About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Tuesday, December 10, 2013

Dry Flowers

Assalamualaikum wbt..

"The flowers may dry, but my love for you was never a lie"
2 more weeks to go. Tejaa sebenarnya terlalu excited..Setelah kekecewaan demi kekecewaan tejaa lalui, akhirnya kebahagiaan tu hadir jua. Positive side die, Allah tarik sedikit dari kita, sebab Allah nak bagi sesuatu yg lgi baik. Sebab Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Bercerita tentang kebahagiaan, bukan mudah nak kecapi kebahagiaan. bak kata mak, sebelum nak bahagiakan orang, diri kita harus dibahagiakan dulu. Dulu memang tak faham apa maksudnya. Sekarang baru faham.

Bak kata satu pepatah, ubat terbaik untuk patah hati adalah untuk jatuh cinta lagi. Betul ke? Tejaa rasa betul. Sebab belajar untuk melupakan itu susah, tetapi menjadi mudah apabila kita belajar menerima sesuatu yang baru dalam hidup kita.

Pertama kali bersua muka dengan gerangan insan yang bernama Amir Hamzah, hati terdetik untuk mengenali walaupun pada mulanya terasa berat hati untuk menerima tawaran dari ayah bila ada orang nak merisik. Seriously masa tu hati belum terbuka untuk menerima cinta baru. Nak belajar menyayangi memang susah. Tapi bak kata askar, pelan2 kayuh.

The flowers may dry, but my love for you was never a lie
Penat jugak sebenarnya belajar mengenali, dan belajar buka hati untuk seseorang. Berkat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan, akhirnya perasaan tu hadir jua. Malahan terasa lebih indah dari sebelum ni. Langkah demi langkah di atur, supaya kisah lalu tak berulang lagi. Kalau ikutkan family, mau aje dilangsungkan cepat. Tapi tak mahu terlalu gopoh. Slow and steady katenyee..haha

Alhamdulillah. perjalanan yang dilalui tidak lah terlalu sukar, namun tidak juga semudah yang di sangka. percaturan antara dua keluarga membuahkan hasil, dan InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Belajar untuk jadi diri sendiri dan belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik..

ISTERI

MENANTU

Pangkat baru yang bakal diterima suatu hari nanti. Doakan Tejaa..InsyaAllah..



No comments:

Post a Comment