About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Wednesday, April 6, 2011

Surah As Syura Ayat 19




Maksudnya: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (As Syura:19)

Sebelum ni, Tejaa ada kongsi beberapa potong doa daripada ayat-ayat suci al-Quran yang Tejaa pelajari semasa Kursus Pra-Perkahwinan yang Tejaa hadiri hujung minggu lepas. Macam yang Tejaa kongsi Ayat ni dibacakan untuk melembutkan hati tak kisah la hati suami, isteri, anak, atau sesiapa sahaja.
Ayat ni pun sebenarnya boleh dibacakan sebelum kita nak tempuhi sesuatu yang sukar contohnya menghadapi peperiksaan, menghadapi ujian daripada Allah SWT..dan juga semasa menghadapi orang yang panas baran, pemarah, keras kepala dan yang sama erti dengannya..

Tejaa tertarik dengan pengertian ayat ini;Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya. 
Pada Allah sahajalah kita berharap untuk melembutkan hati hamba-Nya. 


4 comments:

  1. baca ayat ini 19 kali dan tiup pada ubun..kepada org yg kite nak lembutkan hatinya..insyAllah

    ReplyDelete
  2. Thanx for the info...Law nk lembutkan hati sendiri pon belh jugak..:)

    ReplyDelete
  3. I will kufify this ayat. Insya'Allah

    ReplyDelete