About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, March 17, 2012

I am a Surgeon..?

Assalamualaikum wbt...

2 minggu ni, Tejaa tersangat la bizi sampai tak ada masa langsung nak update page kesayangan Tejaa ni. Tapi walaupun dalam kebizian, Tejaa sempat masak dan solat dalam masa 1 jam break tengahari taw..hehe...Boleh jadi tukang masak restoran part ime ni.

Hari Selasa merupakan hari yang paling kelam kabut bagi Tejaa. Semuanya kerana surgery. Kalau Tejaa tak pandai bahagikan masa, memang kebulur lah Tejaa sebab memang 1 hari bertapa dalam bilik surgery. Surgery yang panjang menyebabkan waktu Zuhur berlalu begitu sahaja, dan akhirnya Tejaa niat untuk Jamak Ta'khir. Tejaa pun tak tahu boleh ke tak, sedangkan Tejaa bukan musafir. Tejaa ingat nak ajukan soalan kepada Ustaz Azhar nanti la.

Isnin lepas, Tejaa selaku assistant surgeon memang kelam kabut. Inilah pengalaman pertama Tejaa masuk surgery, dan tanpa briefing daripada lecturer, surgeri kami dah jadi macam rojak. Darah terpancut ke sana sini sebab terpotong salur darah. Nasib baik Tejaa hanya assistant. Akhirnya tanpa bantuan lecturer (kekurangan tenaga lecturer untuk mengajar surgery)  Surgeon Tejaa waktu tu Cheng dan juga Tejaa sendiri selaku assistant bejaya habiskan surgery yang bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 5 setengah petang. Pinggang ni terasa macam nak patah. Tejaa rasa macam surgery yg teruk padahal hanyalah Ovariohysterectomy (OHE) kat anjing je. Fuhh...

Siapa sangka walaupun pengalaman zero, tapi Tejaa berjaya memberhentikan darah dengan menggunakan clamp2 yg ade..Hasil minat tengok cite GREY'S ANATOMY selama ini...Haha..Memang tunggang langgang incision site tu Tejaa kerjakan..Haha..

Tapi yang sedihnya, Isnin depan, Tejaa terpaksa ambil alih tugas surgeon pulak. Tejaa yang kene wat surgery? haha. Tejaa harap akan menjadi seorang surgeon yang berjaya!!

Mungkin minggu lepas tidak ada pengalaman langsung, dan hasil tengkingan serta pekikan dari OT Nurse yang bertugas membuatkan Tejaa banyak belajar dari kesilapan..Tejaa harap minggu ni lebih baik dan dengar kata ada briefing dulu sebelum surgery start. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada guide..:)

Apa-apapun. teringat kata-kata OT Nurse kami. "Untuk jadi baik, kita mesti jadi kejam. Seandainya seseorang terjatuh, Jangan angkat dia, kerana sampai bila2 pun dia takkan berusaha untuk berdiri sendiri. Sebaliknya hanya bantu sahaja"

Ada betul jugak...Ape2 pun doakan surgery Tejaa berjalan dengan lancar..:)

2 comments:

  1. comel awek ni...

    ReplyDelete
  2. Haha...Ciptaan Allah semua comel...;) Macam nak kenal je awok ni kang..?haha....

    ReplyDelete