About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Thursday, March 29, 2012

Apa Beza Kambing dan Biri2....?

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan esok adalah exam untuk Small Ruminant Production atau dalam bahasa Melayunya Produksi Ruminan Kecil ataupun Kambing/Biri2 nye produksi la, Tejaa suka nak kongsikan dengan korang apakah perbezaan kambing dan biri-biri..?

Ramai jugak Tejaa orang laen pernah tanya Tejaa apakah perbezaan antara dua makhluk ni. Sebelum ni, Tejaa penah tahu 1 je perbezaan. So, sekarang ni, bila dah tahu banyak, terasa jugak nak share. Jangan kompius antara kambing dengan biri2.

Biri-biri tak semestinya berbulu lebat, dan kambing x semestinya takde bulu..Haha...So, Jangan pernah bezakan kambing dan biri-biri berdasarkan bulunya. OK, back to the main topic. Perbezaan?

EKOR
Biri2 selalunya mempunyai ekor yang agak panjang dan hang down (menghala ke bawah). Manakala kambing pulak ekornya agak pendek dan held up (terjongket ke atas). Kalau takde ekor lak cane..?
Kita tengok perbezaan laen.

Tengok tang ekor tu...Naek kan....?
Ni ekor jatuh dan lebih panjang...


BEARD aka JANGGUT
Kambing ada janggut. Kambing jantan memang ada, tetapi kambing betina kadang2 ada, kadang2 takde.
Biri2 pulak memang takde janggut.

Ni kambing, bukan Pak Aji...

WATTLES aka KEKACANG
Kambing ade wattles kat leher. Tapi biri2 takde wattles
Tak taw ape 2...?ade gamba kt bawah.

Tu kt leher die 2 ketol 2 la wattles...Okeh..?


FEEDING BEHAVIOUR
Kambing jenis browsing, ataw jenis merayau-rayau. Kambing suka head up untuk mencari tumbuhan yang agak tinggi dan mereka lebih suka dedaun, reranting lembut, dan jugak pokok2 kt semak2 samun.
Tapi biri2 pulak head down, dan makan tumbuhan2 yang rendah yang lebih kurang 100mm atas tanah plus lebih suka makan rumput okeh..Pendek kata, biri2 ni kaki lepak punya makhluk..
Nampak tak? Dorang makan tumbuhan yg tinggi..Ni typical kt Malaysia la..

Ni kambing taw, bukan Berokk...Haha...hamekaww..tinggi naek..Ni bukan kt Malaysia, ni kt Morocco..Hahah...kt Tempat dorang susah nk cari tumbuhan melata, so sume kambing diadaptasikan untuk terer memanjat untuk dpatkan makanan...:)
Heads down!!keep searching and grazing...

FIGHTING
Kambing fighting guna kepala senget2, pastu angkat kaki depan, lalu menghayunkan tanduk kt kepala lawan.
Tapi biri2 fighting dipanggil BUTT FIGHT..Haha..disgusting larhh..Tapi dorang bukan fight guna bontot taw..Namenye je disgusting tapi dorang fight lagi lemah lembut..Sondol2 kepala je..Macam ni..
Hamekaww...Ganaz kan...?Yang penting kepala senget dan kepala angkat..Hardcore sungguh..!!!
Ni biri2 fighting lemah lembut dan sopan sikit la...

SOCIAL LIFE
Kambing ni anti sosial sikit, suka wat hal sendiri
Tapi biri2 mesra alam. Memang strong flocking behavior. Sekor je masuk kandang, yang laen akan ikut, sekor kuar kandang, yang laen ikut, sekor negmbek, len ngembek jugak...Tapi biri2 mengembek ke..?nak taw...tgguuuu...
Tengok sheep...baris rapat2 je..menyondol2, menempel2 adalah pebret dorang..

Kambing pulak suke wat hal sendiri. Duduk rapat2 busuk katenye...

PARENTING
Kambing kalau pergi carik makan, ataw meragut, dia akan tinggalkan anak die.<--panday wat anak je!!
Tapi biri2, mane2 die pegi, anak die akan sentiasa menempek je. Lenje(bahasa org Terengganu yang bererti Manja)

LAND OF CHOICE
Kambing suka kawasan2 berbukit dan berbatu.
Biri2 suka kawasan tanah rendah atau tanah tinggi yang berumput. Macam padang ragut UPM tu la..

SOUND EFFECT
Kambing bunyi 'MAAAA'
Biri2 bunyi 'BAAAAA'
Tak caye...?ingat tak lagu Baa Baa Black sheep?
Biri2 bunyi Baaaa taw...hahaha...

Hehe...nyanyi ckit...Baa Baa Black sheep have u any wool? Yes sir..yes sir..three bags full...LOL
Now, dah boleh bezakan kambing dan biri2...?
Ingat!!Kambing tak semestinya bulu pendek, dan biri2 tak semestinya bulu panjang...

Sekarang Tejaa nak uji kefahaman korang berdasarkan entry Tejaa ni...

Soalan pertama:
Ini kambing kah..?Atau biri2 kah...? Terangkan mengapa anda jawab ianya kambing? dan kenapa biri2..?
Jawapannye kambing..Sebab ekor die jongket..Ini spesis ANGORA  iaitu kambing yang diternak untuk bulu.
Soalan kedua:
Ini Kambingkah...?Atau biri2 kah..?kenapa kambing..?dan kenapa biri2...?
jawapan: Biri-biri
Sebab ekor die kebawah dan jugak takde janggut...Ini spesis BARBADOS BLACKBELLY.
Ok, tamat...Tejaa nak sambung study....:) Tata..cup2 ols...

2 comments:

  1. Ada jgaak Kambing bulu lebt ek? Nyaris slah, sbaik tgok ekor die. Hehehe XD

    ReplyDelete