About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, April 15, 2011

ONCE KOSASS, FOREVER KOSASS..

Hari ni, Hari Jumaat. Selalunya hari jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu Tejaa terutamanya bila MJ dapat weekend. Maklumla, bukan selalu boleh jumpa. Dua minggu sekali jumpa pun rasa macam dah lama tak berjumpa. Malam ini, Tejaa Nak pergi intai tiket balik ke kampung halaman tercinta yang memang dah dirindui sangat-sangat. Hari Ahad, InsyaAllah, Tejaa akan bergerak balik ke kampung, meninggalkan KOSASS, kolej yang banyak meninggalkan kenangan-kenangan terindah dalam hidup Tejaa, pahit mahupun manis. Teringat satu slogan yang menjadi slogan terindah KOSASS;
"ONCE KOSASS, FOREVER KOSASS"
Walaupun dah dekat setahun Tejaa menjadi warga KOLEJ 17, kolej pertama yang Tejaa jejakkan kaki ketika mendaftar sebagai 'mahasiswa' UPM tiga tahun yang dulu, memori-memori yang tercipta di KOSASS tidak akan pernah padam, mengalahkan cinta pertama. Apa taknya, kalau ada pertandingan interkolej, Tejaa murtad dengan KOLEJ 17, dan masih menyokong kolej tercinta suatu masa dulu; KOSASS.

Teringat di saat Tejaa kali pertama melangkah ke Dataran Kijang ketika mengambil keputusan tekad untuk menceburkan diri dalam dunia 'ASKAR'. Melangkah ke alam junior, beralih ke dunia intermediate, menongkah arus ke dunia senior, dan akhirnya sekarang, berada di alam Pegawai Muda di sebuah kolej yang cukup sederhana ini. Semua masih segar dalam ingatan Tejaa. Makian, cacian, hinaan, tawa dan duka, semua itu membuatkan Tejaa menjadi seorang insan yang lebih 'independent'.

Teringat lagi suatu masa dulu, hidup sendirian tanpa rakan, dipulau kerana sikap Tejaa yang mungkin tak disenangi. Namun, Tejaa tidak pernah menyalahkan mereka. Tejaa berterima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka, Tejaa tidak akan muhasabah diri, memperbetulkan kesilapan Tejaa dan sedia untuk berubah. Sampai suatu masa, akhirnya, insan-insan yang memulaukan Tejaa menjadi sahabat karib Tejaa, dan menjadi tempat Tejaa meluahkan segala masalah yang terbeban di jiwa Tejaa, menjadi peneman setia Tejaa di saat Tejaa sakit suatu masa dahulu, dan menjadi pendamping setia Tejaa di dalam tawa mahupun duka. Sedikitpun Tejaa tidak rugi. Malah, Tejaa berterima kasih kerana memulaukan Tejaa suatu masa dahulu.

KOSASS. Suatu tempat Tejaa mengenali erti persahabatan, erti perjuangan, erti penghormatan, dan secara luasnya erti sebuah kehidupan. KOSASS, hidup yang penuh rintangan mengajar Tejaa untuk menjadi seorang yang lebih dewasa. Andai Tejaa tidak di sini 3 tahun yang lepas, Tejaa tidak mungkin alami semua ini, yang menjadi suatu garis panduan kehidupan Tejaa. Memori-memori yang tercipta di sini, akan kekal menjadi memori terindah.

No comments:

Post a Comment