About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Monday, June 2, 2014

Alkisah DarusSyifa'

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Tejaa nak bercerita tentang Pusat Perubatan Islam Darussyifa'
Semua orang kenal Tuan Guru Harun Din kan?
Beliau pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa' ni.

Tejaa nak bercerita tentang Darissyifa' sebab Tejaa kagum dengan sebuah pusat Perubatan Islam yang mampu berdiri gah dengan menolong orang ramai yang ad bermacam2 masalah kesihatan tanpa mengenakan bayaran walau satu sen pun.

Hikmah menolong sesama insan kan? Allah akan tolong juga.
Hablum minannas..wahablum minAllah..

Tejaa mula menjejakkan kaki ke Darussyifa' 2 tahun lepas apabila Tejaa mengalami masalah kesihatan yg cukup kompleks sehinggakan x dapat dijelaskan secara saintifik.
bermacam-macam cara Tejaa dah ikhtiar baik melalui medical mahupun alternative. Dah banyak tempat Tejaa pergi yg mengaku sebagai pengamal perubatan Islam tetapi hakikatnya, syirik yang nyata. Antaranya menggunakan colok yg di nyalakan di penjuru rumah. Menggunakan jampi yg seakan2 memuja.

Tejaa memilih Darussyifa setelah disarankan oleh saudara Tejaa sendiri. Kali pertama jejakkan kaki, terasa sejuk mata memandang. Terlalu ramai yang memerlukan rawatan. Macam2 jenis masalah yg dihadapi.

Setelah siri demi siri rawatan yang Tejaa lalui, apa yg Tejaa boleh cakap, Tejaa amat berpuas hati. Rawatan bukan sahaja dr segi jasmanitetapi juga dr segi spiritual dan rohani.

Kagum Tejaa dengan insan2 di Darusyyifa yang menvantu insan lain yang bermasalah tanpa mengharapkan 1 sen bayaran.

Tapi Tejaa tahu, tentu ramai yang bersedekah kepada Darussyifa. Mereka bantu membantu sesama insan, tentu Allah akan murahkan rezeki. Kepada sesiapa yg ingin mendapatkan rawatan di Darussyifa, boleh dapatkan maklumat tentang pertubuhan ini, jadual dsb.
 di link yg Tejaa letak ni.

http://www.darussyifa.org/


Semoga dengan izin Allah, semuanya kembali sihat. Syukurilah nikmat sihat yg Allah beri dan usahlah mengeluh dgn kesakitan yang Allah uji, kerana tiada apa yg lebih baik daripada kesusahan yg Allah bagi kepada kita kerana Allah syg kita.

See u ols..Cupp3
 

No comments:

Post a Comment