About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, July 26, 2014

Susah Tak Nak Jadi Doktor Haiwan - VOL 2

Assalamualaikum wbt.
 
Mesti korang pelik kan dengan tajuk entry kali ni. Tajuk ni pernah Tejaa gunakan untuk menceritakan tentang macamana Tejaa boleh terjebak untuk mengejar cita2 menjadi seorang doktor haiwan.
Tapi kali ni, volume 2 ni bukan untuk Tejaa bercerita tentang 2 lg. Just nk cerita step by step ape yg korang buat sepanjang study vet ni..
 
 
Once korang jejakkan kaki mase taon pertama sebagai student vet, korang akan belajar semua subjek2 pengenalan kepada profesyen veterinar. Mase ni, korang akan rasa macam study kt matriks je..subjek biochemistry bagai nk kene ambik..arhh..Tejaa x suka biochem. Naseb lulus kauu..haha
Then, macam biasa la, subjek2 unversiti yg korang kene ambik, kenegaraan, tamadun asia bla bla bla..semua ni wajib keh..sbb katenye nak bina modal insan yg berpatriotik giteww..tapi rase mcm xde efek pape pn..
Bila cuti semester, bermulalah pengalaman pertama korang kne praktikal..wahhh???
Awal giloss kene praktikal bagai..iye..itulah pengorbanan sebagai student vet..tak payah nk cuti2 sangaattt lahh..haha..sbb 2 student vet, bila habis study je heaven gile tanam anggur 2 3 bulan kt kg sebab nk rasa keindahan holiday..haha..tapi tejaa x la..tejaa mata duitan..kene usaha carik duet..tehehehe
 
Oraitee then bile menjengah ke taon kedua, korang mula ad exposure kt haiwan ckit..tapi ckit sgt..semuanya more on theoretical. Mase ni semua subjek preclinical. Subjek butrition, genetik, anatomi, physiology dan sebagainye...so korang x de nk mingle2 dgn haiwan. Elok mingle2 dengan buku je..har3..
Then mcam biasa la, dah cuti sem 2 reti2
nk cari tempat praktikal..
 
Masuk pulak taon ketiga..ok mase ni mostly subjek para-clinical. Macam pathology. Time ni, korang layak maen dengan bangkai je..bile masuk thurd year second sem baru korang dpt jejak kaki dlm hospital vet. Die ala2 lawatan sambil belajar giteww..lepas tu korang rase mcm huiyoooo..best dpt masuk sepital..suke ko, merasa la taon ke 4 nnti..
 
Ok..now dah masuk taon ke 4. Dengar sini, dengan terjejaknye kaki anda ke taon ke 4, sila persiapkan diri anda dengan mental dan fizikal yg kuat..gitteww..sebabnye korang dh start rotation. Mane mase korang nk duty, mane mase korang nk study, mane mase nak dating n tunang..ehhhhh..tehehe..pendek kate korang kene pandai manage masa, sebab dah bemula fasa kebizian yg melampaoo. Dan untuk info jugak semua nya subjek clinical dan prasyarat. Contoh mcam clinical medicine, pig medicine, avian medicine..sume subjek2 perubatan je la katenye..Pendek kata, gagal satu subjek, x bole amek subjek laen sem seterusnye..haaa..ko mampu??
 
Hahahaha..
 
Kalau korang berjaya lepas 4th year..perhhh rase mcm dh heaven, tp korang sebenarnye melangkah masuk ke alam yg super duper hectic. Mane nk buat Final year project, mane nlk duty full time, nk prepare clinical conference lg..
 
Lepas tu tiba la final sem, fi mana korang akan hadap comprehensive exam yakni exam penentu nk nilai korang ni layak jd doktor ke x..kalau lulos, korang boleh berambus ke bidang yg korang nak. Pada yg dh penat nk study, koje laa..pada yg x boring2 belek buku, sambung la study..
 
Ehhh..tejaa bukan nak takut2kan korang laaa..
Tejaa cuma nak korang sediakan mental dan fizikal tuk jd student..bukan mudah woo..belajar ape2 pon susah...
 
Ehh..nk siap2 g koje dulu..next time tejaa update volume 3 lak keh..papai uols..cup3..


Sunday, July 20, 2014

Sekarang, Saya Seorang Doktor

Assalamualaikum wbt.
Rasanya dah agak lama jugak Tejaa tak bercerita sejak Tejaa berikan tumpuan penuh pada comprehensive exam bulan lepas. Rasa macam tak percaya Tejaa berjaya lalui semuanya dengan selamat dan finally, cita2 Tejaa untuk menamatkan pengajian tercapai.
Dengan rasa penuh syukur, Tejaa akhirnya seorang Doktor Perubatan Veterinar.
Rasa tak terucap syukur setelah bertahun2 melalui penat lelah, perit jerih, tangguh study, sambung study, sakit misteri dan macam2 lagi. Dengan izin Allah semua nya berjalan dengan baik.

Dah konvo..tihikkk...tersayang 2 mak n suami..orang kuat kejayaan ni..heee..
Tejaa sekarang sedanv meneruskan karier dalam bidang haiwan kesayangan sementara menunggu panggilan kerja daripada bidang yg Tejaa cukup obses iaitu kuda.
Rasa macam rugi je duk saje kt umah, so Tejaa ambik kputusan tuk bekerja. Dunia belajar dan bekerja tak sama. Masa belajar, semuanya masih rely dengan pensyarah dsb. Tapi bila bekerja, kene buat kputusan sndiri. Kata orang, sendiri buat sendiri tanggung. To be honest, bekerja memang penat. Tambahan tejaa bekerja 6 hari smggu, kuar pagi balik malam. Sangat2 demanding.
Sekarang masih berusaha menyelitkan diri dalam dunia kuda. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Jadi, sesiap yg ingin dapatkan khidmat veterinar Tejaa, boleh la kunjungi klinik Tejaa bekerja sekarang..kelasss giteww..hahaha..
Tejaa kerja kt Jhan Petcare & Services. seksyen 7, bangi..ye..
See uols, Tejaa doakan juga adik2 Tejaa yang ingin menceburkan diri dalam dunia vet suksess2 selalu kate org indon..hahak..
Papai..cup2..love uols..