About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, March 17, 2012

Susahnya nak habiskan Book Voucher..

Assalamualaikum wbt..

Ehem2..Petang tadi Tejaa merempit sorang-sorang ke KL. Niat di hati ni nak habiskan book voucher Tejaa yang tinggal lg RM150 ni kt Kamal Bookstore. Tejaa selalu dengar pasal Kamal Bookstore ni tapi Tejaa tak pasti kat mane letaknye. Yang Tejaa tahu, ianya dekat dengan Hospital Kuala Lumpur. Maka, berbekalkan GPS handphone Tejaa dan cari arah menuju ke HKL, Tejaa redah jalan-jalan KL yang tak pernah tak jam. Nasib baik la Tejaa naek moto. Kalau tak agaknya tah kat mane Tejaa sangkut tengah jalan. 

Mase tengah drive 2, dalam kepala ni dah berputar2 merancang untuk membeli: ermm..Ape ye?


Needle driver dan forceps, untuk Tejaa train cemane nk wt suture tuk surgery. Tak terer lagi la menjahit kulit2 ni, jahit kain 2 terer la..Hehe..
Dan jugak buku-buku berkaitan Veterinary Medicine ni..Almaklom lah, susah benar nk cari buku Vet kt mesia ni.

Cari punya cari, akhirnya Tejaa sampai jugak kt Kamal Bookstore ni. Rupanya setentang jalan dengan Unit Kecemasan HKL 2 je..Nak cari kedai ni punya pasa, Tejaa bawak moto 40-50km/j ke taw. Pemandu berhemah gitu. Haha. Law Tejaa pun baru je dengar nama kedai ni, Korang apatah lagi kan...?

Haaa....ni la kedai nye. Nampak macam kedai runcit je kan?

Korang jangan pandang sebelah mata kedai ni. Tejaa pun mula-mula sampai, betul ke hini kedainya? Kalau tak percaya, meh Tejaa tunjuk suasana kat dalam kedai ok? Jom..

Hamekaww.....Kalah MPH BOKSTORE macam ni. Cuma satu je, buku2 dia tak se'organize' macam kt MPH la...
Apa-apa pun, Tejaa memang cukup kagum dengan Pakcik Kamal ni, ingat senang ke nk wat bisnes medical Books ni? Cayalah. 

Berbalik kepada niat di hati Tejaa untuk habiskan book voucher. Geledah-punya geledah isi kedai, apa yang Tejaa nak memang dah takde. Surgical instruments yang Tejaa nak sangat 2 pon dah sold out. Buku2 Vet pun kebanyakannye kena order dulu. Mintak mahap la kalau nak order kompom book voucher dah expired dulu baru buku samapai. Dan dukacita dimaklumkan buku-buku tersebut harganya not less than RM200. Sekian terima kasih. Makcik tak kayo.

Maka, Tejaa pun amik keputusan untuk beli..

Hini je..Labcoat....
Tejaa dah ada 1 labcoat. Tapi ini untuk spare. Memandangkan tiap-tiap hari wat aktiviti yang melibatkan najis2 Mughollazoh ni, Tejaa terpaksa spare kan 1 lagi labcoat untuk ditukar ganti. Takde la selekeh je pakai labcoat yang same.

Semuanya dah setel. Labcoat dah ada, dan mane name tag labcoat..? Huahua...Tejaa belum ade nametag dan nametag berpin diharamkan di Hospital Veterinar Universiti. Hanya nama bersulam dibenarkan. Hari isnin ni compulsory dan semua kedai yang Tejaa tanya, ambil masa 1 week baru siap..Jadi? Apa penyelesaiannya? Same2 la kite tengok ye..haha....Sayang  uols..cup3..


P/S: Mane Tejaa nak abeskan lagi RM100 book voucher ni...fenin2...

No comments:

Post a Comment