About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Sunday, March 25, 2012

Harta yang bukan senang nak dapat...

Assalamualaikum wbt.

Sebagaimana yang korang semua tahu, Tejaa memang dari dulu jalankan kerja2 melukis potret ni, dan pernah bukak bisnes yang agak memberi pulangan yg memberangsangkan jugak la. Tejaa rasa, masuk je taon 2012 ni, Tejaa sekali pun tak sentuh lagi buku lukisan dengan alat melukis Tejaa. Senang cite, 1 potret pun Tejaa tak lukis lagi taon ni. Sebab nak melukis ni memang perlu ada kelapagan dan ade MOOD yang baek punyer!!

Ape-apepun, sekarang Tejaa bukan nak share potret, tapi nak share alat2 yang Tejaa selalu guna untuk melukis potret. Bukan senang nak dapatkan alat2 ni sume. Lagi2 pensel2 bagai sume kedai alatulis biasa pun xde..

Ni la semuanya..Banyak jugak erk..1 je xde lam ni. Kertas lukisan..hehe..
Ni yang paling Tejaa sayang. merata-rata Tejaa cari kedai alat tulis semua xjumpe. Ni pun terjumpa syurga alat tulis n alat2 lukisan kt area melawati. 
Mesti semua tertanya-tanya apa guna charcoal ni kan..? Tejaa pon tak taw sebenarnya..Haha..Takdela..ni untuk melukis la..Tapi Tejaa banyak gune untuk lukis rambut n bulu2 (macam janggut, misai, kening dsb)
Sebab Tejaa suka guna ni? Sebab nampak real alunan rambut uh..

Ni plak pensel berbagai saiz
Selama ni mase sekolah, pernah jumpa pensel 2B, takpun HB. Tapi sekarang, Tejaa tak pandang dah yg kecik2, pandang 7B, 12B..yang besar2 la pendek kata. 

Apa beza pensel 2B, 4B, dan lain2 B..?

Bezanya adalah saiz mata pensel..semakin banyak B, semakin lebar diameternya. Tejaa selalu gune pensel 2B untuk wt garis kontur muka, or badan, or baju. Law 7B ke atas, Tejaa banyak guna untuk shading.

Dust Free Eraser
Tejaa guna ni untuk padam2 kesilapan yang dibuat menggunakan pensel biasa. Mcam kesilapan sketch. Yang penting x ade dust. Rimas la pemadam berhabuk ni.

Pemadan tiga segi. Angle die lebih fine.
Pemadam ni pulak Tejaa guna untuk wt reflection point. Macam kt hidung, dahi, kt dalam mata, dagu. Tempat2 yang selalu bersinar bile kene cahaya..Haha...

Stick Eraser.
Pemadam ni pulak selalunya Tejaa guna bila nak finalize sesuatu lukisan. biasa nak kemaskan lagi la lukisan 2. Terutamanya bahagian2 tepi2 taknak bagi comot dan nk bg fine je garisan, Tejaa guna pemadam ni. Banyak jenis kan pemadam? 

Tak boleh ke guna satu pemadam je?
Boleh je, dulu Tejaa guna 1 jenis pemadam, tapi Tejaa potong untuk hasilkan angle2 tertentu. Senang nk buat reflection point uh..

Ni pulak SOFT PASTEL...
Ape pulak pastel ni..? 
Pastel ni macam arang la texture die. Untuk melukis guna pastel ni, tangan mesti sangat lemah lembut, pandai adjust pressure pada kertas lukisan untuk hasilkan tone sketch yang berbeza. Pendek kata orang2 yg pro dalam dunia Art la ramai guna pastel ni.

Apa beza pastel dengan charcoal?
Setakat ni yang Tejaa tahu, kalau guna charcoal, lukisan boleh adjust lg, boleh padam2..Tapi kalau guna pastel, kalau silap, alamatnye ke tong sampah la riwayat lukisan tu. Sebab memang comot kalau tak pandai. Tejaa pun tengah belajar lagi cemana nk guna pastel. Pastel ni boleh dipadam, tapi bukan dengan pemadam biasa.

Ni la pemadamnye..
Pemadam ni xsame macam pemadam kita guna tyme sekolah yang kita selalu potong wat maen dadu 2. Texture die macam plastisin n taleyh rub sesuka hati. Cara nak guna die, tekap2kan n gores2 sikit. Susah nak explain cane nak guna. Tngok la nanti kot Tejaa rajin wat video plak..Haha..

Berus lukisan
Berus ni Tejaa guna untuk proses blend. Contoh Tejaa gelapkan kawasan dahi, Tejaa akan colorkan dulu dengan pensel Charcoal 2, untuk hasilkan texture yg lebih smooth, Tejaa guna berus ni. Hasilnya memang cantik..

Takkan tak kenal kot. Ni sharpener.
Sharpener ni, Tejaa guna untuk tajamkan pensel biase je, adik beradik pensel 2B tula..Untuk pensel charcoal, die ade sharpener die sendiri, dan biasanya disertakan sekali dalam kotak pensel 2.

Tisu muka la ni..
Masa zaman2 Tejaa tak kenal lagi berus lukisan untuk buat blend, Tejaa guna tisu muka je. Sebab kalau guna pensel biasa, dienye carbon susah sikit nak blend. Kalau guna charcoal, Tejaa guna berus la. Kalau guna tisu, berteraburlah charcoal 2..Hehe..Kalau guna pastel plak, blend guna jari pon bole.

And last but not least....
A4 Paper
A4 paper ni Tejaa bukan guna untuk melukis, tapi Tejaa guna ntuk cover tapak tangan Tejaa daripada menyentuh kertas lukisan Tejaa. Kalau tapak tangan dah kena lukisan 2, kompom carbon akan melekat tang situ, dan akhirnya lukisan menjadi sangat comot.

Nila sume harta2 lukisan Tejaa. Untuk kertas lukisan, biasanya Tejaa guna saiz A3, dan yang tebal. Tejaa suka guna kertas lukisan yang tebal sebab bila pressure pensel kuat kalipun, senang untuk dipadam. Dan  la ni Tejaa nak belajar lukisan kanvas plak..

Kalau korang tanye mane Tejaa beli semua ni, Tejaa tak pat nak bagitaw. Bukan sebab kedekut, Tapi Tejaa pun lupa name tempat yg Tejaa beli. Teehee...Sori taw,

Apa-apapun, sesiapa yang memang berminat dalam dunia lukisan potret ni, boleh je nak drop pertanyaan tuk Tejaa, setakat yang Tejaa mampu jawab, Tejaa jawab. Tejaa pun banyak asah skill daripada Pakcik Youtube je..hehe..

Well, Banyak kan harta Tejaa? Beratus2 jugak habis untuk dapat semua ni. Ni semua basic je. Ada lagi sebenarnya, Tapi tak larat nak ambik gambar satu2..huahuahua....

Ni antara hasil kerja Tejaa. Tengok tarikh tu bila last Tejaa melukis. Haha..


P/S: Rasa bersyukur dikurniakan bakat oleh ALLAH SWT, sebab boleh jadi mata pencarian bila memerlukan..:)

5 comments:

  1. Salam, its a gift from God secara tak sengaja terjumpa blog ni...we share the same hobby! =)

    Kat mana nak cari alat2 lukis ni suma????

    Especially shading stump untuk proses blending...

    -Muzze

    ReplyDelete
  2. wsalam...:) tak sangka finally dpt fren yg boleh shre hobby yg same jugak..:)

    alat2 ni beli kt melawati, tp lupa apa nama tmpat 2, sbb just singgah rumah cousin area c2 tp xsangka terjumpa bnyak kedai alat2 melukis kt c2, nnti I check ngn ciusin pas2 i'll let u know..ok x..?:)

    ReplyDelete
  3. Salam teja.. boleh tunjuk tutor guna charcoal ni step by step.... baru ni dpt nk beli charcoal... beli online je hehe

    Harap teja dpt bantu akk ye... tq

    ReplyDelete
  4. Salam teja.. boleh tunjuk tutor guna charcoal ni step by step.... baru ni dpt nk beli charcoal... beli online je hehe

    Harap teja dpt bantu akk ye... tq

    ReplyDelete
  5. Wsalam akak....ermm...tntg penggunaan charcoal 2, sye hanya cuba jaya, sye xpenah blajar mcm mane nk guna charcoal dgn betul, tp nk berbanding dgn pastel, bila dah taw cemane nk melukis mggunakan soft pastel, ianya lg senang dr menggunakan charcoal..sbb charcoal rough dan mmg memerlukan skill...untuk tuto 2, insyaAllah ad rezeki sye akn share tuto nya...:)

    ReplyDelete