About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, April 2, 2016

Susah Tak Nak Jadi Doktor Haiwan - Special edition

Assalamualaikum wbt adik2 semua ( bajet kakak2 kejap wlp umo dah standard makcik2)

Hari ni, tejaa nk bg special edition volume utk siri Susah Tak Nak jadi Doktor Haiwan. Ekcelli, special edition ni Tejaa nak buat adik2 semua rasa inspired utk jadi Vet. Sebab pe taw, ramai sgt yg komen kt entry yg dulu, takut sangat nk amik Vet ni.. takut tersungkur di tengah jalan katenye...

Ok lah, stret to the point keh. Jangan takut untuk mencuba. Bukan senang nak senang taw, dan nk susah pun tak susah, sekelip mata boleh jadi susah kalau tak overcome susah tu..haa...berbelit falsampah tejaa arini..kih3.. okeh, untuk pengetahuan semua, tejaa ni sebenarnya mengambil masa 7 tahun untuk menghabiskan pengajian tejaa instead of 5 tahun.

Kenapa jadi gitewww kak tejaa? Awat2? Malas ka? Tak cukup duit ka? Apa ka? Kalau ada sesiapa yang follow blog tejaa dari awal, orang tu akan tahu, penderitaan tejaa mengalami penyakit misteri. Wowwww..jeng3...serrraammm nieeehhh.. tejaa sebenarnye melalui series of gangguan syaitonirrojim selama beberapa tahun. Berubat dan terus berubat sehingga lah semuanya berakhir pada tahun 2014. Kesakitan, kesukaran yang tejaa lalui selama bertahun2 teramat2 lah mengganggu tumpuan tejaa pada pelajaran.

Pada tahun 2012, tejaa mengalami depression yg amat mendalam kerana tekanan dari orang sekeliling, termasuk kawan2 dan juga pensyarah. Tejaa sebenarnya tak nak ingat mende ni, tapi bila di ingat balik, tejaa x sangka berjaya lalui dugaan ni. Siapa tak depress kan bila kawan2 sekeliling asyik bertanya ko sakit apa, ko bila nak habis belajar, ko itu, ko ini, then lecturer pulak push..push and pushhhh..sehinggalah tejaa ambik keputusan utk tangguh belajar dan berubat. Akhirnya tejaa dah tak sewel macam dulu..

Bila tejaa dah sambug belajar balik, tejaa join kelas junior..memang malu join junior, tapi, tejaa berjaya overcome, tejaa make friends, sentiasa pujuk diri utk berfikiran positif, buang jauh2 perasaan malu,dan dalam masa yg sama struggle utk sambung berubat, sebab kadang2 syaitonirrojim kadang2 ada lagi datang mengacau..tapi masa ni tejaa betul2 bersyukur ya amat sebab dapat rumet yg sangat caring. Sentiasa tabur tejaa dengan aura2 yg positif sampai la tejaa selamat menjejakkan kaki di pentas graduasi.

So, secara ringkasnya di sini, tejaa nak tekankan bahawa, dugaan ni, walau besar mana pun yang datang membadai, kalau kita usaha, usaha, dan terus usaha, serta kita percaya ke0ada diri kita sendiri, kita mampu. Tidak ada istilah tak boleh selagi belum mencuba. Cuba korang bayangkan, kesukaran yang tejaa lalui, meneruskan pembelajaran dalam tekanan, dalam kesakitan serta keperitan, dan akhirnya tejaa berjaya melepasi halangan tu. Sebab Allah meletakkan bebanan tu utk tejaa, sebab Allah tahu, tejaa boleh pikul. Cuma memerlukan kepercayaan yang teguh. Itu sahaja.

Jadi, adik2 sahabat2 yang kuat, yang berjiwa besar, yang bercita2 tinggi semuanya, pasti boleh biat. Percayalah..

Tunjukkan pada dunia, tiada apa yang boleh menghalang bila kita sudah mara. Yang datang melintang kita lompat, yang datang membujur kita elak, yang datang melayang kita sambut.

Dan sekiranya suatu masa anda jatuh tersungkur seperti tejaa, jangan mengeluh, terus bangkit. Walau tak mampu berlari, mulakan dengan langkah kecil. Kerana nilai sebuah kejayaan itu tidak tidak terletak pada cepat atau lambat, tapi pada hasilnya.

Cita2 nak jadi Doktor Haiwan tapi result SPM tak berapa bagus? Jangan mengalah...go go go, STPM ada..teruskan usaha!! Prof Abdul Rahman Omar, seorang immunologist, one of my lecturer kata result SRP nya banyak Cakar Ayam, tapi kerana tidak kenal putus asa, harini hasilnya, die seorang yang cemerlang..

Tiada alasan utk mengalah...jyeaahhh..woaahhh..chia..chia..chiaaaaa...

Thursday, March 24, 2016

The Shore Skytower, Melaka

Assalamualaikum wbt..

Benda ni dh lebih kurang 2 minggu pon, tapi baru hari ni tejaa berkesempatan nk share.
The Shore Skytower Melaka kian famous sekarang. Ala yang bangunan tinggi2 jalan atas cermin boleh tengok bawah ala2 jambatan cermin kt China tu..

Nak dijadikan cerita, Tejaa jarang sgt ada masa berkualiti untuk diluangkan bsama suami dan si kecil ADAM, sebab tuntutan karier tejaa yang bekerja 6 hari seminggu. So, ahad beberapa minggu lepas, mr hubby ajak tejaa berjalan2 di the shore. Nak naik skytower katenye.

Tejaa pon setuju la, sebab nak jugak rasa. Asyik tengok orang hapdet gambar kt fb cam gempak gile je kan??? 

Best ke sane? Bagi tejaa syok la jugak law bawak anak2 @ family jarang2 sekali kan, walaupun bayaran tetap dikenakan utk setiap tempat yang kite pergi. Antaranya Ocenarium. Ala, die ala2 Aquaria KLCC tu ha. Tapi tejaa tak masuk ni, sebab mr hubby tak nak masuk, katenye macam mahal ckit byaran nye..hadoii..

So, tejaa hanya naik skytower je. Ketinggian skytower ni law x silap 42 tingkat. Sebabnye, lif hanya sampai tingkat 41, lepas tu kene panjat tangga kaca transparent tu. Jadi, korang jangan la pakai kain, kot nanti orang kt bawah teropong, dahh viral..haha..tejaa xpe pakai seluar belah dalam..kih3..

Untuk orang amat gayat mcm tejaa ni, mmg adventure la naik tangga n titi cermin 2, sampai ketar2 lutut, tapi utk orang yg dh biasa dgn ketinggian, mungkin rasa mcm, elehhh, tak layakk..tak layakkk..

Tapi tejaa frust 1 je dgn skytower ni, kt platform cermin paling atas 2, korang tak dibenarkan amik gambar guna kamera sendiri taw. Dorang ad dorang punye photographer. So, tejaa suspect, kalau nak, korang kene beli gambar 2..

Tapi yg bestnye, tejaa sempat terrrrr selfie lak kt platform 2 kan sebab mase 2 staf2 dorang x perasan kami taw, lepas berpuluh keping gambar terlepas, baru dorang perasan. So tejaa adalah antara org yg bertuah la dpt free photo kt c2..kuang2..lol..

Tejaa bagi 3 bintang je la daripada 5 untuk tempat ni, sbb rasanya mugkin tejaa jenis yg adventure gitew.chewahhh phuii tuiii..hahahahaha

Ok lah, jom tejaa hidang gambar ckit..nk poyo2 pon x boleh..ok baiii..


Titi ni la yg tejaa duk gayat tah papo 2..haha

Anak mana anak?? Hehe, masa ni ada org tolong dokong
Adam kejap pasal takut adam nangis..heee

Haha..sebanaqqnya ketaqq lutut ni bak hanggg..

Ni gambar yg diambil dr luar ocenarium. Kt luar 2 ad replika tulang ikan paus law x silap.

Wednesday, March 23, 2016

Echocardiography

Assalamualaikum wbt..

Untuk pengetahuan semua, Tejaa sekarang tengah looking forward untuk mengasah kepakaran dalam bidang Cardiorespiratory, jadi salah satu cabang dalambidang ini adalah kemahiran untuk conduct echocardiography. 

Sebenarnya dh hampir 3 bulan Tejaa join class&workshop ni. Mahal jugak lah byaran utk 5 session, rm2500, maksudnya rm500 per session. Tapi xpelah,ilmu tu memang tak ternai bandingannye..kate orang nk dapat ilmu tu mahal..patut la consult dengan specialist minimum charge pn rm50, tengoklah kos utk pembelajaran die..wuuu..wuuu..

Alhamdulillah, tinggal lagi 1 practical class tejaa nk complete, dan lpeas ni, akan sambung lagi InsyaAllah..

Mungkin ada yang tak tahu, echocardiography tu ape..senang cite dalam lame man term nye, scan jantung laa, untuk mengetahui abnormality pada jantung seseekor haiwan tersebut. Mencabar sebenarnye echorcardiography dalam haiwan ni, sebab nk scan lagi, nk pasyikan haiwan tu duduk diam lagi..
Ni la rupa mesin echocardiography nye..canggih manggih gitew..harga die rm200k..teehheee..baik bwli rumah..wuuwuu..

Fuhh..tapi insyaAllah, semoga tejaa dapat teruskan pembelajaran dalam bidang ni. Kata orang, belajar ni xde hentinya, selagi nyawa dikandung badan, makin bayak belajar, makin banyak rasa benda yang tak tahu..weee...

Dah3..baru habis kelas td, otak tepu..tidoq3..daaa.babaii..


Saturday, March 19, 2016

Menghadapi Orang Gila

Assalamualaikum wbt..

Selamat malam semua ye, lewat entry Tejaa masuk arini, pasal baru selesai tngok MLM 2016 ni ha..teehew.

Sebenarnya, hari ni hari yg agak memenatkan buat tejaa kt tempat keje, sebab banyak kes2 kritikal yg memerlukan lebih perhatian. Faham2 je la, bila jaga haiwan yg sakit, setiap pagi masuk keje, perkara pertama yg akan Tejaa buat adalah cek haiwan tu masih bernyawa ke x, law bernyawa lega 1 hari mak nak..

Jujur lah tejaa katakan, tejaa tak kisah sgt pn deal dgn haiwan, sebab dh terbiasa dgn cakaran gigitan dan sebagainya. Tapi, bila bercakaran dengan tuan haiwan tersebut yg buatkan tejaa geram, terutamanya jenis yg disrespectful. Dan tejaa paling pantang org hanya hormat seseorg yg lain kerana pangkat @ kepentingan.

Contohnya, perkara sebegini dh 2 kali berlaku pada tejaa. Pertama masa tejaa baru je lepas balik kerja habis pantang hari tu, dan 1 lagi, terjadi petang ni saja. Dipendekkan cerita, tejaa kalau time keje, mmg messy, sbb tejaa mmg tiada pembantu, so, drpd kerja bersihkan najis kucing, bersihkan kucing, bersihkan sangkar kucing, bg mkn ubat kucing, rawatan dan sebagainya, tejaa lakukan sendiri. So, korang bayangkan la betapa comot nya tejaa.

Jadi, setiap kali ad customer yg datang, ramai yg salah anggap tejaa adalah pembantu klinik @ general worker. Ada yg panggil 'adik', 'kakak', 'amoi' dsb. Ada yg panggil dgn baik dan sopan, tejaa ok je, tejaa x kisah pn, sbb dorang x taw kan.. tapi bila ada yg kurang ajar, cakap kasar, maki2, perli2, suka mengarah2 tejaa dgn anggapan tejaa ni hanya staf biasa, tejaa tak boleh terima. Even kalau ada yg buat perkara yg sama kpd staf sokongan klinik pn tejaa tersangattttlah tidak suka. Lepas tu, bila dapat tahu tejaa doktor, terus ubah intonasi, nada suara bercakap, terus jd polite. Apehall??

Orang yg seperti ini, jujur tejaa bagitahu, tejaa tak perlukan pn dorang untuk jd tetamu klinik kami. Bos tejaa pn kalau boleh nk jentik keluar cepat2 org mcm ni. Suka2 hati pijak2 org. Mentang2 x berpangkat boleh hina sesuka hati. 

Maaf cakap,tejaa geram sgt harini, tapi tejaa sedikit racist ni, kebanyakan yg buat macam ni, adalah client yg terdiri dr kaum cina ditekankan lagi, yg english education. Dan yg ada nama mat saleh kt depan. Kenapa nak berlagak..? Even Indian people pn x pernah lagi ada yg buat mcm 2 kt tejaa. Serius ckap. Biarlah org nk kata tejaa racist, tapi itulah hakikatnya..

The pure chinese, the true chinese, chinese yg sedar diri mereka berbangsa cina, x kan buat macam ni. Tejaa kenal ramai chinese..raaaamai..tp jenis yg berlagak mat saleh lupa asal usul selalu kurang hajjjarr taw..sama jgk mcm org melayu lupa diri pn berlambak yg perangai disrespectful.

Okey, moral of the stories kt sini, tejaa nak tekankan, walau betapa tinggi pn pangkal uols, please la down to earth, tak payah nak menongkat langit sangat. Dan janganlah pandang org bawah tu jijik. Hormat 2 x mengira pangkat. Hormat semua orang, hormat lah sahabat2 sokongan yg bekerja dalam klinik, baik doktor, baik clerk, baik general worker dsb. 
Last but not least, jangan lupa diri, ingat asal usul bangsa dan agama kita. Be proud of who u are.melayu ka, cina ka, india ka, baba nyonya ka, serani ka, bahasa mencerminkan bangsa..

Ok, penutup cerita, tejaa dh maafkan semua org yg selalu 'disrespectful' kt tejaa, especially time tejaa tngah pegang mop depan clinic. Dan tejaa sayangkan semua customer2 tejaa yg sangat menghormati tejaa wlpn tejaa pegang mop, magupun pegang stetoskop..

Sebelum tejaa berlalu, tejaa nk share satu quote dr mr president of singapore


Wednesday, March 9, 2016

Tips Kurus Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbt..

Topik ni berat sebenarnye kalau nak dibincangkan kt sini, tapi sebab keterujaan Tejaa dah berjaya capai berat badan asal masa sebelum preggy wat kan tejaa tergerak utk share.. bangga la tuh kunun2..

Tejaa mase preggy, nampak tak kegajahan nya disituuuu..
Sebenarnya, lama jugak nk turun..berat sebelum preggy tejaa 58kg, masa preggy, tejaa naik berat sampai 18kg kot..last berat sebelum bersalin smp 76kg.. pasal kuat melantak ikut nak sumbat kot lam mlut ni ha mse preggy.. sbb lepas bersalin nnti, jgn hrap dpt sentuh mknn sdap2 lg..tewheee...
Jadi bermula lah fasa struggle tejaa nk kembali ke berat asal..

Yang menjadikan proses penurunan berat badan makin terbatas lagi, bila si kecil Adam, diagnosed dengan G6PD deficiency lepas dilahirkan. Nak tahu pasal penyakit ni sila2 lah google yee..heee..
So, Adam benda2 tertentu yg Adam tak boleh makan, so for sure tejaa yg breastfeed ni pn x boleh makan benda Y Adam kene elak 2 kan..

Antaranya adalah jamu..
Oh maiii..

So, ceritanya selepas bersalin, tejaa x tjmvang on berat ngam2 lepas bersalin, hanya timbang berat masa 1 bulan usia Adam, sebab masa 2 pergi klinik utk vaccine Adam, means mase tu tejaa 1 month post partum gitewww.. jadinye 1 bulan post partum, berat tejaa mase tu 63kg, means tejaa dh trun 13kg. Sebenarnya surprise jgk, tp berjaya la capai target..lg 5kg paling degil nk trun wow..lepas 2 bulan post partum, tejaa hanya trun 2kg..lepas tu lagi 3kg trun selepas 6 bulan post partum..fuhhh. puncanya, sbb dh abis pntang 100 hari, dh start melantak mcm singa..heee

Ni gambar latest setelah kurus..aceewahhh..gitewww..
So, apa yg tejaa buat? Sepanjang proses berpantang, sesungguhnya amatlah menyeksakan, sebab mak tejaa tersangatlah tegas sepanjang 100 hari..smp skrg pn, mak masih bebel kalau tejaa mkn sembarangan..especially mknn yg boleh affect peranakan wanita nih..siyess..wlpn dh 6 months post partum ponnn..

First, tejaa berpantang 100 hari. Start dr hari pertama selepas bersalin, bermula proses menurunkanberat badan, tp dalam masa yg sama memasrikan badan cukup zat utk produce susu utk adam.. utk 2 mggu pertama, tejaa hanya mkn nasik dgn ikan dan sayur sahaja!!!ok? Sahaja..kuah2 pn x dibenarkan ambik bnyk..nasikpn kering lekat kt tekak..air minum pulak, suam sahaja!! Wlpn suhu bilik pn x boleh!!! Siap kene marah lg..
Lepas 2 hari2 sayur bkn sayur best2..sayur pahit2 2..antaranya, peria katak, pucuk mengkudu, pucuk lengkuas, pucuk ntah ape2 lg mak tejaa hidang semua yg pahit2 je..
Lengkuas dan halia muda mmg dijadikan ulam..
Manjakani dan kacip fatimah ibarat snack..
Dan yg paling dasyat, hempedu ikan haruan ibarat mkn cekelat..what??? Hempedu ikan haruan?? Ya kawan2..hempedu ikan haruan HARI HARI kne telan..
Satu lg petua die, tak payah bawak stroller time
Kuar jalan n anak, dokong je..Kevin Zahri cakap bakar banyak kalori..tehee

Then yang lain2, berurut sudah menjadi kemestian..semuanya 3 sesi..mmg syok berurut ni,betulkan semua urat2 yg dh putus2 bersimpul terbelit dsb.. berbengkung pn sama..ceritanya smp nk kencing berak pn susah lah..dan lg azab, barang2 yg ditampal dkat berut 2 mak sndiri yg prepare..panas x usah ckp la..rse mcm cair la semua lemak2 di perut tu hoiii..yg tejaa tahu drpd kandungan nya ragi dan ibu kunyit..lain2 x tahuuu..hahaha
Pastu..
Three..teheee .tak lawak..tak lawak..

Bertungku pulak satu kemestian..dan!! Bertungku sampai tungku sejuk..kerja bertungku je lah hari2..celik mata bertungku, depan tv bertungku, anak tido je bertungku, nk pejam mata pn bertungku..dan bertungku 2 bukan d perut je..seluruh bdan la kecuali kepala..smp pelub merecik2 tuh. 

Ape lagi eh yg tejaa buat...hee...
Ha ingat dah..dan ofkos lah mengamalkan herba2 ygmak prepare tuk tejaa..bukan jamu k, tp air rebusan akar akar kayu dsb..antaranya manjakani dan kacip fatimah, yg lain x kenal..mahapp..

Banyakkan minum air suam..kene baaaanyak..sbb air memainkan peranan pentig dlm metabolisma badan..dan yg lain2nya adalah seperti, makan buah..everyday..malammknbuah, makan ckit tp kerap..jgn melantak..hasilnya korang lihat nnti...

Sure..peningkatan berat badan selepas bersalin adalah satu perkara yg ckup merisaukan ibu2 taw..alhamdulillah atasSnasihat dan tunjuk ajar mak, tejaa berjaya lalui semua ni..bukan dr segi luaran shj yg di repair, dalaman juga..teheee..

Oklah. Penat dah bebel..nk sambung tngok bola..nnti vite lagi yer..lol. papaiii..

FAQ: the answers!!

Assalamualaikum wbt..

Tejaa ngah lepak2 kejap bru balik keje td, so, spent time kejap utk update entry baru ckit.

Actually nk update jwapan tuk beberapa FAQ yg Tejaa senaraikan dlm entry sbelum ni, feel free to surf and read yahh!!

Tapi Tejaa x nak jawab direct kt cni, memandangakn ad beberapa website yg dah tersedia jawapan utk soalan2 tertentu, korang semua boleh go n visit website melalui link yg tejaa selit kat bawah ni..


But, remember to keep in touch..sebab soalan2 lain ada yg tejaa belum jawab lagi..stay tuned k..

Papai iols..cup3..

Tuesday, March 8, 2016

FAQ (Frequently Asked Questions) tentang Veterinar

Assalamualaikum wbt..

Dah lame jugak Tejaa tak update entry kt sini. Al maklomla sekarang dah jadi ibu, masa terluang banyak dihabiskan utk my little family ni..especially my little caliph, Adam Harraz..

Anyway hari ni Tejaa nak senaraikan FAQ kt blog Tejaa tentang kerjaya veterinar ni melalui entry2 yg Tejaa penah post selama ni.. penat jugak la nk membalas satu2 n most of the times repeated questions..

So, there u go!!

1) Pelajar bukan aliran sains masih boleh apply utk jadi vet ke?

2) Pelajar lepasan SPM, apa next step utk melanjutkan pelajaran dlm bidang vet ni?

3) Apa minimum requirement ( spm result, pointer,muet dsb) utk melayakkan seseorang itu apply vet ni? 

4) Selain UPM, ada uni lain tak yg menawarkan kos ini?

5) Kalau nak jadi small animal vet@ others, kene belajar sume jenis haiwan ke?

6) Berapa tahun kos vet ni?

7) kalau dh ambik diploma, kne sambung ijazah 5 tahun jugak ke?

8)berapa gaji vet?

9) kak tejaa ad fb x, nak add?

Teheee..banyakkan? Tak terjawab bak hanggg..soalan last 2 paling epic sebenarnya..

Tapi Tejaa taknak jawab sekarang, tejaa akan jawab dlm next entry, stay tuned k, buat mase ni, nak jawab soalan last dlu .

Untuk saudara saudari, adik2 yg nk add fb tejaa, boleh add thru email radhioahead@gmail.com
Tapiiiii...please drop private msej sekeping bgtaw sbb tejaa tak kan approve unknown people..takut la nnti ad yg ckap tejaa sombong lak an an an...

Heee .oklah esok keje, tejaa nak go go and sleep sleep dlu..nnti nk dream dream sweet sweet gitew..

Papai uols..cup2.

Saturday, May 30, 2015

ComeBack_Mumy to be!!

Assalamualaikum wbt..

After so long Tejaa tak muncul dalam blog ni, finally Tejaa nak buat come back..tehee...diva sangatt..
Rasa mcm dalam lebih setengah taon jgk la x de up post kt blog kesayangan tejaa ni..banyak pulak yg mengomen dan menanya pasal nak jadi vet. Semoga adik2 Tejaa yg berminat tuk jd Vet tu berjaya capai cita2..insyaAllah...

Ok, pejam celik pejam celik, dh nk msuk 8 bulan Tejaa bergelar isteri, dan nk hampir setaon bergelar doktor. Meniti pengalaman baru sebagai isteri, dan dalam masa yg sama membina karier sbg doktor adalah suatu perkara yg menakjubkan..

Dan insyaAllah lg 2 bulan stengah, Tejaa bakal melalui 1 pengalaman baru sebagai seorang IBU..YAYYY..
Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah..si kecik yg kian aktif menendang perut ibunya..


Owhh3..
Lupa nk bagitaw, sekarang TEJAA dh x bertugas kt Jhan clinic kt Bangi lg, tapi disebabkan Tejaa nk jadi isteri solehah giteeww, Tejaa dh pollooo laki smpai melaka daaa..
Tejaa sekarang sebagai full time vet kt

KIM VETERINARY CLINICS & SURGERY
Our business card..ciaa..chiaa..


Antara kemudahan dan rutin kami di Kim Clinic.

yg bertempat di daerah Cheng, Melaka ye..sape2 yg berdekatan boleh berkunjung, insyaAllahhhh...

Untuk maklumat juga, klinik ni dilengkapi dgn pelbagai kemudahan termasuk ultrasound. Boleh dkatakan well-equipped laa..

Dan one more thing, Tejaa sekrang tengah develop skill dan pengetahuan dlm bidang urinary. Masih berkira2 utk menyertai short course kt obersea, namun menelan belanja yg banyak. Doakan Tejaa ye semua..insyaAllah in the future boleh jd specialist gitewww..heeee

Ok la nk mamam dlu, baby dh tendang2 lapooo...hiks..
Dadaaa..cup3 luv uolsss..