About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Sunday, April 1, 2012

Kunci Ketenangan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, Tejaa nak kongsikan kepada semua beberapa kunci meraih ketenangan jiwa. Sumber adalah dari buku MENCARI KETENANGAN JIWA (must read) karya K.H. ABDULLAH GYMNASTIAR.

Kunci utama dalam mencari ketenangan jiwa ialah:

Mengenal ALLAH SWT

Akhlak

Keluarga

Pengurusan Diri

Penyakit

OK, ini adalah kunci2nya, apakata kita lihat apa pula isinya:
Mengenal Allah SWT. 
Secara kasar, boleh Tejaa rumuskan seperti di bawah:

"Dengan kekuatan Iman, seorang yang pengecut boleh berubah menjadi seorang yang berani. Seorang yang pemalas boleh berubah menjadi bersemangat. Sehingga sesiapapun yang menginginkan perubahan positif yang cepat dalam diri, kuncinya adalah membangun keyakinan yang kuat kepada Allah SWT."

Semuanya dapat diraih dengan menjadikan Makrifatullah sebagai landasan hidup, Rasulullah SAW sebagai ikutan/idola, Sentiasa memohon dan berusaha meraih hidayah daripada Allah SWT, Memperbanyakkan zikir munajat sebagai kunci ketenangan hati, Taubat Nasuha sebagai pelaburan mencari ketenteraman dalam hidup, dan zikrullah maut, iaitu sentiasa mengingati MATI.

Akhlak

Akhlak yang mulia merupakan salah satu kunci untuk meraih ketenangan jiwa. Hati merupakan aset berharga setiap manusia. Hati yang kotor akan mempamerkan akhlak yang buruk, dan hati yang bersih akan mencerminkan akhlak yang baik serta terpuji. Sentiasa ikhlas dalam berurusan dalam kehidupan seharian tidak kiralah urusan kita dengan Allah, mahupun urusan sesama manusia. Hidup akan lebih bahagia jika kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Semoga kita dijauhkan dari Kufur Nikmat, iaitu yang selalu membanggakan dengan sedikit nikmat kesenangan yang Allah limpahkan. Nauzubillah... Sabar. Menjadi insan penyabar merupakan satu perkara yang cukup sukar bagi sesetengah individu, namun, Allah sendiri telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 153: "Dan jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu." Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang memudaratkan iman juga salah satu kunci mencari ketenangan dalam jiwa. Mengelakkan mata daripada memandang aurat sebagai salah satu contohnya kerana memandang aurat boleh menggugat keimanan individu. Melatih pola hidup bersih, kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ketaatan juga harus ditumpukan samaada kepada Allah swt, ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat. Sentiasa amanah dan taat dalam melaksanakan tanggungjawab. Dan akhir sekali ialah menghadapi ujian dengan penuh ketabahan dan sentiasa ingat bahawa Barangsiapa yang diuji hebat oleh Allah, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Keluarga
Iman tidak dapat diwarisi. Didiklah diri untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan titik tolak setiap permulaan dalam mencari ketenangan merupakan latarbelakang keluarga. Keluarga yang aman dan bahagia ialah keluarga yang menitikberatkan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan juga tanggungjawab terhadap ahli dalam institusi kekeluargaan, tidak kiralah ibu bapa mahupun anak2. Membangun pendidikan dalam keluarga, peranan individu dalam sesebuah keluarga, sikap hormat terhadap orang tua, sikap lemah lembut suami isteri, dan bersama-sama menyelesaikan konflik keluarga merupakan kunci dalam meraih ketenangan jiwa.

Pengurusan Diri
Ianya lebih kepada memperbaiki kelemahan diri sendiri yang menjadi batu penghalang untuk meraih ketenangan. Cerminlah kesilapan, kelemahan, serta kekurangan diri, dan optimumkan daya ubah untuk menjadi insan yang terbaik untuk kepentingan agama, keluarga, dan juga masyarakat. Usah mengenang nasib diri, tetapi bermulalah dari sekarang untuk melakukan sebuah anjakan paradigma!

Penyakit 
Penyakit merupakan salah satu punca hilangnya ketenangan dalam jiwa. Penyakit fizikal yang diturunkan oleh Allah tidak perlu menjadi batu penghalang untuk mencari ketenteraman dalam hidup. Pupuklah hati untuk menyedari setiap hikmah yang tersembunyi di sebalik kepayahan dan kesusahan kerana peyakit hati merupakan satu penyakit yang sukar untuk diubati.
Antara enyakit-penyakit hati ialah, RIAK, DENGKI, PANAS BARAN, DENDAM, dan SOMBONG.

Ok, penerangan di atas mungkin Tejaa rasa belum cukup untuk menjelaskan peranan setiap kunci-kunci ini untuk menenang dan mententeramkan hati kita. Kalu mahukan lebih pendekatan dan penjelasan, boleh dapatkan buku ni di kedai2 buku. Tejaa beli kt MPH BOOKSTORE, Harga dia tak mahal, cuma RM18 je. Tejaa suka buku ni, sebab kupasan dia menarik, ayat pun senang faham, dan semua kunci2 yang dinyatakan memang benar dan praktikal. Tejaa penah rasa ketenangan jiwa hilang sebab kelima-lima kunci ni Tejaa abaikan. 

Hingga berjumpa lagi di lain entry. Tejaa sayang semua..Cup3..


Moral of the story: Ketenangan tak boleh di raih hanya dengan membaiki hubungan kita dengan Allah, tapi baiki juga hubungan kita sesama manusia.

No comments:

Post a Comment