About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, March 31, 2012

OOOoooOOOooo Balik Kampung..

Assalamualaikum wbt...

Petang tadi, Tejaa ke Hentian Putra untuk beli tiket balik kampung next week. Tak sabar nak balik umah. Rindu fameli, rindu suasana kampung (bajet macam duk oversea). Nasib baek tiket masih avelebel. Risau jugak kot2 tiket dah habis, sebab law cuti2 cani law lambat, memang xdapat tiket la. Hehe..


Tadaaaa.... Bas pebret Tejaa ofkos la Bas SANI. Selesa sangat sampai tido termimpi2 dalam bas.
Lepas beli tiket tadi, Tejaa singgah sekejap kt The Mall sebelah hentian Putra uh, saje nak cuci2 mata, mane la taw ade perempuan cantik untuk di ushar...Teeeheee..noty kan..?

Sampai je sana, woahhh...ade sale la pulak..Haha, perempuan dan SALE memang tak dapat dipisahkan, sempat jugak la Tejaa pusing 3 4 kali kt situ, Tapi tangan kosong je sebab satu 2 pon x menarik minat Tejaa, waktu mood hampir hilang, tiba2 Tejaa ternampak jualan mekap pulak..Haha, ini memang menarik. Tejaa grab jugak 2 3 ketol (jenama dirahsiakan atas sebab2 tertentu), lepas 2 rush out immediately dari Mall sebab takot tergoda dengan barang2 laen pulak.

Balik je bilik, terus excited tengok alat mekap yang Tejaa beli. Bukan sebab excited nak pakai, Tapi xcited nak pakaikan untuk orang laen. Haha. Sekarang Tejaa ada bisnes baru, Bisnes Mekap Artis gitu. Haha..Baru je nak expertise. Haha, asal2nya Tejaa juz tacap2 membe untuk dinner, tapi  xsangka ramai yang suka dan ramai yang bertanya. Sejak dari tu, Tejaa banyak jugak mekap2 membe2. FOC taw. Hehe..Biasela baru nak bertapak ni taleyh teros cass..hehe..Tengok la nanti kot bisnes agak leyh wat duet, baru nak hamek upah..Hehe..

Ape2pon, hari ni Tejaa ngade2 tacap muke sendiri, sebab membe balik umah, selalu test tacap kt muke die..Haha....

Abaikan backgrond yg x cantek....

Abaikan pose yg x senonoh( duduk atas meja..Teehee...)

Abaikan baju2 yang tergantung...Teehee...
Muka spastic habes..

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar di dalam bilik. Tejaa tak pernah mekap cani g kuar jenjalan atawpon kuar dengan MJ..Hehe..

Sesiapa yang rasa2 teringin merasai hasil tangan Tejaa conteng menconteng muka, bolehla bgtaw..Hehe...FOC taw, alat mekap Tejaa sponsorkan..hoho.... :)


P/S: MJ tak suka Tejaa mekap, sebab katanya dia jatuh cinta kt Tejaa waktu Tejaa comot gile..Hahaha...


Surah Ar-Ra'd Ayat 39

Assalamualaikum wbt..
Hari ini, Tejaa nak kongsikan tentang salah satu ayat di dalam al-Quran yang mampu menjadi penawar dalam hidup kita. Sebelum ni Tejaa pernah kongsikan Surah As-Syura, Surah  Al-Waqiah, Surah Al-Insyirah. Sekarang Tejaa nak kongsikan tentang SURAH AR-RA'D Ayat 39 yang berbunyi:

يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".

Ayat ni pernah dikongsikan oleh seorang Ustaz semasa Tejaa manjalani Kursus Pra Perkahwinan.

Kegunaan ayat ni ialah untuk kita melupakan sesuatu perkara yang mengganggu fikiran kita. Macam Tejaa pun selalu je teringat kenangan2 lampau yang menyedihkan, menyakitkan, dan tak boleh lupakan langsung. Jadi, untuk melupakan apa2 yang menyakitkan, menyedihkan atau apa jua yang menyiksakan sehingga boleh menjauhkan kita dari jalan Allah, apakata amalkan Surah Ar-Ra'd ayat 39 ni.



Cara untuk amalkan dia senang sahaja. 

Mula2, baca SURAH AL-FATIHAH sebanyak satu kali
Kemudian baca SURAH AR-RA'D ayat 39 sebanyak 3 kali
sambil tangan memegang dahi.
Kemudian genggam dan buat gaya seperti membuang sesuatu.

Niatlah dalam hati untuk membuang jauh2 sesuatu perkara yang ingin dilupakan itu. Semoga Allah SWT menghapuskan perkara2 yang menganggu hati dan fikiran kita dan menetapkan hati kita untuk terus berjuang ke jalanNya. Dengan izin Allah, kita semua boleh hidup dengan tenang dan tak keluh kesah lagi...Ok...?

P/S: Ayat ni Tejaa pernah kongsikan pada Danisha Dahlia, sahabat Tejaa sewaktu dia perlukan pertolongan. Alhamdulillah, dah selamat mendirikan rumahtangga dengan bahagia sekarang..Hehe,..



Friday, March 30, 2012

Belilah Kambing Buatan Malaysia...

Assalamualaikum wbt

Tejaa nak tanya, siapa tahu nama kambing baka tempatan yang korang selalu jumpa terkedek-kedek meragut tepi jalan dengan perut yang kembung tu?
Tak tahu ke..?

Ok, hari ni, Tejaa nak bercerita tentang LOCAL GOAT, iaitu Kambing Buatan Malaysia. Haha..Korang mungkin jarang tengok local goat, atau ada jugak orang panggil kambing kampung diternak secara komersil dan besar-besaran. Tapi hari ni, Tejaa nak kongsikan kepada korang tentang kelebihan kambing kampung ni nak berbanding kambing-kambing pendatang ni.

Local Malaysian Goat a.k.a Kambing Tempatan a.k.a Kambing Kampung dikenali sebagai KATJANG. Ada jugak orang panggil KACANG.
Kambing Katjang, walaupun kecil, tapi kecil-kecil cili padi. Banyak kelebihan dia.

Naaa...ni kambing KATJANG yang kecik2 dan comey2...:)

Ini antara Trivia tentang KATJANG GOAT:

Purata tinggi kambing Katjang hanya sekitar 55-60 cm. Tak tinggi pun, paras lutut Tejaa je lebih kurang.

Penghasilan susu secara purata sebanyak 300g sehari untuk 3 bulan pertama selepas melahirkan anak, dan 200g sehari untuk 4-6 bulan selepas melahirkan anak.

Purata berat anak(kid) yang dilahirkan adalah 1.6kg bagi betina, dan 1.8kg bagi jantan.

Purata berat jantan dewasa(buck) ialah 25-30kg, manakala purata berat betina dewasa(doe) ialah 20-25kg.

Kebarangkalian untuk mendapat anak kembar adalah tinggi.

Ok, ni semua trivia-trivia nya. Dan sekarang Tejaa nak ceritakan tentang kelebihan kambing Katjang ni berbanding baka-baka lain melalui pemerhatian, pengetahuan, dan pengalaman Tejaa menjadi sukarelawan dalam dunia kambing..Cheewahh...teehee..

Kambing Katjang ni adalah kambing yang sangat tahan lasak dan sangat adaptable dengan cuaca baik mahupun buruk. Seperti yang korang tahu, Malaysia punya cuaca ada cuaca kering dan lembap. Cuaca panas dan kering, lepas tu musim tengkujuh, sejuk dan lembap, kambing Katjang mampu hadapinya dengan tenang. Sempoi je kambing Malaysia maen hujan walaupun kita selalu dengar yang kambing takut air. Haha..Dah nama pun local breed kan, mestilah sesuai dengan iklim Malaysia oh tanah airku ni. Kalu ada luka sikit je, cepat sembuh. Kalau baka import, luka kene pagar sikit je dah bertambah terus, pastu jadi maggot wound.

Kambing Katjang ni memang resistant dengan parasites. Taki kisahlah external atau internal parasites. Kalau external, yang paling famous adalah TICKS, atau KUTU, atau SENGKENIT, atau CEKENIT, dan macam2 lagi la nama panggilan. Tengok kambing Katjang, korang nampak dari jauh macam licin je, pedahal dekat celah2 kaki, celah ketiak banyak je kutu yang sedang menghisap darah dan menggemuk, tapi kambing Katjang sempoi je lagi sehat walafiat. Nak banding dengan imported breed, kena kutu sikit dah macam2 penyakit singgah. Anemia la, Kurap la, Bulu gugur (alopecia) la..Macam2 la..

Kalau internal parasites pulak, cacing la kan. Macam2 cacing ada dalam dunia ni, cacing pita, cacing pipih, dan cacing gelang. Nak ceritanya kambing Katjang ni, masa kecik dorang akan mendapat exposure pertama pada cacing macam kambing2 laen jugak, tapi Katjang bila meningkat dewasa, dia akan immune pada cacing-cacing ni dan kembali sehat dan gemok untuk disembelih. Katjang ni, korang tayah bagi makan ubat cacing pun takpe. Dah jimat tak payah sibuk nak inject Ivermectin bagaii...Kalau imported breed pulak, anak-anak kambing tu kalau kene cacing je, kurus, pastu pai kesudah tak gemok2 selagi tak dapat jugak ubat cacing. Ceritanya kat sini, dah kurangkan kos untuk pembelian ubat cacing tuk kambing-kambing ni.

Katjang ni sesuai untuk diternak secara extensive ataupun semi-extensive system. Dalam Bahasa Melayunya ialah Sistem Terbuka@ Separa Terbuka. Sebab dari segi nature, kambing Katjang ni, feeding behaviour die jenis Browsing, suka merayau-rayau mencari tumbuhan2 yang enak dikunyah. So, sesuai la kalau korang ada tanah kebun, lepas je dalam kebun 2. Kalau korang pakai semi extensive, korang kene wat satu kandang untuk kambing-kambing ni berteduh di waktu malam, siang korang boleh lepaskan kambing2 ni untuk mencari makanan. Dah dapat kurangkan tenaga buruh kat sini. Dan jugak, dapat kurangkan kos nak beli pellets ataupun kos nak tanam rumput untuk diberi makan. Easy kan..?

Kambing Katjang jugak merupakan kambing yang selalu dijadikan pilihan untuk kenduri kendara di kampung-kampung, sebab harga kambing tempatan berpatutan. Tak semahal baka-baka import. Oleh sebab taraf hidup Malaysia ni masih sederhana dan masih dikategorikan sebagai negara yang sedang membangun, Kambing Katjang mendapat sambutan bagi golongan2 sederhana. Alah, korang wat ladang kambing pun kat kawasan kampung kan, bukan dalam bandar pun, mahu kene bantai kalau buat ladang kambing kat bandar.Dah tu, pasarkan je la kambing dekat2 kawasan kampung ni, lagi2 untuk akikah, musim2 orang kawen, cukur jambul la, meminang la, korban la. Kat kampung selalu wat kenduri, Kat bandar-bandar banyak tempah Catering je. Haha...

Senang cita kan, nak bela kambing Katjang ni tak leceh, tak banyak politik..teeheee...
Jadi, belilah kambing buatan Malaysia..Oyeah...:)

P/S: Asek bersembang tentang kambing je dengan MJ sejak akhir2 ni, sampai senyum pon terasa cam kambing, tapi bau tetap wangi okeh...

Tejaa vs Usahawan....?

Assalamualaikum wbt..
Tejaa selalu berkongsi cerita tentang perancangan masa depan Tejaa, angan-angan Tejaa, dan harapan Tejaa untuk masa akan datang yang Tejaa bakal tempuhi. Tak salah kan kalau nak berangan benda yang logik, dan Tejaa akan pastikan yang angan-angan Tejaa menjadi realiti. Cuma penghalangnya samaada cepat atau lambat je. Itu je.

Gambar takde kena mengena dengan entry pon..Haha...Kenangan praktikal di Terengganu dan mandi kt TASIK KENYIR masa tahon ke 2... Muke Tejaa Spastic giler..haha...

Teringat masa zaman muda-muda setahun jagung lagi dalam dunia Veterinar ni, Tejaa memang takut pada binatang-binatang yang Tejaa jarang approach macam kambing, lembu, anjing, kuda. Lembu tu nak kata jarang approach takde la sangat. Selalu sangat, Cuma lembu yang selalu Tejaa approach ganas2 dan garang2 termasuklah lembu ayah Tejaa sendiri. Memang garang. Taw nak menyondol je kejenye. Lagipun dulu tak tahu proper way untuk restraint haiwan2 ni. Sekarang dah ada ilmu sikit-sikit dan Tejaa praktikkan, Tejaa dah semakin yakin lagi-lagi dengan anjing.

Dari tahun pertama, Tejaa dah nampak kecenderungan Tejaa memang dalam large animal. Tejaa tak minat sangat Small Animal Medicine ni. Macam kucing, anjing, dan haiwan2 kesayangan, Tejaa memang tak cenderung ke arah tu. Sejak Tejaa kali pertama jejakkan kaki ke Sungai Siput, Perak dan waktu tu Tejaa mula jatuh cinta pada kambing. Tejaa memang sangat suka kambing. Memang ada chemistry lah dengan kambing ni.

Lepas jatuh cinta je, Tejaa semakin obses dengan kambing sampaikan Tejaa sanggup buat volunteer work dekat 1 ladang kambing kat kampung Tejaa ni. Waktu tu, tejaa punya ilmu tentang Goat Production sikit-sikit je. Experiences lagi la nyawa-nyawa ikan je. Tapi, semakin memasuki dunia kambing ni, Tejaa semakin memahami macam mana sistem kehidupannya, perangainya. Seronok taw berkawan dengan kambing. Lagi-lagi bila kambing-kambing tu dah mula cam Tejaa. Memang ke mana je Tejaa pegi, mesti ikut, sampaikan tudung Tejaa pun nak dijiliatnya. Hehe..

Tejaa selalu je berbincang dengan MJ tentang perancangan masa depan. Walaupun habis study nanti, Tejaa terikat dengan perjanjian untuk bekerja dengan Government, tu tak bermakna Tejaa taleyh ada side income. Takkan nak kerja makan gaji je sampai ke sudah. Kalau la tiba-tiba Malaysia bankrap ke, tade la kebulur Tejaa, MJ dan anak-anak nanti. Chewaahh, berangan tak hengat..

Setakat ni, apa yang Tejaa nampak, side income Tejaa in the future nanti bukanlah MLM, mahupun Bisnes TUDUNG BAWAL, dan bukan juga petani berjaya, tapi Tejaa nak jadi pengembala kambing. Hehe..Klasik je bunyinya. Tejaa nak jadi penternak berjaya. Bak kata MJ, kalau ada tanah sekangkang kera, macam-macam benda boleh buat. Pokok pangkalnya malas atau rajin je. Bukan senang sebenarnya nak jadi penternak ni. Serious Tejaa cakap, Tejaa dah jumpa ramai penternak baik di Sg Siput, di Tanah Merah Kelantan, mahupun di tempat Tejaa sendiri, semua cakap, memang susah nak jadi penternak yang cemerlang dai segi produksinya. Kiranya senang cerita, nak jadi usahawan ni memang banyak cabarannya.

Kegagalan adalah perkara biasa. Teringat kata-kata penternak kat kampung Tejaa:
“Jangan takut bila tengok kambing mati.”

Haha..Kenapa ya dia cakap macam tu? Sebab sebelum dia berjaya jadi penternak cemerlang macam sekarang ni, separuh daripada kambing nya mati pada 6 bulan pertama dia menceburkan diri dalam dunia penternakan kambing. Wuuu...Memang takut Tejaa dengar. Baka yang dibela adalah Boer-Jamnapari cross. Kalau nak diikutkan, Boer adalah salah satu baka yang lasak dan resistant dengan internal parasites macam cacing, blood parasites. Tapi jangan lupa, haiwan boleh mati kerana stress. Hehe. Bukan stress macam kita ni, stress exam, stress putus cinta, stress result rendah dan macam2. Kambing boleh mati sebab travel stress, heat stress, environmental stress dan macam2 stress lagi. Pendek kata kambing ni memang kene rilek je, taleyh stress2. Hehe

Tejaa pernah sambut kelahiran seekor ibu kambing yang susah nak beranak. Peristiwa ni berlaku di ladang kambing kt kampung Tejaa. Anak kambing tu besar, dan ibu kambing tu tak berapa nak besar. Berbekalkan glove di tngan kanan sahaja, Tejaa tolong tarik anak kambing tu keluar dari rahim ibu dia, sampai la kedua-dua ekor selamat dilahirkan. Tejaa tengok dengan penuh syahdu je ibu kambing tu meneran dengan penuh gigih dan dalam kesakitan. During that moment, terus teringat mak kt rumah. Hehe.

Waktu tu, penternak kambing dan pekerja kt ladang tu tengok je Tejaa penuh gigih menyelamatkan ibu kambing yang dalam kesakitan, dan anak kambing yang berusaha untuk keluar dari alam rahim ibunya. Masing-masing menutup mulut dan hidung. Serioussss...Memang bau hanyir gile. Tapi Tejaa tabahkan je walaupun memang terasa jugak nak muntah time 2..Memang hampeh gile. Haha..

Apa2 pun, Tejaa dah berangan dah macam mana sistem penternakan Tejaa nanti, baka apa Tejaa nak bela, kt mane nak letak ladang, desing, sistem ragutan, jenis makanan, pekerja,blaa..blaa...blaa....
Banyak benda yang kene consider untuk jadi penternak. Doakan Teja auntuk jadi penternak berjaya ok....Papai...Cup3 sayang semua...:)

Thursday, March 29, 2012

Apa Beza Kambing dan Biri2....?

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan esok adalah exam untuk Small Ruminant Production atau dalam bahasa Melayunya Produksi Ruminan Kecil ataupun Kambing/Biri2 nye produksi la, Tejaa suka nak kongsikan dengan korang apakah perbezaan kambing dan biri-biri..?

Ramai jugak Tejaa orang laen pernah tanya Tejaa apakah perbezaan antara dua makhluk ni. Sebelum ni, Tejaa penah tahu 1 je perbezaan. So, sekarang ni, bila dah tahu banyak, terasa jugak nak share. Jangan kompius antara kambing dengan biri2.

Biri-biri tak semestinya berbulu lebat, dan kambing x semestinya takde bulu..Haha...So, Jangan pernah bezakan kambing dan biri-biri berdasarkan bulunya. OK, back to the main topic. Perbezaan?

EKOR
Biri2 selalunya mempunyai ekor yang agak panjang dan hang down (menghala ke bawah). Manakala kambing pulak ekornya agak pendek dan held up (terjongket ke atas). Kalau takde ekor lak cane..?
Kita tengok perbezaan laen.

Tengok tang ekor tu...Naek kan....?
Ni ekor jatuh dan lebih panjang...


BEARD aka JANGGUT
Kambing ada janggut. Kambing jantan memang ada, tetapi kambing betina kadang2 ada, kadang2 takde.
Biri2 pulak memang takde janggut.

Ni kambing, bukan Pak Aji...

WATTLES aka KEKACANG
Kambing ade wattles kat leher. Tapi biri2 takde wattles
Tak taw ape 2...?ade gamba kt bawah.

Tu kt leher die 2 ketol 2 la wattles...Okeh..?


FEEDING BEHAVIOUR
Kambing jenis browsing, ataw jenis merayau-rayau. Kambing suka head up untuk mencari tumbuhan yang agak tinggi dan mereka lebih suka dedaun, reranting lembut, dan jugak pokok2 kt semak2 samun.
Tapi biri2 pulak head down, dan makan tumbuhan2 yang rendah yang lebih kurang 100mm atas tanah plus lebih suka makan rumput okeh..Pendek kata, biri2 ni kaki lepak punya makhluk..
Nampak tak? Dorang makan tumbuhan yg tinggi..Ni typical kt Malaysia la..

Ni kambing taw, bukan Berokk...Haha...hamekaww..tinggi naek..Ni bukan kt Malaysia, ni kt Morocco..Hahah...kt Tempat dorang susah nk cari tumbuhan melata, so sume kambing diadaptasikan untuk terer memanjat untuk dpatkan makanan...:)
Heads down!!keep searching and grazing...

FIGHTING
Kambing fighting guna kepala senget2, pastu angkat kaki depan, lalu menghayunkan tanduk kt kepala lawan.
Tapi biri2 fighting dipanggil BUTT FIGHT..Haha..disgusting larhh..Tapi dorang bukan fight guna bontot taw..Namenye je disgusting tapi dorang fight lagi lemah lembut..Sondol2 kepala je..Macam ni..
Hamekaww...Ganaz kan...?Yang penting kepala senget dan kepala angkat..Hardcore sungguh..!!!
Ni biri2 fighting lemah lembut dan sopan sikit la...

SOCIAL LIFE
Kambing ni anti sosial sikit, suka wat hal sendiri
Tapi biri2 mesra alam. Memang strong flocking behavior. Sekor je masuk kandang, yang laen akan ikut, sekor kuar kandang, yang laen ikut, sekor negmbek, len ngembek jugak...Tapi biri2 mengembek ke..?nak taw...tgguuuu...
Tengok sheep...baris rapat2 je..menyondol2, menempel2 adalah pebret dorang..

Kambing pulak suke wat hal sendiri. Duduk rapat2 busuk katenye...

PARENTING
Kambing kalau pergi carik makan, ataw meragut, dia akan tinggalkan anak die.<--panday wat anak je!!
Tapi biri2, mane2 die pegi, anak die akan sentiasa menempek je. Lenje(bahasa org Terengganu yang bererti Manja)

LAND OF CHOICE
Kambing suka kawasan2 berbukit dan berbatu.
Biri2 suka kawasan tanah rendah atau tanah tinggi yang berumput. Macam padang ragut UPM tu la..

SOUND EFFECT
Kambing bunyi 'MAAAA'
Biri2 bunyi 'BAAAAA'
Tak caye...?ingat tak lagu Baa Baa Black sheep?
Biri2 bunyi Baaaa taw...hahaha...

Hehe...nyanyi ckit...Baa Baa Black sheep have u any wool? Yes sir..yes sir..three bags full...LOL
Now, dah boleh bezakan kambing dan biri2...?
Ingat!!Kambing tak semestinya bulu pendek, dan biri2 tak semestinya bulu panjang...

Sekarang Tejaa nak uji kefahaman korang berdasarkan entry Tejaa ni...

Soalan pertama:
Ini kambing kah..?Atau biri2 kah...? Terangkan mengapa anda jawab ianya kambing? dan kenapa biri2..?
Jawapannye kambing..Sebab ekor die jongket..Ini spesis ANGORA  iaitu kambing yang diternak untuk bulu.
Soalan kedua:
Ini Kambingkah...?Atau biri2 kah..?kenapa kambing..?dan kenapa biri2...?
jawapan: Biri-biri
Sebab ekor die kebawah dan jugak takde janggut...Ini spesis BARBADOS BLACKBELLY.
Ok, tamat...Tejaa nak sambung study....:) Tata..cup2 ols...

Sunday, March 25, 2012

Harta yang bukan senang nak dapat...

Assalamualaikum wbt.

Sebagaimana yang korang semua tahu, Tejaa memang dari dulu jalankan kerja2 melukis potret ni, dan pernah bukak bisnes yang agak memberi pulangan yg memberangsangkan jugak la. Tejaa rasa, masuk je taon 2012 ni, Tejaa sekali pun tak sentuh lagi buku lukisan dengan alat melukis Tejaa. Senang cite, 1 potret pun Tejaa tak lukis lagi taon ni. Sebab nak melukis ni memang perlu ada kelapagan dan ade MOOD yang baek punyer!!

Ape-apepun, sekarang Tejaa bukan nak share potret, tapi nak share alat2 yang Tejaa selalu guna untuk melukis potret. Bukan senang nak dapatkan alat2 ni sume. Lagi2 pensel2 bagai sume kedai alatulis biasa pun xde..

Ni la semuanya..Banyak jugak erk..1 je xde lam ni. Kertas lukisan..hehe..
Ni yang paling Tejaa sayang. merata-rata Tejaa cari kedai alat tulis semua xjumpe. Ni pun terjumpa syurga alat tulis n alat2 lukisan kt area melawati. 
Mesti semua tertanya-tanya apa guna charcoal ni kan..? Tejaa pon tak taw sebenarnya..Haha..Takdela..ni untuk melukis la..Tapi Tejaa banyak gune untuk lukis rambut n bulu2 (macam janggut, misai, kening dsb)
Sebab Tejaa suka guna ni? Sebab nampak real alunan rambut uh..

Ni plak pensel berbagai saiz
Selama ni mase sekolah, pernah jumpa pensel 2B, takpun HB. Tapi sekarang, Tejaa tak pandang dah yg kecik2, pandang 7B, 12B..yang besar2 la pendek kata. 

Apa beza pensel 2B, 4B, dan lain2 B..?

Bezanya adalah saiz mata pensel..semakin banyak B, semakin lebar diameternya. Tejaa selalu gune pensel 2B untuk wt garis kontur muka, or badan, or baju. Law 7B ke atas, Tejaa banyak guna untuk shading.

Dust Free Eraser
Tejaa guna ni untuk padam2 kesilapan yang dibuat menggunakan pensel biasa. Mcam kesilapan sketch. Yang penting x ade dust. Rimas la pemadam berhabuk ni.

Pemadan tiga segi. Angle die lebih fine.
Pemadam ni pulak Tejaa guna untuk wt reflection point. Macam kt hidung, dahi, kt dalam mata, dagu. Tempat2 yang selalu bersinar bile kene cahaya..Haha...

Stick Eraser.
Pemadam ni pulak selalunya Tejaa guna bila nak finalize sesuatu lukisan. biasa nak kemaskan lagi la lukisan 2. Terutamanya bahagian2 tepi2 taknak bagi comot dan nk bg fine je garisan, Tejaa guna pemadam ni. Banyak jenis kan pemadam? 

Tak boleh ke guna satu pemadam je?
Boleh je, dulu Tejaa guna 1 jenis pemadam, tapi Tejaa potong untuk hasilkan angle2 tertentu. Senang nk buat reflection point uh..

Ni pulak SOFT PASTEL...
Ape pulak pastel ni..? 
Pastel ni macam arang la texture die. Untuk melukis guna pastel ni, tangan mesti sangat lemah lembut, pandai adjust pressure pada kertas lukisan untuk hasilkan tone sketch yang berbeza. Pendek kata orang2 yg pro dalam dunia Art la ramai guna pastel ni.

Apa beza pastel dengan charcoal?
Setakat ni yang Tejaa tahu, kalau guna charcoal, lukisan boleh adjust lg, boleh padam2..Tapi kalau guna pastel, kalau silap, alamatnye ke tong sampah la riwayat lukisan tu. Sebab memang comot kalau tak pandai. Tejaa pun tengah belajar lagi cemana nk guna pastel. Pastel ni boleh dipadam, tapi bukan dengan pemadam biasa.

Ni la pemadamnye..
Pemadam ni xsame macam pemadam kita guna tyme sekolah yang kita selalu potong wat maen dadu 2. Texture die macam plastisin n taleyh rub sesuka hati. Cara nak guna die, tekap2kan n gores2 sikit. Susah nak explain cane nak guna. Tngok la nanti kot Tejaa rajin wat video plak..Haha..

Berus lukisan
Berus ni Tejaa guna untuk proses blend. Contoh Tejaa gelapkan kawasan dahi, Tejaa akan colorkan dulu dengan pensel Charcoal 2, untuk hasilkan texture yg lebih smooth, Tejaa guna berus ni. Hasilnya memang cantik..

Takkan tak kenal kot. Ni sharpener.
Sharpener ni, Tejaa guna untuk tajamkan pensel biase je, adik beradik pensel 2B tula..Untuk pensel charcoal, die ade sharpener die sendiri, dan biasanya disertakan sekali dalam kotak pensel 2.

Tisu muka la ni..
Masa zaman2 Tejaa tak kenal lagi berus lukisan untuk buat blend, Tejaa guna tisu muka je. Sebab kalau guna pensel biasa, dienye carbon susah sikit nak blend. Kalau guna charcoal, Tejaa guna berus la. Kalau guna tisu, berteraburlah charcoal 2..Hehe..Kalau guna pastel plak, blend guna jari pon bole.

And last but not least....
A4 Paper
A4 paper ni Tejaa bukan guna untuk melukis, tapi Tejaa guna ntuk cover tapak tangan Tejaa daripada menyentuh kertas lukisan Tejaa. Kalau tapak tangan dah kena lukisan 2, kompom carbon akan melekat tang situ, dan akhirnya lukisan menjadi sangat comot.

Nila sume harta2 lukisan Tejaa. Untuk kertas lukisan, biasanya Tejaa guna saiz A3, dan yang tebal. Tejaa suka guna kertas lukisan yang tebal sebab bila pressure pensel kuat kalipun, senang untuk dipadam. Dan  la ni Tejaa nak belajar lukisan kanvas plak..

Kalau korang tanye mane Tejaa beli semua ni, Tejaa tak pat nak bagitaw. Bukan sebab kedekut, Tapi Tejaa pun lupa name tempat yg Tejaa beli. Teehee...Sori taw,

Apa-apapun, sesiapa yang memang berminat dalam dunia lukisan potret ni, boleh je nak drop pertanyaan tuk Tejaa, setakat yang Tejaa mampu jawab, Tejaa jawab. Tejaa pun banyak asah skill daripada Pakcik Youtube je..hehe..

Well, Banyak kan harta Tejaa? Beratus2 jugak habis untuk dapat semua ni. Ni semua basic je. Ada lagi sebenarnya, Tapi tak larat nak ambik gambar satu2..huahuahua....

Ni antara hasil kerja Tejaa. Tengok tarikh tu bila last Tejaa melukis. Haha..


P/S: Rasa bersyukur dikurniakan bakat oleh ALLAH SWT, sebab boleh jadi mata pencarian bila memerlukan..:)

Waktu bersama Fameli adalah yang terbaekk...

Assalamualaikum wbt..

Tba-tiba Tejaa teringat fameli. Teringat kampung..wuuu....da sebulan lebih tak balik umah..Bila dah homesick2 macam ni, mula la teringat moments berjalan-jalan, bercanda-canda, beramah mesra ngn Fameli tersayang. 2 minggu lagi mid sem break. Tak sabar nak balik...

My Adik yg noty..Same tak ngn muka Tejaa...?haha..

Tertarik ngn baju ni tapi tak beli, sebab wonder sape yg sanggup pakai baju ni kt public..haha...

Gambar tak clear sbb kamera murah---->mummy ngah pilih baju..Sopin..sopin...

Budak kecik ni. Ainul Batrisyia. Dah semakin besau...Rindunye aihhh layan die nyembang...:)
Keluarga Besar Tejaa yang belum cukup besar lagi sebab ramai yang beraya kt umah mertua masing2 kan...Ni keluarga besar belah mak...:) yang pakai sunglass kaler itam 2 atuk Tejaa...cool kan..?hehe
Rindunye....Takpe2..sabor..Tak lame lagi dah nk cuti. Apa yg penting sekarang. Abeskan first exam dulu..Kemon2...U can do it!!!

Susah Tak Nak Jadi Doktor Haiwan...?

Assalamualaikum wbt...

Ramai yang tanya Tejaa, Susah tak study Doktor dalam kurungan B (Bak kata Kapt Razali, Tejaa punya pegawai kt PALAPES) atau dalam kata lainnya Doktor Binatang, atau dengan nama yang bezz sikit, Doktor Perubatan Veterinar.

Kalau Tejaa nak jawab tentang ni, ofkos la Tejaa cakap susah. Kalau mak Tejaa jawab pulak, kalau tak susah, bukan belajar namenye (sebut macam iklan tongkat ali uh!!)

Kenapa susah erk nak jadi vet...?

Ok, pertama..Kalau nak jadi vet ni pertama kali, korang kene sukakan haiwan, kalau korang benci haiwan, sekian terima kasih, sila beredar dari dunia kami. Susah taw nak memupuk rasa cinta pada haiwan ni. Lagi-lagi kalau korang masuk je Hospital Veterinar tu, seekor anjing yang sedang menunjukkan taringnya sedang menunggu korang. Takpun seekor kucing yang telinganya dah senget2 (menunjukkan kucing tu sangat marah) sedang menunggu kedatangan korang. Agak2 cinta lagi tak korang pada haiwan tersebut? Haha.

Jangan tanya Tejaa, sebab Tejaa memang pencinta haiwan sejak kecik lagi. Tak kesah la burung ke, ikan ke, kucing ke.

Haha..pencinta haiwan la sangat ni, see...anak tikus pun Tejaa sayang taw..Time ni  wantu ujian baca perintah kat padang ragut UPM, waktu Tejaa masih seorang kadet..hehe..

Sebut pasal burung la kan, Tejaa ada kisah menarik masa Tejaa umur kalau tak silap 9/10 tahun kot. Mintak maaf la takde gambar..Gambar mase kecik dengan teddy bear ada la..Haha..
Gambar entah taon bile ni xsilap 1992 kot. Cuba teka yang mane 1 Tejaa..haha...

Kisahnya, Tejaa masa kecik memang nakal dan lasak dan Tejaa paling rapat dengan sepupu Tejaa nama Firdaus. Beza umur kitorang setaon je. Dah memang rapat sangat, sampai tido pon nak bersama tyme kt rumah tok wan (mase kecik2 ok, takde nafsu n belum baligh lagi..tido reramai bercampo laki pmpn sepupu sepapat Tejaa). Satu hari, Tejaa dan sepupu Tejaa, Firdaus yang teramat nakal ni kayuh basikal menuju ke sungai kt sebelah kampung Tejaa. Punya la seronok masa tu sebab budak kecik pantang jumpa air, tapi Tejaa tak berani la mandi manda sebab sungai tu memang dalam. Nak dijadikan cerita, Firdaus terjumpa satu sarang burung kat sebatang pokok tepi sungai tu. Yang bezznye, ade anak burung law x silap Tejaa sekor je. Anak burung tu merah lagi, bulu pelepah pun tak tumbuh lagi. Punya la anak burung 2 ternganga kelaparan. Tejaa dan Firdaus ni pun terus teruja la, n terus wat deal sape yang nak bela burung tu. Last2 Tejaa berjaya. Tejaa pun taruk la dalam raga basikal Tejaa lalu bawak balik anak burung 2. Malam tu, punye la anak burung tu bising sampai 1 rumah dengar n kantoi la dengan ayah Tejaa. Malam tu jugak Tejaa kena balun n ayah. Teringat sampai sekarang kata-kata ayah Tejaa:

"Adik gi anta balik burung tu. Ye kecik lagi, adik nok wi makang gape? Ayoh tamoh tanggung dosa"

Translate bahasa standard:
" Adik pergi hantar balik burung tu. Dia kecik lagi adik nak bagi makan ape? Ayah taknak tanggung dosa" (mase ni Tejaa tak dapat adik lagi, so bahasakan diri sbg ADIK)


Malam tu jugak, Tejaa bonceng moto ayah dan Tejaa tunjukkan tempat Tejaa amik anak burung tu, dan ayah letak balik. Tejaa apalagi, menangis la. Bukan sebab sedih burung tu kene hantar balik, tapi dah kene marah dengan ayah. Haha..

Moral of the story, Tejaa memang dari kecik sukekan haiwan, tu belum lagi cite tentang Tejaa tangkap kelawar guna perangkap tikus, Tangkap ikan lam sungai pastu lepaskan kt dalam telaga kt surau, Ambik siput sedut yang mak nak masak gulai sekor dua, kononnye nak bela dalam akuarium. Haha..Macam-macam la Tejaa mase kecik dulu.

Tejaa rasa macam Tejaa ni dah ditakdirkan untuk jadi Doktor Haiwan, walaupun pada asalnya nak jadi doktor gigi..teeheee,..

Ni dah melencong jauh. Kembali ke topik asal, SUSAH tak nak jadi VET.

Tejaa sekarang tahun ketiga dalam DVM ni (DVM stands for Doctor of Veterinary Medicine) walaupun sebenarnya Tejaa dah 5 tahun kat UPM. Kalau sape2 ingat, Tejaa pernah tangguh study sbb saket, sebab 2 la sekarang tahun ke 3.

Dalam tahun ke 3 ni, dh start Pra-clinical year, Tejaa dah dapat rasakan nak jadi Vet ni memang susah. Nak banding dengan Dokte Manusia ni memang Vet lagi banyak nak kene master. Mungkin dikatakan Dr Manusia susah sebab ia melibatkan NYAWA manusia. Kami ni melibatkan nyawa haiwan je..Teehee...

Macam2 haiwan nak kena tahu. Kucing anjing ikan ayam kuda lembu kambing biri-biri burung kura-kura ular hamster...arghhh..manyak lagi la...ups tertinggal 1 lagi. Termasuklah VAVI...hehe..

Apa yang lagi susah tentang Vet ni bila korang kene faham bahasa2 badan haiwan ni. Ibarat korang berkomunikasi dengan orang bisu. Susah taw nak tahu cemane haiwan 2 sakit ke tidok, sehat ke tidokk...Kene tahu sume expression, behaviour die, gait, blaaa..blaa..blaaa...malasa nak sebut...

Tejaa bukan nak takut2kan sape yg berminat nak jadi Vet, cuma, Tejaa nak ingatkan jangan pandang rendah pada profesyen Veterinar ni. Mungkin nampak simple. Tapi silap buat, anda akan mendapat side kick percuma dari seekor lembu, atau mendapat hadiah backkick daripada seekor kuda. Naisss...

Apa-apa pun Tejaa sekarang memang perlu struggle..Hiyaahhh....Doakan Tejaa jadi Vet yang terbaik di dunia oyeahh..Babai..cup3...

Karikatur daripd seorang Street Artist. Time ni Tejaa n Membe pegi Aquaria KLCC..tak sama langsung ngan muka Tejaa. Apa2 pun melayang RM25..hehe..


Thursday, March 22, 2012

I am a Surgeon..? Part 3

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni, Tejaa rasa tak semangat sangat nak masuk kelas Radiology dan Surgery. Bukan sebab Tejaa rasa penat or malas, tapi hati ni rasa tersangat berat sebab rasa bersalah terhadap Lecturer Tejaa walaupun Tejaa tak buat salah ape2 pun.

Mesti kompius kan..?
Entah la. Tejaa tak tahu siapa antara classmates Tejaa yang berani komplen tentang Lecturer ni secara maya (means by emel la kan). So, hasilnya, lecturer tu dah kecik hati dan bila seorang 'guru' kecik hati, berkat ke tak ilmu yang dia bagi selama ni? Ermm..korang jawab la sendiri..
Tejaa rasa kesian sangat kat Lecturer Tejaa ni. Sometimes, manusia buat silap. Bukan semua perfect. Bagi Tejaa la kan, nak tegur orang tua bukan senang. Orang tua ni sensitif lagi2 plak lecturer Tejaa tu tak berapa sihat. Ermm...Memang silap la nak komplen tentang dia kan?

Tejaa pun tak faham apa yang berlaku, cuma yang Tejaa tahu, orang yg sanggup mengirimkan emel yg agak 'kurang ajar' kepada Lecturer tersebut masih belum diketahui dan memang pengecut sebab wat silap tak mengaku. Tambah 1 lagi, memang keras kepala sebab taknak pergi mintak maaf.

Hurmm...So, sekarang ni, punca jadi rasa tak semangat nak belajar, adalah sebab ilmu yang selama ni diterima dah tak berkat dek kerana seorang 'guru' yang makan hati dengan sikap pelajar sendiri..Huuu...Kenapa la teruk sangat semester ni. Baru nak mulakan segalanya dengan baik dan belajar bersungguh2 sebab nak score kan.

Harap-harap la semua ni boleh setel sebelum exam seterusnya.

Well, tadi Tejaa ade tengok2 gambar surgery yang membe snap kan..Hehe..Tejaa nampak tersangatlah gemuk dalam OT gown tersebut..Haha...wawawa..malu je rasa..ape2 pun, pengalaman ke 2 conduct surgery 2 memang Tejaa takkan lupakan sampai bila2 la kan..hehe...

Tadaaaa...ni bukan berlakon taw..betol2 ni..Hehe...Kelakar pulak tengok  Tejaa tyme ni..kih3...(gelak  sambil menaip)

haha...ni pulak lepas abes setel sume jahit menjahit..Hehe..muka kepenatan habis...Best moment bile last suture  berjaya dihabiskan..hehe...:)

Hehe...sempat lagi buat peace..Sebab rasa happy 'pesakit' yang dibedah berjaya hidup sampai la  abes surgery...sebab  ade grup yang 'pesakit' nya dah menghembuskan nafas terakhir mase tengah run surgery..huhu....
Ni update tuk gambar aritu...Walaupun banyak buat mistakes, tapi sebenarnya itulah yang membuatkan Tejaa lagi banyak belajar. Kita belajar daripada kesilapan, tapi takde la setiap kali nak belajar perlu buat silap. And yang penting tak ulangi kesilapan yang same, baiki dan terus baiki. yeeehhaaa....


P/S: Ingatan untuk diri sendiri dan juga sahabat2 Tejaa, cermin silap diri sebelum cermin silap orang laen....:)

Tuesday, March 20, 2012

I am a Surgeon..? Part 2

Ehem3...Test 1, 2, 3...Hehe

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Tejaa penat sangat, tapi sebab hari ni Tejaa rase excited sangat, so bersemangat la nk taip menaip ni. Walaupun segalanya kelam kabut dari pagi sampai la ke petang, tapi Tejaa balik ke bilik dengan paerasaan yang cukup puas sebab segalanya berlalu dengan cantik dan lancar.

Macam biasa, hari ni hari SELASA, so merupakan special day yang dh memang termaktub dalam bla..bla..bla...(Jadual semester) ianya dikhaskan untuk surgery. Kalau minggu lepas, Tejaa merupakan Assistant Surgeon, hari ni Tejaa jadi surgeon pulak. So Tejaa la yang handle patient from A to Z.

Pagi tadi, Tejaa ada exam untuk surgery dan Alhamdulillah, Tejaa selamat menggoreng semua skali, dan harap Lecturer rasa rangup dan sedap laa..Habis je exam, Tejaa terus rush out untuk premedication anjing. Unfortunately, hari ni Tejaa dapat very fierce dog..Haha..Sabar jela. Memang mencabar betul nak resraint anjing garang. Selama ni training kt patung anjing je. Buat pun memain jela kan. Sekarang..rasakann...

Hampir-hampir Tejaa kene gigit ngan anjing 2, tapi dengan bantuan Tejaa punye Anaesthetist, akhirnya semuanya berjaya dilakukan dengan selamat dan sempurna sehinggalah anjing 2 dh selamat 'pengsan'. Hehe..

Ceritanya, hari ni yang Tejaa rase happy sangat sebab kene puji dengan Surgery Lecturer (haha..riak pulak, syirik khafi...adess..Nauzubillah!!) Cuma terasa puas hati dan tersangatlah happy sebab Tejaa punye jahitan kat luka 2 kemas, bersih dan cantik. Bak kata Dr Loqman la..Hehe..Itu pun Tejaa duk terhegeh-hegeh nak habiskan sebab kali ni incision site tuk laparotomy besauu sikit..Hehe, senang nak godek2 isik lam perot 2 kan..Tak yah duk terintai2 celah incision yang kecik 2..

Lebih kurang pukul satu Tejaa start incise, pkul 5, siap suture yang terakhir. 4 jam .Kira better la daripada last week.

So, kesimpulannya memandangkan hari ni Group Tejaa dapat anjing jantan, so laparatomy dibuat just untuk berlatih buat ligations and examine organ2 in situ je. Then, kitorang kene wat castration gune open castration technique. Anjing nye castration xsame dengan kucing. Anjing perlukan proper aseptic surgery..:)

Apepun, tanpa bantuan dari assistant sugeon Tejaa iaitu Nafisah Maidin, Anaesthetist iaitu Liwina Thamby Pillai, Assistant Nurse iaitu Nadzmi Fahmi, OT Nurse iaitu Ungku Syakira, dan Tejaa punya assistant tuk sume kali aktiviti yang dijalankan iaitu Mazrul Fahmi, Tejaa takkan berjaya siapkan surgery dengan sempurna tanpa mereka. So, Thanx U ols. Next week Tejaa jadi assistant pulak. Yahoooooooo....Keje menuang pulak..Hehe..

Papepun, Tejaa dah dapat tune yang surgery is interesting..Hehe..Papai ols..Cup3..

P/S: Baru terfikir kenapa surgery selalunya mengambil masa yang amat panjang. Bukan kerana nk potong n locate2 organ, salur darah sume 2, tapi yang menjadikannya panjang adalah proses menjahit balik kesan2 'torehan' dan 'belahan' yang dah dibuat..hehe..

Gambar2 posing 2 sume belum berjaya di'transfer'kan kpd Tejaa dr assistant Tejaa. So, entry dulu baru gamba bole x?Haha...:p

Saturday, March 17, 2012

Susahnya nak habiskan Book Voucher..

Assalamualaikum wbt..

Ehem2..Petang tadi Tejaa merempit sorang-sorang ke KL. Niat di hati ni nak habiskan book voucher Tejaa yang tinggal lg RM150 ni kt Kamal Bookstore. Tejaa selalu dengar pasal Kamal Bookstore ni tapi Tejaa tak pasti kat mane letaknye. Yang Tejaa tahu, ianya dekat dengan Hospital Kuala Lumpur. Maka, berbekalkan GPS handphone Tejaa dan cari arah menuju ke HKL, Tejaa redah jalan-jalan KL yang tak pernah tak jam. Nasib baik la Tejaa naek moto. Kalau tak agaknya tah kat mane Tejaa sangkut tengah jalan. 

Mase tengah drive 2, dalam kepala ni dah berputar2 merancang untuk membeli: ermm..Ape ye?


Needle driver dan forceps, untuk Tejaa train cemane nk wt suture tuk surgery. Tak terer lagi la menjahit kulit2 ni, jahit kain 2 terer la..Hehe..
Dan jugak buku-buku berkaitan Veterinary Medicine ni..Almaklom lah, susah benar nk cari buku Vet kt mesia ni.

Cari punya cari, akhirnya Tejaa sampai jugak kt Kamal Bookstore ni. Rupanya setentang jalan dengan Unit Kecemasan HKL 2 je..Nak cari kedai ni punya pasa, Tejaa bawak moto 40-50km/j ke taw. Pemandu berhemah gitu. Haha. Law Tejaa pun baru je dengar nama kedai ni, Korang apatah lagi kan...?

Haaa....ni la kedai nye. Nampak macam kedai runcit je kan?

Korang jangan pandang sebelah mata kedai ni. Tejaa pun mula-mula sampai, betul ke hini kedainya? Kalau tak percaya, meh Tejaa tunjuk suasana kat dalam kedai ok? Jom..

Hamekaww.....Kalah MPH BOKSTORE macam ni. Cuma satu je, buku2 dia tak se'organize' macam kt MPH la...
Apa-apa pun, Tejaa memang cukup kagum dengan Pakcik Kamal ni, ingat senang ke nk wat bisnes medical Books ni? Cayalah. 

Berbalik kepada niat di hati Tejaa untuk habiskan book voucher. Geledah-punya geledah isi kedai, apa yang Tejaa nak memang dah takde. Surgical instruments yang Tejaa nak sangat 2 pon dah sold out. Buku2 Vet pun kebanyakannye kena order dulu. Mintak mahap la kalau nak order kompom book voucher dah expired dulu baru buku samapai. Dan dukacita dimaklumkan buku-buku tersebut harganya not less than RM200. Sekian terima kasih. Makcik tak kayo.

Maka, Tejaa pun amik keputusan untuk beli..

Hini je..Labcoat....
Tejaa dah ada 1 labcoat. Tapi ini untuk spare. Memandangkan tiap-tiap hari wat aktiviti yang melibatkan najis2 Mughollazoh ni, Tejaa terpaksa spare kan 1 lagi labcoat untuk ditukar ganti. Takde la selekeh je pakai labcoat yang same.

Semuanya dah setel. Labcoat dah ada, dan mane name tag labcoat..? Huahua...Tejaa belum ade nametag dan nametag berpin diharamkan di Hospital Veterinar Universiti. Hanya nama bersulam dibenarkan. Hari isnin ni compulsory dan semua kedai yang Tejaa tanya, ambil masa 1 week baru siap..Jadi? Apa penyelesaiannya? Same2 la kite tengok ye..haha....Sayang  uols..cup3..


P/S: Mane Tejaa nak abeskan lagi RM100 book voucher ni...fenin2...