About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Wednesday, September 5, 2012

what a long break..

assalamualaikum wbt...

Memandangkan  lame benar bog Tejaa ni sepi tnpa entry terbaru, rasenye tak terlambat tuk Tejaa ucapkan Selamat Hari Raya dan salam Kemerdekaan y ke 55 untuk sahabat2 Tejaa. Selepas laptop Tejaa rosak, rse glap sebentar dunia..tapi selepas kehadiran Blackberry yg menemani hari2 Tejaa, sisa2 waktu cuti kt rumah tklah terasa bgitu kosong..

Lame xon blog, Tejaa disambut oleh satu persoalan yg watkan Tejaa berfikir sendiri tentang entry  yg Tejaa pernah keluarkan sbelum ni tentang profesyen veterinar. Sedikit ada rasa bersalah sebab Tejaa memberi pendapat mengikut pengalaman sendiri, dan setiap individu mempunyai pemahaman berbeza tentang kesukaran sesuatu perkara yg ditempuhi..Apa2pun Tejaa msih berpegang pada kata2 mak Tejaa, walau sesukar mana pun dugaan yg kita bakal tempuhi, inilah pnentu hala tuju hidup kita...

Jangan risau tentang hari esok, kerana Allah sentiasa menjanjikan yg terbaek kepada hamba2Nya yg tidak pernah kenal putus asa, Dia maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita..

Jumpa lg di laen entry...see ya..cup2...

Wednesday, July 4, 2012

Exhausted

Assalamualaikum wbt..

dh agak lame jugak Tejaa tak update post. Bukan takde coverage, tapi tangan terasa malas nak bekerja memandangkan dah 10 hari keje berjalan dan makan sakan je. Tejaa dah habiskan masa 10 hari kt Sungai Petani, tapi still x puas2 lagi. Ke penang sudah, ke Baling sudah, ke Kolam air panas Ulu Legong sudah..Tapi still rasa malas nak alek kg..Maybe da syok duk cni dan sebenarnya beg berat nak angkut balik kg..haha..

Hari ni, badan Tejaa lesu sangat. Pastu asek nak tacing je..silap sikit bergenang air mata, tacing 24 hrs..Adoyy..xsuke betul layan pasaan camni. Hari ni, Tejaa rasa cam tak dipedulikan je. Kadang2 rasa macam terpaksa abaikan perasaan sendiri demi nak menjaga hati orang. Kadang2 rasa cam tak dihargai langsung pon ada. Hmm..Owh hati, jangan la rasa macam ni..

Malam ni, Dah on the way balik Terengganu..bulan pose nanti Tejaa nak ke Bota, Perak plak, cuti2 malaysia Tejaa 2 bulan ni. Duit pun dah mengalir macam air walaupun dah kene payong..haha..

2 bulan ni, Tejaa dah kembali BUKAK KEDAI. Bisnes LUKISAN POTRET Tejaa dah bermula. Maklom la, nak kumpul duit poket. Takkan nak mengharapkan mak ayah je an..?

Setakat ni bru 2 je tempahan Tejaa dapat, mungkin publisiti kurang kot.ermm..Papepun, enjoy!!

Saturday, June 16, 2012

Mengukur Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum wbt..

Tejaa ada membaca satu artikel daripada Ustaz Mohd Azrul bin Ismail dalam majalah Al-USTAZ.
Tejaa cukup tersentuh apabila satu demi satu ulasan yang diberikan itu Tejaa amati. Secara jujurnya, memang Tejaa mengakui kekuatan disebalik ulasan dan mainan ayat yang puitis dari Ustaz cukup membuatkan orang yang membaca artikel yang bertajuk: KASIH SAYANG ALLAH BAGAIMANA MENGUKURNYA? merasa tersentuh dan tersedar dari khayalan dunia bahawa kasih sayang Allah kepada kita umat manusia itu amat luas dan tidak pernah terbatas.


Imam Muslim meriwayatkan melalui jalur sahabat yang mulia Abu Huraurah r.a., berliau berkata bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya, Allah memilik 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat dari-Nya kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya. Allah s.w.t. mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (berbaki) untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari Kiamat"

Subhanallah, tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan dan kepentingan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih da sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Manusia memberikan kasih kepada manusia lain agar turut dikasihi. Begitu juga kasih kepada haiwan. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"

Itulah kasih sayang makhluk yang mempunyai sempadan, had, dan harapan disebaliknya. Kasih Allah s.w.t tidak bertepi dan bersempadan. Bahkan tidak setara seperti kasihnya Ibu kepada anaknya. Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberi kasih sayang seumpama Allah kepada makhluk-Nya. Kasih sayang Allah yang begitu luas dapat kita lihat dengan berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kepada hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar2 dosa dan maksiat. Orang KAFIR yang ingkar di dunia tetap hidup senang lenang dengan kemewahan dunia yang sementara. Itu juga adalah rahmat Allah. Orang islam pula turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu juga adalah kasih sayang Allah s.w.t.
Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang hidupnya susah di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t. tidak mengasihi mereka. Tidakkah para Nabi dan Rasul adalah kekasih Allah s.w.t.?Mereka semua menghadapi kesusahan dan cabaran dalam perjalanan hidup mereka, namun merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sehingga menjadi kekasih-Nya.

Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah sedara hakikatnya, walaupun tidak pada zahir. Apabila kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah s.w.t. sebagaimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada-Nya"
Kadangkala apabila situasi kita diuji dan sempit dengan masalah, pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal di dalam hati kita. Sebenarnya, secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang yang beriman yang sebenar, kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t. Maka menjadi pilihan Allah untuk menjadikan kita dekat kepada-Nya sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Itulah murni dan luasnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa nikmat kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita sudah terlalu banyak, dan kadang-kadang kita lupa untuk mensyukuri-Nya. Biarlah kita azab di dunia yang penuh sengsara tetapi kita bersenang lenang di syurga  yang kekal selamanya. Jangan lupa bahawa, hamba Allah yang bertaqwa, nikmat Allah di hari yang dijanjikan itu mengatasi segala-galanya. Sebelum berakhir, hayatilah satu kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah:

Seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikiran untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak tersebut dan menyusukannya. Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada para sahabat:
"Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"
Jawab para sahabat:
"Tentu sekali tidak."
Rasulullah bersabda:
"Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Allah tidak sewenang2nya mencipta Neraka itu untuk menyusahkan hamba-Nya, tetapi telah Allah kurniakan kepada kita akal  untuk berfikir dan menilai baik serta buruknya sesuatu perkara. Itulah nikmat Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Telah Allah turunkan Rasul sebagai contoh tauladan serta ikutan dan telah Allah turunkan juga Kitab2 Nya untuk kita sebagai rujukan, jadi kenapa kita harus hidup tnpa arah tujuan..?
Segala kemudahan telah Allah kurniakan, tetapi kenapa harus kita mencampakkan diri ke kancah kesusahan.  Ingatlah jalan derita itu kita yang pilih sedangkan Allah menurunkan sesuatu dugaan dengan kadar kemampuan hamba-Nya untuk menanggung. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu....


Rujukan: AL-USTAZ, Kasih Sayang Allah Bagaimana Mengukurnya 
karya  Ustaz Mohd Azrul bin Ismail 

BISNESS TUDUNG!!

Assalamualaikum wbt..

Semester depan, memandangkan biasiswa Tejaa tidak akan lagi aktif, Tejaa sedang berfikir macam mana untuk tambahkan pendapatan dan duit poket tejaa untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Sebelum ni Tejaa melukis potret, dan yang ini pun masih berjalan, cuma kadang2 turun naik sebab Tejaa melukis pun ikut mood. Walaupun duit simpanan masih ada, tapi Tejaa nakkan duit yang sentiasa berterusan dan tak perlu lagi Tejaa nak ngepaw mak dan ayah kat kampung.

Last week, Tejaa ada mencari butik2 online yang menjual tudung. Niat asalnya adalah untuk membeli tudung untuk dipakai raya nanti. Bukan apa, memang susah betul nak cari butik2 sedia ada yang jual tudung yang memenuhi tuntutan syarak, tudung labuh dan kain tak jarang atau melekat. Lepas Tejaa godek2 gambar Tejaa perasan kebanyakan tudung yang dipamerkan dah ditempah dan tudung yang Tejaa berkenan pun kebanyakannya dah SOLD OUT. Tejaa agak frust, tapi cerita yang nak Tejaa sampaikan kt sini, Butik online yang Tejaa jumpa tu membekal tudung secara pukal untuk penjual2 tudung kecil2an yang memang tumbuh macam cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ni. Tejaa memang tertarik dengan semua ni. Dalam fikiran Tejaa, tak sangka pulak ramai pelanggan tudung labuh ni ye. 

Jadi ini membuatkan timbul satu idea dalam fikiran Tejaa untuk menubuhkan business tudung labuh. Kalau nak fikir cabaran tu, memang besar la, sebab memang dah ramai rakan-rakan Tejaa yang menceburi bidang ni dan akhirnya putus asa. Namun, tejaa bukan nak jalankan business tudung fesyen2 biasa zaman sekarang, tapi Tejaa nak menjual tudung labuh dan memenuhi tuntutan syarak. 

Kalaulah Tejaa jadi untuk buka business ni, Tejaa bukan sahaja dapat duit, tapi kalau difikir secara mendalam lagi, dapat pahala jugak buat aktiviti macam ni. Dua pahala senang-senang je Tejaa dapat kalau ikhlas Tejaa jalankan business ni. Pertama, pahala berniaga yang memang jadi amalan Rasulullah s.a.w ni, kemudian pahala berdakwah jugak, sebab bukan senang untuk meyakinkan orang untuk membeli dan memakai tudung labuh.

Kalau difikirkan kesukaran untuk mendapatkan pasaran awal tudung labuh ni, Tejaa mungkin akan dapat satu lagi pahala iaitu pahala jihad. Sebab dakwah juga Jihad. Bukan senang untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain. Tejaa selalu terfikir, alangkah baiknya jika Tejaa berjaya membawa keluarga Tejaa ke arah mana yang Tejaa sedang tuju sekarang. Secara halusnya, Tejaa sedang berdakwah kepada keluarga sendiri, namun dalam mencari pendapatan, apa salahnya menyelitkan unsur2 dakwah kan..?

Seriously, kalau sebut pasal ingin mengerjakan kebaikan, memang banyak dugaan yang Allah timpakan. Semuanya bukan kerana Allah ingin menggagalkan kita, tetapi Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran, kegigihan serta keimanan kita kepada Allah dalam mencari jalan yang diredhainya.

Cakap banyak pun tak guna. Tejaa sekarang tengah berkira2 tentang modal yang harus dikeluarkan dan potensi jualan yang mampu Tejaa buat. Yang paling penting, Tejaa ingin merangka strategi publisiti memandangkan kebanyakan orang tidak senang jika nama mereka di 'tag' dalam FB. Sedangkan Tejaa sendiri pun pernah rasa macam tu. 

Jadi, what say you..?Andai kata cukup dari semua aspek untuk Tejaa melangkah ke arah business+dakwah secara tidak langsung ini, doakan Tejaa berjaya ye..Dan korang pun belilah tudung yang tejaa jual. Bila lagi nak berubah ke arah kebaikan kan..?Kiamat sentiasa dekat dengan kita, dosa besar mendedahkan aurat sudah tidak terhitung, dan ketahuliah orang yang melakukan dosa besar itu, ibadahnya tidak diterima ALLAH!! Nauzubillah, peringatan untuk diri Tejaa yang masih jahil ini juga.

Untuk sahabat2 lelaki, boleh la beli untuk saudara perempuan, mak, nenek, takpun ISTERI..Sweet kan..?

InsyaAllah kalau jadi la bukak business ni, Tejaa akan promote ok..?:)

Monday, June 11, 2012

Lebih Masa

Assalamualiakum wbt..

Tejaa baru je abis satu paper final exam, tapi lega abes exam ni kemain lg..Macam bru abes exam semua sekali..Teeehee...

Walaubagaimanapun Tejaa tetap tak puas hati sebab tak cukup masa nak jawab soalan. Tejaa ingatkan Tejaa je yang syok sendiri tak cukup masa nak jwab semua soalan dek syok sangat menggoreng soklan awl2 tu, rupanya classmates Tejaa yang lain pun sama. Dorang sume duk mengeluh dan rase cam tak berbaloi untuk jawab 4 main questions dengan masing2 ade 3-4 pecahan soalan dengan markah 20-30..Ok, ceritanya setiap soklan tu memang perlukan explanation. Soklan pun start dengan Explain..bla..bla..bla..takpun Justify/ describe bla..bla..bla..takkan nak tulis point2 kompam da x=tak dapat markah bab terang menerang ni..

Sabar jelah. Tejaa rasa 2 jam memang tak cukup. SPM dulu pun 2 jam setengah 1 paper taw..huu...Sepatutnya 1 paper boleh bagi 2 jam stengah. Bagi Tejaa 2 jam untuk jawab soalan dan setengah jam lagi 2 tuk berfikir, fikir pe nak jwab, nak susun ayat dsb..

Tapi Tejaa tetap frust sbb soklan last Tejaa tak sempat jawab semua. Jawapan pon pendek2 je. Seriously soalan tak susah yang menambahkan lagi rasa kecewa. Sebab kalau lebih 30 minit memang rangup2 Tejaa goreng soklan 2..Teehee..

Papepun, paper ni da abes. Dan hanya perlu bertawakkal. Lepas ni kene lebih berhati2 dengan pembahagian masa..Fuuu...next paper is PARASITOLOGI VETERINAR 2..Ok, subjek febret tp lecturer unpredictable...2 hari untuk study..?Not bad, Keje Tejaa macam biasa, menghafal dan terus menghafal..hehe...

Saturday, June 9, 2012

Hukum Panjangkan Kuku Tapi Bersih

Assalamualaikum wbt..

Trend menyimpan kuku panjang bukan lagi perkara baru, tapi dah berlaku sejak zaman Tejaa sekolah lagi sampaikan setiap pagi selepas perhimpunan cikgu akan buat 'spot check' sekiranya ada pelajar yang berkuku panjang. Kadang2 ada yang menyimpan kuku panjang di jari kelingking sahaja, atau ibu jari sahaja, ataupun kesemua jari. Senang nak kupas benda katanya. Tapi ikhlaslah Tejaa tanya, kalau korang makan kt kedai, lepas tu korang tengok tukang masak kedai tu kuku panjang sedang menyiapkan korang nye hidangan, korang sanggup makan tak?

Kalau Tejaa la, Tejaa mintak maaf sebab memang Tejaa takkan pergi lagi dah kedai tu, sebab Tejaa dah pernah kena sekali. Bak kata sahabat Tejaa, kedai pontianak sebab tukang buat air, tukang masak, tukang ambik order berkuku panjang. Teehee..

Apa hukumnya simpan kuku panjang ya?


Perbuatan menyimpan kuku panjang melebihi 
kebiasaan ni sebenarnya perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi s.a.w. dan setiap perkara yang diajar oleh Baginda tu ada hikmah disebaliknya. Dalam kalangan majoriti ulama, perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh hukumnya. Bahkan jika lebih daripada 40 MALAM kuku tersebut tidak dipotong maka hukumnya tersangat-sangat makruh. Ada sebahagian ulama pula berpendapat bahawa hukumnya adalah haram. 

Jom kita lihat beberapa riwayat tentang memanjangkan kuku:

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."
Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."
Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Jadi, bila paling afdal untuk potong kuku?

Dalam kitab Hashiyah Rad al-Muhtar (Fiqah Hanafi), dinyatakan bahawa amalan yang paling AFDAL adalah memendekkan kuku ialah pada setiap minggu. Jika tidak pun, hendaklah dilakukan pada setiap 15 hari.

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada riwayat2 di atas. Antara hikmah disyariatkan amalan memotong kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit yang berpunca daripada kuman yang melekat di bawah kuku.
Kuman yang melekat di bawah kuku boleh berpindah ke dalam makanan yang kita makan apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun. Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci, berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan membiarkan kuku panjang tanpa dipotong memburukkan pandangan dan mungkin boleh memudaratkan.
Agama Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita masih belum lengkap.

Jadi, untuk sahabat-sahabat Tejaa, lelaki mahupun perempuan, tidak perlu simpan kuku panjang lagi selepas ini ok? Banyak keburukannya. Lagi satu boleh menyebabkan kecederaan jugak. :)

InsyaAllah, Tejaa harap dengan penerangan di atas, semua boleh faham hukum menyimpan kuku panjang di sisi syarak. Kuku pendek lagi jimat, tak perlu buat rawatan mencantikkan kuku dan sebagainya.
Kat bawah ni Tejaa sertakan cara untuk meotong kuku mengikut sunnah Rasulullah s.a.w untuk diamalkan ok? :)


Sehingga jumpa lagi di laen entry. Wassalam....cup3...

Rujukan daripada  buku  Al-USTAZ keluaran NO 02. 
Artikel oleh Ustaz Salehuddin bin Abu Samah. 

Friday, June 8, 2012

Semangat

Assalamualaikum wbt..

Tejaa ni, walaupun musim exam, tapi still ada ruang untuk wat luahan perasaan kt cni..Hehe..Hari ni, Tejaa rasa semangat lebih pulak nk study, maybe sbb pagi ni bangun awal, kemudian ke fakulti jumpa dangan lecturer dan dapat ckit kata2 semangat dr lecturer..Alhamdulillah..Lega bila lecturer kata, Dont worry too much, you did well in first and second test, you just focus on OSCE's and final, InsyaAllah, you will make it.


Terharu pulak bila lecturer cakap camtu, rase cam nak nanges pun ada, sebelum ni Tejaa study pn study ala kadar je, so hari ni, kembali bersemangat, nak tumpukan sepenuhnya pada final. Walaupun final exam just 2 minggu, tapi nak habiskan 2 minggu terasa lama je..

Dah lama Tejaa tak jumpa penasihat akademik Tejaa. Susah kalau dapat penasihat akademik yang berpangkat besar, nak jumpa pun kene wt appointment taw. Hehe..Ingat this week nak jumpa and ambik semangat jugak. Bila dekat2 exam ni la diri rajin nak jumpe lecturer. Konon nak ambik berkat, padahal ceritanya nk korek tips..Teehhee...besela, strategi kene atur elok2..kih3...

Apa2 pun, untuk sahabat yang akan melalui final exam jugak, Tejaa ucapkan selamat berjuang....Dan selamat bercuti nanti ya...!!

Thursday, June 7, 2012

Stress dah muncul

Assalamualaikum wbt...

Hari ni, Tejaa dah mula rasa penangan exam stress. Apa taknye, final exam dah nak start hari Selasa 11/6 untuk first paper, tapi hari ni, Tejaa rase risau sangat. Banyak subjek..?Banyak la jugak 7 subjek cuma Tejaa macam pening nak pentingkan part mana, sebab semuanya rasa penting. Subjek yang paling Tejaa risau ialah Veterinary Diagnostic Imaging. Sebabnye..? Subjek ni la punyai sylibus terbanyak, dan nota paling tebal dalam sejarah. Sabar jelah, sampai tahap Tejaa dah ak tau nak study yang mane dulu bila tengok notanya yang tebal. Ada lagi 5 hari untuk study. Rasa macam lame je, tapi pejam celik pejam celik dengan OSCE's test lagi hari jumaat ni, semuanya rasa sekejap je.

Tejaa cuba hilangkan stress dengan study smart. Smart ke..?Haha.. Tejaa bukan jenis 24 hours mengadap buku dan dari sekolah lagi Tejaa bukan jenis study hard. Jenis Tejaa bila Tejaa dah faham, then baru Tejaa akan hafal.Selagi tak faham, selagi tu la tak melekat dalam otak. Doa2 yang Tejaa pernah share sebelum ni..?Alhamdulillah, Tejaa amalkan supaya takdelah rasa stress sampai menganggu tumpuan nak study. Doa untuk hilangkan stress dan Doa untuk hilangkan rasa gelisah Tejaa pernah kongsikan sebelum ini, dan semoga ia dapat memberi manfaat untuk Tejaa dan untuk semua sahabat...:)

Ok, apa yang perlu dibuat sekarang, usaha keras, dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah. Semoga usaha Tejaa selama ini berbaloi dengan keputusan yang cemerlang kelak. InsyaAllah...Semua doakan kejayaan Tejaa oke?

Wednesday, June 6, 2012

HADIS vs SUNNAH

Assalamualaikum wbt..

Pernah tak keliru beza antara sunnah dan hadis..? Kalau korang tak pernah, Tejaa pernah, jadi, melaui pembacaan serta penjelasan yang telah dibuat oleh Dr. Abdul Basit Abd Rahman dalam artikel bertajuk BEZA HADIS DAN SUNNAH, Tejaa dah faham apa ituHadis, dan apa itu Sunnah.

SUNNAH

Pengertian menurut bahasa:
Jalan yang dilalui samaada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sungguh, kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Riwayat Al-Bukhari)
Sunnah  mengikut istilah:
Adalah sama dengan istilah yang digunakan bagi hadis.

Sunnah mengikut pengertian dan istilah ahli usul:
Segala yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w selain al-Quran, samada perkataannya dan perbuatannya, mahupun takrir (perakuannya) yang bersangkutan dengan hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkarayang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya; iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya." (Riwayat Imam Malik)

HADIS

Pengertian menurut bahasa:
Ada tiga iaitu baharu, perkhabaran, dan yang dekat atau yang belum lama.

Pengertian menurut istilah:
Segala ucapan nabi, perbuatan dan keadannya.
Keadaan yang dimaksudkan adalah segala yang diriwayatkan dalam buku sirah seperti hal keputeraan Baginda, tempat dan segala yang berhubungan dengan Baginda. Pengertian ini sama seperti pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadis. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul Fiqh. Kelainan ini kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan tinjau.

Ulama usul membahaskan Rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad pari para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup. Maka mereka memerhatikan segala tutur kata Rasul, perbuatan Baginda dan takrir Baginda, iaitu pengakuan2 yang bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Pics courtesy from Google

Masih kompius lagi ke..?Teehee...Takpe, jom Tejaa bagi beberapa cotoh sunnah supaya lagi mudah faham ok? Sunnah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Perkataan Nabi (QAULIYYAH), Contoh: Rasulullah bersabda, "Solat itu tiang agama.."

Perbuatan Nabi (FI'LIYYAH), Contoh: Aisyah menceritakan, "Nabi suka menggunakan tangan kanan..."

Perakuan Nabi (TAQRIRIYYAH), Contoh: sahabat Nabi makan Dab (sejenis biawak pasir), tetapi Nabi tidak melarangnya.

pic courtesy from Google

Ni antara contoh yang mampu Tejaa kongsi bersama daripada artikel yang Tejaa baca, Tejaa harap sahabat jelas tentang pengertian ni. Kalau masih rumit, eloklah bertanya pada orang yang lebi arif seperti Ustaz Azhar Idrus contohnya..:)

Ok, jumpa di laen entry, Tejaa sayang semua...cup2...:)

Penyucian Jiwa

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Tejaa ingin berkongsi tentang ilmu terbaru Tejaa dapat daripada sebuah majalah yang cukup berguna dan Tejaa nak syorkan kepada sahabat2 untuk membeli dan membaca majalah ini iaitu majalah AL-USTAZ. Majalah ni memang terbaik sebabnya di dalamnya terdapat banyak info2 menarik tentang ilmu agama Islam contohnya Fiqah, Tasawuf, dan Fatwa turut dimuatkan dalam majalah berinformasi ini.

Ok, melihat pada tajuk yang Tejaa nak bincangkan ni, Tejaa ada terbaca satu topik yang bertajuk: IKHLASKAN DIRI SEBAB KITA ORANG ISLAM. Di bawak tajuk ini, dikupaskan tentang pentingnya keikhlasan kita dalam menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Macam mana nak timbulkan keikhlasan ini, ianya terbit dari hati yang suci dan penuh keimanan. Dan macam mana nak suci kan hati, sucikan jiwa..?

Terdapat 3 langkah penyucian jiwa iaitu

MUJAHADAH

Mujahadah bererti melawan nafsu. Susah kan nak lawan nafsu, lagi2 kalau orang perempuan, almaklomlah, nafsunya sembilan. Kadang2 dah ada niat di hati untuk beribadat kepada Allah, ikhlas menuju jalan Allah, tiba2 pulak datang satu bisikan dari Iblis laknatullah membuatkan diri rasa berat untuk melangkah ke surau, membaca al-Quran, mendirikan solat dan sebagainya. Jadi, berusahalah menentang hawa nafsu bisikan syaitan. Jika datang bisikan2 jahat untuk meracuni niat baik kita, mohonlah pada Allah supaya sentiasa dilindungi di bawah payung rahmat-Nya, dan selalulah beristighfar supaya dijauhi dari gangguan syaitan..:)

MUHASABAH

Muhasabah bererti menghisab, menghitung atau memeriksa diri. Apa yang nak diperiksa? Apa yang nak dihitung? Kalau nak hitung dosa, pahala, tak terhitung sepanjang hayat kita? Muhasabah diri, atau memeriksa diri, apakah kehidupan yang kita lalui sepanjang hayat kita di dunia sudah benar-benar lurus ke jalan Allah, adakah ibadah yang dikerjakan selama ini ikhlas kerana Allah ataupun sekadar tak mahu orang mengata? Itulah yang perlu dihitung. Kesilapan diri, kekhilafan diri, bukan untuk ditangisi, tetapi untik diperbaiki supaya supaya menjadi yang terbaik di sisi Allah. Bukan berniat mencari kesempurnaan kerana yang sempurna itu hanya milik Allah, namun, carilah kebaikan di dalam setiap kesukaran yang telah Allah timpakan ke atas kita. Cara paling baik, selepas solat Isyak, bertafakur sebentar dan periksa lah amalan kita sepanjang hari, adakah dipenuhi dosa atau pahala. Jika diamalkan setiap hari, InsyaAllah, timbul rasa keikhlasan terhadap sesuatu ibadah..:)

MU'AQABAH

Mu'aqabah bererti menghukum diri sendiri apabila melakukan kesilapan. Menghukum diri sendiri di sini bukan bermaksud melakukan perkara yang boleh mencederakan diri sendiri. Apabila di hati kita berniat kita bersalah, maka kita akan lebih mudah untuk memperbaiki diri sendiri. Contohnya dalam suatu situasi pergaduhan, menyalahkan diri sendiri, atau mengaku salah sendiri adalah lebih baik dari menudingkan kesalahan terhadap orang lain. Tudinglah jari kepada diri sendiri, adakah diri cukup sempurna untuk menganggap diri semuanya betul? Salahkan diri sendiri membuatkan diri kita lebih mudah belajar mencari kekhilafan diri, dan InsyaAllah dengan izin Allah swt, hati akan lebih mudah menerima kebaikan dan InsyaAllah hati serta jiwa mudah untuk disucikan..:)

So, macam mana? Ini Tejaa kupas berdasarkan pemahaman Tejaa selepas membaca topik yang cukup menarik. Bukan senang untuk menetapkan niat ikhlas dalam beribadat, lagi2 bila ada orang memuji, perasaan riak akan mula bercambah dalam diri. Jangan riak oke..?Riak itu syirik khafi, syirik kecil. Ikhlaskan diri menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, dan jangan kita menjadi orang yang riak dalam menunaikan ibadah...OK....

Salam jumpa lagi di laen entry..Tejaa sayang semua..cup3..:)

Friday, June 1, 2012

PROKASIH

Assalamualaikum wbt..

PROKASIH..Apa tu PROKASIH...? Untuk pengetahuan sahabat2 Tejaa PROKASIH merupakan satu program beserta dengan kempen yang dijalankan setiap Tahun oleh pelajar2 Fakulti Perubatan Veterinar UPM dengan tagline CATCH, NEUTER, RELEASE. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk rasa cinta kita pada haiwan dalam masa yang sama memupuk sifat kasih sayang serta melindungi haiwan terbiar iaitu kucing. Dalam program ini, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk program pemandulan kucing untuk mengurangkan staitistik kucing terbiar terutamanya di sekitar UPM. Terdapat juga talk untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Fardhu Kifayah ini iaitu melindungi dan memberi perlindungan kepada kucing terbiar. Memandangkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang atau mendera haiwan-haiwan terbiar ini, semakin banyak kucing terbiar yang nasib mereka belum tentu terbela. Jadi program pemandulan kucing terbiar ini merupakan salah satu solusi bagi mengurangkan pembiakan kucing terbiar, sekaligus mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka dek tangan kejam manusia.

Kasi? Kejam? Mari kita lihat..

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan. Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri(memandul) binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
So, Tejaa nasihatkan kepada sahabat-sahabat yang memiliki kucing peliharaan, cara terbaik, mandulkan kucing anda sekiranya anda tidak mahu bertanggungjawab di atas generasi2 kucing terbiar yang dilahirkan daripada kucing anda. Kalau anda mampu untuk menjaga mereka, carry on. Tak perlu mandulkan. Tak susah. Keluarkan sedikit wang tak sampai 2 3 ratus pun untuk mandulkan kucing anda. Tak rugi pun. Tejaa ingin berpesan kepada sahabat-sahabat, sekiranya ada kucing yang 'meminta sedekah' di kedai ketika anda sedang makan, atau anda sedang membeli belah di pasar, hulurkanlah sedikit makanan. Semoga dengan bantuan anda hari itu mampu mengenyangkan mereka selama seminggu. Bayangkan kalau tiap2 hari ada seorang insan yang memberi mereka makan, sekurang2nya mereka hanya berlapar untuk sehari. Ini pun dinamakan sedekah taw. Kalau kita berbuat baik kepada haiwan, jangan lupa, haiwan itu akan mendoakan kita. Pernah dengar satu kisah pelacur diampunkan dosanya kerana memberi anjing minum? Kalau pernah, sama-sama kita jadikan iktibar bahawa, haiwan itu perlu dijaga dan jangan dihina kerana, seburuk2 haiwan, mereka lebih mulia dan dijanjikan syurga..Kita? Belum tentu lagi...:)

Program PROKASIH diadakan tiap2 tahun, sesiapa yang berdekatan dengan UPM, jom volunteer untuk program akan datang...:)

Kucing2 di kolej Tejaa semasa program enumeration. Sangat comel dan gemuk sebab setiap hari mesti ada yang hulurkan makanan. Ini semua kucing terbiar taw..!!









Semat di hati ungkapan kat bawah ni ok?
Jika kamu lebai pakai serban hijau sekalipun, tapi apabila datang seekor kucing minta makanan, tetapi kamu halau dengan kaki kamu, rosak amalan kamu kerana akhlak kamu. Sedangkan Muhammmad SAW tatkala seekor kucing tidur di atas serbannya, dia kata, biarkanlah

Jom Pilih Tudung!


Assalamualaikum wbt..

Kalau sebelum ni Tejaa ada post satu entry tentang BULU KENING, hari ni pulak, Tejaa nak kongsi tentang tudung dan DADA..Dada? Dada ayam..?Dada Itik..?
Tejaa ada satu info menarik tentang dada seorang perempuan. Tejaa rasa semua sedar tentang pergerakan arus modenisasi terutamanya terhadap fesyen semasa. Pelbagai fesyen baru muncul seperti Hana Tajima style, Dian Pelangi style dan bermacam-macam lagi yang Tejaa nak sebut pun Tejaa lupa sebab banyak sangat style baru terutamanya fesyen tudung. Bagi Tejaa, tak salah untuk mengikuti fesyen semasa, namun biarlah bersederhana dan memenuhi tuntutan syarak.

Sebut pasal tudung, atau Hijab, atau selendang dan tak kisahlah apa2 fabrik yang menutupi kepala kita, ianya haruslah memenuhi beberapa syarat tertentu. 

Syarat Pertama:

Tudung tidak boleh jarang. Kebanyakan fesyen tudung hari ini fabriknya jarang dan jika dipakai boleh menampakkan bentuk leher, telinga dan sebagainya. Ada alternatif kalau pakai tudung jarang ni, macam Tejaa, Tejaa selalu jugak pakai tudung bawal ke kelas, sebab senang untuk diuruskan. Tejaa akan pakai tudung syria/ neck cover inner kt dalam untuk mengelakkan nampak bentuk leher dsb. Tapi, lagi selamat dan selesa pakai tudung yang fabriknya lebih legap atau tidak jarang.

ni antara contoh neck cover inner di pasaran
Syarat kedua:

Menutup dada. Perasan tak fesyen tudung hari ini, kebanyakannya tidak melepasi dada. Ada yang suka pakai selendang, namun, boleh cari selendang yang bila dililit, melepasi dada sebab dada juga sebahagian dari aurat yang perlu dilindungi dari pandang bukan mahram kita. Macam dalil kat bwah ni:

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Surah An-Nur Ayat 31)
Jelas kan..?
contoh tudung tutup dada..(sori heliza pinjam gamba awak..;))

Syarat ketiga:

Melepasi bahu. Syarat ketiga ini Tejaa dapat hasil dari menonton rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Tudung yang dipakai mesti melebihi bahu atau menutup bahu. Dan diharuskan untuk memanjangkan hingga ke siku. Secara logiknya kalau tudung tidak melepasi bahu, kalau kita angkat tangan, tudung akan terselak kan? So mungkin akan nampak benda2 yang tidak sepatutnya. Jadi, cari tudung yang melepasi bahu ya.

contoh tudung (selendang sebenarnye=pashmina) lepasi bahu..macam kenal je..:p

Syarat keempat:

Tidak menaikkan sanggul. Bertudung dah cantik, tapi ada bonggol unta. Urmm..Kan tak sedap mata memandang tu. Sanggul besar dan bonggol unta laen ye. Kalau perempuan yang berambut panjang, jika diikat rambut, masih kelihatan sanggul rambut tidak mengapa, tapi haram jika sengaja ditinggikan. Sekarang ni pun dah dijual sanggul tiruan kan? Jadi, jangan ikut ya?

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

contoh sanggul yg tinggi dan menyerupai bonggol unta
Ok, inilah syarat2 dalam bertudung yang Tejaa ingin kongsi. Kita rasa kita dah cukup memenuhi tuntutan agama dengan bertudung, tapi kita tak tersedar, dalam bertudung, kita masih tidak sempurna.   Kadang-kadang, peringatan seumpama ini membuatkan kita sedar yang kita masih lagi jauh tersasar dari tuntutan syarak. Tejaa pun sama, dulu, bukan tak tahu, tapi tak ambil tahu, sekarang bila dah amalkan sendiri, terasa ingin berkongsi dengan sahabat2. Jom bertudung labuh. Terasa sangat secure dari pandangan2 liar kaum Adam..InsyaAllah..


Study week..

Assalamualaikum wbt..

What should be done in study week? Off course la study, isn't it..? But, for most of the university students, study week is the best time to go back home, meet families, relatives, the love one, and BFF, bla..bla..bla... Well, for me this is also the best time to release stress after facing 14 weeks of lectures nonstop with minimal holidays and weekends. As for this semester, the holidays were least and there was only midterm holiday which ran for only 1 week. Bagi Tejaa, the best moment after all is the last week of lecture where most of the lecturers will provide some tips regarding to upcoming final exam next week. Apalagi, semua orang satu kelas tried to ask as much questions as they could until finally the lecturer broke the secret about the topics that will come out in the final soon. Haha..jahat kan..?sampai lecturer pun jadi serba salah.. 


Seriously, I miss my home too much and these two are my parents...Luv...:*
Today, I was totally excited when class ended at noon and I got extra times to pack up stuffs to bring along heading to home town. Yeah, I didn't mention about ticket right. Here was my planning. I planned to pack my stuffs and bring them along to Hentian Putra to look up for ticket departing by tonight. However when I thought about the possibility of the tickets were sold out is high due to school holiday plus study week 'holiday', I have cancelled my first plan and came out with plan B. My plan B was by booking the ticket online, however it needs me to activate my CIMB Clicks accounts. Unfortunately, I have one but I forgot the password. :p

I have cancelled my Plan B, and came out with the last plan. Teehee...My last plan was 'merempit' to Hentian Kajang to buy the tickets before they sold out. I started to wander around the ticket counters and asked any tickets for tonight departure. Again, today is not my luck. All tickets for today had already sold out. That's mean I have to buy ticket for tomorrow departure.

I returned to college with somewhat disappointed yet still happy because I still have the chance to go back home in Terengganu. Since midterm holiday, I haven’t returned there for almost 6 weeks. Tehee. Macam lame je, padahal sekejap je. :p Ayayy, How about my ticket? Departing time is at 1 pm and as usual I will leave out from college 2 – 3 hours early, if not I will miss the train. Hehe..

Today, what should I do since I have extra times up to tomorrow morning? Should I be studying or should I just lying on bed and sleep? Teehee. I think, I better go and wash my clothes. Huh

Thursday, May 31, 2012

Cantik kening awak, bagaikan dipantis-pantis

Assalamualaikum wbt..

Kening, merupakan salah satu aset di wajah seorang wanita. Tidak dinafikan, semua orang ingin berhias untuk merasa lebih yakin bila menghadapi dunia luar, namun biarlah berpada-pada dan mengikut aturan agama. Islam sendiri pun tidak melarang wanita untuk berhias, tapi ingat, jangan sampai bertabarruj. Hari ni, Tejaa nak kongsikan satu topik yang cukup menarik iaitu tentang bulu kening. 

Tak dinafikan, keinginan wanita untuk berhias memang tinggi, semuanya kerana untuk berpenampilan cantik. Tejaa..?Tejaa berhias juga, namun cukup hanya sekadar mengenakan bedak yg tipis di muka, dan pelembap bibir secalit sebelum keluar ke mana2 sahaja, sekadar tak nak bagi muka nampak pucat sahaja..

Mekap? Tejaa tak pernah mekap bila keluar. Dulu2 tu adala, tapi bila dah tahu keburukan bertabarruj, Tejaa dah tinggalkan semua tu, Mekap ngade2 dalam bilik tu ade la...Tehee..tapi alat2 mekap Tejaa masih simpan. Manalah tahu dah bersuami nanti, boleh mekap untuk suami pulak kan..?Teehee..

Ok sebut pasal kening. Kalau perasan kan, sekarang ni memang trend orang berhias pada kening dengan memakai celak kening dan yang paling tak bezz bile tengok wanita2 kat luar sana mencabut, atau mencukur kening, kononnya untuk mencatik dan mengemaskan lagi kening tu. Ya, Tejaa tahu, masing2 kening tidak serupa, ada yang berkening lebat, ada yang berkening nipis. Tapi ketahuilah, mencukur atau mencabut bulu kening memang di laknat oleh Allah. 


Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 
 “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo”

Besyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah ok? Tejaa? Alhamdulillah setakat ni masih belum pernah mencabut atau mencukur kening. Sebab daripada kecik mak Tejaa memang pantang kalau anak2 cukur kening. Bulu kening yang lebat ni ada seni tersendiri, menaikkan seri wajah dengan senyuman yang indah..Jadi, tak perlu pantis2 kening tu ye..? Natural beauty is the best..

Entry ni sebagai ingatan untuk Tejaa dan semua sahabat. Kita sama2 muhasabah diri, sama2 merubah diri dan mengajak orang sekeliling ke arah kebaikan, Amal Makruf Nahi Munkar....:)

Thursday, May 24, 2012

Khasiat MANJAKANI

Assalamualaikum wbt..

Manjakani..? Korang mesti terbayangkan minuman manjakani dalam tin..?
Takpun korang bayangkan iklan2 kesihatan tentang produk2 manjakani..
Tehee...whatever yang korang bayangkan tu, sila padamkan dari fikiran korang dengan segera sebab Tejaa nak kongsi tentang satu benda yang mungkin korang tak pernah tengok pun hapekebendanye..hehe..


Tadaaa, inilah bendanya yang Tejaa nak tunjuk. Nila die manjakani yang selalunya korang sempat tengok dalam tin atau dalam kapsul ataupun macam2 bentuk komersil yang laen..Mane nak dapat ni...?Kat kedai2 jamu selalu ada kot. Macam kt tempat Tejaa, kat kedai runcit pon hado.

Kalau sebut je pasal manjakani ni, sume orang akan terfikirkan kaitannya dengan kesihatan wanita. Kalau korang berfikiran macam tu, SALAHHH sama sekali. Manjakani bukan hanya digunakan unutk kesihatan wanita sahaja, tetapi turut digunakan untuk kesihatan menyeluruh tubuh badan.

Pertama:

Manjakani boleh digunakan sebagai ubat demam. Caranya: asah manjakani sehingga jadi serbuk, kemudian larutkan dengan ari suam. Macam biasa, mohon keberkatan dari Allah, Basmalah, selawat kpd nabi, kemudian minum. Abaikan rasa pahit yang teramat, sebab pahit itu UBAT...:)
Tejaa teringat masa kecik2 dulu kalau demam, mak jarang bawak ke klinik, ubat demam teruk hanyalah manjakani. Maklomlah dulu susah. Mane nak carik klinik dekat2 kt kampung. Kalau ada pun, mana ade kenderaan nak bawak pegi, moto apcai je yang hado. Jadi, manjakani la ubatnya.

Kedua:

Manjakani pun boleh jadi ubat sakit gigi. Caranya sama saja dengan yg diatas, asah sehingga jadi serbuk, tapi cara aplikasi ada 2 pilihan. Samaada nk sumbat je serbuk 2 kt tempat gigi yg sakit, ataupun larut dengan air suam, kemudian minum. InsyaAllah, tak lame je, sakit gigi akan lega. Lepas 2, pergi la jmpa doktor ok...?Tak perlu makan pain killer lagi.

Ok, ini yang mak Tejaa selalu amalkan sejak Tejaa kecik. khasia2 laen, korang boleh search internet berlambak dikongsikan khasiat2 biasa MANJAKANI, contohnya macam ubat sakit mata, ubat senggugut, dan khasiat terbaek untuk wanita lepas bersalin...:)

Hari ini, Tejaa hanya nak kongsikan ini je..Sekadar nak jauhkan dari mind set yang MANJAKANI hanya untuk wanita.. MANJAKANI jugak untuk lelaki. semua orang boleh guna ok...:)




Wednesday, May 23, 2012

I'm A Surgeon Part 6 - Fastest ever

Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama Tejaa tak update cerita terbaru, hari ni Tejaa jez nak kongsi kisah Tejaa sebagai Surgeon last Tuesday sebab itu merupakan last surgery for this semester. Ape yang menarik sangat tentang last surgery ni...? Apa yang menarik bagi Tejaa ialah ini adalah surgery yang paling pantas Tejaa pernah setelkan sepanjang semester ni. Tejaa hanya mengambil masa 1 jam 15 mnit skin to skin maksudnya start Tejaa incise sampai la habis menjahit incision tersebut. Semua macam tak percaya dan tejaa sendiri pun tak percaya Tejaa mampu siapkan sepantas tu. 

Dah la Tejaa punya patient ada complication yang tercipta hasil kesilapan Tejaa sendiri. Waktu Tejaa nak ligate uterus patient Tejaa, Tejaa detect banyak sangat darah bertakung dalam peritoneal cavity yang Tejaa tak tahu dari mana puncanya. Serius Tejaa cuak gila. Masa tu Assistant Surgeon Tejaa iaiatu Nafisah agak bleeding 2 berpunca daripada mesentric artery kat intestine, tapi bile belek punye belek takde pn bleeding, tapi darah makin mencurah2. Tejaa dah kelam kabut sbb takut patient Tejaa kene hypovolemic shock. Tejaa tarik nafas panjang2, dan gigih untuk mencari punca pendarahan, dan akhirnya Tejaa berjaya selongkar kt mana tempatnya.

Rupa2nya, ovarian vessels yang Tejaa ligate 2 tak ketat, so terjadilah drop pedicle, maka darah pun mencurah2 ke ladang gandum dan jadilah...whateva..

Bila dah kenal pasti pedicle yg dh 'drop' 2, Tejaa mulakan balik untuk ligate kali ke 2. Kali ni Tejaa ligate ketat2 seketat2nya takut drop pedicle berulang lagi. Ok oleh kerana drop pedicle merupakan satu soalan fevret dalam final exam, akhirnya Tejaa merasai kegentingan saat drop pedicle berlaku, dan bile dah alaminya, mesti la akan ingat sampai bila2. Dan mintak2 jgak soalan yg sama muncul semester ni dan InsyaAllah Tejaa dapat jawab dengan jayanya.

Bila dah abes surgery, mestila kemas2 and terus berambus. That time group laen baru je nak start ligations. Then Dr Kalthum selaku surgoen during that day muncul dan bertanya group Tejaa kenapa siap awal. Sebab selalunya group yg siap awal ni adalah group yang patientnya..INNALILLAH...

Maka, setelah diterangkan keadaan sebenarnya Dr Kalthum said: Excellent, then who is the surgeon for today?

Then, semua mata tertumpu ke arah Tejaa, waktu tu Tejaa kembang hidung la..Tapi, tak riak..Tejaa bersyukur sebab..yeah, Tejaa memang minat subjek surgery, andai ditakdirkan untuk Tejaa sambung study dalam bidang ni, why not kan..?hehe...

Bersyukur dan berterima kasih Tejaa pada grup mates sebab memang sentiasa bagi sokongan. Dan ofkos Tejaa teringat kata2 salah seorang lecturer surgery Tejaa: "U know, when I was a student like U, I did OHE (Ovariohysterectomy) in half an hour"

Dalam hati Tejaa waktu 2: "Owh doc, during that time, were U undergraduate or postgraduate? If undergraduate, then U were exactly born to be a surgeon..like me" har3...

Apa2 pun, setakat ni ada 2 orang je student yang wat surgery dengan pantas kurang dari 2 jam iaitu Tejaa dan juga Mazrul. Mazrul pun dari group Tejaa jugak. So, group twelve, we are excellent and really born to be the surgeons...har3...



Monday, May 7, 2012

Blog Baru..

Assalamualaikum wbt.

Dah agak lame jugak Tejaa tak update blog ni (lame la kot). Agak bizi menempuh hari2 Tejaa sebagai seorang Mahasisiwa Doktor Perubatan Veterinar yang semakin hari semakin mencabar. Ok, semua dah tahu tentang hobi tegar Tejaa iaitu melukis potret. Atas penghargaan dan permintaan daripada orang ramai, Tejaa telah membuka satu blog baru yang memang sengaja dibuat khas untuk Tejaa post ape2 saja tentang melukis potret, so tak payah nak semakkan dekat blog yang dah semakin semak ni lagi.

So, sesiapa yang berminat dengan hasil karya Tejaa, atau nak menempah ataupun nak jugak belajar cemane Tejaa menghasilkan sesebuah lukisan, Jom ke Blog Baru Tejaa LAKARAN SEJUTA WAJAH
Jangan lupa nantikan entry Tejaa ye...:)

Friday, April 27, 2012

Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Assalamualaikum wbt..

Dah lama Tejaa tak share kegunaan ayat2 al-Quran dan juga sebarang doa yang boleh diamalkan. Hari ni, Tejaa nak share untuk semua sepotong doa supaya ditetapkan hati kita terhadap sesuatu. Contohnya ditetapkan hati kita pada Islam, Iman, dan taqwa. Ataupun sekiranya kita ingin membuat sebarang keputusan, supaya ditetapkan hati kita untuk keputusan tersebut agar dapat beri kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun orang sekeliling. 

Macam Tejaa, Tejaa ingin tetapkan hati Tejaa dengan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada Tejaa, tetapkan keimanan kepada Allah, dan tetapkan di hati Tejaa terhadap Agama Islam milik Allah ni.

Ok, doanya pendek sahaja, macam kat bawah ni Tejaa ada sertakan gambarnya. 



Semoga dengan mengamalkan doa ini, hati kita sentiasa teguh dengan Islam dan Kebenaran, keimanan serta ketaqwaan kepada Allah. :)

Sehingga berjumpa lagi di entry yang laen ok..?

P/S: Kadang-kadang nak membuat sesuatu keputusan yang besar memang sukar, tapi kita terpaksa laluinya juga walau sesukar mana. Hanya pada Allah sahaja Tejaa memohon petunjuk, terutamanya ketika Tejaa mengambil keputusan untuk berhijab dan berjubah. Nampak macam susah, tapi sebenarnya kecekalan hati serta bantuan dari Allah yang memudahkan segalanya...Terima kasih Allah. Semoga diteguhkan hati Tejaa untuk terus beristiqamah menutup aurat sebaik2nya. Alhamdulillah, dah hampir setahun..

Tuesday, April 24, 2012

I'm A Surgeon-Part 5

Asslamualaikum wbt...

Sejak akhir2 ni Tejaa jarang update entry. Selalunya kejap je dah update yang baru. Minggu ni, meinggu depan, dan minggu2 seterusnya, Tejaa akan bertambah bizi sebab minggu exam menjelma kembali. Second test membuatkan Tejaa kembali dalam dunia stress. Huuhuu..

Hari ni, hari selasa. As usual, Tuesday is Surgery Day. Hari ni Tejaa nak berkongsi cerita tugas Tejaa sebagai OT NURSE. Keje OT Nurse ni senang je. Kene prepare bilik OT, dan juga settle down bilik OT bila surgery dah tamat. Kiranya dialah orang pertama masuk OT (Operation Theater), dan dia jugaklah orang terakhir yang akan meninggalkan OT.
Tengah mencangkung di koridor menunggu waktu untuk masuk ke OT room..Hehe..Penat menunggu jekk..

Tugas Tejaa arini, prepare instruments kt OT room untuk surgery. Surgery table pun Tejaa yang set up kan, Keperluan2 untuk Surgery, Tejaa ambil dan susun atas Instruments trolley. Tugas Tejaa jugak, sekiranya barang2 seperti suture, gauze, atau ape2 barang yang tak cukup dan Surgeon demand, Tejaa kena pastikan barang2 tersebut mencukupi.

Suasana dalam OT Room...Anaesthetist yang bizi...:)

Habis je surgery, tugas Tejaa jugak untuk kemaskan surgery table dan jugak instruments trolley. Tak lupa juga, Tejaa kena basuh instruments yang telah digunakan. Bunyik macam senang, tapi sebanarnye susah jugak pd awalnya sebab nak kene ingat sume bilangan instruments, susun atur, sebab kene susun ikut turutan semasa proses nak keringkan. Satu2 kena hafal. Tapi bila dah ingat sume instruments tu, kacang je. Pantas je la kejenye, entah2 nanti bosan lak wt keje ni..Huhu...

Ini la keje Tejaa..Nak kene basuh semua barang2 yang hado...


And finally, kene susun macam ni tuk keringkan. Kena ikut turutan. Ini yang lemah nak ingat ni...Hehe..

Malam ni, keje Tejaa adalah untuk revise Clinical Pathology sebab TEST 2 dah tiba. Demam exam sudah kembali, dan Tejaa kembali kepada mode menelaah dengan tekun..Haha..Tekun ke..?Mesti tekun sebab first test Tejaa tetap tak puas hati. Nak score lebih tuk second test ni. Doakan Tejaa ye...:)

P/S: Walaupun demam exam, kalau ada masa, sempat lagi kot nak berjumpa orang tersayang..Carik sumber semangat..Tehee..jangan jelezz...:p

Friday, April 20, 2012

Potret Pertama 2012- Perkongsian Tips

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni, mood melukis datang membuak-buak. Setelah hampir 8 bulan tangan ni tak pegang pensel dan menconteng2 kertas lukisan, akhirnya, terhasil jugak satu lukisan untuk tahun 2012.

Tejaa tiba-tiba datang mood nak melukis bila Tejaa ter'view' satu gambar seorang makcik tua yang sedang dalam kesedihan. Terus Tejaa amik kertas lukisan dan alat2 melukis, lalu Tejaa bertungkus lumus menyiapkan potret yang bagi Tejaa tersangatlah mencabar. Tejaa ambil mase lebih kurang satu jam setengah untuk siapkan gamba, daripada sketch, buat shading, wat kemasan semua. Lama kan...?kan3..?Tehee...Sebab tulah gambar potret ni memang mahal kalo nak tempah kat luar sane. Dengan Tejaa je harga berpatutan..Tehee...Promote cikit...:p

Inilah gambar yang membuatkan mood melukis Tejaa untuk hidup kembali. :)

Potret baru siap sikit. Masa ni Tejaa just sketch secara kasar je dulu. Untuk sketch, Tejaa just guna pensel 2B biasa je. Pastikan masa sketch, jangan terlalu tekan pensel. Sebab andai kata tersilap, nak padam, akan tinggal kesan garisan, dan bila korang nak wat shading nanti, kesan garisan tu akan comotkan shading korang. So, lukisan akan jadi x semat. Ok...?:)

Biasanya time sketch, rupa asal gambar xkan muncul lagi. Semua tu akan muncul bila korang stat buat shading. Kiranya mase sketch jest buat rangka muka wajah jela termasuk mata, hidung dan mulut. Ok..?


Beza dengan gambar atas..? Tang sini, Tejaa dah mula detail kan garis-garis ekspresi wajah, kedutan dan jugak shading. Terutamanya kt bahagian mata, pipi dan jugak dagu. Tempat paling mencabar ialah mulut. Sebab kt bibir banyak sangat garisan halus yang nak kene timbulkan.

Untuk shading mata, Tejaa gunakan pensel karbon biasa tapi saiz yang berbeza. Kat cni, Tejaa guna Pensel Saiz 7B.

Untuk tekankan lagi garis kontur kt area pipi dan area soket mata, Tejaa guna pensel 2B, tapi jenama Carera. Sebab...? pensel Carera punya carbon memang itam gile. Kalo tekan ckit pun dah hitam. So senang la nk wt shading gelap ckit.

Untuk blendkan garisan yang Tejaa buat untuk shading, Tejaa banyak guna jari je. Sebab lagi smooth die nye efek. TAPI INGATTT!! Kalau tangan korang jenis kuat berpeluh. JANGAN sesekali guna jari. Once korang dah blend guna jari, blend tu takkan dapat dipadam lagi kalau tangan berpeluh. So, untuk jenis tangan kuat berpeluh ni, Tejaa nasihatkan guna berus atau tisu. OK...?


Orait. Nilah hasilnya. Ok, sekarang let me explain macam mana untuk hasilkan lukisan yang kemas macam ni.

Pertama sekali: Perlukan manyak latihan. Macam Tejaa dulu, Tejaa paling tak pandai buat shading dan garis2 ekspresi muka. Tapi sebab selalu prektis, lame2 jadi la macam ni.

Untuk reflection point macam kt mata dan untuk hasilkan mata untuk kelihatan berkaca (bulatan hijau NO 3), Tejaa guna pemadam yang ade angle halus supaya senang buat garisan ataw bulatan kecil lepas dipadam.

Untuk kedutan di bahagian dagu dan pipi pula (Bulatan pink NO 2), Tejaa guna pemadam yg ade angle jugak, tapi, Tejaa gunakan pensel bersaiz 7B berjenama Faber-Castell. Sebab..?Pensel jenama ni hasilkan karbon yang agak slow dan tak begitu pekat macam pensel Carera. Jadi, sangat smart kalo nak buat shading yang tak berapa gelap.

Manakala untuk bahagian hidung pula (Bulatan hitam NO 1), Tejaa gunakan pemadam biasa untuk reflection cahaya kt atas tulang hidung, untuk nampakkan hidung 2 timbul aka mancung gitu.Hehe.. Untuk jelaskan soket mata, lagi sekali Tejaa guna pensel 2B Carera, dan untuk anak mata, Tejaa guna Faber-Castell. untuk reflection point, Tejaa guna pemadam yg ade angle sangat halus. Macam mana nak buat...? Kalau takde pemadam yang jenis segitiga ataw bersegi banyak, Just potong je pemadam 2 bagi ade angle. Ok...? Kalau nak tahu, just tengok ENTRY sebelum ni yang Tejaa share ALATAN2 Tejaa guna untuk melukis..Ok..?

Last but no least, untuk bg nampak kemas lagi, Tejaa gunakan berus untuk blend garisan2 yang terlalu jelas. dan jugak untuk bersihkan karbon2 pensel yang berteraburan kat atas lukisan.



Lukisan siap dengan watermark sekali..Hehe...Setakat ni dulu Tejaa share kan tips lukisan potret ni. Kalau korang tak faham, atau teringin nak belajar atau asah skill and bakat yang sedia ada, boleh tanya Tejaa. Tejaa share setakat yang mampu.

P/S: Plus, kalo korang nak komen untuk penambahbaikan potret Tejaa pun di alu2kan jugak...:)

Wednesday, April 18, 2012

I'm A Surgeon Part 4 - It was hard to let her go..

Assalamualaikum wbt...

Fuhh...Tejaa baru je habis men2 lompat tali skipping uh..Penat dan berpeluh, jadi mood study pun da kureng ckit sebab tadi duk ngadap nota je, mood untuk bercheretaa dah datang..Teehee...

Ari ni, as usual, kalo hari selasa, Tejaa akan update kesah Tejaa dalam dunia SURGERY ni.
Hari ni, macam biasa juga, kami 1 group yang terdiri daripada 6 orang akan switch tugas masing2 setiap minggu. Minggu ni, tugas Tejaa jatuh kepada --->>ANAESTHETIST...woah..susah woo jadi tukang bius ni mak hang. Orang terpenting dalam sesebuah surgery ialah anaesthetist. Kalu anaesthetist haprak, gagal lah surgery tersebut, dan Innalillah la patient tuh..Huhu..

Lebih kurang jam 11.45 pagi tadi, Tejaa dah siap makan, tukar baju sume untuk pegi amek patient untuk PREMEDICATION. Hari ni, Tejaa tak pilih pun anjing mane yang Tejaa suke, mane yang hulur kepala kuar dari cage, itulah Tejaa sambut dengan chain kt leher. 

Tapi hari ni, patient Tejaa laen dari selalu. Kalau sebelum ni, patient Tejaa punya la garang nak menggigit2, tapi kali ni, she was so sweet and manja..wuuu...nak nanges rase bile fikirkan anjing tu kami akan bedah kemudian 'put to sleep'. Bile Tejaa taruk chain kt leher die, die terus melompat dan berdiri dengan kaki belakang, kemudian lidah die jelir2 and buat muke sweet menandakan die sangat lah playful..huuu...

pic courtesy from pakcik Goooogle
cani ha die berdiri, hehe..nk eksplen pon x reti sangat..hehe..chomell kan..?kan3..?hehe

Mase Tejaa duk amik heart rate, respiratory rate and temperature die pun, still die men sondol2 belakang tejaa, kuis2 kasut Tejaa..Comel sangat...Kalau la kau ni tak haram, dah lame aku bela...Hehe...Tapi takpe..jangan risau, Tejaa properly attired dengan labcoat dan scrub tshirt. So, hanya perlu samak baju saje, tak kene badan hokey. Walaupun terpaksa berurusan dengan najis Mughollazoh ni, Tejaa teap jaga tu semua. Terpulang kepada diri sendiri. Sentuh bila perlu. Takdela nak gosok2, cium2, peluk2 bagai..Tejaa taw batasnye okeh..Teehee..ok stop.

Bile tiba waktu untuk sedate, Tejaa terpaksa taruk muzzle sebab takut die terkejut kesakitan dengan injection kat pinggul die tuh..Hehe...Lepas muzzle, die atau nama yang group Tejaa bagi ialah Coco buat muke sedeyh. Coco tak struggle bile muzzle tu ade kt mulut die. Coco pun x kuis2 atau cuba nak cabut. Tapi nak tau ape coco buat..?

Coco duduk, pastu die letak kepala diantara lutut Tejaa dengan muka mintak simpati. Waktu ni Tejaa tengah mencangkung. Tejaa pun tak sampai hati tengok muke coco tagih simpati, dan akhirnya Tejaa dan surgeon Tejaa iaitu Liwi, amek keputusan untuk bukak muzzle tu. AKhirnya, Coco kembali ceria. Lepas je Premed, Coco still still melawan kononnya nak lawan efek dadah yang dah masuk dalam salur darahnye tu. Coco still jalan2 dan lompat2 nak bermain. Tapi bile 10 mnit lepas inject sedative, coco mula jalan senget2, kemudian bile die dah xlarat, terus coco duduk dan letak kepala atas lantai dengan mata sayu. Tejaa pun terus angkat coco masuk PREPARATION ROOM.

Akhirnya, coco pengsan dengan sedatives yang telah diberikan 15 minit yang lepas.. Teeehee...

Bila dah selesai Surgery, Tejaa terpaksa 'put to sleep' Coco dengan rela hati. Walaupun sebenarnya teringat tingkahlaku coco yang sangat comel, tapi terpaksa let her go. Kalau biar dia hidup, sape nak jaga...?Sape nak bg makan..?Because she was just a stray dog, even some said that she deserved a life, tapi bagi Tejaa, apalah ertinya dia hidup jika dalam keperitan. Ingat, anjing walaupun sama najis dengan Babi, tapi kita tak boleh aniaya anjing. Kalau Babi, kita dapat pahala untuk bunuh. Sunat untuk kita bunuh babi, tapi berdosa kita bunuh anjing dengan niat untuk aniaya dia. Kalau tak caye, tanya Ustaz Azhar.

Apa2pun, sampai sekarang ni pun Tejaa masih teringat gelagat Coco. Seumur hidup Tejaa, inilah kali pertama Tejaa jumpa Stray Dog yang teramatlah friendly.