About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Friday, June 1, 2012

Jom Pilih Tudung!


Assalamualaikum wbt..

Kalau sebelum ni Tejaa ada post satu entry tentang BULU KENING, hari ni pulak, Tejaa nak kongsi tentang tudung dan DADA..Dada? Dada ayam..?Dada Itik..?
Tejaa ada satu info menarik tentang dada seorang perempuan. Tejaa rasa semua sedar tentang pergerakan arus modenisasi terutamanya terhadap fesyen semasa. Pelbagai fesyen baru muncul seperti Hana Tajima style, Dian Pelangi style dan bermacam-macam lagi yang Tejaa nak sebut pun Tejaa lupa sebab banyak sangat style baru terutamanya fesyen tudung. Bagi Tejaa, tak salah untuk mengikuti fesyen semasa, namun biarlah bersederhana dan memenuhi tuntutan syarak.

Sebut pasal tudung, atau Hijab, atau selendang dan tak kisahlah apa2 fabrik yang menutupi kepala kita, ianya haruslah memenuhi beberapa syarat tertentu. 

Syarat Pertama:

Tudung tidak boleh jarang. Kebanyakan fesyen tudung hari ini fabriknya jarang dan jika dipakai boleh menampakkan bentuk leher, telinga dan sebagainya. Ada alternatif kalau pakai tudung jarang ni, macam Tejaa, Tejaa selalu jugak pakai tudung bawal ke kelas, sebab senang untuk diuruskan. Tejaa akan pakai tudung syria/ neck cover inner kt dalam untuk mengelakkan nampak bentuk leher dsb. Tapi, lagi selamat dan selesa pakai tudung yang fabriknya lebih legap atau tidak jarang.

ni antara contoh neck cover inner di pasaran
Syarat kedua:

Menutup dada. Perasan tak fesyen tudung hari ini, kebanyakannya tidak melepasi dada. Ada yang suka pakai selendang, namun, boleh cari selendang yang bila dililit, melepasi dada sebab dada juga sebahagian dari aurat yang perlu dilindungi dari pandang bukan mahram kita. Macam dalil kat bwah ni:

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Surah An-Nur Ayat 31)
Jelas kan..?
contoh tudung tutup dada..(sori heliza pinjam gamba awak..;))

Syarat ketiga:

Melepasi bahu. Syarat ketiga ini Tejaa dapat hasil dari menonton rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Tudung yang dipakai mesti melebihi bahu atau menutup bahu. Dan diharuskan untuk memanjangkan hingga ke siku. Secara logiknya kalau tudung tidak melepasi bahu, kalau kita angkat tangan, tudung akan terselak kan? So mungkin akan nampak benda2 yang tidak sepatutnya. Jadi, cari tudung yang melepasi bahu ya.

contoh tudung (selendang sebenarnye=pashmina) lepasi bahu..macam kenal je..:p

Syarat keempat:

Tidak menaikkan sanggul. Bertudung dah cantik, tapi ada bonggol unta. Urmm..Kan tak sedap mata memandang tu. Sanggul besar dan bonggol unta laen ye. Kalau perempuan yang berambut panjang, jika diikat rambut, masih kelihatan sanggul rambut tidak mengapa, tapi haram jika sengaja ditinggikan. Sekarang ni pun dah dijual sanggul tiruan kan? Jadi, jangan ikut ya?

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

contoh sanggul yg tinggi dan menyerupai bonggol unta
Ok, inilah syarat2 dalam bertudung yang Tejaa ingin kongsi. Kita rasa kita dah cukup memenuhi tuntutan agama dengan bertudung, tapi kita tak tersedar, dalam bertudung, kita masih tidak sempurna.   Kadang-kadang, peringatan seumpama ini membuatkan kita sedar yang kita masih lagi jauh tersasar dari tuntutan syarak. Tejaa pun sama, dulu, bukan tak tahu, tapi tak ambil tahu, sekarang bila dah amalkan sendiri, terasa ingin berkongsi dengan sahabat2. Jom bertudung labuh. Terasa sangat secure dari pandangan2 liar kaum Adam..InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment