About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Monday, December 23, 2013

KKU

Assalamualaikum wbt.
Korang pernah dengar tak term KKU. Mesti tak pernah dengar kan.. How about OKU. Yang ni korang taw kn.. Tp KKU??
Mesti la x taw sbb term ni Tejaa reka sendiri..teheee.. Jangan korang pegi Google lak KKU ape..ni term x established taw..hahak
KKU merupakan Kucing Kurang Upaya yang Tejaa reka setelah melihatkan dua ekor kucing buah hati milik Tejaa sekarang.
Tejaa ada 2 ekor kucing. Satu namanya Oyen, satu namanya Vet. Walaupun Vet belum lg Tejaa miliki sepenuhnya, Tejaa tetap teruja nak bercerita tentang 2 budak nakal ni
Oyen, sedia maklum Tejaa bela sejak kecik.
Oyen tejaa gelar OKU sebab pernah eksiden kereta, dan pelvicnya patah. Oleh kerana umo oyen masih budak (4 bulan) dan availability of vet kt terengganu kurang, terbiarlah oyen dlm keadaan begitu sehingga sekarang, Oyen sembuh, namun, cara berjalam yg tidak normal bg seekor kucing.
Walaubagaimanapun, semasa Tejaa decide utk terus membela oyen tanpa PTS, tejaa memerhatikan ABU Oyen.
A= Appetite
Oyen tidak mkn langsung slepas accident. Walaupun diberi makanan kegemaran Royal Canin + wet food, tetap tak dijamah. Tapi selepas diberikan ubat tahan sakit, Oyen akhirnya menjamah makanan. Oyen tak makan bukan sbb xsedap, tp sebab sakit.
B= Bowel
Selepas accident, oyen tak mengalami masalah berak langsung. Oyen tetap berak seperti kucong normal. Sebab tejaa paling risau sekiranya oyen tak berak sebab dalam keadaan tulang pelvic h patah, oyen mgkin akan mengalami kecederaan saraf, dan penyahtinjaan akan terganggu. Oyen mungkin akan sembelit. Sebab tu tejaa sentiasa perhatikan Bowel Oyen. So sekarang oyen berak normal, means xde kecederaan saraf
U=Urination
Oyen pun tetap kencing mcm biase. Tiada masalah kencing langsung. Tak kencing dedas@ tiada msalah tahan kencing. Same mcm Bowel, means takde kecederaan saraf.
Oyen masih budak, tulang oyen sedang membesar, dan tulang oyen akan  heal walaupun tidak senormal dahulu. Oyen sekarang sedang membesar dengan sihat seperti kucing2 lain, tetapi, oyen sudah Tejaa kategorikan sebagai KKU iaitu kucing kurang upaya.
Cara berjalan oyen unik, tulang pggungnye kecik, kerana dh patah, tetapi oyen masih mampu aktif seperti kucing2 lain. Masih berlari2 mengejar bola. Masih terlompat2 menyergah ayam. Dan masih berjalan2 walaupun dengan gait yg pelik.
Lepas ni oyen akan dapat kawan baru yg same KKU mcm die. VET pun aktif budakye, suka melompat, berlari terkinja2.
Why KKU? Kenapa masih bela kucing kurang upaya?
Soon, they will call me Doctor and I will be a vet. Patutkah tejaa menasihatkan owner utk menjaga kucing2 mereka, membela kucing2 mereka, sedangkan tejaa, ape yg tejaa buatkan utk selamatkan kucing tejaa.
Aim tejaa, utk berikan mereka life quality. Apa yg terjadi pd mereka, atau ajal mereka dtg menjemput, itu bukan hak tejaa utk menentukan. Apa yg tejaa tahu, oleh kerana tak ramai yg ingin meletakkan effort utk menjaga kucing2 yg serba2 kekurangan ni, tejaa akan usaha.

OYEN vs VET..Hari2 kerja mereka fighting. Nasib baik dua2 x bertengkar.
Semoga keduanya bertambah sihat. InsyaAllah..

A cat, a pet, a vet.
Satu ikatan

Tuesday, December 17, 2013

My New Sweetheart

Assalamualaikum wbt
 
2 3 hari ni tejaa teruja sangat sebab finally, tejaa dah buat keputusan untuk adopt a new cat from UVH. Name si budak ni ialah Vet. EPIC sangat kn namenye. Haha. Name ni di berikan oleh doctor yg mula2 skali handle kes si kucing ni. Ada sejarah tentangnya. Jom bace sikit
 
Ceritanya bermula begini:
 
Vet telah dijumpai di Hospital Veterinar Universiti(UVH) dalam keadaan yang ckup menyedihkan. Melalui sumber2 lisan, Vet telah dibuang oleh tuannye di UVH. Pandai tuan die pilih tempat nk buang ye..
 
Vet diceritakan mengalami kemalangan, kemudian ditambah pula dengan selesema yg sangat teruk. Dan sad story nye adalah vet ad cleft palate.  Seriously first time tejaa jumpa kucing cleft palate.
 
Jadi, Vet telah dirawat di UVH dengan kos yg dtanggung oleh UVH. Ditempatkan di Quarantine unit selama 2 bulan, melalui operation demi operation cleft palate repair as well as castration. Dan under treatment flu yg smp skrg x resolve, tp getting better.
 
Tejaa mula mengenali Vet semasa Tejaa ditugaskan rotation kt Quarantine selama seminggu. Kali pertama pandang Vet, he was so adorable. Seriously. Dengan mata yg bulat gile dan hidung yg penyek, membuatkan tejaa rase jatuh cinta. Maaf la x dapat show gambar sbb si budak vet ni terlalu la aktif smp nk ambik gambar pn susah.
 
Setiap kali tejaa masuk quarantine room, tejaa akan kuarkan vet dr cage, bg sebijik bola kertas, then vet akan kejar mcm org gile keliling ward dan hanya akan berhenti bila bole 2 melekat bwah cage..comel kn.. Tu je la hiburan tejaa mse kt quarantine. Almaklomla, terquarantine skali..hua3.
 
Sebab UVH da mewar2kan untuk open vet for adoption tejaa dah pasang hasrat tuk adopt. Tapi x sangka until now, mmg xde org nk adopt. Padahal si vet punye la adorable..da la aktif gile...
 
Tejaa mmg suke kucing yg aktif dan terkinja. Boleh la berkawan dengan si Oyen kt umah yg mmg terkinja2 jugak. Even hanyalah seekor Domestic Shorthair, ape ku kisah. Tejaa bukan breedist(kononnye term lain tuk RACIST).
 
minggu depan, sbelum balik trganu, tejaa akan bwak Vet skali. Naik kreta, spanjang jlan balik trganu. Semoga hidup vet lebih berkualiti dgn owner baru.. tejaa la..teehee...
 
Dan semoga vet tak noty2 dalam kete taw. Law x injek ACP..hua3...
 
 

Friday, December 13, 2013

TEMPAH LUKISAN

Assalamualaikum..

Hari ni Tejaa dengan secara rasminya membuka balik bisness Tejaa yang sekian lama tertangguh.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan lukisan potret, boleh hubungi Tejaa melalui cara2 berikut:

Emel: radhioahead1@yahoo.com
Fb: radhioahead@gmail.com
WeChat ID: tuntejaa

Untuk melihat lebih banyak contoh2 lukisan potret karya Tejaa, boleh ke link yg disediakan di bawah..
Selamat menempah..Hehe..


Tuesday, December 10, 2013

Koleksi Potret Tempahan (2012-2013)



















My Military Art Collections (2013)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ni Tejaa nak publish beberapa military portrait yang telah Tejaa hasilkan. Ada yang masih selamat berada dalam simpanan Tejaa, dan ada juga telah dihadiahkan kepada pihak2 yang terpilih. 

Note: Sumber gambar asal adalah melalui internet

CEREMONIAL MOUNTED SQUADRON/SKUADRON ISTIADAT BERKUDA
Cavalry
Tejaa mendapat ilham untuk menghasilkan potret ni selepas Selesai Equine Practical di SIB
The one and only portrait yang Tejaa lukis saiz A1
PARA
tak tahu nk describe ape, dan Tejaa pun tak tahu kenapa Tejaa lukis gambar ni.
Nak kata sebab si dia pun unit ni, tak jugak
sebab Tejaa lukis gambar ni sebelum Tejaa kenal di dia lagi.

Rela Abang Mati Dulu (RAMD)
hahahaha
Komando
The Best Malaysia Special Force

Masih ada salam simpanan Tejaa.
Komando jugak.


Selamat menikmati lukisan potret..hehe..Sekiranya berminat, boleh hubungi Tejaa:

radhioahead1@yahoo.com
WeChat ID: tuntejaa
Fb: radhioahead@gmail.com



Dry Flowers

Assalamualaikum wbt..

"The flowers may dry, but my love for you was never a lie"
2 more weeks to go. Tejaa sebenarnya terlalu excited..Setelah kekecewaan demi kekecewaan tejaa lalui, akhirnya kebahagiaan tu hadir jua. Positive side die, Allah tarik sedikit dari kita, sebab Allah nak bagi sesuatu yg lgi baik. Sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Bercerita tentang kebahagiaan, bukan mudah nak kecapi kebahagiaan. bak kata mak, sebelum nak bahagiakan orang, diri kita harus dibahagiakan dulu. Dulu memang tak faham apa maksudnya. Sekarang baru faham.

Bak kata satu pepatah, ubat terbaik untuk patah hati adalah untuk jatuh cinta lagi. Betul ke? Tejaa rasa betul. Sebab belajar untuk melupakan itu susah, tetapi menjadi mudah apabila kita belajar menerima sesuatu yang baru dalam hidup kita.

Pertama kali bersua muka dengan gerangan insan yang bernama Amir Hamzah, hati terdetik untuk mengenali walaupun pada mulanya terasa berat hati untuk menerima tawaran dari ayah bila ada orang nak merisik. Seriously masa tu hati belum terbuka untuk menerima cinta baru. Nak belajar menyayangi memang susah. Tapi bak kata askar, pelan2 kayuh.

The flowers may dry, but my love for you was never a lie
Penat jugak sebenarnya belajar mengenali, dan belajar buka hati untuk seseorang. Berkat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan, akhirnya perasaan tu hadir jua. Malahan terasa lebih indah dari sebelum ni. Langkah demi langkah di atur, supaya kisah lalu tak berulang lagi. Kalau ikutkan family, mau aje dilangsungkan cepat. Tapi tak mahu terlalu gopoh. Slow and steady katenyee..haha

Alhamdulillah. perjalanan yang dilalui tidak lah terlalu sukar, namun tidak juga semudah yang di sangka. percaturan antara dua keluarga membuahkan hasil, dan InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Belajar untuk jadi diri sendiri dan belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik..

ISTERI

MENANTU

Pangkat baru yang bakal diterima suatu hari nanti. Doakan Tejaa..InsyaAllah..



Monday, December 2, 2013

Post- Clinical Conference + Shopping

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, lega ckit rasa hati tejaa ni selepas berakhirnya clinical conference tejaa yg pertama. Persediaan yg memakan masa berminggu2 akhienya berakhir dgn baik. Yang mmbuatkan tejaa lega, walaupun bukanlah speaker yg baik tuk hari 2, tapi tejaa tak dihujani dengan soalan2 yg melangkaui tahap pengetahuan tejaa tntg case 2.

Jadi, kerana terasa lega, tejaa habiskan masa terluang hjung mggu kononnya nk manjakan diri, nk release stress. Jumaat malam, berjalan2 ke danau kota. X shopping pn, tp si dia belanja beli baju & jam.. Jam Q&Q je...yg penting water proof tuk kegunaan tejaa rotation ward. Jam sebelum ni dh selamat kojol sbb masuk air..padahal basuh tgn je pn, bukan rendam dlm baldi..

Hari sabtu dr pg smp petang tejaa habiskan masa berjalan sakan ke Nilai..Sebenarnye bersama si dia beli brg2 persiapan majlis nanti. Dalam perjalanan, tejaa di surprise kan oleh si dia..si dia dtg dengan a bouquet of red roses.. Rasa mcm nk melompat 2 mmg selalu ad, tp kali ni rasa terharu. Mcm nk menitik air mata. Tak sangka, di sebalik si dia yg pendiam, rupanya pandai ambik hati. Untong laaa tejaa..hahaha..nk jugak kn??

This thing made me smile all day long...

Sempat lagi posing sementara tunggu si dia bayar..hua3
Kononnye bahagia gile la on the way pgi nilai, bersembang tak hengat, sbb happy..haha
 Seriously mase smp d Nilai 3, tejaa hampir jadi gile sbb gedung barangan pengantin kt sane, barang sume cantik2..smpkan rambang mate nk pilih yg mane. Law ikut nafsu mmg nk cantik2 n nk borong. Tp teringat pesan si dia, jgn membazir..

Dr pagi sampai jam 2 ptg duk nilai 3.. Si dia dh ha is duit ~rm400 tuk beli brg yg x seberapa. Itupun tejaa dh pilih yg paling murah sbb nk jimat kos, nnti balik kg bnyk lg benda nk fokus..cincin pn belum beli lg.

Tapi seriously memang berbaloi shopping barang kt nilai. Tngok je kedai karpet, kedai langsir, mula la berangan nk ade umah sndiri..pas2 tetiba rase mcm nk kawen cepat2..haha..

Kalau la dah habis study, awl taon ni tejaa nikah..siyes, betul ni...haha

Lepas balik dr Nilai 3, si dia hantar tejaa bilik, punya la penat smp tejaa terlajak tido smp kul6 lebih..dh nk maghrib.. Padahal dh janji dgn si dia nk pegi mkn steamboat grill Al-Sinni kt Bangi. Masuk ni, dh kali ke 3 tejaa dan si dia dinner kt  sane.. Mmg bezz..

Selalunya tejaa pegi xde la ramai org, ade la 2 3 meja yg terisik, sbb salu pegi time tengah bulan, org tengah pokai kan..kali ni pergi time org bru lepas gaji..punye la ramai org, smp rse panas, xee vwntilation kt lam restoran.

Makan smp perut nk meletop, then si dia hantar tejaa balik ke kolej. Sebab si dia pn nk balik melaka..hari ni, sj dia ke perak. Ade latihan lgi. Smoga semuanya berjalan dgn lancar.

Lg 3 mggu menuju ke hari yg ditunggu2. Seriously nervous. Padahal bru nk tukar status kpada tunangan org je pn..

Alhamdulillah, akhirnya semuanya selamat. Patut ucapkan terima kasih kpd ayah sbb carikan calon suami yg terbaik utk tejaa. Baik utk family, insyaAllah, baik tuk tejaa. Restu keluarga mesti diutamakan...

Adi Putra cakap: Seorang lelaki tidak perlu jadi romantik, tapi harus jadi penyayang..

Friday, November 15, 2013

First Clinical Conference

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya detik yg selama ni dinanti dengan penuh debaran akhirnya tiba jua. Tejaa akhirnya telah sahkan untuk membentangkan clinical conference pertama tejaa yang bertajuk Decompressive Surgery of Intervertebral Disc Prolapse In a Poodle. Wahhh giteww kemain tajuk.

Adrenaline rush semakin hari semakin melonjak2 bile memikirkan macam mane la nk hadapi semua ni. Dah la berkaitan neuro. Ramai jugak yg cakap case tejaa ni susah, tapi apakan daya, tejaa terdesak sangat xde case nk present, sedangkan tejaa was elected to present case 2 mggu lepas lg. Hurmm..

Apa2 pun, walaupun hanya ada seminggu  masa untuk prepare segala2nya, tejaa rasa bersemangat. Lepas sihat ni rasa semangat lain macam..hehe..Alhamdulillah, tak terhingga rasa syukur tejaa pd Dia.

Hari isnin, tejaa dh perlu hantar slides presentation dan draft report pada supervisor tejaa, Dr Loqman, an experienced surgeon at University Veterinary Hospital ni. Dan tejaa takkan lupa, co- supervisor tejaa, tejaa akan dapatkan nasihat, pendapat dan guidance drpd mantan Timbalan Komandan Palapes UPM, a very experienced orthopedic surgeon dan jugak very experienced in radiology iaitu Lt Kol (B) Prof Madya Dr Rashid Ibrahim.

Despite of his disability, he has a pure strong heart..My Mentor..

Well, tejaa sekrang kene berusaha lebih. Si dia janji, lepas present nk bwak tejaa mkn steamboat grill. Bagi perut ni berjimba lah selepas 2 minggu yg stressful drngan surgery rotation, FYP, and clinical conference. May Allah ease.. Doakan tejaa.. Syg semua cup3..

Assalamualaikum..

Thursday, November 7, 2013

Terganggu

Assalamualaikum wbt..

Hari ni merupakan hari kedua selepas 'benda' yg ada dalam badan tejaa ni dibuang. Terasa masih segar dalam ingatan kesakitan yg tejaa tanggung semasa proses tersebut, hanya Allah SWT shj yang tahu. Allahuakbar.

Hati kerap terasa sebak, terasa empty, terasa mcm bru lepas berpisah dengan sesuatu. Badan terasa lemah, lesu, tejaa sendiri sedar tejaa menjadi semakin pendiam, kerap termenung, tidak seceria sebelum ni. Bila rasa tak berupaya hadapi sorang2, tejaa call mak.

Bila terasa tertanya2 mengapa perasaan begini harus ada, ustaz mula berbicara. Semua ini perkara normal tejaa akan rasa bila benda tu terpisah dari tejaa. Pesan ustaz, teruskan amalan yg ustaz pesan supaya 'benda' tu tidak kembali lagi.

Tidur malam masih belum lena. Masih  terganggu. Begitulah jin, iblis, mahupun syaitan sehingga ke hujung nyawa pn berusaha untuk menyesatkan anak Adam. Kaki bagai ditarik2 sehingga tersentak, tidur bagai dikejutkan oleh seseorang. Allah, kadang2 ter memgeluh sampai bila harus begini. Yang tejaa mampu buat hanyalah membasahkan lidah dengan ayat2 Allah.

Pic courtesy from Google

Kesan kesakitan d leher masih terasa. Tempat yg paling sakit masa berubat. 'benda' tu sakit, tejaa turut terasa sakit, tapi apakan daya, tejaa tak mampu mengawal diri tejaa, seolah dikenakan remote control, seolah2 badan tejaa digunakan oleh sesuatu dalam keadaan separa sedar.

Allahuakbar, tak dapat gambarkan kesakitan. Rasa bersyukur pada Allah kesakitan ni ditamatkan dengan ayat2 Allah. Bermacam2 tempat sudah dikunjungi inilah pengakhirannya.

Sesungguhnya benarlah ayat Allah itu penawar segala kesakitan.

Wednesday, November 6, 2013

Surah Al-Baqarah ayat 102

Assalamualaikum wbt..
Dalam entry sebelum ni, tejaa kongsi tentang amalan untuk kuatkan diri/pendinding drpd gangguan jin, iblis, syaitan mabupun sihir. Salah satu amalannye ialah bacaan surah al Baqarah ayat 102. Kt bawah ni tejaa sertakan terjemahan ayat tersebut.

pic courtesy from Google
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

Dalam Quran pun dah cerita tentang manusia dan sihir. Zaman dulu pn dah ada org yang menyihir untuk pisahkan suami dan isteri. Semuanya bermula dengan hasad dengki. Nauzubillah. Setiap kali tejaa baca terjemahan ayat ni, tejaa akan rasa sebak yg amat. Kadang2 tak sedar air mata mengalir. Wahai sahabat, jangan la mendekati sihir ni. Walau orang buat jahat mcm mane pn pd kita, jgn kita jebakkan diri dengan kekufuran. Sesungguhnya neraka tempatnya.
selama ni teja tengok kawan2 yg kena. Bila tejaa rasa sendiri, Allah, hanya Dia yg tahu..Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, setiap ujian, ada hikmahnya. Semoga jalan lurus, tetap menjadi arah hayunan langkahku. Wassalam..


Jauhi Sihir, Jin, Iblis, Syaitan..

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tejaa mengarang entry dengan badan yg sangat lemah  tapi tejaa tetap nak hasilkan satu entry sebab rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu.

Sihir. Jin. Iblis. Syaitan.

4 elemen gangguan ni. Sesiapa yang pernah laluinya akan faham betapa sakitnya rasa dan hanya Allah yg mengerti betapa seksanya semua ni.

Dipendekkan cerita, tejaa ingin berkongsi sesuatu yang dikongsikan kpd tejaa dari seorang ustaz yang tejaa terhutang budi kerana berusaha gigih mengembalikan tejaa kepada normal.

Amalan ini dikongsikan untuk menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis. Tejaa akan terangkan sedikit sebanyak.

Amalan ini hendaklah dilaksanakan selepas solat maghrib dan subuh.

1) baca surah al-Fatihah sambil niat dlm hati mohon pd Allah dijauhkan dr gangguan jin, iblis dan syaitan.


2) baca surah al-baqarah ayat 102 ( sila lihat terjemahan utk lebih faham tntg ayat ni) sebab bila tejaa baca terjemahan nya tejaa rasa sebak shingga mengalirkan air mata, betapa manusia ini hidup dlm kkufuran krana sihir.

3) baca ayat kursi

4) baca surah Ghafir/Mukmin ayat 1-3

5) baca 3 qul

Untuk tambahan drpda tejaa sendiri, selalu amalkan baca surah yasin dan al mulk, utk kuatkan diri. Selalu berdoa pd Allah untuk kuatkan smangat, djauhkan dr gangguan jin, iblis, dan syaitan, samaada drpda skliling mahupun yg disihirkan oleh manusia. Nauzubillah.

Untuk yg mahu bertanya tntg pengalaman tejaa, insyaAllah boleh berkongsi. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi hidup kita dengan payung rahmatNya..

photos: Courtesy from Google

Monday, October 21, 2013

A Bouquet of Roses

Assalamualaikum wbt..

Happy monday untuk semua.. Walaupun tejaa tahu isnin adalah hari yg tak semua org suka, tp dengan sukacitanya tejaa bgtaw buat pertama kalinya untuk semester ni, tejaa tak alami monday morning syndrom kerana  1 sebab..

Perkara ni berlaku semalam yakni hari ahad. It started with a sad story..ngeh3.. Sepatutnya, hari sabtu, si dia akan datang ke kolej Tejaa utk pegi shopping sama2 kt jalan TAR.. Tapi punyala tejaa sedih aritu sbb tiba2 si dia bgtaw si dia terpaksa kerja hari sabtu. Memang bukan salah si dia, tapi tejaa dh mengharap sgt2 & berangan gile2 dh nk g shopping smp termimpi2 last2 tak jadi. So, mcm biase la tejaa merajuk. Hari jumaat dan sabtu tejaa moody habis, ape yg si dia ckap rse x kena. Nasib baik si dia ni penyabar. Si dia punya la nk pjuk, smp ckap nk dtg hari ahad yakni smlm, n nk jalan2 pgi melaka. Once again tejaa jual mahal ckap tak payah dtg, dh xde mood nk shopping.

Sebab tejaa moody gile, so sabtu malam ahad, tejaa biarkan je fon kt tas katil n tejaa berjimba dgn mmbe2 kt dalam bilik. Haha.. Jahat bunyi..bukan berjimba mane pn, tejaa bukak kelas mekap bg mekap free kt mmbe2..tepat jam 12, tejaa kembali tatap fon. Tngok2 si dia x msej, so tejaa sambung bergedik sakan dgn mmbe2..haha

Jam 2 pgi, tejaa selesai aktiviti gegirl & kembali tatap fon, tejaa anta skeping whatsapp chat kt si dia. Knon2 ingat si dia da tido, rupanya x tdo lg..time 2 masih ad saki baki moody merajuk.

tiba2 je terkeluar dr mlut tejaa. "awak ni x pandai pujuk sye la"

Dan tiba2 jugak kua dr mlut si dia, "td saya g jalan2 kt melaka, tnye kawan mane ad kedai bunga, sye beli bunga ros, ade kt dalam peti ais 2 sye letak"

Dan dengan rasa tak malunye, tejaa tnye " awak beli bunga nk wt pe?" tejaa buat2 tnye padahal dlam hati bertaman2 dah bunga n rase nk melompat, tp kontrol lg..haha

Dipendekkan cerita, on sunday morning, tiba lah si dia bersama sejambak bunga ros merah+pink dgn senyuman yg paling manis. Nak pujuk punya pasal.

Dan sampai sekarang tejaa masih ingt ayat yg dilemparkan si dia mase tejaa sambut jambangan bunga 2

"Lain kali merajuk banyak2 lagi taw"

Haha..si dia ni, sabar jela

Bunga yang jadi peneman tido sampai penyek..hehe

Kadang2 tejaa terfikir, tak pernah terlintas dalam fikiran tejaa untuk mengenali si dia dgn cara ni. Tak pernah terlintas si dia yg hadir dlm hati tejaa sekarang ni, hasil dari  kawtim mak bapak. Kali pertama bertentang mata semasa merisik, kemudian bermula episod perkenalan yg membawa kpd termeterainya satu tarikh..

Macam zaman dulu pulak. terima kasi wahai si dia..untuk bunga itu, dan untuk sebuah hati yg tulus ikhlas.. With love..cup3... >.<

Thursday, October 10, 2013

Nikmat Sihat

Assalamualaikum wbt..

Sekarang merupakan minggu ke 5 tejaa di tahun akhir dan minggu ni tejaa sepatutnye dh submit literature review dan draft proposal  kpd supervisor untuk diperiksa dan diperbaiki. Tp sad to say that tejaa terpaksa hantar by this weekend sbb hari ni dan esok ad 2 pape exam. Exam2 pun sempat lg update entry kt blog.

Minggu ni merupakan minggu terbanyak tejaa ponteng kelas, tapi masih dalam jumlah yg selamat. Semuanya kerana kesihatan tejaa yg tak menentu. Dari minggu lepas, tejaa demam on off. Sekejap ok, skejap demam, acute gastroenteritis, sore throat, then mggu ni batuk and finally today, acute gastroenteritis lg .

So, differential diagnosis tejaa ialah stress..haha..sebab ape? First skali, tejaa bila stress teramatlah mudah nk sakit dan demam. Dan bila stress tejaa akan mula kurang mkn, bile mkn perut terkezuttt dah ulang alik toilet..nasib baek gastric x menyerang lg.

Alhamdulillah, hari ni dh x demam, x batuk, x selsema. Perut ni, elok la kot japgi. Sebenarnya mcam homesick pn ade

Hah! Taw tak tejaa tak dapat balik raye aji..tiket balik Terengganu dh abis licin, rase nak nangis. Dah la bestfriend tejaa naik pelamin this saturday & tejaa suppose to be pengapit die. Takde rezeki..huk3..

Sebab nak pujuk tejaa punya pasal, si dian ajak picnic Port Dickson..hehe..

Jap lg, kul 11 exam Ruminant Medicine. InsyaAllah, berbekalkan apa yg tejaa baca kt nota+ apa yg tejaa practice mase rotation & practical, tejaa akan lulus dengan cemerlang..doakan tejaa uols...bye3...cup3

Tuesday, October 1, 2013

Hectic Year

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, tak terucap rasa syukur tejaa pda Allah sebab dh sampai final year, walopon dlm setiap entry ad sebut tp still nk sebut jugak. Keterujaan terserlah d situ.

Hectic year. Kalau dlu bila tengok senior final year, rasa mcm tak taw dapat hadapi semua ni or x. Dengan rotation, clinical conference, and also final year project yg tejaa rasa sekarang mula mencengkam kalbu. Ok, mungkin final year project tak terlalu mendesak sebab tejaa dah start awal, tapi conference yg menyebabkan tejaa pening kepala. First case was rejected sbb diagnostic work up tak lengkap, then second case tak jadi, because the surgery is not happen yet. Then the third case pulak x taw lg sebab kne buat follow up, then case 2 happened kt negeri 9. Jauh tuk wt follow up. Sekarang masih pening. Semoga dpt kes yg menarik...plizzz3

sekarang d mggu ke 4 semester, tejaa dah sepatutnya submit literature review & dh mula buat first draft proposal, tp masih dlam progress.

Tentang relationship pulak, dh mula rasa tertekan sbb si dia dan family kalau boleh nk menyegerakan majlis. Inilah yg berlaku bila dua keluarga yg menyatukan si teruna dan si dara. Masing2 excited nk menerima menantu. Pilihan keluarga..mcm zaman dlu2 tak? Hehe

Ok then, cerita pasal hectic year tak habis lg ni. Sometimes rasa mcm x dpat nk lalui, tp ape2 pun kene tempuhi jgk. Ni belum lg start small animal rotation..

tejaa rasa waktu sekarang, tejaa perlu stay calm and keep working..haha..

usaha3...semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah...

Thursday, September 26, 2013

Skuadron Istiadat Berkuda

Assalamualaikum wbt .

selamat Tejaa ucapkan kepada pembaca setia blog Tejaa. Rasanya selepas Tejaa melangkah ke alam tahun akhir, ni entry Tejaa yang ke 2. Minggu ni merupakan minggu ke 3 tejaa memulakan sesi semester baru sebagai pelajar tahun akhir. So far, tak terlalu bizi, sebab tejaa bermula dengan large animal rotation. So ade jugak lah masa yg free tuk tejaa hapdett blog yg kian menyepi ni.

Alhamdulillah, tejaa tak sangka entry tejaa yg bertajuk 'susah tak nak jadi dr haiwan' mendapat sambutan yg hangat dan dihujani pertanyaan drpd mereka2 yg berminat dengan vet. Apa2pun, tejaa akan berusaha menjawab persoalan yg diutarakan setakat yg tejaa mampu.

Cuti semester lalu merupakan cuti terakhir untuk tejaa menghabiskan latihan praktikal sepanjang bergelar pelajar DVM. Dan penutup bagi latihan praktikal tejaa ialah equine praktikal dan mcm yg tejaa pernah kongsi sebelum ni, ianya berlangsung di Skuadron Istiadat Berkuda.

first day Tejaa di Ceremonial Mounted Squadron

Kerana obsesi tejaa dengan dunia military, ditambah pula dengan cita2 tejaa untuk berkhidmat dengan ATM, tejaa tersangat2 lah teruja apabila permohonan tejaa menjalani latihan d sana telah disahkan. Akhirnya tejaa jejakkan jua kaki ke sana.

2 mggu merupakan waktu yang singkat namun pelbagai ilmu dan pengalaman dapat tejaa timba. Seriously tak terjangka oleh tejaa khidupan di skuadron istiadat berkuda membuatkan tejaa jatuh cinta dengan kuda. veterinary officer yang tidak lokek ilmu serta berpengalaman serta supporting staff yang tidak berbelah bagi menurunkan segala ilmu pengetahuan serta berkongsi pengalaman dalam dunia perubatan kuda.

Apa yang Tejaa sedari, seorang insan yang bernama Lt Kol Dr John Tito Sapalo, tejaa sanjung kerana keperibadian, sikap rendah diri serta dedikasi yang secara ringkasnya boleh tejaa katakan sesiapapun akan menjadikan beliau sebagai role model.
Lt Kol Dr John Tito Sapalo, equine veterinarian,
tak terbalas jasa mengajar dan mendidik tentang dunia equine.

Veterinary officer in military. Tejaa memang memandang serius peluang untuk Tejaa berkhidmat sebagai veterinary officer dalam ATM. Alhamdulillah, usaha tejaa dipandang dan mendapat sokongan drpda pelbagai pihak, dengan kelebihan tejaa sebagai pegawai muda yg masih berkhidmat untuk PALAPES UPM,  tejaa harap ianya menjadi tanda aras untuk tejaa berjuang hingga ke garisan pengakhiran iaitu graduate sebagai doktor perubatan veterinar.

Bukan senang untuk berjaya kerana ia memerlukan sebuah pengorbanan yang agung. Bukan senang mahu berkorban kerana ia memerlukan sebuah jiwa yg teguh. Dan bukan mudah untuk memiliki jiwa yang teguh kerana, pengalaman jatuh bangun mengajar untuk terus bangkit selepas tersungkur. Jatuh jatuh dan jatuh? Usah mengeluh kerana begitulah jua tejaa sebelum memiliki semangat seutuh ini.

Skuadron Istiadat Berkuda megah dengan kuda2 serta pahlawan yang gagah menungggangi mereka, di Pulada, gah namanya dengan ketangkasan anjing perang yang terlatih. Di situ, bakal menjadi destinasi tejaa sebagai veterinary officer dalam ATM, semoga cita2 menjadi kenyataan.

our last day in SIB with the vet assistants & the horses..
Dalam hidup, tiada istilah ttik noktah. Walau nyawa terpisah jasad, perjalanan tidak akan terhenti.

Insan2 yang sentiasa berada d cc d saat jatuh bangun tejaa, insan yg tejaa sayang, tejaa sanjung, tidak pernah terpadam dari memori tejaa untuk selamanya

Walau jalan penuh berliku, walau jatuh menyembah bumi, tejaa ada segalanya, tejaa ada Allah. Doakan tejaa. Terima kasih semua..

Tuesday, June 25, 2013

Now I am DVM5

Assalamualaikum wbt.

Maka dengan ini, dengan rasminya Tejaa berdaftar sebagai pelajar Doktor Perubatan Veterinar tahun akhir atau DVM5!!
Veterinarian vs Portrait Artist

Finally, tiba jua Tejaa ke destinasi yang ditunggu-tunggu dan digeruni. Lagi setahun, InsyaAllah Tejaa akan bergelar doktor. Ta mudah perjalanan hidup Tejaa untuk sampai ke tahap ni. Pelbagai dugaan dan cabaran Tejaa tempuhi.

 InsyaAllah jugak Tejaa akan realisasikan impian Tejaa untuk berkhidmat sebagai Veterinarian dalam Angkatan Tentera Malaysia. Cita2 Tejaa sejak dulu lagi. Doakan yang terbaik tuk Tejaa ok..Sayang uols..cup3..

My Bussiness

Assalamualaikum wbt..

Korang perasan tak sekarang ni business online dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam2 orang jual, dari pakaian, makanan, keperluan hidup lain bla3 macam2 la..smpai kan pakaian dalam pun orang boleh jual online.
ini gambar sebagai teaser..Ce korang teka sape

Nak dijadikan ceritanya, Tejaa pun dah terlibat dengan bisnes online ni..haha...tapi Tejaa jual produk sendiri la..Bukan produk kecantikan mahupun produk pelansingan badan, tapi Tejaa menjalankan perniagaan melukis potret. Sebagaimana yang korang maklum, sejak sekian lama Tejaa mengasah bakat sebagai pelukis potret dan sekarang Tejaa sedang melangkah ke alam baru sebagai Street Artist.

Kenangan terindah Tejaa dalan fasa melangkah ke dunia street artist ni bila Tejaa kali pertama membuat promo artwork tejaa di Pameran Kerjaya dan Aset Tentera Darat di Port Dickson baru-baru ini. Dan marketing strategy Tejaa dengan mempamerkan lukisan komando dan Para yang telah Tejaa hasilkan. So Alhamdulillah sejak dari itulah beberapa tentera yang Tejaa jumpa mencadangkan kepada Tejaa untuk menubuhkan page bagi memudahkan Tejaa menguruskan bisness Tejaa ni, terutamanya Tempahan potret pun senang dibuat. So, sekarang Tejaa pun dah ada page sendiri. Tempahan pun semakin banyak. Berkat usaha Tejaa buat muka seposen kt pameran tu laa..hehe...


Gambar anggota Vat 69 yang ditempah
Tejaa masih fokus kepada pelajaran sebab sekarang ni dah masuk tahun akhir aka DVM5. So, masa cuti Tejaa manfaatkan sepenuhnya dengan bisnes ni dan siapkan tempahan yg diterima terlalu banyak.

Kepada sahabat yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tejaa, boleh klik link kt bawah ni:
https://www.facebook.com/PelukisJalananTunTejaa
Jom like page Tejaa sebab dalam page ni Tejaa ada banyak letak gambar2 potret yang telah Tejaa hasilkan. Untuk sebarang detail pn bolehlah PM Tejaa ok...daaa...

Tuesday, April 9, 2013

EQUINE PRAKTIKAL 2013

Assalamualaikum wbt...

Macam sebelum ni, Tejaa ada share tentang tempat praktikal Tejaa semester lepas. Smeester ni, Tejaa akan menghabiskan masa praktikal di Skuadron Istiadat Berkuda untuk latihan praktikal kuda selama dua minggu. ada dua lagi praktikal yang Tejaa akan lalui di Perak dan juga Terengganu, tapi hari ni Tejaa rasa seronok nak bercerita tentang praktikal Equine kt SIB. Sebab apa ye?

Macam yang korang taw la, passion Tejaa pada military ni sejak dari dulu lagi. Ada jugak yang bertanya, kenapa tak buat praktikal kt turf club, dan kenapa susahkan diri nak praktikal di kem askar yang banyak betul protokol nak kene ikut. Jawapan tejaa...?

Tejaa wat keputusan untuk menjalani praktikal di Skuadron Istiadat Berkuda sebab Turf Club merupakan Kuada yang dilatih untuk tujuan Judi..Jadi, korang fikir-fikirkanlah.

Walaupun bulan 8 nanti baru Tejaa akan menajalani praktikal kt sana, tapi Tejaa dah rasa cukup teruja. Cita1 Tejaa, bila dah habis nanti Tejaa nak apply untuk jadi Vet dalam tentera. Kalau ada rezeki, Tejaa akan berkhidmat di sana. InsyaAllah...>Doakan Tejaa

Jumpa korang semua di lain entry...Luv anda semua..Cup3...

COMPASS MARCHING

Assalamualaikum wbt..

Tejaa rasa dh lame dah Tejaa x update pasal life Tejaa sebagai anggota tentera sukarela aka WATANIAH. Alhamdulillah, walaupun masih busy menjalankan tugas sebagai student vet, Tejaa masih lagi berkesempatan menjalani latihan sebagai Pegawai Muda di PALAPES UPM..Minggu ni, walaupun student lain tengah syok menghabiskan masa cuti kt kampung halaman masing2, tejaa masih lagi setia di UPM untuk menjalani Latihan Pandu Arah.

Penat? nak kata penat tak jugak la...mungkin sebab dah terbiasa sejak dari zaman kadet. Apa2 pun, semoga segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sebab kali ni, Tejaa terpaksa incharge kadet untuk pandu arah. So, Tejaa pun akan bergerak sekali bersama-sama kadet nanti.

Rasa macam dah lama tak bergelumang dengan semua ni. Bila dah lama rasa rindu nak berkecimpung dalam dunia ketenteraan ni semakin membuak-buak. InsyaAllah, Tejaa tetap akan kekal dengan dunia Tejaa sebagai tentera sukarela dan juga sebagai vet. InsyaAllah kalau ada rezeki, Tejaa akan menceburkan diri dalam ketenteraan sebagqai anggota tetap..Doakan Tejaa ye, Tejaa harap akan hadir seseorang yang boleh mendorong cita-cita Tejaa, bukannya menghalang..

Jumpa lagi di lain entry..cup2...Tejaa sayang korang semua yang setia menatap setiap bebelan Tejaa.

Tuesday, March 12, 2013

How to be strong?

Assalamualaikum wbt..

Macam mana nk jadi kuat fizikal dan mental? Kalau dari segi fizikal 2 mcm biasa la kene exercise secara berterusan.. Law nak lg efficient, carik personal trainer. Tapi, satu perkara yang kita selalu lupa, kekuatan fizikal bukan shaja perlu dgn senaman fizikal, tp pengaruh kekuatan mental juga akan memberi impak kepada kekuatan fizikal. Kenapa ya?

Korang pernah tak sedar yg bila korang dlm keadaan stress mahupun tertekan, korang akan mudah selesema, migrain, batuk, demam or lam kata laen, mudah tuk alami masalah kesihatan. Pengawalan stress dan tekanan ni semua dipengaruhi oleh kekuatan mental.. Apabila mental kita lemah, kita stress, ketahanan badan kita automatik akan menurun, dari situ la tercipta peluang untuk segala mcm agent penyakit menyelinap masuk ke dalam badan kita da melemahkan kekuatan fizikal kita.

Macam mana nk jd kuat dr segi mental?

selalunya org yg mmpunyai mental yg kuat ialah org yg pernah melalui kesukaran, kesedihan, kesakitan dan juga kegagalan.. Ianya sama mcm konsep ketahanan badan kita kpada penyakit. Apabila kali pertama dlm hidup kita terkena chicken pox, kita xkan djangkiti lg lepas 2..pernah x terfikir kenapa? Sbb badan kita akan menghasilkan antibody yg spesifik kpd penyakit chicken pox slepas kali pertama mendapat jangkitan. Begitulah juga kekuatan mental kita..

Kesukaran, kegagalan, kesedihan kadang2 menyulitkan kita dan ada jga yg memberi manfaat kpd kita. Semuanya bergantung kpd penerimaan kita terhadap situasi tersebut. Belajarlah untuk menerima ketentuan bahawa kegagalan yg kita tempuhi merupakan pendedahan pertama kpd kita spya kita akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Ya, tak mudah. Tejaa akui, sebab pengalaman Tejaa sendiri.

Untuk jd kuat, kita kena ada punca semangat. Untuk Tejaa, keluarga merupakan perangsang semangat Tejaa secara zahirnya. Dan kekuatan utama Tejaa ialah Allah S.W.T

Kenapa? Sebab Allah tidak pernah jemu untuk dengar segala aduan, rayuan, cerita kita walau kita berulang kali, tp manusia? Susah nk cari yg sggup dengar semua masalah kita kan sbb dorang pn ad msalah tersendiri dan hanya Allah Maha Setia Mendengar...Keluarga? Sebab walau buruk, pincang mana pun kita, keluarga ttap akan dcc, darah daging kita...

Susah nak jadi kuat kan? Macam Tejaa cakap, nk kuat kena usaha...paling penting, belajar untuk mendidik diri tawakal kpd Allah atas setiap apa yg berlaku walaupun kita dh berusaha sedaya upaya kita. Sebab bila kita positif, kita akan KUAT...

Tejaa? Kuat ke? Tips Tejaa hari ni, kalau rasa lemah, dekat2 kan diri dengan Allah... Tapi ingt, bukan time lemah saja, time kuat pn mesti kena dekat dgn Allah, cuma bila lemah, pakukan fikiran kita pada Allah...Sentiasa ingat Allah, insyaAllah, kita akan jadi kuat untuk harungi dunia nyata, barzakh dan perjalanan terakhir di SIRATULMUSTAKIM yg menjadi penentu nasib kita, SYURGA mahupun NERAKA!!

InsyaAllah, sahabat tejaa semuanya kuat2...jmpa lf d lain entry, syg semua cup2
..

Rotation

Assalamualaikum..

Rasanya dh lama kot Tejaa x share tntg life Tejaa as a vet student..Memandangkan sem ni dah semester ke 2 Tejaa ad rotation kt Hospital Veterinar UPM, Tejaa nk berkongsi kpd kawan2 Tejaa from other courses ttg apa itu rotation..

Rotation 2 kalau dlm bhasa melayu panggil bertukar2 org bergilir kan? Dalam rotation, kami 1 kelas akan dibahagikan kepada group of 6 or 7, dan setiap masing2 akan diberikan roster di mana tmpat yg kami akan duty..rotation happens every week and on thursday for DVM4...antara tempat yg kitorang kene duty termasuk ladang, ward, clinic, lab, surgery, equine(kuda) dll...kecuali untuk surgery dan ward, duty nya adalah selama 1 week including weekends.. masuk jam 7 pagi, dan balik salu selewat2 jam 11 malam..depends pd level keprihatinan vet officer on duty hari tu...so, for surgery and ward rotation, we will get busy all day..

Tejaa explain sbb ramai yg x faham life sbg student vet n pertikaikan a 'busy' life of vet student..bnyak lg tambahan mengapa student vet bizi, tp hari ni Tejaa cite pasal rotation je dlu...one more thing, untuk rotation, attendance is 100%, compulsory and if x ckup..u'll fail..sekian terima kasih....

Untuk yg berminat dgn course vet, wlpn bizi, tp yg paling bezz bile ad weekend yg free, korang akan rsa betapa berharganya masa 2...

Jumpa lg d laen entry..bye ols
.cup3..tata

Come Back

Assalamualaikum...

Memandangkan almost 6 months Tejja x post sbarang entry kt blog kesayangan Tejaa ni, Tejaa akan kembali dgn 'come back entry' topik2 wajib Tejaa mcm sebelum ni...untuk yg mengajukan soalan tntg veterinar, Tejaa mnx mahap sbb lmbt reply..n untuk yg follow entry Tejaa tntg petua2 kesihatan yg Tejaa share, thanx for ur concern n suggestion...
Tejaa skrg masih meneruskan study life Tejaa..1 more year to go tuk Tejaa terjah ke alam pekerjaan...

Life Tejaa ttp mcm biase, cuma bezanya dlu berpunya, tp skrg tiada sesiapa...haha...Tejaa happy tuk sekian waktu single sbb Tejaa dpt spenuh tmpuan pd life Tejaa...soal 2 wt mase skrg Tejaa tak mencari..di umur 25  soalan lazim yg akan keluar ialah "bila nk kawen".. Jawapan Tejaa? Insya Allah, doakan saya!!

study life pulak? Tejaa ckup happy sebab segalanya bejalan dgn lancar..

Life as a Muslim? Tejaa bersyukur kerana masih istiqamah di jalanNya setelah hampir 2 tahun Tejaa kembali mencari keredhaanNya... Dengan setiap dugaan yg dtg spanjang masa ni, Tejaa skrg lebih tabah dan kuat..

Sebab? Tejaa tak pernah alone..family, kawan2...always be with Tejaa no matter what happens..n the most important.. Tejaa ada Allah...

Tggu entry Tejaa seterusnya..miss u ols..tata..cup3