About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, March 30, 2012

Tejaa vs Usahawan....?

Assalamualaikum wbt..
Tejaa selalu berkongsi cerita tentang perancangan masa depan Tejaa, angan-angan Tejaa, dan harapan Tejaa untuk masa akan datang yang Tejaa bakal tempuhi. Tak salah kan kalau nak berangan benda yang logik, dan Tejaa akan pastikan yang angan-angan Tejaa menjadi realiti. Cuma penghalangnya samaada cepat atau lambat je. Itu je.

Gambar takde kena mengena dengan entry pon..Haha...Kenangan praktikal di Terengganu dan mandi kt TASIK KENYIR masa tahon ke 2... Muke Tejaa Spastic giler..haha...

Teringat masa zaman muda-muda setahun jagung lagi dalam dunia Veterinar ni, Tejaa memang takut pada binatang-binatang yang Tejaa jarang approach macam kambing, lembu, anjing, kuda. Lembu tu nak kata jarang approach takde la sangat. Selalu sangat, Cuma lembu yang selalu Tejaa approach ganas2 dan garang2 termasuklah lembu ayah Tejaa sendiri. Memang garang. Taw nak menyondol je kejenye. Lagipun dulu tak tahu proper way untuk restraint haiwan2 ni. Sekarang dah ada ilmu sikit-sikit dan Tejaa praktikkan, Tejaa dah semakin yakin lagi-lagi dengan anjing.

Dari tahun pertama, Tejaa dah nampak kecenderungan Tejaa memang dalam large animal. Tejaa tak minat sangat Small Animal Medicine ni. Macam kucing, anjing, dan haiwan2 kesayangan, Tejaa memang tak cenderung ke arah tu. Sejak Tejaa kali pertama jejakkan kaki ke Sungai Siput, Perak dan waktu tu Tejaa mula jatuh cinta pada kambing. Tejaa memang sangat suka kambing. Memang ada chemistry lah dengan kambing ni.

Lepas jatuh cinta je, Tejaa semakin obses dengan kambing sampaikan Tejaa sanggup buat volunteer work dekat 1 ladang kambing kat kampung Tejaa ni. Waktu tu, tejaa punya ilmu tentang Goat Production sikit-sikit je. Experiences lagi la nyawa-nyawa ikan je. Tapi, semakin memasuki dunia kambing ni, Tejaa semakin memahami macam mana sistem kehidupannya, perangainya. Seronok taw berkawan dengan kambing. Lagi-lagi bila kambing-kambing tu dah mula cam Tejaa. Memang ke mana je Tejaa pegi, mesti ikut, sampaikan tudung Tejaa pun nak dijiliatnya. Hehe..

Tejaa selalu je berbincang dengan MJ tentang perancangan masa depan. Walaupun habis study nanti, Tejaa terikat dengan perjanjian untuk bekerja dengan Government, tu tak bermakna Tejaa taleyh ada side income. Takkan nak kerja makan gaji je sampai ke sudah. Kalau la tiba-tiba Malaysia bankrap ke, tade la kebulur Tejaa, MJ dan anak-anak nanti. Chewaahh, berangan tak hengat..

Setakat ni, apa yang Tejaa nampak, side income Tejaa in the future nanti bukanlah MLM, mahupun Bisnes TUDUNG BAWAL, dan bukan juga petani berjaya, tapi Tejaa nak jadi pengembala kambing. Hehe..Klasik je bunyinya. Tejaa nak jadi penternak berjaya. Bak kata MJ, kalau ada tanah sekangkang kera, macam-macam benda boleh buat. Pokok pangkalnya malas atau rajin je. Bukan senang sebenarnya nak jadi penternak ni. Serious Tejaa cakap, Tejaa dah jumpa ramai penternak baik di Sg Siput, di Tanah Merah Kelantan, mahupun di tempat Tejaa sendiri, semua cakap, memang susah nak jadi penternak yang cemerlang dai segi produksinya. Kiranya senang cerita, nak jadi usahawan ni memang banyak cabarannya.

Kegagalan adalah perkara biasa. Teringat kata-kata penternak kat kampung Tejaa:
“Jangan takut bila tengok kambing mati.”

Haha..Kenapa ya dia cakap macam tu? Sebab sebelum dia berjaya jadi penternak cemerlang macam sekarang ni, separuh daripada kambing nya mati pada 6 bulan pertama dia menceburkan diri dalam dunia penternakan kambing. Wuuu...Memang takut Tejaa dengar. Baka yang dibela adalah Boer-Jamnapari cross. Kalau nak diikutkan, Boer adalah salah satu baka yang lasak dan resistant dengan internal parasites macam cacing, blood parasites. Tapi jangan lupa, haiwan boleh mati kerana stress. Hehe. Bukan stress macam kita ni, stress exam, stress putus cinta, stress result rendah dan macam2. Kambing boleh mati sebab travel stress, heat stress, environmental stress dan macam2 stress lagi. Pendek kata kambing ni memang kene rilek je, taleyh stress2. Hehe

Tejaa pernah sambut kelahiran seekor ibu kambing yang susah nak beranak. Peristiwa ni berlaku di ladang kambing kt kampung Tejaa. Anak kambing tu besar, dan ibu kambing tu tak berapa nak besar. Berbekalkan glove di tngan kanan sahaja, Tejaa tolong tarik anak kambing tu keluar dari rahim ibu dia, sampai la kedua-dua ekor selamat dilahirkan. Tejaa tengok dengan penuh syahdu je ibu kambing tu meneran dengan penuh gigih dan dalam kesakitan. During that moment, terus teringat mak kt rumah. Hehe.

Waktu tu, penternak kambing dan pekerja kt ladang tu tengok je Tejaa penuh gigih menyelamatkan ibu kambing yang dalam kesakitan, dan anak kambing yang berusaha untuk keluar dari alam rahim ibunya. Masing-masing menutup mulut dan hidung. Serioussss...Memang bau hanyir gile. Tapi Tejaa tabahkan je walaupun memang terasa jugak nak muntah time 2..Memang hampeh gile. Haha..

Apa2 pun, Tejaa dah berangan dah macam mana sistem penternakan Tejaa nanti, baka apa Tejaa nak bela, kt mane nak letak ladang, desing, sistem ragutan, jenis makanan, pekerja,blaa..blaa...blaa....
Banyak benda yang kene consider untuk jadi penternak. Doakan Teja auntuk jadi penternak berjaya ok....Papai...Cup3 sayang semua...:)

2 comments:

  1. Minat,Ilmu dan pengalaman adalah yg terpenting dalam penternak beyul tak Doc?

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali...ilmu shja ✗ memadai...minat sje pn ✗ memadai...mcm kita hidup, mane yg mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa...bukan ilmu, bukan juga minat...tp pengalaman mematangkan kita...same jga n penternak..pengalaman yg membuatkan kita lg maju..hehe

    ReplyDelete