak syorkan kepada sahabat2 untuk membeli dan membaca majalah ini iaitu majalah AL-USTAZ. Majalah ni memang terbaik sebabnya di dalamnya terdapat banyak info2 menarik tentang ilmu agama Islam contohnya Fiqah, Tasawuf, dan Fatwa turut dimuatkan dalam majalah berinformasi ini.

Ok, melihat pada tajuk yang Tejaa nak bincangkan ni, Tejaa ada terbaca satu topik yang bertajuk: IKHLASKAN DIRI SEBAB KITA ORANG ISLAM. Di bawak tajuk ini, dikupaskan tentang pentingnya keikhlasan kita dalam menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Macam mana nak timbulkan keikhlasan ini, ianya terbit dari hati yang suci dan penuh keimanan. Dan macam mana nak suci kan hati, sucikan jiwa..?

Terdapat 3 langkah penyucian jiwa iaitu

MUJAHADAH

Mujahadah bererti melawan nafsu. Susah kan nak lawan nafsu, lagi2 kalau orang perempuan, almaklomlah, nafsunya sembilan. Kadang2 dah ada niat di hati untuk beribadat kepada Allah, ikhlas menuju jalan Allah, tiba2 pulak datang satu bisikan dari Iblis laknatullah membuatkan diri rasa berat untuk melangkah ke surau, membaca al-Quran, mendirikan solat dan sebagainya. Jadi, berusahalah menentang hawa nafsu bisikan syaitan. Jika datang bisikan2 jahat untuk meracuni niat baik kita, mohonlah pada Allah supaya sentiasa dilindungi di bawah payung rahmat-Nya, dan selalulah beristighfar supaya dijauhi dari gangguan syaitan..:)

MUHASABAH

Muhasabah bererti menghisab, menghitung atau memeriksa diri. Apa yang nak diperiksa? Apa yang nak dihitung? Kalau nak hitung dosa, pahala, tak terhitung sepanjang hayat kita? Muhasabah diri, atau memeriksa diri, apakah kehidupan yang kita lalui sepanjang hayat kita di dunia sudah benar-benar lurus ke jalan Allah, adakah ibadah yang dikerjakan selama ini ikhlas kerana Allah ataupun sekadar tak mahu orang mengata? Itulah yang perlu dihitung. Kesilapan diri, kekhilafan diri, bukan untuk ditangisi, tetapi untik diperbaiki supaya supaya menjadi yang terbaik di sisi Allah. Bukan berniat mencari kesempurnaan kerana yang sempurna itu hanya milik Allah, namun, carilah kebaikan di dalam setiap kesukaran yang telah Allah timpakan ke atas kita. Cara paling baik, selepas solat Isyak, bertafakur sebentar dan periksa lah amalan kita sepanjang hari, adakah dipenuhi dosa atau pahala. Jika diamalkan setiap hari, InsyaAllah, timbul rasa keikhlasan terhadap sesuatu ibadah..:)

MU'AQABAH

Mu'aqabah bererti menghukum diri sendiri apabila melakukan kesilapan. Menghukum diri sendiri di sini bukan bermaksud melakukan perkara yang boleh mencederakan diri sendiri. Apabila di hati kita berniat kita bersalah, maka kita akan lebih mudah untuk memperbaiki diri sendiri. Contohnya dalam suatu situasi pergaduhan, menyalahkan diri sendiri, atau mengaku salah sendiri adalah lebih baik dari menudingkan kesalahan terhadap orang lain. Tudinglah jari kepada diri sendiri, adakah diri cukup sempurna untuk menganggap diri semuanya betul? Salahkan diri sendiri membuatkan diri kita lebih mudah belajar mencari kekhilafan diri, dan InsyaAllah dengan izin Allah swt, hati akan lebih mudah menerima kebaikan dan InsyaAllah hati serta jiwa mudah untuk disucikan..:)

So, macam mana? Ini Tejaa kupas berdasarkan pemahaman Tejaa selepas membaca topik yang cukup menarik. Bukan senang untuk menetapkan niat ikhlas dalam beribadat, lagi2 bila ada orang memuji, perasaan riak akan mula bercambah dalam diri. Jangan riak oke..?Riak itu syirik khafi, syirik kecil. Ikhlaskan diri menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, dan jangan kita menjadi orang yang riak dalam menunaikan ibadah...OK....

Salam jumpa lagi di laen entry..Tejaa sayang semua..cup3..:)

Friday, June 1, 2012

Jom Pilih Tudung!


Assalamualaikum wbt..

Kalau sebelum ni Tejaa ada post satu entry tentang BULU KENING, hari ni pulak, Tejaa nak kongsi tentang tudung dan DADA..Dada? Dada ayam..?Dada Itik..?
Tejaa ada satu info menarik tentang dada seorang perempuan. Tejaa rasa semua sedar tentang pergerakan arus modenisasi terutamanya terhadap fesyen semasa. Pelbagai fesyen baru muncul seperti Hana Tajima style, Dian Pelangi style dan bermacam-macam lagi yang Tejaa nak sebut pun Tejaa lupa sebab banyak sangat style baru terutamanya fesyen tudung. Bagi Tejaa, tak salah untuk mengikuti fesyen semasa, namun biarlah bersederhana dan memenuhi tuntutan syarak.

Sebut pasal tudung, atau Hijab, atau selendang dan tak kisahlah apa2 fabrik yang menutupi kepala kita, ianya haruslah memenuhi beberapa syarat tertentu. 

Syarat Pertama:

Tudung tidak boleh jarang. Kebanyakan fesyen tudung hari ini fabriknya jarang dan jika dipakai boleh menampakkan bentuk leher, telinga dan sebagainya. Ada alternatif kalau pakai tudung jarang ni, macam Tejaa, Tejaa selalu jugak pakai tudung bawal ke kelas, sebab senang untuk diuruskan. Tejaa akan pakai tudung syria/ neck cover inner kt dalam untuk mengelakkan nampak bentuk leher dsb. Tapi, lagi selamat dan selesa pakai tudung yang fabriknya lebih legap atau tidak jarang.

ni antara contoh neck cover inner di pasaran
Syarat kedua:

Menutup dada. Perasan tak fesyen tudung hari ini, kebanyakannya tidak melepasi dada. Ada yang suka pakai selendang, namun, boleh cari selendang yang bila dililit, melepasi dada sebab dada juga sebahagian dari aurat yang perlu dilindungi dari pandang bukan mahram kita. Macam dalil kat bwah ni:

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Surah An-Nur Ayat 31)
Jelas kan..?
contoh tudung tutup dada..(sori heliza pinjam gamba awak..;))

Syarat ketiga:

Melepasi bahu. Syarat ketiga ini Tejaa dapat hasil dari menonton rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Tudung yang dipakai mesti melebihi bahu atau menutup bahu. Dan diharuskan untuk memanjangkan hingga ke siku. Secara logiknya kalau tudung tidak melepasi bahu, kalau kita angkat tangan, tudung akan terselak kan? So mungkin akan nampak benda2 yang tidak sepatutnya. Jadi, cari tudung yang melepasi bahu ya.

contoh tudung (selendang sebenarnye=pashmina) lepasi bahu..macam kenal je..:p

Syarat keempat:

Tidak menaikkan sanggul. Bertudung dah cantik, tapi ada bonggol unta. Urmm..Kan tak sedap mata memandang tu. Sanggul besar dan bonggol unta laen ye. Kalau perempuan yang berambut panjang, jika diikat rambut, masih kelihatan sanggul rambut tidak mengapa, tapi haram jika sengaja ditinggikan. Sekarang ni pun dah dijual sanggul tiruan kan? Jadi, jangan ikut ya?

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

contoh sanggul yg tinggi dan menyerupai bonggol unta
Ok, inilah syarat2 dalam bertudung yang Tejaa ingin kongsi. Kita rasa kita dah cukup memenuhi tuntutan agama dengan bertudung, tapi kita tak tersedar, dalam bertudung, kita masih tidak sempurna.   Kadang-kadang, peringatan seumpama ini membuatkan kita sedar yang kita masih lagi jauh tersasar dari tuntutan syarak. Tejaa pun sama, dulu, bukan tak tahu, tapi tak ambil tahu, sekarang bila dah amalkan sendiri, terasa ingin berkongsi dengan sahabat2. Jom bertudung labuh. Terasa sangat secure dari pandangan2 liar kaum Adam..InsyaAllah..


Friday, April 27, 2012

Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Assalamualaikum wbt..

Dah lama Tejaa tak share kegunaan ayat2 al-Quran dan juga sebarang doa yang boleh diamalkan. Hari ni, Tejaa nak share untuk semua sepotong doa supaya ditetapkan hati kita terhadap sesuatu. Contohnya ditetapkan hati kita pada Islam, Iman, dan taqwa. Ataupun sekiranya kita ingin membuat sebarang keputusan, supaya ditetapkan hati kita untuk keputusan tersebut agar dapat beri kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun orang sekeliling. 

Macam Tejaa, Tejaa ingin tetapkan hati Tejaa dengan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada Tejaa, tetapkan keimanan kepada Allah, dan tetapkan di hati Tejaa terhadap Agama Islam milik Allah ni.

Ok, doanya pendek sahaja, macam kat bawah ni Tejaa ada sertakan gambarnya. 



Semoga dengan mengamalkan doa ini, hati kita sentiasa teguh dengan Islam dan Kebenaran, keimanan serta ketaqwaan kepada Allah. :)

Sehingga berjumpa lagi di entry yang laen ok..?

P/S: Kadang-kadang nak membuat sesuatu keputusan yang besar memang sukar, tapi kita terpaksa laluinya juga walau sesukar mana. Hanya pada Allah sahaja Tejaa memohon petunjuk, terutamanya ketika Tejaa mengambil keputusan untuk berhijab dan berjubah. Nampak macam susah, tapi sebenarnya kecekalan hati serta bantuan dari Allah yang memudahkan segalanya...Terima kasih Allah. Semoga diteguhkan hati Tejaa untuk terus beristiqamah menutup aurat sebaik2nya. Alhamdulillah, dah hampir setahun..

Sunday, April 1, 2012

Kunci Ketenangan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, Tejaa nak kongsikan kepada semua beberapa kunci meraih ketenangan jiwa. Sumber adalah dari buku MENCARI KETENANGAN JIWA (must read) karya K.H. ABDULLAH GYMNASTIAR.

Kunci utama dalam mencari ketenangan jiwa ialah:

Mengenal ALLAH SWT

Akhlak

Keluarga

Pengurusan Diri

Penyakit

OK, ini adalah kunci2nya, apakata kita lihat apa pula isinya:
Mengenal Allah SWT. 
Secara kasar, boleh Tejaa rumuskan seperti di bawah:

"Dengan kekuatan Iman, seorang yang pengecut boleh berubah menjadi seorang yang berani. Seorang yang pemalas boleh berubah menjadi bersemangat. Sehingga sesiapapun yang menginginkan perubahan positif yang cepat dalam diri, kuncinya adalah membangun keyakinan yang kuat kepada Allah SWT."

Semuanya dapat diraih dengan menjadikan Makrifatullah sebagai landasan hidup, Rasulullah SAW sebagai ikutan/idola, Sentiasa memohon dan berusaha meraih hidayah daripada Allah SWT, Memperbanyakkan zikir munajat sebagai kunci ketenangan hati, Taubat Nasuha sebagai pelaburan mencari ketenteraman dalam hidup, dan zikrullah maut, iaitu sentiasa mengingati MATI.

Akhlak

Akhlak yang mulia merupakan salah satu kunci untuk meraih ketenangan jiwa. Hati merupakan aset berharga setiap manusia. Hati yang kotor akan mempamerkan akhlak yang buruk, dan hati yang bersih akan mencerminkan akhlak yang baik serta terpuji. Sentiasa ikhlas dalam berurusan dalam kehidupan seharian tidak kiralah urusan kita dengan Allah, mahupun urusan sesama manusia. Hidup akan lebih bahagia jika kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Semoga kita dijauhkan dari Kufur Nikmat, iaitu yang selalu membanggakan dengan sedikit nikmat kesenangan yang Allah limpahkan. Nauzubillah... Sabar. Menjadi insan penyabar merupakan satu perkara yang cukup sukar bagi sesetengah individu, namun, Allah sendiri telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 153: "Dan jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu." Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang memudaratkan iman juga salah satu kunci mencari ketenangan dalam jiwa. Mengelakkan mata daripada memandang aurat sebagai salah satu contohnya kerana memandang aurat boleh menggugat keimanan individu. Melatih pola hidup bersih, kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ketaatan juga harus ditumpukan samaada kepada Allah swt, ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat. Sentiasa amanah dan taat dalam melaksanakan tanggungjawab. Dan akhir sekali ialah menghadapi ujian dengan penuh ketabahan dan sentiasa ingat bahawa Barangsiapa yang diuji hebat oleh Allah, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Keluarga
Iman tidak dapat diwarisi. Didiklah diri untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan titik tolak setiap permulaan dalam mencari ketenangan merupakan latarbelakang keluarga. Keluarga yang aman dan bahagia ialah keluarga yang menitikberatkan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan juga tanggungjawab terhadap ahli dalam institusi kekeluargaan, tidak kiralah ibu bapa mahupun anak2. Membangun pendidikan dalam keluarga, peranan individu dalam sesebuah keluarga, sikap hormat terhadap orang tua, sikap lemah lembut suami isteri, dan bersama-sama menyelesaikan konflik keluarga merupakan kunci dalam meraih ketenangan jiwa.

Pengurusan Diri
Ianya lebih kepada memperbaiki kelemahan diri sendiri yang menjadi batu penghalang untuk meraih ketenangan. Cerminlah kesilapan, kelemahan, serta kekurangan diri, dan optimumkan daya ubah untuk menjadi insan yang terbaik untuk kepentingan agama, keluarga, dan juga masyarakat. Usah mengenang nasib diri, tetapi bermulalah dari sekarang untuk melakukan sebuah anjakan paradigma!

Penyakit 
Penyakit merupakan salah satu punca hilangnya ketenangan dalam jiwa. Penyakit fizikal yang diturunkan oleh Allah tidak perlu menjadi batu penghalang untuk mencari ketenteraman dalam hidup. Pupuklah hati untuk menyedari setiap hikmah yang tersembunyi di sebalik kepayahan dan kesusahan kerana peyakit hati merupakan satu penyakit yang sukar untuk diubati.
Antara enyakit-penyakit hati ialah, RIAK, DENGKI, PANAS BARAN, DENDAM, dan SOMBONG.

Ok, penerangan di atas mungkin Tejaa rasa belum cukup untuk menjelaskan peranan setiap kunci-kunci ini untuk menenang dan mententeramkan hati kita. Kalu mahukan lebih pendekatan dan penjelasan, boleh dapatkan buku ni di kedai2 buku. Tejaa beli kt MPH BOOKSTORE, Harga dia tak mahal, cuma RM18 je. Tejaa suka buku ni, sebab kupasan dia menarik, ayat pun senang faham, dan semua kunci2 yang dinyatakan memang benar dan praktikal. Tejaa penah rasa ketenangan jiwa hilang sebab kelima-lima kunci ni Tejaa abaikan. 

Hingga berjumpa lagi di lain entry. Tejaa sayang semua..Cup3..


Moral of the story: Ketenangan tak boleh di raih hanya dengan membaiki hubungan kita dengan Allah, tapi baiki juga hubungan kita sesama manusia.

Sunday, March 4, 2012

Bersyukurlah kerana anda seorang WANITA!!



Assalalmualaikum wbt

Wanita...

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

Kita jarang bersyukur kan..?Bersyukurlah kerana kita diciptakan sebagai seorang wanita. Tak perlu jadi tomboy mahupun pengkid. Tejaa bangga kerana Tejaa seorang wanita!!



Saturday, March 3, 2012

Tempuhi Alam Kubur...?

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, Tejaa nak berkongsi tentang Alam kubur, sedikit ilmu yang Tejaa baca dari buku-buku rujukan Tejaa. Baca buku tentang alam kubur ni sedikit banyak membuatkan Tejaa menginsafi diri, dan sentiasa mencuba untuk jadi Muslim yang terbaik...
Ok, Alam kubur, sedikit sebanyak kisah tentang alam kubur ni banyak diceritakan dalan hadith-hadith yang diriwayatkan. Contohnya dalam hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. Hadith ni panjang. Aisyah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda
Jika mayat itu seorang yang soleh, ia akan didudukkan di dalam kuburnya tanpa perasaan takut dan gelisah. Lalu mayat tersebut ditanya; "Apa katamu mengenai Islam?" Lalu ditanyakan pula ; :Apa kata mu mengenai laki-laki(Rasulullah) itu?" Kemudian ia akan menjawab; "Ia adalah Muhammad utusan Allah yang datang dengan membawa bukti-bukti dari sisiNya, lalu kami mempercayainya." Kemudian akan dibukakan baginya satu lubang ke arah neraka, sehingga mayat tersebut dapat melihat sebahagian penghuni neraka memukuli sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya; "Lihatlah ke lubang yang lain sesuatu yang Allah swt telah menyelamatkanmu darinya." Kemudian, dibukakan lagi baginya satu lubang ke arah syurga, sehingga ia dapat melihat tamannya dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya. Lalu dikatakan kepadanya; "Ini adalah tempat tinggalmu di syurga. Kamu hidup berpegang pada keyakinan itu, mati di atas keyakinan itu, dan dibangkitkan dalam keyakinan itu, InsyaAllah."
Ini hadith tentang bagaimana orang yang soleh di dalam kubur. Ok, bagaimana pula dengan orang yang jahat...? Ada sambungannya. Sama-sama kita baca ok? :)
Sedangkan orang jahat, akan didudukkan di dalam kuburnya dengan penuh ketakutan dan kegelisahan. lalu dikatakan kepadanya; " Sekarang apa yang kamu katakan?" Maka ia berkata; "Aku mendengar orang-orang mengucapkan suatu perkataan sehingga aku pun berkata seperti apa yang mereka katakan." Kemudian dibukakan baginya satu lubang ke arah syurga, sehingga ia melihat tamannya dan keindahan di dalamnya, lalu dikatakan kepadanya; "Lihatlah tempat di mana Allah telah mengusirmu darinya." Kemudian dibukakan lagi satu lubang ke arah neraka, sehingga ia melihat sebahagian penghuninya memukul sebahagian yang yang lain, dan dikatakan kepadanya; "Inilah tempatmu di neraka. Kamu hidup di atas keraguan, mati dalam keraguan, dan dibangkitkan kelak dalam keraguan, InsyaAllah." Kemudian is DISEKSA.
Nauzubillah. Mintak kepada Allah semoga dijauhkan dari azab di dalam kubur dan azab api neraka. Adqa beberapa lagi hadith yang diriwayatkan tentang keadaan kita di dalam kubur setelah mati. Antaranya diceritakan dari Abu Qatadah, ia berkata;
Ketika Nabi saw sedang berjalan dan berjumpa jenazah, baginda bersabda, ia beristirehat dan diistirehatkan darinya. Mereka bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah maksud orang yang beristirehat, dan apa pula maksud orang yang diistirehatkan darinya?" Baginda bersabda; "Hamba yang mukmin itu beristirehat dari kelelahan dan penderitaan dunia menuju rahmat Allah swt, sedangkan orang yang derhaka, maka negeri, manusia, pohon, dan binatang beristirehat darinya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)   
                                                                                           
 Ok. Erti hadith di atas telah jelas, iaitu banyak bencana diturunkan kerana kemaksiatan. Bencana tersebut berupa hujan berhenti turun(kemarau), negeri menjadi kacau, pohon-pohon tidak subur dan mati, bahkan binatang pun merasakan kesusahan. Maka setelah penderhaka itu mati, manusia, binatang, pohon, dan sebagainya beristirehat darinya, kerana dialah penyebab kesusahan semuanya. Pendek kata, di dunia, orang yang syirik pada Allah, orang munafik, telah banyak memberi kesusahan kepada manusia lain, sehingga pemergiannya dari dunia ke alam barzakh membuatkan dunia tenteram tanpanya...Jadi, jangan jadi orang yang menyusahkan orang lain di dunia ya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan? Jangan mati meninggalkan hutang pulak taw..hehe..
Ok, last but not least, Ibnu Umar r.a berkata;
"Jika kamu berada pada petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang. Gunakanlah kesihatanmu untuk masa sakitmu dan gunakanlah hidupmu untuk kematianmu."
Pendek kata, macam lagu Raihan: Demi Masa. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Carilah bekalan untuk masa depan di syurga yang kekal abadi. Jangan sia-siakan masa anda. Dekatilah Allah, kerana Dia sentiasa dekat dengan hambaNya yang bertaqwa..Sehingga berjumpa lagi untuk perkongsian ilmu seterusnya ok..Tejaa sayang semua.cup3..Assalamualaikum...:)

Monday, September 26, 2011

TAUBAT NASUHA



Assalamualaikum wbt

Sudahkah anda bertaubat? Belum? Kalau belum, mari Tejaa kongsikan satu ilmu yang cukup berguna untuk sahabat-sahabat Tejaa di luar sana.
Rasulullah SAW sudah menegaskan bahawa satu kebaikan akan dilipatgandakan balasannya menjadi sepuluh kali, dan satu kesalahan hanya dicatat satu. Namun, jika kita lihat hari-hari yang kita jalani sambil membuat dosa adalah lebih banyak daripada ganjaran yang kita raih. Sedangkan setiap detik yang berlalu, usia kita semakin berkurang, sedangkan dosa kita kian membumbung tinggi. Allah Maha Pemurah telah menyediakan taubat dan dengannya akan terhapus seluruh dosa sekiranya kita bertaubat dengan taubat nasuha. Perintah untuk bersegera dalam bertaubat telah Allah SWT jelaskan dalam firmanNya.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yangmenafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang membuat kebajikan.”

Demikian pula Rasulullah SAW menuntut umatnya untuk bertaubat.

“ Takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan sususilah keburukan dengan perbuatan kebaikan, pasti akan menghapusnya.”

Semakin hari, perjalanan hidup kita semakin singkat, umur kita semakin meningkat sedangkan dosa kita kian banyak. Kita bukanlah malaikat dan pasti ada ruang tergelincir. Namun, kita juga bukan syaitan, peluang untuk selamat masih terbuka luas. Oleh kerana itu, jangan takut oleh dosa besar yang sudah terjadi, jikalau disertai dengan taubat. Setiap dosa akan diampuni selama kita benar-benar bertaubat, kecuali bagi mereka yang sudah terlanjur berburuk sangka atas ampunan Allah SWT. Dosa sebesar gunung, keampunan Allah SWT boleh jadi seluas langit dan bumi. Barangsiapa yang merasa berlumur dan bergelumang maksiat, maka keampunan Allah SWT lebih besar lagi. Justeru, orang yang tidak mahu bertaubat itu yang menjadi masalah. Namun, jangan pula kita menganggap dosa-dosa kecil itu remeh. Semua perbuatan akan diperhitungkan. Sebagaimana kata sebahagian ulama,

                “Jangan lihat kecilnya dosa, tetapi lihat terhadap siapa dosa itu diperbuat?”

Keampunan Allah SWT itu benar-benar melimpah. Maka taubat nasuha adalah tanda bahawa kita benar-benar telah bertaubat. Apakah TAUBAT NASUHA itu? Rasulullah SAW setiap hari paling kurang 100 kali beristighfar dan memohon keampunan. Padahal beliau telah dipelihara daripada dosa dan dijamin masuk ke syurga.



Terdapat 3 langkah dalam mengusahakan taubat nasuha, iaitu:



Kita harus belajar menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Tidak diterima orang yang bertuabat jika masih merasa bangga dengan keburukan masa lalunya. Jangan sampai kita berfikir untuk mengulanginya lagi. Kita harus berfikir, mengapa hidup ini harus disia-siakan? Mengapa mata ini berlumur dosa? Rasa sakit, perit penyesalan, itulah tanda-tanda taubat yang berkualiti.

Kita haruslah memohon keampunan secara jelas.
Taubat mesti disertai dengan doa keampunan yang jelas seperti:
Wahai tuhan kami, kami sudah zalim pada diri ini. Kalau Engkau tidak mengampuni dan menyayangi kami, maka tentulah kami akan menjadi orang yang rugi.
Berdoa memohon keampunan Allah SWT boleh dibuat menggunakan apa jua bahasa sekalupun, asalkan ikhlas dari lubuk hati.

Mempunyai keinginan yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
Bukan sahaja tidak mengulangi perlakuannya, tetapi niatnya juga perlu disingkirkan. Jangan kita bertaubat tetapi kita mempunyai niat untuk mengulanginya lagi. Dan seperti yang diungkapkan oleh riwayat bahawa salah satu komponen kesempurnaan taubat adalah dengan menutupinya dengan berbuat kebaikan. Kalau dulu, kita pernah mengambil wang secara tidak halal, selain kita harus membersihkan diri, kita juga harus mengembalikannya kepada yang berhak dan perbanyakkan sedekah. Jika pernah meminum minuman yang haram, makan makanan haram, selain dengan taubat, perbanyakkan sedekah. Kalau kita pernah menyakiti seseorang, selain kita perlu meinta maaf, banyakkanlah menolong orang yang memerlukan, mendoakan kebaikan orang dan berhati-hati agar tidak menyakiti lagi.


Sebusuk-busuk dosa adalah orang yang tidak mahu bertaubat. Jangan meremehkan orang yang pernah berdosa dan kemudiannya bertaubat kerana siapa tahu taubatnya lebih bagus dari taubat kita yang merasakan sudah banyak beramal. Kalau ada seseorang yang menjerit dalam hati memohon keampunan kepada Allah SWT, berderai air mata kerana berlumur dosa, jangan kita remehkan kerana siapa tahu taubatnya itu akan diterima serta dosa-dosanya akan diampuni oleh Allah SWT.
Ciri taubat seseorang yang diterima ialah:
  • Terjadinya perubahan pada dirinya setelah bertaubat.
  • Orang yang berubah menjadi semakin baik akan mendapat taufik daripada Allah SWT.
  • Orang yang bertaubat akan senang mencari ilmu.
  • Sering menghadiri majlis ilmu
  • Melakukan aktiviti yang dapat menambahkan keimanannya kepada Allah SWT
  • Semakin senang berbuat kebaikan.
  • Solat menjadi semakin baik dan sempurna.
  • Menepati waktu solat
  • Senang untuk berjemaah
  •  Sedekah kian melimpah
  • Akhlah bertambah baik

“ Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka. Dan sesungguhnya jalan-jalan Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”
Orang yang taubatnya baik, maka akhlaknya pun akan semakin baik, semakin pemurah serta jelas peningkatan pada pekertinya. Kita disuruh untuk bersegera memohon keampunan dan memperbanyakkan Istighfar kepada Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan kerana orang yang banyak beristighfar, InsyaAllah batinnya kana lebih tenteram, akan selalu ada jalan keluar bagi segala permasalahan yang dihadapinya. Allah SWT akan mewariskan rezeki dari tempat yang tidak diduga. Semkain banyak kita bertaubat, InsyaAllah kita akan semakin bersedia untuk pulang kepadaNya. Jangan kita melambat-lambatkan taubat.
Waktu terbaik adalah:

  • Sepertiga malam menjelang subuh (2-5 am)
  •  Menjelang waktu Maghrib dari Asar
  •  Sewaktu ibadah Haji
  •  Ketika Bulan Ramadan

Beristighfarlah terus menerus baik sambil berjalan, duduk atau sambil berbaring. Jika kita bertaubat, lalu tergelincir lagi dan bertaubat lagi dan tergelincir lagi sampai kita bosan bertaubat, Allah SWT tidak akan pernah bosan untuk menerima taubat kita. Yang penting kita tidak boleh merancangnya. Kalau sudah dirancang, tidak dikira sebagai taubat kerana merancang taubat bererti merancang berbuat dosa sebelumnya. Perbanyakkanlah taubat! Gunakanlah salah satu cara yang efektif. Mulailah dengan menghitung dosa kita kepada Allah SWT walaupun dosa yang kita lakukan tidak pernah terhitung. Lalu kita terus memohon keampunan di atas semua dosa-dosa kita itu. Dan lakukanlah ia secara berterusan agar apabila tiba saat nanti kita dipanggil olehNya, kita telah bersiap sedia.

Orang yang sering beristighfar diibaratkan seperti sebingkai cermin. Cermin, jika dibersihkan akan berkilat. Dengan itu, dia dapat mencerminkan diri, dan orang lain juga dapat sama-sama menggunakannya. Semakin bersih diri kita, InsyaAllah kita akan menjadi contoh teladan bagi orang yang meniru kita dan InsyaAllah ganjarannya pun adalah untuk kita sendiri juga. Wallahualam.

Friday, April 8, 2011

Pening Kepala??Stress???

Surah Al Waqiah: 19

Baca setiap 7x selepas solat.
Selawat dan ayat 19 tiup atas air dan minum.


Tejaa dapat ayat ni pun daripada kursus Pra Perkahwinan minggu lepas. Sebelum ni Tejaa ada share surahnya dan kegunaannya je..Kali ni Tejaa share cara nak amalkan sekali ngn ayat die...Ok..kite same2 amalkannya ya...

Mj pun jgn lupa amalkan jugak..Mj kan selalu stress dengan pentadbiran tentera tu kn..hee....Walau apajua kesulitan..Pada Dia jugak kita bergantung..

Miss u als..Cup2....