About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Sunday, February 19, 2012

Surah Al-Insyirah

Assalamualaikum wbt...

Semasa cuti semester hari tu, Tejaa ada tonton rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 yang memang menjadi rancangan febret Tejaa. Maklum la, banyak ilmu-ilmu agama yang Tejaa dapat timba dari rancangan tersebut. Tejaa tertarik dengan satu surah yang dikongsikan oleh Ustazah yang menjadi hos rancangan tersebut, tapi berita buruknya, Tejaa lupa nama ustazah tersebut.

Tapi takpe, Tejaa ingin kongsi satu ilmu untuk sahabat2 Tejaa semua, iaitu Surah al-Insyirah. Surah al- Insyirah ni merupakan salah satu surah yang wajar diamalkan dalam kehidupan harian kita kerana manfaatnya.

Bagi sesiapa yang selalu merasa keluh kesah, bimbang, resah, tak sedap hati, tak tenang hati, dan apa2 masalah yang berkaitan hati ni, boleh la amalkan Surah al-Insyirah. Pendek kata, dengan mengamalkan surah ini, InsyaAllah, akan dilapangkan dada oleh Allah SWT. Ok, kita lihat tafsiran surah ini. :)


"Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad), Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati belakangmu, Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau telah selesai (mengerjakan suatu pekerjaan),  maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), Dan kepada Tuhanmu berharaplah."

Alhamdulillah...Perhatikanlah pengertian surah ini, yang benar-benar menghubungkan antara Pencipta dan HambaNya. Dia lah yang berkuasa membuat jiwa kita keluh kesah, dan Dia juga berkuasa melapangkannya....Selamat mencuba ya!! InsyaAllah....



2 comments:

  1. Aku duk UPM je...masih habiskan sisa2 study nila...huhu...ni ngah bosan ni tggu 'MJ' pai cni..hoho...:p

    ReplyDelete