About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, March 3, 2012

Tempuhi Alam Kubur...?

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, Tejaa nak berkongsi tentang Alam kubur, sedikit ilmu yang Tejaa baca dari buku-buku rujukan Tejaa. Baca buku tentang alam kubur ni sedikit banyak membuatkan Tejaa menginsafi diri, dan sentiasa mencuba untuk jadi Muslim yang terbaik...
Ok, Alam kubur, sedikit sebanyak kisah tentang alam kubur ni banyak diceritakan dalan hadith-hadith yang diriwayatkan. Contohnya dalam hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. Hadith ni panjang. Aisyah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda
Jika mayat itu seorang yang soleh, ia akan didudukkan di dalam kuburnya tanpa perasaan takut dan gelisah. Lalu mayat tersebut ditanya; "Apa katamu mengenai Islam?" Lalu ditanyakan pula ; :Apa kata mu mengenai laki-laki(Rasulullah) itu?" Kemudian ia akan menjawab; "Ia adalah Muhammad utusan Allah yang datang dengan membawa bukti-bukti dari sisiNya, lalu kami mempercayainya." Kemudian akan dibukakan baginya satu lubang ke arah neraka, sehingga mayat tersebut dapat melihat sebahagian penghuni neraka memukuli sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya; "Lihatlah ke lubang yang lain sesuatu yang Allah swt telah menyelamatkanmu darinya." Kemudian, dibukakan lagi baginya satu lubang ke arah syurga, sehingga ia dapat melihat tamannya dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya. Lalu dikatakan kepadanya; "Ini adalah tempat tinggalmu di syurga. Kamu hidup berpegang pada keyakinan itu, mati di atas keyakinan itu, dan dibangkitkan dalam keyakinan itu, InsyaAllah."
Ini hadith tentang bagaimana orang yang soleh di dalam kubur. Ok, bagaimana pula dengan orang yang jahat...? Ada sambungannya. Sama-sama kita baca ok? :)
Sedangkan orang jahat, akan didudukkan di dalam kuburnya dengan penuh ketakutan dan kegelisahan. lalu dikatakan kepadanya; " Sekarang apa yang kamu katakan?" Maka ia berkata; "Aku mendengar orang-orang mengucapkan suatu perkataan sehingga aku pun berkata seperti apa yang mereka katakan." Kemudian dibukakan baginya satu lubang ke arah syurga, sehingga ia melihat tamannya dan keindahan di dalamnya, lalu dikatakan kepadanya; "Lihatlah tempat di mana Allah telah mengusirmu darinya." Kemudian dibukakan lagi satu lubang ke arah neraka, sehingga ia melihat sebahagian penghuninya memukul sebahagian yang yang lain, dan dikatakan kepadanya; "Inilah tempatmu di neraka. Kamu hidup di atas keraguan, mati dalam keraguan, dan dibangkitkan kelak dalam keraguan, InsyaAllah." Kemudian is DISEKSA.
Nauzubillah. Mintak kepada Allah semoga dijauhkan dari azab di dalam kubur dan azab api neraka. Adqa beberapa lagi hadith yang diriwayatkan tentang keadaan kita di dalam kubur setelah mati. Antaranya diceritakan dari Abu Qatadah, ia berkata;
Ketika Nabi saw sedang berjalan dan berjumpa jenazah, baginda bersabda, ia beristirehat dan diistirehatkan darinya. Mereka bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah maksud orang yang beristirehat, dan apa pula maksud orang yang diistirehatkan darinya?" Baginda bersabda; "Hamba yang mukmin itu beristirehat dari kelelahan dan penderitaan dunia menuju rahmat Allah swt, sedangkan orang yang derhaka, maka negeri, manusia, pohon, dan binatang beristirehat darinya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)   
                                                                                           
 Ok. Erti hadith di atas telah jelas, iaitu banyak bencana diturunkan kerana kemaksiatan. Bencana tersebut berupa hujan berhenti turun(kemarau), negeri menjadi kacau, pohon-pohon tidak subur dan mati, bahkan binatang pun merasakan kesusahan. Maka setelah penderhaka itu mati, manusia, binatang, pohon, dan sebagainya beristirehat darinya, kerana dialah penyebab kesusahan semuanya. Pendek kata, di dunia, orang yang syirik pada Allah, orang munafik, telah banyak memberi kesusahan kepada manusia lain, sehingga pemergiannya dari dunia ke alam barzakh membuatkan dunia tenteram tanpanya...Jadi, jangan jadi orang yang menyusahkan orang lain di dunia ya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan? Jangan mati meninggalkan hutang pulak taw..hehe..
Ok, last but not least, Ibnu Umar r.a berkata;
"Jika kamu berada pada petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang. Gunakanlah kesihatanmu untuk masa sakitmu dan gunakanlah hidupmu untuk kematianmu."
Pendek kata, macam lagu Raihan: Demi Masa. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Carilah bekalan untuk masa depan di syurga yang kekal abadi. Jangan sia-siakan masa anda. Dekatilah Allah, kerana Dia sentiasa dekat dengan hambaNya yang bertaqwa..Sehingga berjumpa lagi untuk perkongsian ilmu seterusnya ok..Tejaa sayang semua.cup3..Assalamualaikum...:)

No comments:

Post a Comment