About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Wednesday, June 6, 2012

HADIS vs SUNNAH

Assalamualaikum wbt..

Pernah tak keliru beza antara sunnah dan hadis..? Kalau korang tak pernah, Tejaa pernah, jadi, melaui pembacaan serta penjelasan yang telah dibuat oleh Dr. Abdul Basit Abd Rahman dalam artikel bertajuk BEZA HADIS DAN SUNNAH, Tejaa dah faham apa ituHadis, dan apa itu Sunnah.

SUNNAH

Pengertian menurut bahasa:
Jalan yang dilalui samaada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sungguh, kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Riwayat Al-Bukhari)
Sunnah  mengikut istilah:
Adalah sama dengan istilah yang digunakan bagi hadis.

Sunnah mengikut pengertian dan istilah ahli usul:
Segala yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w selain al-Quran, samada perkataannya dan perbuatannya, mahupun takrir (perakuannya) yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkarayang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya; iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya." (Riwayat Imam Malik)

HADIS

Pengertian menurut bahasa:
Ada tiga iaitu baharu, perkhabaran, dan yang dekat atau yang belum lama.

Pengertian menurut istilah:
Segala ucapan nabi, perbuatan dan keadannya.
Keadaan yang dimaksudkan adalah segala yang diriwayatkan dalam buku sirah seperti hal keputeraan Baginda, tempat dan segala yang berhubungan dengan Baginda. Pengertian ini sama seperti pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadis. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul Fiqh. Kelainan ini kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan tinjau.

Ulama usul membahaskan Rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad pari para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup. Maka mereka memerhatikan segala tutur kata Rasul, perbuatan Baginda dan takrir Baginda, iaitu pengakuan2 yang bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Pics courtesy from Google

Masih kompius lagi ke..?Teehee...Takpe, jom Tejaa bagi beberapa cotoh sunnah supaya lagi mudah faham ok? Sunnah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Perkataan Nabi (QAULIYYAH), Contoh: Rasulullah bersabda, "Solat itu tiang agama.."

Perbuatan Nabi (FI'LIYYAH), Contoh: Aisyah menceritakan, "Nabi suka menggunakan tangan kanan..."

Perakuan Nabi (TAQRIRIYYAH), Contoh: sahabat Nabi makan Dab (sejenis biawak pasir), tetapi Nabi tidak melarangnya.

pic courtesy from Google

Ni antara contoh yang mampu Tejaa kongsi bersama daripada artikel yang Tejaa baca, Tejaa harap sahabat jelas tentang pengertian ni. Kalau masih rumit, eloklah bertanya pada orang yang lebi arif seperti Ustaz Azhar Idrus contohnya..:)

Ok, jumpa di laen entry, Tejaa sayang semua...cup2...:)

1 comment:

  1. Boleh tak nak tahu sis guna rujukan buku ape??? Mohon respon

    ReplyDelete