About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, October 3, 2014

Saya Dah Kawen!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak kesempatan tuk tejaa update cerita terbaru..walaupun dah suam2 kuku, tp masih dalam mood honeymoon, do boleh lagi kn haplod2 gambar nikah..

ok dengan izin Allah SWT, tanggal 18 Sept 2014, tejaa telah selamat diijabkabulkan dengan cinta hati tejaa, en Amir Hamzah dan tanggal 19 sept 2014 merupakan walimatul urus utk kami berdua. boleh dikatakan double celebrations jugak la sebab tarikh hari lahir tejaa pun jatuh pada tarikh yg sama. 

senang la nanti kn sambut anniversary sekali ngan birtday.,hehehe

Ramai sahabat2 yg mintak gambar, tapi tejaa x banyak gambar simpanan dalam fon sndiri. semuanya dlm fon org & cameraman. siyes bile dah majlis sndiri, memang x sempat nk sentuh fon pon..

Ni yang ada sekeping dua pon dr fon hubby dan teaser dr cameraman ckit.,hahak..boleh la buat tontonan kan...

Mase ni tengah tggu rombongan pengantin lelaki smp. Tejaa akad nikah malam sbelum kenduri..smpat dlu posing..haha

Eh2..dah sah kiteeee..heee..

Sesi outdoor ni dah tukaq baju. weyh siyes penat sesi
outdoor smp x larat dan rasa nak balik umah cepat2..panas nye..
mekap cairnyeee...

ni gambar teaser dr cameraman tejaa. kayu gile kot nk pose...

hat ni plak gambar selfie. actually ni lam kete,
on the way nk ke photoshoot sesi outdoor.
Ni sambut menantu..simple je tejaa tak mekap pn..

Lega sangat dah abis majlis sumenye..dah boleh start a new life..lengkap sudah perjalanan cinta tejaa yang penuh liku...Zasss....nk siap masak dinner utk hubby dulu..papaiii..hiksss...cup3

Thursday, August 28, 2014

Apa Yang Vet Student Buat Ehh Selama 5 tahun?? Vol 1.

Assalamualaikum wbt..
Hari ni, Tejaa tak dapat lelapkan mata. Mungkin terlalu penat bekerja. Tadi, Tejaa ada terima private mesej drpd bebrapa adik2 yang nak tahu lebih lanjut life sbg student vet. Jadi, Tejaa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan sbg seorang student vet. Tapi cerita Tejaa ni reverse taw.. Tejaa akan start dengan final year dulu baru ke first year. Hehee.. Saje la kunun nk suh org bace kannn..haha

Orait. Apa yang korang bakal tempuh di tahun akhir.
1) Final Year Project
2) Rotation
3) Rounds
4) Clinical Conference
5) Comprehensive Exam

Orait. 5 ini adalah yg paling signifikan dlm kehidupan student vet tahun akhir. Tahun akhir tu tahun ke 5 la ye..jgn lupe, no matter korang ex diploma ke, asasi ke, matriks ke.. Korang tetap kene study vet 5 years!! No excuse kehh..5 benda ni la yg buatkan khidupan final year student tersangatlah hectic atau extreme atau memenatkan atau stressfullllll..
Final year project dah kne start as early as in 4 th year. Korang kene cop supervisor, kene fikir tajuk project and run the project dlm masa 6 mggu. Kau hado? Lepas run project, kene present pulak. Lepas present kene buat thesis pulak.

Tejaa & supervisor utk Final Year Project. Mase ni takut bak ang sbb tejaa speaker pertama kott.  
Ni la benda yg paling serabut. Thesis. Setwlah direjek beberapa kali, ni lah hasil nye ehh kauu..

Ok then, the most important thing yg memberi kesar besar dlm hidup korang sbg final year sudent adalah rotation @pendeknya kitorang panggil rota. Rota ni llebih kurang mcm korang jd doktor peltih la..setiap hari isnin sampai rabu korang akan ditugaskan di tempat2 tertentu di fakulti..hanya surgery dan ward shja yg korang kene duty for the whole week..srksa kauu..2 mggu x merasa weekend taw..kalah keje kilang..haha...tp rota ni la yg paling bnyak mengasuh dan mendudik korang tuk jd the best vet bile korang dh keje nanti. Nanti bire korang dh jadi vet2 mcm Tejaa ni, baru korang taw erti penyesalah x sungguh2 time rota..kao hado??? Hahaha

Orait, apart from rota, mende yg agak scary adalah bile kprang kene present rounds. Rounds tu ape yeh? Pusingan kah? Bulat kah?
Sebenarnye roubds ni ibarat report yg korang nk share kpd semua orang tentang ape yg korang buat time rota. Usually it is more on case report. Contoh korang handle 1 kes, lecturer akan pilih case yg sesuai untuk dibentangkan dlm rounds. Masa taon 4 kemain lagi duk gelak2 senior kene hantam n lecturer sbb case report hampeh...tp bile dh merasa sendiri..tahulaaa..hahaha

Clinical conference. Kejadah apakah?? Ha ni pon satu scary..hahaha..bukan niat nk takutkan la..tp niat suh prepare awal2 sebab Tejaa taknak korang menyesal. Clinical conference ni bukan hangpa tngok org present ja..hangpa pn kena present skali. Dan hangpa kena ingt yg hangpa akn dinilai..
Ok mcm ni, korang diberi pilihan untuk memilih case2 yg menarik untuk di bentangkan di hdpan audiens dan utk dinilai tp dengan syarat case tu di supervise oleh mana2 lecturer yg korang pilih sndiri. Jadi, elok2 la cari case yg menarik awl2..senang nnti takde terhegeh2 nk tukar tarikh conference n org laen..
Mcam Tejaa salu buat la..heheh..heheheee..malu titewww..

Akhir skali comprehensive exam..apakah???/
Ok nak taw pasal comprehensive exam, Tejaa kene bukak entry baru..sbb complicated sesangat semangat sehangat ngat ngattt..

Mohon korang faham ape yg Tejaa bebelkan..masa utk krohhh3...esok koje laa..hehe..
Papai uolsss..cup3...

Saturday, July 26, 2014

Susah Tak Nak Jadi Doktor Haiwan - VOL 2

Assalamualaikum wbt.
 
Mesti korang pelik kan dengan tajuk entry kali ni. Tajuk ni pernah Tejaa gunakan untuk menceritakan tentang macamana Tejaa boleh terjebak untuk mengejar cita2 menjadi seorang doktor haiwan.
Tapi kali ni, volume 2 ni bukan untuk Tejaa bercerita tentang 2 lg. Just nk cerita step by step ape yg korang buat sepanjang study vet ni..
 
 
Once korang jejakkan kaki mase taon pertama sebagai student vet, korang akan belajar semua subjek2 pengenalan kepada profesyen veterinar. Mase ni, korang akan rasa macam study kt matriks je..subjek biochemistry bagai nk kene ambik..arhh..Tejaa x suka biochem. Naseb lulus kauu..haha
Then, macam biasa la, subjek2 unversiti yg korang kene ambik, kenegaraan, tamadun asia bla bla bla..semua ni wajib keh..sbb katenye nak bina modal insan yg berpatriotik giteww..tapi rase mcm xde efek pape pn..
Bila cuti semester, bermulalah pengalaman pertama korang kne praktikal..wahhh???
Awal giloss kene praktikal bagai..iye..itulah pengorbanan sebagai student vet..tak payah nk cuti2 sangaattt lahh..haha..sbb 2 student vet, bila habis study je heaven gile tanam anggur 2 3 bulan kt kg sebab nk rasa keindahan holiday..haha..tapi tejaa x la..tejaa mata duitan..kene usaha carik duet..tehehehe
 
Oraitee then bile menjengah ke taon kedua, korang mula ad exposure kt haiwan ckit..tapi ckit sgt..semuanya more on theoretical. Mase ni semua subjek preclinical. Subjek butrition, genetik, anatomi, physiology dan sebagainye...so korang x de nk mingle2 dgn haiwan. Elok mingle2 dengan buku je..har3..
Then mcam biasa la, dah cuti sem 2 reti2
nk cari tempat praktikal..
 
Masuk pulak taon ketiga..ok mase ni mostly subjek para-clinical. Macam pathology. Time ni, korang layak maen dengan bangkai je..bile masuk thurd year second sem baru korang dpt jejak kaki dlm hospital vet. Die ala2 lawatan sambil belajar giteww..lepas tu korang rase mcm huiyoooo..best dpt masuk sepital..suke ko, merasa la taon ke 4 nnti..
 
Ok..now dah masuk taon ke 4. Dengar sini, dengan terjejaknye kaki anda ke taon ke 4, sila persiapkan diri anda dengan mental dan fizikal yg kuat..gitteww..sebabnye korang dh start rotation. Mane mase korang nk duty, mane mase korang nk study, mane mase nak dating n tunang..ehhhhh..tehehe..pendek kate korang kene pandai manage masa, sebab dah bemula fasa kebizian yg melampaoo. Dan untuk info jugak semua nya subjek clinical dan prasyarat. Contoh mcam clinical medicine, pig medicine, avian medicine..sume subjek2 perubatan je la katenye..Pendek kata, gagal satu subjek, x bole amek subjek laen sem seterusnye..haaa..ko mampu??
 
Hahahaha..
 
Kalau korang berjaya lepas 4th year..perhhh rase mcm dh heaven, tp korang sebenarnye melangkah masuk ke alam yg super duper hectic. Mane nk buat Final year project, mane nlk duty full time, nk prepare clinical conference lg..
 
Lepas tu tiba la final sem, fi mana korang akan hadap comprehensive exam yakni exam penentu nk nilai korang ni layak jd doktor ke x..kalau lulos, korang boleh berambus ke bidang yg korang nak. Pada yg dh penat nk study, koje laa..pada yg x boring2 belek buku, sambung la study..
 
Ehhh..tejaa bukan nak takut2kan korang laaa..
Tejaa cuma nak korang sediakan mental dan fizikal tuk jd student..bukan mudah woo..belajar ape2 pon susah...
 
Ehh..nk siap2 g koje dulu..next time tejaa update volume 3 lak keh..papai uols..cup3..


Sunday, July 20, 2014

Sekarang, Saya Seorang Doktor

Assalamualaikum wbt.
Rasanya dah agak lama jugak Tejaa tak bercerita sejak Tejaa berikan tumpuan penuh pada comprehensive exam bulan lepas. Rasa macam tak percaya Tejaa berjaya lalui semuanya dengan selamat dan finally, cita2 Tejaa untuk menamatkan pengajian tercapai.
Dengan rasa penuh syukur, Tejaa akhirnya seorang Doktor Perubatan Veterinar.
Rasa tak terucap syukur setelah bertahun2 melalui penat lelah, perit jerih, tangguh study, sambung study, sakit misteri dan macam2 lagi. Dengan izin Allah semua nya berjalan dengan baik.

Dah konvo..tihikkk...tersayang 2 mak n suami..orang kuat kejayaan ni..heee..
Tejaa sekarang sedanv meneruskan karier dalam bidang haiwan kesayangan sementara menunggu panggilan kerja daripada bidang yg Tejaa cukup obses iaitu kuda.
Rasa macam rugi je duk saje kt umah, so Tejaa ambik kputusan tuk bekerja. Dunia belajar dan bekerja tak sama. Masa belajar, semuanya masih rely dengan pensyarah dsb. Tapi bila bekerja, kene buat kputusan sndiri. Kata orang, sendiri buat sendiri tanggung. To be honest, bekerja memang penat. Tambahan tejaa bekerja 6 hari smggu, kuar pagi balik malam. Sangat2 demanding.
Sekarang masih berusaha menyelitkan diri dalam dunia kuda. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Jadi, sesiap yg ingin dapatkan khidmat veterinar Tejaa, boleh la kunjungi klinik Tejaa bekerja sekarang..kelasss giteww..hahaha..
Tejaa kerja kt Jhan Petcare & Services. seksyen 7, bangi..ye..
See uols, Tejaa doakan juga adik2 Tejaa yang ingin menceburkan diri dalam dunia vet suksess2 selalu kate org indon..hahak..
Papai..cup2..love uols..

Monday, June 2, 2014

Alkisah DarusSyifa'

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Tejaa nak bercerita tentang Pusat Perubatan Islam Darussyifa'
Semua orang kenal Tuan Guru Harun Din kan?
Beliau pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa' ni.

Tejaa nak bercerita tentang Darissyifa' sebab Tejaa kagum dengan sebuah pusat Perubatan Islam yang mampu berdiri gah dengan menolong orang ramai yang ad bermacam2 masalah kesihatan tanpa mengenakan bayaran walau satu sen pun.

Hikmah menolong sesama insan kan? Allah akan tolong juga.
Hablum minannas..wahablum minAllah..

Tejaa mula menjejakkan kaki ke Darussyifa' 2 tahun lepas apabila Tejaa mengalami masalah kesihatan yg cukup kompleks sehinggakan x dapat dijelaskan secara saintifik.
bermacam-macam cara Tejaa dah ikhtiar baik melalui medical mahupun alternative. Dah banyak tempat Tejaa pergi yg mengaku sebagai pengamal perubatan Islam tetapi hakikatnya, syirik yang nyata. Antaranya menggunakan colok yg di nyalakan di penjuru rumah. Menggunakan jampi yg seakan2 memuja.

Tejaa memilih Darussyifa setelah disarankan oleh saudara Tejaa sendiri. Kali pertama jejakkan kaki, terasa sejuk mata memandang. Terlalu ramai yang memerlukan rawatan. Macam2 jenis masalah yg dihadapi.

Setelah siri demi siri rawatan yang Tejaa lalui, apa yg Tejaa boleh cakap, Tejaa amat berpuas hati. Rawatan bukan sahaja dr segi jasmanitetapi juga dr segi spiritual dan rohani.

Kagum Tejaa dengan insan2 di Darusyyifa yang menvantu insan lain yang bermasalah tanpa mengharapkan 1 sen bayaran.

Tapi Tejaa tahu, tentu ramai yang bersedekah kepada Darussyifa. Mereka bantu membantu sesama insan, tentu Allah akan murahkan rezeki. Kepada sesiapa yg ingin mendapatkan rawatan di Darussyifa, boleh dapatkan maklumat tentang pertubuhan ini, jadual dsb.
 di link yg Tejaa letak ni.

http://www.darussyifa.org/


Semoga dengan izin Allah, semuanya kembali sihat. Syukurilah nikmat sihat yg Allah beri dan usahlah mengeluh dgn kesakitan yang Allah uji, kerana tiada apa yg lebih baik daripada kesusahan yg Allah bagi kepada kita kerana Allah syg kita.

See u ols..Cupp3
 

Friday, May 23, 2014

Comprehensive Exam

Assalamualaikum wbt

Memandangkan tinggal kurang 3 minggu lagi untuk Tejaa menghadapi Comprehensive Exam Tejaa, Tejaa pn amik keputusan post satu entry terakhir sebelum berperang di dalam dewan exam. Rasa macam tak percaya je akhirnya Tejaa dah berada di titik terakhir perjuangan Tejaa sebagai seorang pelajar vet kt cni.

Isnin ni hari last Tejaa lalui Small animal rotation. Detik paling stress Tejaa rasa. Dah lama tak balik kampung.

Rasanya bulan 6 nanti adalah bulan yang paling kelam kabut. Satu sebab Tejaa ada Exam, lepas 2, Tejaa kene hadiri temuduga kerja di Melaka yang memang Tejaa dah dapat pun. yang ke tiga, Tejaa kene buat persiapan kahwin, yakni kene setelkan kursus kawin, permohonan kawin dan sebagainya. keempat, memandangkan Tejaa bakal dijanjikan kerja di melaka pada bulan 7, tejaa kene uruskan rumah sewa sebelum bulan 7. 

memang terlalu banyak mende nak buat time 2...

semoga semuanya berjalan dengan lancar. semoga Tejaa lulus dengan jayanya, bawak pulang trascript dan segulung ijazah..dan akhir sekali semoga perkahwinan berjalan lancar. 

Doakan yang terbaik untuk future Tejaa. 

Thursday, April 3, 2014

HORSE RIDING

Assalamualaikum wbt..

Tinggal 3 bulan je lagi Tejaa akan melangkah ke alam pekerjaan kalau Tejaa tak sangkut kt Comprehensive Exam June 2014 nanti. Rasa macam tak percaya, tapi walau canepun kene hadapi and kene study betul2.. 

Makin dekat nak exam, makin rasa nak meletop jantung. 

Minggu ni, Tejaa baru je abis rotation equine. Ye la, haiwan yang Tejaa paling suka. Semakin hari, semakin jatuh cinta pada dunia kuda. 

The story is, Tejaa sebenarnya dah lama nak belajar ride kuda,tapi tak tahu jalannya. Tapi today, Tejaa tetibe tergerak hati nak try search for horse riding class kt Pusat Ekuin UPM. Tejaa pilih kat sini sebab die ad special rate untuk student UPM. Kalau guests, RM^)) for 10 sessions, tapi untuk student UPM RM200 jer per 10 sessions. Jadi, sementara masih bergelar student UPM ni, rasa2 eloklah join kot. Tu pon kalau ada space lagi utk riding class. Dengar kata ramai. Dengar kata laa...

Lagipun, Tejaa memang memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang equine, so rasa macam rugi la kan nk jadi equine vet tapi ride kuda pon tak pernah..Maluu la kiterr...Hahak

Nect week nak ke PUSAT EKUIN, kalau ad space lagi, nk daftar horse riding..Macam seronok je. Tak sabar. Doakan Tejaa ye. Bye uols..CUpp3..

Sunday, February 2, 2014

Al Kisah Manjakani

Assalamualaikum wbt..

Hari ini Tejaa bukan nak bercerita pasal khasiat manjakani, sebab yang tu Tejaa dah pernah share dulu. Cuma hari ini, Tejaa nak kongsikan kisah yang terjadi dalam mase 1 2 mggu ni pasal manjakani. 

Family Tejaa memang sejak zaman berzaman mengamalkan penggunaan manjakani untuk banyak perkara.

Sakit gigi, demam, ubat jerawat, ubat buasir dan sebagainya.

Dan Tejaa memang dah dibekalkan oleh mak sebungkus buah manjakani ori untuk menjaga kesihatan. Sejak Tejaa amalkan untuk mengubati buasir, Tejaa terus amalkan smp skrg sbb kulit muka rasa lebih sihat. Jerawat pun cepat kecut bile sapu air asahan buah manjakani.

Tapi bukan itu kisah yg Tejaa nak cerita sekarang. 
Tejaa tak sangka, sejak Tejaa guna manjakani ni, ramai pulak yang bertanya Tejaa melalui mesej mana nk dapatkan buah manjakani ori. Siap ada yang nk kirim bila Tejaa balik kg.

Dah jadi mcm dealer produk kesihatan pulak Tejaa ni. 
Ramai kawan2 Tejaa yg jd penjual produk kesihatan ni. Alhamdulillah, seronok jugak tngok kawan2 dah maju ada bisnes sndiri.

Tapi, untuk dorang memujuk Tejaa membeli produk ni semua, mmg silap la. Sebab Tejaa dari dulu lg hanya bergantung kepada produk smulajadi. Memang mak Tejaa pantang kalau anak2 die mkn jamu yg tah dari mana, produk yg ntah sape2 yg formulakan. Bukan nak kata tak bagus. Tapi mcm biasalah. Orang tua2 kan. Memang berpegang keada petua tradisional.

Baru2 ni ramai kawan Tejaa yang bertanya tentang Manjakani. Baik yang anak dara, mahupun yang dh berkahwin. Siap ad yg mengadu masalah rumahtangga. Maaflah Tejaa tak berapa nak mengerti masalah rumahtangga ni. Al maklom la masih bujang kn. Yang Tejaa tahu. Baik untuk anak dara, ataupun yg dah berumahtangga, MANJAKANI ada khasiat die yg tersendiri. 

Tejaa akui, penggunaan MANJAKANI bnyk bwk perubahan pd diri Tejaa. Kalau dulu, buasir sebabkan Tejaa fobia nk ke tandas. Tapi skrg Alhamdulillah. Rasa selesa sgt. 

Kalau dulu jerawat. Tudiaaaa. Segan nk citaa aihh.. 
Tapi sekarang, Jerawat malu2 kucing nk tmbuh. parut jerawat pun. Alhamdulillah, dah semakin berkurang. 

Tejaa bukan nak menjual produk, mmg x niat nk promote bisnes lgsung. Tejaa hanya berkongsi kebaikan. Rakan2 yang nk manjakani ori, InsyaAllah Tejaa akan cuba dapatkan d kampung dan bekalkan tuk korang. Tejaa hanya jual dengan harga asal. Kalau kt kg sepeket RM1..Begitulah juga smp ke tgn sahabat2.

Persediaan ke alam pernikahan?
Mak cakap, perempuan kene jaga kesihatan sejak dari anak dara lg.
Jom jaga kesihatan dengan MANJAKANI. Best sgt..Next time Tejaa cerita pasal MENGKUDU pulak..hehe

Bye2 uols..cup3..

Friday, January 31, 2014

Satu Ikatan

Assalamualaikum wbt..

Rasa macam dah lame jugak Tejaa tak bercerita tentang love story Tejaa. Tejaa sekarang agak busy jugak menumpukan sepenuh perhatian pada Final Year Project Tejaa yg tak masih 50% in progression. Tinggal lg kurang dr 5 bulan Tejaa abiskan sisa2 study Tejaa. Rasa macam tak percaya. Tapi tulah hakikatnya Tejaa berjaya lalui semua ni sampai ke tahap yg Tejaa berada sekarang,

Sebenarnye, hari ni tergerak rasa hati untuk berkongsi cerita tentang detik2 bahagia hidup Tejaa. Melangkah ke alam baru yang kata orang agak mencabar iaiatu alam PERTUNANGAN. Tidak lah se mencabar alam rumahtangga, namun, kata orang darah manis ni kene banyak la bersabar dengan dugaan mendatang kn?

Tanggal 28 Disember 2013, teremeterailah satu ikatan antara Tejaa dan insan bernama AMIR HAMZAH. Rasa mcm baru semalam cincin tunang di sarung ke jari manis. Rupanya2, dh sebulan lebih.

Majlis yang serba sederhana..Tapi meriah sebab keluarga Si Dia dan Keluarga Tejaa jenis keluarga besar.
Saudara-mara ramai yg datang.

Malu2 kucing bakal mertua Tejaa. Tangan masing2 menggeletar masa sarung cincin. Mak Si Dia pulak first time sarungkan cincin kt anak dara org. Anak Teruna sorang katakan

Poyo sangatkan photoshoot bagai..Sebenarnye tumang post wedding shoot outdorr Tejaa punya adik..muka x malu..hehehee

Menjeling2 ku bertentang..tehee...

Semoga ikatan yang terbina ini kian kukuh sehingga ke lafaz akad dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga.. InsyaAllah, doakan Tejaa. 
Tarikh langsungnya, InsyaAllah, dah ada tarikhnya, cuma masih belum ad kata putus lagii..