About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Tuesday, June 25, 2013

My Bussiness

Assalamualaikum wbt..

Korang perasan tak sekarang ni business online dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam2 orang jual, dari pakaian, makanan, keperluan hidup lain bla3 macam2 la..smpai kan pakaian dalam pun orang boleh jual online.
ini gambar sebagai teaser..Ce korang teka sape

Nak dijadikan ceritanya, Tejaa pun dah terlibat dengan bisnes online ni..haha...tapi Tejaa jual produk sendiri la..Bukan produk kecantikan mahupun produk pelansingan badan, tapi Tejaa menjalankan perniagaan melukis potret. Sebagaimana yang korang maklum, sejak sekian lama Tejaa mengasah bakat sebagai pelukis potret dan sekarang Tejaa sedang melangkah ke alam baru sebagai Street Artist.

Kenangan terindah Tejaa dalan fasa melangkah ke dunia street artist ni bila Tejaa kali pertama membuat promo artwork tejaa di Pameran Kerjaya dan Aset Tentera Darat di Port Dickson baru-baru ini. Dan marketing strategy Tejaa dengan mempamerkan lukisan komando dan Para yang telah Tejaa hasilkan. So Alhamdulillah sejak dari itulah beberapa tentera yang Tejaa jumpa mencadangkan kepada Tejaa untuk menubuhkan page bagi memudahkan Tejaa menguruskan bisness Tejaa ni, terutamanya Tempahan potret pun senang dibuat. So, sekarang Tejaa pun dah ada page sendiri. Tempahan pun semakin banyak. Berkat usaha Tejaa buat muka seposen kt pameran tu laa..hehe...


Gambar anggota Vat 69 yang ditempah
Tejaa masih fokus kepada pelajaran sebab sekarang ni dah masuk tahun akhir aka DVM5. So, masa cuti Tejaa manfaatkan sepenuhnya dengan bisnes ni dan siapkan tempahan yg diterima terlalu banyak.

Kepada sahabat yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tejaa, boleh klik link kt bawah ni:
https://www.facebook.com/PelukisJalananTunTejaa
Jom like page Tejaa sebab dalam page ni Tejaa ada banyak letak gambar2 potret yang telah Tejaa hasilkan. Untuk sebarang detail pn bolehlah PM Tejaa ok...daaa...

No comments:

Post a Comment