About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, April 2, 2016

Susah Tak Nak Jadi Doktor Haiwan - Special edition

Assalamualaikum wbt adik2 semua ( bajet kakak2 kejap wlp umo dah standard makcik2)

Hari ni, tejaa nk bg special edition volume utk siri Susah Tak Nak jadi Doktor Haiwan. Ekcelli, special edition ni Tejaa nak buat adik2 semua rasa inspired utk jadi Vet. Sebab pe taw, ramai sgt yg komen kt entry yg dulu, takut sangat nk amik Vet ni.. takut tersungkur di tengah jalan katenye...

Ok lah, stret to the point keh. Jangan takut untuk mencuba. Bukan senang nak senang taw, dan nk susah pun tak susah, sekelip mata boleh jadi susah kalau tak overcome susah tu..haa...berbelit falsampah tejaa arini..kih3.. okeh, untuk pengetahuan semua, tejaa ni sebenarnya mengambil masa 7 tahun untuk menghabiskan pengajian tejaa instead of 5 tahun.

Kenapa jadi gitewww kak tejaa? Awat2? Malas ka? Tak cukup duit ka? Apa ka? Kalau ada sesiapa yang follow blog tejaa dari awal, orang tu akan tahu, penderitaan tejaa mengalami penyakit misteri. Wowwww..jeng3...serrraammm nieeehhh.. tejaa sebenarnye melalui series of gangguan syaitonirrojim selama beberapa tahun. Berubat dan terus berubat sehingga lah semuanya berakhir pada tahun 2014. Kesakitan, kesukaran yang tejaa lalui selama bertahun2 teramat2 lah mengganggu tumpuan tejaa pada pelajaran.

Pada tahun 2012, tejaa mengalami depression yg amat mendalam kerana tekanan dari orang sekeliling, termasuk kawan2 dan juga pensyarah. Tejaa sebenarnya tak nak ingat mende ni, tapi bila di ingat balik, tejaa x sangka berjaya lalui dugaan ni. Siapa tak depress kan bila kawan2 sekeliling asyik bertanya ko sakit apa, ko bila nak habis belajar, ko itu, ko ini, then lecturer pulak push..push and pushhhh..sehinggalah tejaa ambik keputusan utk tangguh belajar dan berubat. Akhirnya tejaa dah tak sewel macam dulu..

Bila tejaa dah sambug belajar balik, tejaa join kelas junior..memang malu join junior, tapi, tejaa berjaya overcome, tejaa make friends, sentiasa pujuk diri utk berfikiran positif, buang jauh2 perasaan malu,dan dalam masa yg sama struggle utk sambung berubat, sebab kadang2 syaitonirrojim kadang2 ada lagi datang mengacau..tapi masa ni tejaa betul2 bersyukur ya amat sebab dapat rumet yg sangat caring. Sentiasa tabur tejaa dengan aura2 yg positif sampai la tejaa selamat menjejakkan kaki di pentas graduasi.

So, secara ringkasnya di sini, tejaa nak tekankan bahawa, dugaan ni, walau besar mana pun yang datang membadai, kalau kita usaha, usaha, dan terus usaha, serta kita percaya ke0ada diri kita sendiri, kita mampu. Tidak ada istilah tak boleh selagi belum mencuba. Cuba korang bayangkan, kesukaran yang tejaa lalui, meneruskan pembelajaran dalam tekanan, dalam kesakitan serta keperitan, dan akhirnya tejaa berjaya melepasi halangan tu. Sebab Allah meletakkan bebanan tu utk tejaa, sebab Allah tahu, tejaa boleh pikul. Cuma memerlukan kepercayaan yang teguh. Itu sahaja.

Jadi, adik2 sahabat2 yang kuat, yang berjiwa besar, yang bercita2 tinggi semuanya, pasti boleh biat. Percayalah..

Tunjukkan pada dunia, tiada apa yang boleh menghalang bila kita sudah mara. Yang datang melintang kita lompat, yang datang membujur kita elak, yang datang melayang kita sambut.

Dan sekiranya suatu masa anda jatuh tersungkur seperti tejaa, jangan mengeluh, terus bangkit. Walau tak mampu berlari, mulakan dengan langkah kecil. Kerana nilai sebuah kejayaan itu tidak tidak terletak pada cepat atau lambat, tapi pada hasilnya.

Cita2 nak jadi Doktor Haiwan tapi result SPM tak berapa bagus? Jangan mengalah...go go go, STPM ada..teruskan usaha!! Prof Abdul Rahman Omar, seorang immunologist, one of my lecturer kata result SRP nya banyak Cakar Ayam, tapi kerana tidak kenal putus asa, harini hasilnya, die seorang yang cemerlang..

Tiada alasan utk mengalah...jyeaahhh..woaahhh..chia..chia..chiaaaaa...

5 comments:

  1. assalamualaikum dr, saya baru dapat keputusan upu,saya dapat diploma kesihatan haiwan upm dekat bintulu dan saya pun dapat tawaran matrik dekat perak. Saya minat juga bidang vet ni. Kalau dr boleh bagi opinion antara dua tu,dr pilih yang mana? Mungkin dr boleh nasihatkan saya jugak. Huhu saya buntu sangat. Saya tau apa2 keputusan pun mesti pada saya and family,tapi mungkin dr boleh membantu hehe. Blog dr pun bermanfaat sangat2,thank u dr. Muah~~

    ReplyDelete
  2. Wsalam afiqah..akak pnye pngalaman, matrikulasi sgt comolicated dan kne score mantap2..sbb akak dlu matriks 1 tahun, so semua nk catch up dlm setaon, krem jgk otak..t0 kalau diploma, lebih relaks, dan x rushing..lg 1, diploma ad klebihan bile dh smbung vetTnnti, sbb dh ad basic psal haiwan. Cuma kalau matriks, adik grad cepat, kalau diploma, grad lambat. Itu shja beza..semoga buat plihan terbaik ye..good luck

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, saya dpt tawaran untuk belajar di upm kos vet. Saya sgt gembira sbb tu mmg kos pilihan sya. Saya ni cuma lepasan matrikulasi. Jadi saya rasa cuak sedikit sbb saya tak ada basic. Dan brdasarkan apa yg saya baca di blog2 mngenai vet, ramai yg ckp vet ni susah dn sbgainya. Dan bila saya baca pasal doktor manusia, admin tu ckp byk bnda kita kena hafal. Kalau buku2 pasal manusia tu boleh susun dkt rumah buat library. Adakah kos vet jugak mcm tu? Kalau boleh kak bg sikit tips2 untuk saya survive di upm dan tips untuk score dlm kos ni. Terima kasih kak :D

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dr. saya dpt tawaran belajar di upm kos vet. boleh dr bagi tips2 mcm mna nk survive di upm untuk kos ni? dan apa yg paling susah sekali dlm kos ni? terima kasih dr :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam adik athirah..sye xpndai sgt nk bg motivasi ni, cuma apa yg akak boleh katakan, bila kita bercita2, segalanya boleh di atasi. Tanam dalam diri, apa tujuan adik athirah dah melangkah sampai disini. Utk berjaya, utk genggam sgukung ijazah. Utk masa depan yg terjami. So, kalau adik percaya pd masa depan, percaya dn kebolehan adik utk berjuang. Mesti kene kuat.walau apa pun ujian. Belajar apa pun semuanya susah. Tp kemanisan 2 ada bila kita dapat lepasi segala kelepasan tu..insyaAllah..

      Delete