About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, March 31, 2012

Surah Ar-Ra'd Ayat 39

Assalamualaikum wbt..
Hari ini, Tejaa nak kongsikan tentang salah satu ayat di dalam al-Quran yang mampu menjadi penawar dalam hidup kita. Sebelum ni Tejaa pernah kongsikan Surah As-Syura, Surah  Al-Waqiah, Surah Al-Insyirah. Sekarang Tejaa nak kongsikan tentang SURAH AR-RA'D Ayat 39 yang berbunyi:

يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".

Ayat ni pernah dikongsikan oleh seorang Ustaz semasa Tejaa manjalani Kursus Pra Perkahwinan.

Kegunaan ayat ni ialah untuk kita melupakan sesuatu perkara yang mengganggu fikiran kita. Macam Tejaa pun selalu je teringat kenangan2 lampau yang menyedihkan, menyakitkan, dan tak boleh lupakan langsung. Jadi, untuk melupakan apa2 yang menyakitkan, menyedihkan atau apa jua yang menyiksakan sehingga boleh menjauhkan kita dari jalan Allah, apakata amalkan Surah Ar-Ra'd ayat 39 ni.



Cara untuk amalkan dia senang sahaja. 

Mula2, baca SURAH AL-FATIHAH sebanyak satu kali
Kemudian baca SURAH AR-RA'D ayat 39 sebanyak 3 kali
sambil tangan memegang dahi.
Kemudian genggam dan buat gaya seperti membuang sesuatu.

Niatlah dalam hati untuk membuang jauh2 sesuatu perkara yang ingin dilupakan itu. Semoga Allah SWT menghapuskan perkara2 yang menganggu hati dan fikiran kita dan menetapkan hati kita untuk terus berjuang ke jalanNya. Dengan izin Allah, kita semua boleh hidup dengan tenang dan tak keluh kesah lagi...Ok...?

P/S: Ayat ni Tejaa pernah kongsikan pada Danisha Dahlia, sahabat Tejaa sewaktu dia perlukan pertolongan. Alhamdulillah, dah selamat mendirikan rumahtangga dengan bahagia sekarang..Hehe,..



5 comments:

  1. Terimakasih , hope its work for me

    ReplyDelete
  2. Memang susah nk lupakan seseorang..Hope it works for me too.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  3. Salam..sy dh mencuba pelbagaincara untuk lupa kan orang yg sy syg..dya tipu sy dgn ada perempuan lain dan bakal berkahwin tahun hadapan..hati sy sakit sgt sbb 4 tahun kami bersama hanya kerana perempuan tu baru muncul kerja di tempat dye dan saya baru habis belajar..puas sy berzikir mohon petunjuk dri Allah utk lapang kan dada sy supaya sy dpt mulakan hdup sy juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam saudari, saya pernah lalui apa yg saudari lalui sukar nk melupakan org ygkita sayang, tp saya selalu percaya, Allah tak meletakkan beban kpd seseorang tu sesuai dengan kekuatan dia utk tanggung..kalau saudari ada baca entry2 sebelum ni, saya betul2 dlm kekecewaan, tp sye dh buang semua entry2 yg sedih, mulakan dengan entry2 yg memberi semangat..begitu juga dgn kehidupan di luar..pengalaman pahit 2, mmg xkn boleh lupa..org kata belajar melupakan, tpi sebenarnya salah,.sebaliknya belajar menerima..disebalik percaya kpd qada dan qadar, itulah sebaiknya..saya belajar menerima yg dia bukan jodoh saya, 2 tahun masa saya ambil utk terima hakikat yg dia sudah berlalu dr hdup saya..betul..takmudah..tapi mesti kene kuat..hanya Allah tmpt bergantung..insyaAllah..

      Delete
  4. Assalamualaikum...saya mohon share dan terima kasih untuk perkongsian yg sgt bermanfaat...semoga tuhan memberkati hidup saudari

    ReplyDelete