About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, November 15, 2013

First Clinical Conference

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya detik yg selama ni dinanti dengan penuh debaran akhirnya tiba jua. Tejaa akhirnya telah sahkan untuk membentangkan clinical conference pertama tejaa yang bertajuk Decompressive Surgery of Intervertebral Disc Prolapse In a Poodle. Wahhh giteww kemain tajuk.

Adrenaline rush semakin hari semakin melonjak2 bile memikirkan macam mane la nk hadapi semua ni. Dah la berkaitan neuro. Ramai jugak yg cakap case tejaa ni susah, tapi apakan daya, tejaa terdesak sangat xde case nk present, sedangkan tejaa was elected to present case 2 mggu lepas lg. Hurmm..

Apa2 pun, walaupun hanya ada seminggu  masa untuk prepare segala2nya, tejaa rasa bersemangat. Lepas sihat ni rasa semangat lain macam..hehe..Alhamdulillah, tak terhingga rasa syukur tejaa pd Dia.

Hari isnin, tejaa dh perlu hantar slides presentation dan draft report pada supervisor tejaa, Dr Loqman, an experienced surgeon at University Veterinary Hospital ni. Dan tejaa takkan lupa, co- supervisor tejaa, tejaa akan dapatkan nasihat, pendapat dan guidance drpd mantan Timbalan Komandan Palapes UPM, a very experienced orthopedic surgeon dan jugak very experienced in radiology iaitu Lt Kol (B) Prof Madya Dr Rashid Ibrahim.

Despite of his disability, he has a pure strong heart..My Mentor..

Well, tejaa sekrang kene berusaha lebih. Si dia janji, lepas present nk bwak tejaa mkn steamboat grill. Bagi perut ni berjimba lah selepas 2 minggu yg stressful drngan surgery rotation, FYP, and clinical conference. May Allah ease.. Doakan tejaa.. Syg semua cup3..

Assalamualaikum..

Thursday, November 7, 2013

Terganggu

Assalamualaikum wbt..

Hari ni merupakan hari kedua selepas 'benda' yg ada dalam badan tejaa ni dibuang. Terasa masih segar dalam ingatan kesakitan yg tejaa tanggung semasa proses tersebut, hanya Allah SWT shj yang tahu. Allahuakbar.

Hati kerap terasa sebak, terasa empty, terasa mcm bru lepas berpisah dengan sesuatu. Badan terasa lemah, lesu, tejaa sendiri sedar tejaa menjadi semakin pendiam, kerap termenung, tidak seceria sebelum ni. Bila rasa tak berupaya hadapi sorang2, tejaa call mak.

Bila terasa tertanya2 mengapa perasaan begini harus ada, ustaz mula berbicara. Semua ini perkara normal tejaa akan rasa bila benda tu terpisah dari tejaa. Pesan ustaz, teruskan amalan yg ustaz pesan supaya 'benda' tu tidak kembali lagi.

Tidur malam masih belum lena. Masih  terganggu. Begitulah jin, iblis, mahupun syaitan sehingga ke hujung nyawa pn berusaha untuk menyesatkan anak Adam. Kaki bagai ditarik2 sehingga tersentak, tidur bagai dikejutkan oleh seseorang. Allah, kadang2 ter memgeluh sampai bila harus begini. Yang tejaa mampu buat hanyalah membasahkan lidah dengan ayat2 Allah.

Pic courtesy from Google

Kesan kesakitan d leher masih terasa. Tempat yg paling sakit masa berubat. 'benda' tu sakit, tejaa turut terasa sakit, tapi apakan daya, tejaa tak mampu mengawal diri tejaa, seolah dikenakan remote control, seolah2 badan tejaa digunakan oleh sesuatu dalam keadaan separa sedar.

Allahuakbar, tak dapat gambarkan kesakitan. Rasa bersyukur pada Allah kesakitan ni ditamatkan dengan ayat2 Allah. Bermacam2 tempat sudah dikunjungi inilah pengakhirannya.

Sesungguhnya benarlah ayat Allah itu penawar segala kesakitan.

Wednesday, November 6, 2013

Surah Al-Baqarah ayat 102

Assalamualaikum wbt..
Dalam entry sebelum ni, tejaa kongsi tentang amalan untuk kuatkan diri/pendinding drpd gangguan jin, iblis, syaitan mabupun sihir. Salah satu amalannye ialah bacaan surah al Baqarah ayat 102. Kt bawah ni tejaa sertakan terjemahan ayat tersebut.

pic courtesy from Google
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

Dalam Quran pun dah cerita tentang manusia dan sihir. Zaman dulu pn dah ada org yang menyihir untuk pisahkan suami dan isteri. Semuanya bermula dengan hasad dengki. Nauzubillah. Setiap kali tejaa baca terjemahan ayat ni, tejaa akan rasa sebak yg amat. Kadang2 tak sedar air mata mengalir. Wahai sahabat, jangan la mendekati sihir ni. Walau orang buat jahat mcm mane pn pd kita, jgn kita jebakkan diri dengan kekufuran. Sesungguhnya neraka tempatnya.
selama ni teja tengok kawan2 yg kena. Bila tejaa rasa sendiri, Allah, hanya Dia yg tahu..Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, setiap ujian, ada hikmahnya. Semoga jalan lurus, tetap menjadi arah hayunan langkahku. Wassalam..


Jauhi Sihir, Jin, Iblis, Syaitan..

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tejaa mengarang entry dengan badan yg sangat lemah  tapi tejaa tetap nak hasilkan satu entry sebab rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu.

Sihir. Jin. Iblis. Syaitan.

4 elemen gangguan ni. Sesiapa yang pernah laluinya akan faham betapa sakitnya rasa dan hanya Allah yg mengerti betapa seksanya semua ni.

Dipendekkan cerita, tejaa ingin berkongsi sesuatu yang dikongsikan kpd tejaa dari seorang ustaz yang tejaa terhutang budi kerana berusaha gigih mengembalikan tejaa kepada normal.

Amalan ini dikongsikan untuk menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis. Tejaa akan terangkan sedikit sebanyak.

Amalan ini hendaklah dilaksanakan selepas solat maghrib dan subuh.

1) baca surah al-Fatihah sambil niat dlm hati mohon pd Allah dijauhkan dr gangguan jin, iblis dan syaitan.


2) baca surah al-baqarah ayat 102 ( sila lihat terjemahan utk lebih faham tntg ayat ni) sebab bila tejaa baca terjemahan nya tejaa rasa sebak shingga mengalirkan air mata, betapa manusia ini hidup dlm kkufuran krana sihir.

3) baca ayat kursi

4) baca surah Ghafir/Mukmin ayat 1-3

5) baca 3 qul

Untuk tambahan drpda tejaa sendiri, selalu amalkan baca surah yasin dan al mulk, utk kuatkan diri. Selalu berdoa pd Allah untuk kuatkan smangat, djauhkan dr gangguan jin, iblis, dan syaitan, samaada drpda skliling mahupun yg disihirkan oleh manusia. Nauzubillah.

Untuk yg mahu bertanya tntg pengalaman tejaa, insyaAllah boleh berkongsi. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi hidup kita dengan payung rahmatNya..

photos: Courtesy from Google