About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, April 27, 2012

Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Assalamualaikum wbt..

Dah lama Tejaa tak share kegunaan ayat2 al-Quran dan juga sebarang doa yang boleh diamalkan. Hari ni, Tejaa nak share untuk semua sepotong doa supaya ditetapkan hati kita terhadap sesuatu. Contohnya ditetapkan hati kita pada Islam, Iman, dan taqwa. Ataupun sekiranya kita ingin membuat sebarang keputusan, supaya ditetapkan hati kita untuk keputusan tersebut agar dapat beri kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun orang sekeliling. 

Macam Tejaa, Tejaa ingin tetapkan hati Tejaa dengan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada Tejaa, tetapkan keimanan kepada Allah, dan tetapkan di hati Tejaa terhadap Agama Islam milik Allah ni.

Ok, doanya pendek sahaja, macam kat bawah ni Tejaa ada sertakan gambarnya. 



Semoga dengan mengamalkan doa ini, hati kita sentiasa teguh dengan Islam dan Kebenaran, keimanan serta ketaqwaan kepada Allah. :)

Sehingga berjumpa lagi di entry yang laen ok..?

P/S: Kadang-kadang nak membuat sesuatu keputusan yang besar memang sukar, tapi kita terpaksa laluinya juga walau sesukar mana. Hanya pada Allah sahaja Tejaa memohon petunjuk, terutamanya ketika Tejaa mengambil keputusan untuk berhijab dan berjubah. Nampak macam susah, tapi sebenarnya kecekalan hati serta bantuan dari Allah yang memudahkan segalanya...Terima kasih Allah. Semoga diteguhkan hati Tejaa untuk terus beristiqamah menutup aurat sebaik2nya. Alhamdulillah, dah hampir setahun..

Tuesday, April 24, 2012

I'm A Surgeon-Part 5

Asslamualaikum wbt...

Sejak akhir2 ni Tejaa jarang update entry. Selalunya kejap je dah update yang baru. Minggu ni, meinggu depan, dan minggu2 seterusnya, Tejaa akan bertambah bizi sebab minggu exam menjelma kembali. Second test membuatkan Tejaa kembali dalam dunia stress. Huuhuu..

Hari ni, hari selasa. As usual, Tuesday is Surgery Day. Hari ni Tejaa nak berkongsi cerita tugas Tejaa sebagai OT NURSE. Keje OT Nurse ni senang je. Kene prepare bilik OT, dan juga settle down bilik OT bila surgery dah tamat. Kiranya dialah orang pertama masuk OT (Operation Theater), dan dia jugaklah orang terakhir yang akan meninggalkan OT.
Tengah mencangkung di koridor menunggu waktu untuk masuk ke OT room..Hehe..Penat menunggu jekk..

Tugas Tejaa arini, prepare instruments kt OT room untuk surgery. Surgery table pun Tejaa yang set up kan, Keperluan2 untuk Surgery, Tejaa ambil dan susun atas Instruments trolley. Tugas Tejaa jugak, sekiranya barang2 seperti suture, gauze, atau ape2 barang yang tak cukup dan Surgeon demand, Tejaa kena pastikan barang2 tersebut mencukupi.

Suasana dalam OT Room...Anaesthetist yang bizi...:)

Habis je surgery, tugas Tejaa jugak untuk kemaskan surgery table dan jugak instruments trolley. Tak lupa juga, Tejaa kena basuh instruments yang telah digunakan. Bunyik macam senang, tapi sebanarnye susah jugak pd awalnya sebab nak kene ingat sume bilangan instruments, susun atur, sebab kene susun ikut turutan semasa proses nak keringkan. Satu2 kena hafal. Tapi bila dah ingat sume instruments tu, kacang je. Pantas je la kejenye, entah2 nanti bosan lak wt keje ni..Huhu...

Ini la keje Tejaa..Nak kene basuh semua barang2 yang hado...


And finally, kene susun macam ni tuk keringkan. Kena ikut turutan. Ini yang lemah nak ingat ni...Hehe..

Malam ni, keje Tejaa adalah untuk revise Clinical Pathology sebab TEST 2 dah tiba. Demam exam sudah kembali, dan Tejaa kembali kepada mode menelaah dengan tekun..Haha..Tekun ke..?Mesti tekun sebab first test Tejaa tetap tak puas hati. Nak score lebih tuk second test ni. Doakan Tejaa ye...:)

P/S: Walaupun demam exam, kalau ada masa, sempat lagi kot nak berjumpa orang tersayang..Carik sumber semangat..Tehee..jangan jelezz...:p

Friday, April 20, 2012

Potret Pertama 2012- Perkongsian Tips

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni, mood melukis datang membuak-buak. Setelah hampir 8 bulan tangan ni tak pegang pensel dan menconteng2 kertas lukisan, akhirnya, terhasil jugak satu lukisan untuk tahun 2012.

Tejaa tiba-tiba datang mood nak melukis bila Tejaa ter'view' satu gambar seorang makcik tua yang sedang dalam kesedihan. Terus Tejaa amik kertas lukisan dan alat2 melukis, lalu Tejaa bertungkus lumus menyiapkan potret yang bagi Tejaa tersangatlah mencabar. Tejaa ambil mase lebih kurang satu jam setengah untuk siapkan gamba, daripada sketch, buat shading, wat kemasan semua. Lama kan...?kan3..?Tehee...Sebab tulah gambar potret ni memang mahal kalo nak tempah kat luar sane. Dengan Tejaa je harga berpatutan..Tehee...Promote cikit...:p

Inilah gambar yang membuatkan mood melukis Tejaa untuk hidup kembali. :)

Potret baru siap sikit. Masa ni Tejaa just sketch secara kasar je dulu. Untuk sketch, Tejaa just guna pensel 2B biasa je. Pastikan masa sketch, jangan terlalu tekan pensel. Sebab andai kata tersilap, nak padam, akan tinggal kesan garisan, dan bila korang nak wat shading nanti, kesan garisan tu akan comotkan shading korang. So, lukisan akan jadi x semat. Ok...?:)

Biasanya time sketch, rupa asal gambar xkan muncul lagi. Semua tu akan muncul bila korang stat buat shading. Kiranya mase sketch jest buat rangka muka wajah jela termasuk mata, hidung dan mulut. Ok..?


Beza dengan gambar atas..? Tang sini, Tejaa dah mula detail kan garis-garis ekspresi wajah, kedutan dan jugak shading. Terutamanya kt bahagian mata, pipi dan jugak dagu. Tempat paling mencabar ialah mulut. Sebab kt bibir banyak sangat garisan halus yang nak kene timbulkan.

Untuk shading mata, Tejaa gunakan pensel karbon biasa tapi saiz yang berbeza. Kat cni, Tejaa guna Pensel Saiz 7B.

Untuk tekankan lagi garis kontur kt area pipi dan area soket mata, Tejaa guna pensel 2B, tapi jenama Carera. Sebab...? pensel Carera punya carbon memang itam gile. Kalo tekan ckit pun dah hitam. So senang la nk wt shading gelap ckit.

Untuk blendkan garisan yang Tejaa buat untuk shading, Tejaa banyak guna jari je. Sebab lagi smooth die nye efek. TAPI INGATTT!! Kalau tangan korang jenis kuat berpeluh. JANGAN sesekali guna jari. Once korang dah blend guna jari, blend tu takkan dapat dipadam lagi kalau tangan berpeluh. So, untuk jenis tangan kuat berpeluh ni, Tejaa nasihatkan guna berus atau tisu. OK...?


Orait. Nilah hasilnya. Ok, sekarang let me explain macam mana untuk hasilkan lukisan yang kemas macam ni.

Pertama sekali: Perlukan manyak latihan. Macam Tejaa dulu, Tejaa paling tak pandai buat shading dan garis2 ekspresi muka. Tapi sebab selalu prektis, lame2 jadi la macam ni.

Untuk reflection point macam kt mata dan untuk hasilkan mata untuk kelihatan berkaca (bulatan hijau NO 3), Tejaa guna pemadam yang ade angle halus supaya senang buat garisan ataw bulatan kecil lepas dipadam.

Untuk kedutan di bahagian dagu dan pipi pula (Bulatan pink NO 2), Tejaa guna pemadam yg ade angle jugak, tapi, Tejaa gunakan pensel bersaiz 7B berjenama Faber-Castell. Sebab..?Pensel jenama ni hasilkan karbon yang agak slow dan tak begitu pekat macam pensel Carera. Jadi, sangat smart kalo nak buat shading yang tak berapa gelap.

Manakala untuk bahagian hidung pula (Bulatan hitam NO 1), Tejaa gunakan pemadam biasa untuk reflection cahaya kt atas tulang hidung, untuk nampakkan hidung 2 timbul aka mancung gitu.Hehe.. Untuk jelaskan soket mata, lagi sekali Tejaa guna pensel 2B Carera, dan untuk anak mata, Tejaa guna Faber-Castell. untuk reflection point, Tejaa guna pemadam yg ade angle sangat halus. Macam mana nak buat...? Kalau takde pemadam yang jenis segitiga ataw bersegi banyak, Just potong je pemadam 2 bagi ade angle. Ok...? Kalau nak tahu, just tengok ENTRY sebelum ni yang Tejaa share ALATAN2 Tejaa guna untuk melukis..Ok..?

Last but no least, untuk bg nampak kemas lagi, Tejaa gunakan berus untuk blend garisan2 yang terlalu jelas. dan jugak untuk bersihkan karbon2 pensel yang berteraburan kat atas lukisan.



Lukisan siap dengan watermark sekali..Hehe...Setakat ni dulu Tejaa share kan tips lukisan potret ni. Kalau korang tak faham, atau teringin nak belajar atau asah skill and bakat yang sedia ada, boleh tanya Tejaa. Tejaa share setakat yang mampu.

P/S: Plus, kalo korang nak komen untuk penambahbaikan potret Tejaa pun di alu2kan jugak...:)

Wednesday, April 18, 2012

I'm A Surgeon Part 4 - It was hard to let her go..

Assalamualaikum wbt...

Fuhh...Tejaa baru je habis men2 lompat tali skipping uh..Penat dan berpeluh, jadi mood study pun da kureng ckit sebab tadi duk ngadap nota je, mood untuk bercheretaa dah datang..Teehee...

Ari ni, as usual, kalo hari selasa, Tejaa akan update kesah Tejaa dalam dunia SURGERY ni.
Hari ni, macam biasa juga, kami 1 group yang terdiri daripada 6 orang akan switch tugas masing2 setiap minggu. Minggu ni, tugas Tejaa jatuh kepada --->>ANAESTHETIST...woah..susah woo jadi tukang bius ni mak hang. Orang terpenting dalam sesebuah surgery ialah anaesthetist. Kalu anaesthetist haprak, gagal lah surgery tersebut, dan Innalillah la patient tuh..Huhu..

Lebih kurang jam 11.45 pagi tadi, Tejaa dah siap makan, tukar baju sume untuk pegi amek patient untuk PREMEDICATION. Hari ni, Tejaa tak pilih pun anjing mane yang Tejaa suke, mane yang hulur kepala kuar dari cage, itulah Tejaa sambut dengan chain kt leher. 

Tapi hari ni, patient Tejaa laen dari selalu. Kalau sebelum ni, patient Tejaa punya la garang nak menggigit2, tapi kali ni, she was so sweet and manja..wuuu...nak nanges rase bile fikirkan anjing tu kami akan bedah kemudian 'put to sleep'. Bile Tejaa taruk chain kt leher die, die terus melompat dan berdiri dengan kaki belakang, kemudian lidah die jelir2 and buat muke sweet menandakan die sangat lah playful..huuu...

pic courtesy from pakcik Goooogle
cani ha die berdiri, hehe..nk eksplen pon x reti sangat..hehe..chomell kan..?kan3..?hehe

Mase Tejaa duk amik heart rate, respiratory rate and temperature die pun, still die men sondol2 belakang tejaa, kuis2 kasut Tejaa..Comel sangat...Kalau la kau ni tak haram, dah lame aku bela...Hehe...Tapi takpe..jangan risau, Tejaa properly attired dengan labcoat dan scrub tshirt. So, hanya perlu samak baju saje, tak kene badan hokey. Walaupun terpaksa berurusan dengan najis Mughollazoh ni, Tejaa teap jaga tu semua. Terpulang kepada diri sendiri. Sentuh bila perlu. Takdela nak gosok2, cium2, peluk2 bagai..Tejaa taw batasnye okeh..Teehee..ok stop.

Bile tiba waktu untuk sedate, Tejaa terpaksa taruk muzzle sebab takut die terkejut kesakitan dengan injection kat pinggul die tuh..Hehe...Lepas muzzle, die atau nama yang group Tejaa bagi ialah Coco buat muke sedeyh. Coco tak struggle bile muzzle tu ade kt mulut die. Coco pun x kuis2 atau cuba nak cabut. Tapi nak tau ape coco buat..?

Coco duduk, pastu die letak kepala diantara lutut Tejaa dengan muka mintak simpati. Waktu ni Tejaa tengah mencangkung. Tejaa pun tak sampai hati tengok muke coco tagih simpati, dan akhirnya Tejaa dan surgeon Tejaa iaitu Liwi, amek keputusan untuk bukak muzzle tu. AKhirnya, Coco kembali ceria. Lepas je Premed, Coco still still melawan kononnya nak lawan efek dadah yang dah masuk dalam salur darahnye tu. Coco still jalan2 dan lompat2 nak bermain. Tapi bile 10 mnit lepas inject sedative, coco mula jalan senget2, kemudian bile die dah xlarat, terus coco duduk dan letak kepala atas lantai dengan mata sayu. Tejaa pun terus angkat coco masuk PREPARATION ROOM.

Akhirnya, coco pengsan dengan sedatives yang telah diberikan 15 minit yang lepas.. Teeehee...

Bila dah selesai Surgery, Tejaa terpaksa 'put to sleep' Coco dengan rela hati. Walaupun sebenarnya teringat tingkahlaku coco yang sangat comel, tapi terpaksa let her go. Kalau biar dia hidup, sape nak jaga...?Sape nak bg makan..?Because she was just a stray dog, even some said that she deserved a life, tapi bagi Tejaa, apalah ertinya dia hidup jika dalam keperitan. Ingat, anjing walaupun sama najis dengan Babi, tapi kita tak boleh aniaya anjing. Kalau Babi, kita dapat pahala untuk bunuh. Sunat untuk kita bunuh babi, tapi berdosa kita bunuh anjing dengan niat untuk aniaya dia. Kalau tak caye, tanya Ustaz Azhar.

Apa2pun, sampai sekarang ni pun Tejaa masih teringat gelagat Coco. Seumur hidup Tejaa, inilah kali pertama Tejaa jumpa Stray Dog yang teramatlah friendly. 


Monday, April 16, 2012

Migrain

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, badan Tejaa lemah sangat...Dari semalam lagi xdapat tido, pas2 bangun je, badan rase lesu, kepala pn sakit je. Jadi, Tejaa wt MC sendiri. Petang ni sepatutnya Tejaa kena pegi Pusat Equine UPM, sebab ada praktikal dengan kuda, tapi xlarat untuk berdiri dan berpanas. Badan pun x berapa nk sihat. Tejaa berjaya jugak lelapkan mata sekejap tadi, pas 2 bangun alek.

Tejaa teringat dulu2, bila waktu Danisha sedih2, Tejaa yang selalu tenangkan. Sekarang, Danisha dah kawen, dah bahagia, Tejaa tumpang gembira. Sekarang terbalik plak, bila Tejaa sedih, Danisha yang tenangkan Tejaa. Bila sedih je, mesti nak cari Danisha, nangis2 pastu kembali tenang dan boleh gelak2. Sekarang Danisha pun dah lalui alam rumahtangga yang lebih mencabar, mungkin lagi banyak nasihat berguna yang Tejaa boleh dapat.

Thanx Danisha sebab selalu ada di waktu Tejaa susah dan jugak senang. Tapi Tejaa tetap nak mintak maaf sebab tak dapat datang kenduri kawen Danisha sebab kebizian Tejaa. Maklom la student..Huhu..

Hari ni Tejaa sedih. Dah lama hubungan Tejaa dan MJ tak diuji, hari ni teruji jua. Tejaa yang salah lagi. Tejaa nak mintak maaf kt MJ. Tejaa dah melampaui batas. Tejaa takut kehlagan MJ. Tejaa janji takkan wat lagi. Tejaa taknak serabutkan fikiran MJ. Tejaa nak bg masa untuk MJ tenangkan diri, kemudian baru Tejaa akan kembali ceriakan MJ macam selalu. Kalau selalunye MJ yang pujuk Tejaa (walaupun bukan dengan kata2 indah dan pujuk rayu), kali ni, Tejaa silap, dan biar Tejaa yg pujuk MJ. Tejaa mintak maaf ok..?

Kepala Tejaa ni x ilang lg saket. Dah makan PCM 2 bijik pon tak ilang lagi. Nak tido lagi la saket kepala. Adess..Ade tak ubat sakit kepala yg cepat dan mujarab..?


Sunday, April 15, 2012

Fed The Strays..

Assalamualaikum wbt..

Seminggu Tejaa menyepi sebab balik holiday kt Terengganu. Cuti seminggu memang excited la, maklom la dah lame tak spend time ngn fameli..Bezz bile dapat rase 2 sume, jalan2 n fameli..hehe..

Jejak je kaki kt rmah, Tejaa macam biase la, mesti beri perhatian pada si gemok kesayangan Tejaa 2. Mandikan, cek kutu ade ke x, cek sehat ke x, cukup makan ke x, bile da wangi2 baru bole pelok dengan selesa..Hehe...

Bila dah 2 hari Tejaa kat rumah, baru Tejaa sedar yang bilangan kucing terbiar kat area umah Tejaa semakin bertambah. Semuanya gara2 si gemuk Tejaa yang duk menghasilkan zuriat merata2..Uhh...nak kasi pon taw2 la, kt terengganu susah betol nak cari klinik haiwan..Sabo jele.

Jadi, Tejaa ambil keputusan untuk menambahkan pahala fardhu kifayah dengan memberi makan kepada kucing2 terbiar ni, ataw name lainnye stray cats. Tejaa ke supermarket, terus menyambar satu pack besar WHISKAS TUNA untuk si gemok dan juga strays kt umah..Hehe...Balik je umah, Tejaa duk memikirkan cemane nak jemput stray cats yg memang liar dan takut orang ni supaya datang makan kt umah Tejaa ni.
pic courtesy from pakcik Google

Maka, Tejaa pun isi satu bekas penuh dengan WHISKAS, Tejaa tinggalkan kt tangga belakang umah, lalu Tejaa menyorok di balik pintu. Tak lame lepas 2, dorang datang dengan penuh berhati2 nak makan, and finally, dorang makann!!!Hahaa

Punya la seronok Tejaa waktu 2, terus snap gamba sekeping..Hehe


Yang menghairankan Tejaa, kucing kalau makan, selalu bising, gado2, tapi kali ni, dorang siap beratur tunggu turn memasing. Haha...Comel sangat. Kucing pertama ialah si ibu beranak tiga. Baru je seminggu melahirkan anak. 2 yang tengah syok makan 2 la die (dalam gambar). Kucing kedua, yang kaler coklat 2, tak taw dari keturunan mane, dulu mase die kecik2 Tejaa perasan die selalu maen sekor2 kat garaj kereta ayah, bile nak amek, kelam kabut die lari. Dah anak dara dah die sekarang eh..Kucing Tejaa pulak dikurung dalam umah, sebab kalo dilepaskan, die suke ngacau kucing2 laen tengah makan. Dengki. Noty betol dak sorang ni. Lepas peristiwa Tejaa bagi makan, tiap2 hari kucing2 2 dok tunggu kt tangga belakang umah tunggu makanan. 

Tejaa happy tiap2 waktu tengahari, Tejaa akan bagi dorang makan. Ayah memang marah Tejaa bagi makan camtu. Sebab banyak kucing kan, kot tak terberi makan, nanti dorang mengharapkan makanan kita hari2 plak. Tapi Tejaa tak peduli. Tejaa kesian kan kucing2 tu. 

Hari ni, Tejaa dok teringat, sape la yang bagi makan stray cats tu. Harap2 dorang berjaya mencari makanan. Kalau yg si ibu 2 pandai, die suke panjat tingkap umah, pas2 makan makanan yang si gemok Tejaa tak habis makan. Taw2 je bekas kosong. Dulu, Tejaa ingatkan Si gemok yg makan habis. Cehh, upenye kantoi si ibu yang curik..Hehe...


p/s: Kalau kita buat baik kt Haiwan, Haiwan tu akan doakan kesejahteraan kita. Sejahat manapun haiwan tu, Ingat, dorang masuk syurga jugak. Sejahat mane manusia, kalau tak taubat, masuk NERAKA...So, Stop Animal Abuse!!!

Friday, April 6, 2012

Petua Sihat dan Awet Muda

Assalamualaikum wbt..

Kalo korang tengok tajuk tu kemain lagi kan? Tejaa nak share petua 2 bajet dah awet muda sangat. Tehee..Tapi, seriously, petua ni memang bagus untuk jaga kesihatan, Bila badan dh sihat, kira badan kita awet muda la kan sebab x suffer dari sebarang penyakit.

Tejaa ada amalkan sendiri petua2 ni. Dan kebanyakannya daripada Mak Tejaa sendiri. Sebab dulu, Tejaa selalu tertanya2 Mak Tejaa umur dah 50 an, anak 5, tapi still slim, dan still sihat membanting tulang berkebun dengan ayah. Akhirnya mak kongsikan petua. Hasil pengamalan petua2 ni, Tejaa tak selalu sakit macam dulu2. Sekarang, Alhamdulillah, memang ketahanan badan jadi tinggi.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan ni adalah melalui pemakanan. Ada orang makan untuk hidup, dan ada orang pulak hidup untuk makan. Tejaa...? Both pon boleyh..Teeehee..

Petua pertama yang Tejaa nak kongsi ialah AIR...


Macam korang tahu, 70% daripada badan kita terdiri daripada air kan..?
Mak Tejaa ceritakan pada Tejaa, masa zaman anak dara, mak tinggal dengan nenek mak Tejaa, maknenye kat sini, moyang Tejaa la. Mak cakap, Moyang hanya bagi minum tujuh teguk air setiap 1-2 jam. Maksudnya kalau sehari adalah lebih kurang 84-168 teguk satu hari. Katanya, untuk mengelakkan perut buncit, terutamanya untuk perempuan lepas bersalin. Jadi, Tejaa yang curious gila ni buat la satu eksperimen. Alat yang digunakan hanyalah botol air bersukat, dan dipenuhi air. Jadi, Tejaa teguk air tu 7X dan Tejaa tengok skala bagi tujuh teguk tu ialah lebih kurang 200ml. Jadi, kalau Tejaa minum setiap 2 jam, bermakna 1 hari, Tejaa akan minum 12 kali. 12 X 200ml = 2400ml atau bersamaan 2.4 Liter. Korang tahu kan yang manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2 Liter air sehari?
Haaa...Ceritanya kat sini, petua yang moyang Tejaa bagi tu memang terbukti secara saintifik untuk mengelakkan kita daripada dehydration sebab air amat diperlukan oleh badan untuk aktiviti metabolisma ok?

Petua kedua pun masih tentang air. Mak Tejaa selalu pesan, jangan makan berselang dengan air dan jangan minum air selepas makan. Kalau tengok orang zaman sekarang, kalau makan, mesti ade air segela/sebotol. Kalau tak standby air, tercekik katanya. Tejaa selalu perhatikan Mak memang tak standby air time makan. Teeehee..tak tercekik ke..? Jadi petuanya, minumlah air secukupnya sebelum makan, dan jangan makan berselang dengan minum. Nanti perut cepat boroi. Dan, minumlah air sekurang2nya 1 jam selepas makan. Mak Tejaa minum 2 jam selepas makan taw. Hehe. Tapi Tejaa kurangkan sikit, sebab biasanya 1 jam selepas makan, pencernaan tengah aktif. Tapi 2 jam lagi elok sebab mase 2, perut dah hampir nk clear dengan makanan lepas proses pencernaan.

Petua ketiga pun masih tentang air. Kan Tejaa cakap? Air ni penting. Jangan mandi selepas makan, nanti perut boroi. Trust me. bukan sebab air masuk dalam perut, tapi bila kita mandi, suhu badan akan turun sedikit dan sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada efiiciency pencernaan kat dalam perut 2. 

Petua keempat..?Air lagiii....
Jangan minum ais. Bukan kurangkan, tapi JANGAN!!! terutamanya ketika sedang makan atau selepas makan. So, bagi peminat tegar AIS tu, selow2 la berhenti jadi heavy ice drinker..Teeehee..Tejaa dah lame tak jumpa ais, sebabkan amalkan petua mak la ni suh minum air suam je. Hehe..
Nak tau kenapa jangan minum ais...? Kalau sapa2 yang belajar biologi mase sekolah dulu mesti masih ingat yang kat dalam perut kita ni banyak enzyme yang bertindak dalam proses penghadaman/pencernaan. Dan enzyme2 kat dalam perut ni aktif pada suhu optimumnya iaitu suhu badan. Cuba bayangkan korang minum ais, dan air sejuk dalam perut tu telah menurunkan suhu environment kt dalam perut, menyebabkan enzyme2 ni tak efficient. Jadi, korang punye pencernaan, penghadaman dah terganggu. Dan cuba korang bayangkan kalau time 2, pencernaan lemak kepada asid lemak berlaku, dan korang mnum ais, lemak2 2 akan menyejuk dan mendap kt perut korang 2. Sebab 2 orang cakap, kalau minum ais, perut boroi...

Kalau nak nampak lagi proses die, cuba korang cairkan mentega dalam kuali. Lepas tu sejukkan. Then, bila dah sejuk, curah air sejuk/ais kt mentega 2, dia akan mengeras dan mendap. Macam tu la yang jadi kt dalam perut korang semua. Teehhee...Ok. pasni kurangkan minum ais ok?

Petua ke 5 tak berkaitan dengan ais. Tapi berkaitan dengan Serat.Mak cakap, petua nak ramping ialah PISANG. Kalau orang tua2 selalu elak makan pisang banyak2 sebab angin, takpun sakit otot, lagi2 mana2 lelaki yang suffer HERNIA/bahasa kampungnya ANGIN PASANG/bahasa terengganu ULURAN. Tapi, pisang ni sangat bagus untuk pencernaan dan bagus untuk sumber tenaga. Kalau korang perasan, atlet2 profesional selalu makan pisang time2 tournament, terutamanya atlet Tenis macam Rafael Nadal. Dorang makan pisang bila game break, sebab Pisang banyak sumber mineral yang penting semasa otot bekerja. Pisang jugak kaya dengan serat kan..?

Apa pentingnya serat ni...?Pisang je ke ada serat..?Sebenarnya, banyak buah2 dan sayur2 yang kaya dengan serat, tapi pisang ni serat dia memang tinggi dan membantu proses pencernaan. Kepada sesiapa yang mengalami masalah pencernaan, memang berita buruk untuk anda. Secara normalnya, korang sepatutnya buang air besar 1-2 kali sehari. Kalau lebih 2 kali, better pergi klinik, sebab korang mungkin mengalami ceri berri/cirit-birit/diarrhea. Kalu korang buang air besar 2 hari sekali, atau seminggu sekali, Meh baca ni sebab Tejaa nak cerita apa yang berlaku kepada anda.


Korang tahu tak, najis yang ade dalam usus besar kita tu adalah waste products daripada badan kita. Jadi kalau dah namanya bahan buangan, banyak la benda2 yang tak elok kt dalam 2 kan..?Apabila najis stay lama kt dalam usus, ia akan menyebabkan iritasi kepada usus anda, dan bila ada bacteria/virus/protozoa whateva, jangkitan akan berlaku, korang mungkin akan kena ulser usus. Pengumpulan najis ni pun boleh jadi toksin kepada badan. Toksin dalam badan menyebabkan bau nafas busuk, lepas 2 kalau biar lame lagi akan effect korang punya buah pinggang. So, sape2 yang nafas berbau 2, korang kene cek la die nye percernaan dan PENYAHTINJAAN tu ok ke x..Teehee...Korang tahu tak, toksin dalam badan tu jugak boleh sebabkan ulser dalam mulut. So, sape2 salu kene ulser mulut/ orang panggil MATA IKAN, cuba cek balik kekerapan korang menyahtinja.

Ok, kalau pencernaan dan penyahtinjaan tak bermasalah, perut rasa lega, sihat, dan ramping gituhh...

Last but not least, Bersenamlah untuk sihat dan awet muda. Korang mungkin fikir bersenam 2, senam robik, yoga, mahupun joging. Tapi, Mak Tejaa cakap, senaman terbaek untuk sihat dan awet muda ialah berkebun. Korang tahu kenapa..?Bila kita berkebun, seluruh otot2 badan kita digunakan, tangan, tengkuk, pinggang, paha, kaki, dan banyak lagi. Bukan setakat sehat, tapi dapat hasil lg..Mane taw dh tua2 nanti jadi petani berjaya..Teheee...Berkebun bunga pun ok. Macam Mak Tejaa suka tanam pokok bunga. Tak percaya....?Mari kita tengok.

Bila kita angkat pasu bunga, mesti dari kedudukan mencangkung kepada berdiri, kemudian duduk balik. mencangkung kepada berdiri, otot pinggang kebawah digunakan di situ.
Bila angkat pasu, otot pinggang ke atas digunakan di situ. Bila pusing kepala, nk potong2 ranting ke, mendongak dan sebagainya, otot leher ke atas digunakan, dan bila berjalan, otot kaki digunakan. Paling bez, bila korang hayun cangkul, seluruh otot badan digunakan. Sebab 2 di umur 54 ahun, ayah Tejaa ade 6 pack..Woahhh...

Dan, never trust barang2 kesihatan, kosmetik dan sebagainya. Back to natural. Kalau manjakani dalam tin...? Propa sahaja. Back to the basics. Manjakani terbaik adalah manjakani fresh, korang asah, airnya korang minum, dan pahitnya melekat kt lidah sampai esok, dan Manjakani adalah salah satu ubat demam ok...?(mak selalu bg mase Tejaa kecik, dan tak hantar klinik pon)Teeehee..Kat rumah Tejaa berlambak manjakani, sape nak Tejaa jual....Hohoho...Tongkat ali dalam tin..> Propa jugak, amalkan makan ulam je cukup. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Kedai makan sekarang, nasik berlauk memang ada ulam. Kalau mak Tejaa, kutip tepi2 rumah je. 

Ok...Banyak sangat eksplenesen Tejaa. Apa-apa pun Tejaa bukan propa kt korang je, ini betul dan Tejaa pun amalkan sendiri. Memang banyak perubahan. Kene gigih dan istiqamah ok..?Teeehee...Nak sihat, nak cantik, bukan senang ok...Kena banyak berkorban. Ingat, makan untuk sihat. bukan sekadar untuk hidup je. Kalau hidup tapi sakit je, tak bezz jugak. Allah kan suka hambanya yang suka berikhtiar dan tak putus asa..

Ok, Jumpa lagi next tyme..Cup2 sayang korang...:)






Thursday, April 5, 2012

Kaki Kuda oohhh Kaki kuda

Assalamualaikum wbt..


Mesti korang terfikir kenapa Tejaa taruk gamba ni lam entry kali ni kan..?dan korang pon terfikir gamba apela ni kan...?

Ni radiographic image tapak kaki kuda. Ceritanya, ini adalah assignment Tejaa yang kene submit esok, yang dapat semalam je. Sebab gamba ni la Tejaa duk bertapa kat library mengadap reference books yang masing2 tebal 2 3 inci. Sabo jele..

Susah betul nak rule out diagnosis melalui findings dalam film ni. Almaklomla, Tejaa punye ilmu dalam dunia Diagnostic Imaging pun ciput2 je lagi. Kata orang baru tengah merangkak je. Jadi, terpaksalah gamble je walaupun dah berpandukan rujukan yang sah lagi benar. 

Korang rase, ape yang tak kena dengan image lam film ni ya...?

Kalau Tejaa pun ilmu ciput2, apatah lagi yang takde dalam dunia vet ni kan...?Tapi tak mustahil jugak kot ade sesape yang terer secara semulajadi..Hehe..

Well, Tejaa punya diagnosis bagi gambar di atas ialah fracture dekat middle of pedal bone (distal phalanx). Kalau korang semua perasan ada satu clear line panjang dr part atas distal phalanx 2, sampai la bwah distal phalanx atau dalam bahasa canggihnya: From Proximal part of distal phalanx to the distal part of distal phalanx. Cam yang Tejaa dah bulatkan dengan kaler merah kat dalam gambar ni. Kalau korang nampak, maknanya, xrabun la Tejaa ni.Teeehee...


Ni la name fracture tu ----->Type III Fracture which is articular mid sagittal fracture at the distal phalanx.
Waahhh..Name kemain lagi berbelit2 lidah nak sebut.
Ni suppose to be normal image untuk equine hoof. Ada beza kan...?

Ape2 pun, Semoga diagnosis yang Tejaa buat tu betol la kan...?Sebab probability untuk salah 2 still ader...teehee...

Habis siap sume assignment, Baru lega untuk bercuti di KAMPONGG...OYEAHHH....

pic courtesy from pakcik Google..

Result Exam...huhuhu....

Assalamualaikum wbt..

2 3 hari ni, Tejaa bizi sikit, dan tak sempat sangat nak update cerita terbaru walaupun banyak perkara bez dan tak bez yang berlaku. 
Minngu ni, Tejaa memang stress la kan, last 2 weeks stress sebab exam, diz week stress sebab result kuar pulak.

Overall result bagi Tejaa, ok la not bad, cuma Tejaa frust sebab subjek yang Tejaa suka gila, iaitu Pathologi, Tejaa hanya dapat B sahaja. Tejaa frust sebab Tejaa punya la gila2 study case yang common kan..Tapi 2 la, maybe Tejaa punya explanation 2 belum cukup lagi untuk Tejaa score A, yang peliknya, subjek yang Tejaa agak Tejaa dapat rendah tu la yang Tejaa score..Hampeh betul, sebab tyme jawab memang tak yakin gile. 

Apa2 pun, ni baru first test, walaupun carry mark just 20%, tapi sedikit sebanyak akan effect final result nanti. Kesimpulan dari result Test 1, Tejaa kena usaha lebih lagi untuk dapat excellent mark. Tejaa dah dapat tune untuk study, wat research work, wat case study..Semakin bersemangat selepas subjek surgery Tejaa dapat score kan..Haha..

Apa2 pun, Tejaa tetap bersyukur sebab takde subjek yang fail memandangkan ramai jugak classmates yang fail. Bukan senang nak cover up semua benda dalam satu masa, tambah pulak sem ni ambik 7 subjek. Redha jela.

Minggu ni jugak, ada lambakan assignment yang perlu dihantar esok, Tapi sukacita dimaklumkan bahawa, Tejaa dah berjaya finish kan sebab assignments ni perlu dihantar hardcopy and handwrited. Haha..Sebab lecturer taknak student copy and paste dari internet. Bagus jugak sebenarnya, sebab ape yang kita tulis tu la selalu senang nak ingat.

Dan sekarang, Tejaa dah tetapkan bahawa, killer subject untuk Tejaa semester ini adalah Parasitology Veterinar II, dan Veterinary Clinical Pathology. Sebabnye dua2 subjek ni Tejaa dapat 'atas2 tong' je sebab memerlukan kemahiran diasnosis dan interpretation yang tinggi dan sekarang, Tejaa masih tengah asah skill tu.

Doakan Tejaa berjaya tuk semuanya ok...This sem should be my benchmark for me to struggle up for the next clinical year..Woah...Cup2..sayang korang...:)

Sunday, April 1, 2012

Kunci Ketenangan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, Tejaa nak kongsikan kepada semua beberapa kunci meraih ketenangan jiwa. Sumber adalah dari buku MENCARI KETENANGAN JIWA (must read) karya K.H. ABDULLAH GYMNASTIAR.

Kunci utama dalam mencari ketenangan jiwa ialah:

Mengenal ALLAH SWT

Akhlak

Keluarga

Pengurusan Diri

Penyakit

OK, ini adalah kunci2nya, apakata kita lihat apa pula isinya:
Mengenal Allah SWT. 
Secara kasar, boleh Tejaa rumuskan seperti di bawah:

"Dengan kekuatan Iman, seorang yang pengecut boleh berubah menjadi seorang yang berani. Seorang yang pemalas boleh berubah menjadi bersemangat. Sehingga sesiapapun yang menginginkan perubahan positif yang cepat dalam diri, kuncinya adalah membangun keyakinan yang kuat kepada Allah SWT."

Semuanya dapat diraih dengan menjadikan Makrifatullah sebagai landasan hidup, Rasulullah SAW sebagai ikutan/idola, Sentiasa memohon dan berusaha meraih hidayah daripada Allah SWT, Memperbanyakkan zikir munajat sebagai kunci ketenangan hati, Taubat Nasuha sebagai pelaburan mencari ketenteraman dalam hidup, dan zikrullah maut, iaitu sentiasa mengingati MATI.

Akhlak

Akhlak yang mulia merupakan salah satu kunci untuk meraih ketenangan jiwa. Hati merupakan aset berharga setiap manusia. Hati yang kotor akan mempamerkan akhlak yang buruk, dan hati yang bersih akan mencerminkan akhlak yang baik serta terpuji. Sentiasa ikhlas dalam berurusan dalam kehidupan seharian tidak kiralah urusan kita dengan Allah, mahupun urusan sesama manusia. Hidup akan lebih bahagia jika kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Semoga kita dijauhkan dari Kufur Nikmat, iaitu yang selalu membanggakan dengan sedikit nikmat kesenangan yang Allah limpahkan. Nauzubillah... Sabar. Menjadi insan penyabar merupakan satu perkara yang cukup sukar bagi sesetengah individu, namun, Allah sendiri telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 153: "Dan jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu." Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang memudaratkan iman juga salah satu kunci mencari ketenangan dalam jiwa. Mengelakkan mata daripada memandang aurat sebagai salah satu contohnya kerana memandang aurat boleh menggugat keimanan individu. Melatih pola hidup bersih, kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ketaatan juga harus ditumpukan samaada kepada Allah swt, ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat. Sentiasa amanah dan taat dalam melaksanakan tanggungjawab. Dan akhir sekali ialah menghadapi ujian dengan penuh ketabahan dan sentiasa ingat bahawa Barangsiapa yang diuji hebat oleh Allah, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Keluarga
Iman tidak dapat diwarisi. Didiklah diri untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan titik tolak setiap permulaan dalam mencari ketenangan merupakan latarbelakang keluarga. Keluarga yang aman dan bahagia ialah keluarga yang menitikberatkan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan juga tanggungjawab terhadap ahli dalam institusi kekeluargaan, tidak kiralah ibu bapa mahupun anak2. Membangun pendidikan dalam keluarga, peranan individu dalam sesebuah keluarga, sikap hormat terhadap orang tua, sikap lemah lembut suami isteri, dan bersama-sama menyelesaikan konflik keluarga merupakan kunci dalam meraih ketenangan jiwa.

Pengurusan Diri
Ianya lebih kepada memperbaiki kelemahan diri sendiri yang menjadi batu penghalang untuk meraih ketenangan. Cerminlah kesilapan, kelemahan, serta kekurangan diri, dan optimumkan daya ubah untuk menjadi insan yang terbaik untuk kepentingan agama, keluarga, dan juga masyarakat. Usah mengenang nasib diri, tetapi bermulalah dari sekarang untuk melakukan sebuah anjakan paradigma!

Penyakit 
Penyakit merupakan salah satu punca hilangnya ketenangan dalam jiwa. Penyakit fizikal yang diturunkan oleh Allah tidak perlu menjadi batu penghalang untuk mencari ketenteraman dalam hidup. Pupuklah hati untuk menyedari setiap hikmah yang tersembunyi di sebalik kepayahan dan kesusahan kerana peyakit hati merupakan satu penyakit yang sukar untuk diubati.
Antara enyakit-penyakit hati ialah, RIAK, DENGKI, PANAS BARAN, DENDAM, dan SOMBONG.

Ok, penerangan di atas mungkin Tejaa rasa belum cukup untuk menjelaskan peranan setiap kunci-kunci ini untuk menenang dan mententeramkan hati kita. Kalu mahukan lebih pendekatan dan penjelasan, boleh dapatkan buku ni di kedai2 buku. Tejaa beli kt MPH BOOKSTORE, Harga dia tak mahal, cuma RM18 je. Tejaa suka buku ni, sebab kupasan dia menarik, ayat pun senang faham, dan semua kunci2 yang dinyatakan memang benar dan praktikal. Tejaa penah rasa ketenangan jiwa hilang sebab kelima-lima kunci ni Tejaa abaikan. 

Hingga berjumpa lagi di lain entry. Tejaa sayang semua..Cup3..


Moral of the story: Ketenangan tak boleh di raih hanya dengan membaiki hubungan kita dengan Allah, tapi baiki juga hubungan kita sesama manusia.