About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, April 6, 2012

Petua Sihat dan Awet Muda

Assalamualaikum wbt..

Kalo korang tengok tajuk tu kemain lagi kan? Tejaa nak share petua 2 bajet dah awet muda sangat. Tehee..Tapi, seriously, petua ni memang bagus untuk jaga kesihatan, Bila badan dh sihat, kira badan kita awet muda la kan sebab x suffer dari sebarang penyakit.

Tejaa ada amalkan sendiri petua2 ni. Dan kebanyakannya daripada Mak Tejaa sendiri. Sebab dulu, Tejaa selalu tertanya2 Mak Tejaa umur dah 50 an, anak 5, tapi still slim, dan still sihat membanting tulang berkebun dengan ayah. Akhirnya mak kongsikan petua. Hasil pengamalan petua2 ni, Tejaa tak selalu sakit macam dulu2. Sekarang, Alhamdulillah, memang ketahanan badan jadi tinggi.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan ni adalah melalui pemakanan. Ada orang makan untuk hidup, dan ada orang pulak hidup untuk makan. Tejaa...? Both pon boleyh..Teeehee..

Petua pertama yang Tejaa nak kongsi ialah AIR...


Macam korang tahu, 70% daripada badan kita terdiri daripada air kan..?
Mak Tejaa ceritakan pada Tejaa, masa zaman anak dara, mak tinggal dengan nenek mak Tejaa, maknenye kat sini, moyang Tejaa la. Mak cakap, Moyang hanya bagi minum tujuh teguk air setiap 1-2 jam. Maksudnya kalau sehari adalah lebih kurang 84-168 teguk satu hari. Katanya, untuk mengelakkan perut buncit, terutamanya untuk perempuan lepas bersalin. Jadi, Tejaa yang curious gila ni buat la satu eksperimen. Alat yang digunakan hanyalah botol air bersukat, dan dipenuhi air. Jadi, Tejaa teguk air tu 7X dan Tejaa tengok skala bagi tujuh teguk tu ialah lebih kurang 200ml. Jadi, kalau Tejaa minum setiap 2 jam, bermakna 1 hari, Tejaa akan minum 12 kali. 12 X 200ml = 2400ml atau bersamaan 2.4 Liter. Korang tahu kan yang manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2 Liter air sehari?
Haaa...Ceritanya kat sini, petua yang moyang Tejaa bagi tu memang terbukti secara saintifik untuk mengelakkan kita daripada dehydration sebab air amat diperlukan oleh badan untuk aktiviti metabolisma ok?

Petua kedua pun masih tentang air. Mak Tejaa selalu pesan, jangan makan berselang dengan air dan jangan minum air selepas makan. Kalau tengok orang zaman sekarang, kalau makan, mesti ade air segela/sebotol. Kalau tak standby air, tercekik katanya. Tejaa selalu perhatikan Mak memang tak standby air time makan. Teeehee..tak tercekik ke..? Jadi petuanya, minumlah air secukupnya sebelum makan, dan jangan makan berselang dengan minum. Nanti perut cepat boroi. Dan, minumlah air sekurang2nya 1 jam selepas makan. Mak Tejaa minum 2 jam selepas makan taw. Hehe. Tapi Tejaa kurangkan sikit, sebab biasanya 1 jam selepas makan, pencernaan tengah aktif. Tapi 2 jam lagi elok sebab mase 2, perut dah hampir nk clear dengan makanan lepas proses pencernaan.

Petua ketiga pun masih tentang air. Kan Tejaa cakap? Air ni penting. Jangan mandi selepas makan, nanti perut boroi. Trust me. bukan sebab air masuk dalam perut, tapi bila kita mandi, suhu badan akan turun sedikit dan sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada efiiciency pencernaan kat dalam perut 2. 

Petua keempat..?Air lagiii....
Jangan minum ais. Bukan kurangkan, tapi JANGAN!!! terutamanya ketika sedang makan atau selepas makan. So, bagi peminat tegar AIS tu, selow2 la berhenti jadi heavy ice drinker..Teeehee..Tejaa dah lame tak jumpa ais, sebabkan amalkan petua mak la ni suh minum air suam je. Hehe..
Nak tau kenapa jangan minum ais...? Kalau sapa2 yang belajar biologi mase sekolah dulu mesti masih ingat yang kat dalam perut kita ni banyak enzyme yang bertindak dalam proses penghadaman/pencernaan. Dan enzyme2 kat dalam perut ni aktif pada suhu optimumnya iaitu suhu badan. Cuba bayangkan korang minum ais, dan air sejuk dalam perut tu telah menurunkan suhu environment kt dalam perut, menyebabkan enzyme2 ni tak efficient. Jadi, korang punye pencernaan, penghadaman dah terganggu. Dan cuba korang bayangkan kalau time 2, pencernaan lemak kepada asid lemak berlaku, dan korang mnum ais, lemak2 2 akan menyejuk dan mendap kt perut korang 2. Sebab 2 orang cakap, kalau minum ais, perut boroi...

Kalau nak nampak lagi proses die, cuba korang cairkan mentega dalam kuali. Lepas tu sejukkan. Then, bila dah sejuk, curah air sejuk/ais kt mentega 2, dia akan mengeras dan mendap. Macam tu la yang jadi kt dalam perut korang semua. Teehhee...Ok. pasni kurangkan minum ais ok?

Petua ke 5 tak berkaitan dengan ais. Tapi berkaitan dengan Serat.Mak cakap, petua nak ramping ialah PISANG. Kalau orang tua2 selalu elak makan pisang banyak2 sebab angin, takpun sakit otot, lagi2 mana2 lelaki yang suffer HERNIA/bahasa kampungnya ANGIN PASANG/bahasa terengganu ULURAN. Tapi, pisang ni sangat bagus untuk pencernaan dan bagus untuk sumber tenaga. Kalau korang perasan, atlet2 profesional selalu makan pisang time2 tournament, terutamanya atlet Tenis macam Rafael Nadal. Dorang makan pisang bila game break, sebab Pisang banyak sumber mineral yang penting semasa otot bekerja. Pisang jugak kaya dengan serat kan..?

Apa pentingnya serat ni...?Pisang je ke ada serat..?Sebenarnya, banyak buah2 dan sayur2 yang kaya dengan serat, tapi pisang ni serat dia memang tinggi dan membantu proses pencernaan. Kepada sesiapa yang mengalami masalah pencernaan, memang berita buruk untuk anda. Secara normalnya, korang sepatutnya buang air besar 1-2 kali sehari. Kalau lebih 2 kali, better pergi klinik, sebab korang mungkin mengalami ceri berri/cirit-birit/diarrhea. Kalu korang buang air besar 2 hari sekali, atau seminggu sekali, Meh baca ni sebab Tejaa nak cerita apa yang berlaku kepada anda.


Korang tahu tak, najis yang ade dalam usus besar kita tu adalah waste products daripada badan kita. Jadi kalau dah namanya bahan buangan, banyak la benda2 yang tak elok kt dalam 2 kan..?Apabila najis stay lama kt dalam usus, ia akan menyebabkan iritasi kepada usus anda, dan bila ada bacteria/virus/protozoa whateva, jangkitan akan berlaku, korang mungkin akan kena ulser usus. Pengumpulan najis ni pun boleh jadi toksin kepada badan. Toksin dalam badan menyebabkan bau nafas busuk, lepas 2 kalau biar lame lagi akan effect korang punya buah pinggang. So, sape2 yang nafas berbau 2, korang kene cek la die nye percernaan dan PENYAHTINJAAN tu ok ke x..Teehee...Korang tahu tak, toksin dalam badan tu jugak boleh sebabkan ulser dalam mulut. So, sape2 salu kene ulser mulut/ orang panggil MATA IKAN, cuba cek balik kekerapan korang menyahtinja.

Ok, kalau pencernaan dan penyahtinjaan tak bermasalah, perut rasa lega, sihat, dan ramping gituhh...

Last but not least, Bersenamlah untuk sihat dan awet muda. Korang mungkin fikir bersenam 2, senam robik, yoga, mahupun joging. Tapi, Mak Tejaa cakap, senaman terbaek untuk sihat dan awet muda ialah berkebun. Korang tahu kenapa..?Bila kita berkebun, seluruh otot2 badan kita digunakan, tangan, tengkuk, pinggang, paha, kaki, dan banyak lagi. Bukan setakat sehat, tapi dapat hasil lg..Mane taw dh tua2 nanti jadi petani berjaya..Teheee...Berkebun bunga pun ok. Macam Mak Tejaa suka tanam pokok bunga. Tak percaya....?Mari kita tengok.

Bila kita angkat pasu bunga, mesti dari kedudukan mencangkung kepada berdiri, kemudian duduk balik. mencangkung kepada berdiri, otot pinggang kebawah digunakan di situ.
Bila angkat pasu, otot pinggang ke atas digunakan di situ. Bila pusing kepala, nk potong2 ranting ke, mendongak dan sebagainya, otot leher ke atas digunakan, dan bila berjalan, otot kaki digunakan. Paling bez, bila korang hayun cangkul, seluruh otot badan digunakan. Sebab 2 di umur 54 ahun, ayah Tejaa ade 6 pack..Woahhh...

Dan, never trust barang2 kesihatan, kosmetik dan sebagainya. Back to natural. Kalau manjakani dalam tin...? Propa sahaja. Back to the basics. Manjakani terbaik adalah manjakani fresh, korang asah, airnya korang minum, dan pahitnya melekat kt lidah sampai esok, dan Manjakani adalah salah satu ubat demam ok...?(mak selalu bg mase Tejaa kecik, dan tak hantar klinik pon)Teeehee..Kat rumah Tejaa berlambak manjakani, sape nak Tejaa jual....Hohoho...Tongkat ali dalam tin..> Propa jugak, amalkan makan ulam je cukup. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Kedai makan sekarang, nasik berlauk memang ada ulam. Kalau mak Tejaa, kutip tepi2 rumah je. 

Ok...Banyak sangat eksplenesen Tejaa. Apa-apa pun Tejaa bukan propa kt korang je, ini betul dan Tejaa pun amalkan sendiri. Memang banyak perubahan. Kene gigih dan istiqamah ok..?Teeehee...Nak sihat, nak cantik, bukan senang ok...Kena banyak berkorban. Ingat, makan untuk sihat. bukan sekadar untuk hidup je. Kalau hidup tapi sakit je, tak bezz jugak. Allah kan suka hambanya yang suka berikhtiar dan tak putus asa..

Ok, Jumpa lagi next tyme..Cup2 sayang korang...:)






6 comments:

  1. n3 yang best sgt......^_^ thnx sharing....sy suka petua tradisional...sgt selamat sebenarnya... sy skrg tgh cuba rumpai laut , sebagai minuman+madu & sbg masker... Kalau sudi, jom la terjah ke blog baru sy ok...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tq...same la kite..tradisional is the bezz..bhan kimia xde...insyaAllah nnti singgah ke blog sana..hehe...nk taw jgk petua2 yg Tejaa belum taw..hehe

      Delete
  2. Dalam banyak2 air, air ais yg plg mencabar nak tinggal.huhuu..
    JommSihatDanCantik.blogspot

    ReplyDelete
  3. salam sihat dan ceria..info yang berguna

    ReplyDelete