About Me

My photo
Terengganu, Malaysia
Pengalaman, jatuh dan bangun kehidupan mengajar aku erti kedewasaan. Kebahagiaan tidak akan mungkin dikecapi tanpa secebis pengorbanan. Cinta yang suci takkan mungkin datang tanpa keikhlasan dan kejujuran..

Dunia...Dunia...

Bila Kita Susah Orang Benci..

Bila Kita Senang Orang Dengki!!


Saturday, June 9, 2012

Hukum Panjangkan Kuku Tapi Bersih

Assalamualaikum wbt..

Trend menyimpan kuku panjang bukan lagi perkara baru, tapi dah berlaku sejak zaman Tejaa sekolah lagi sampaikan setiap pagi selepas perhimpunan cikgu akan buat 'spot check' sekiranya ada pelajar yang berkuku panjang. Kadang2 ada yang menyimpan kuku panjang di jari kelingking sahaja, atau ibu jari sahaja, ataupun kesemua jari. Senang nak kupas benda katanya. Tapi ikhlaslah Tejaa tanya, kalau korang makan kt kedai, lepas tu korang tengok tukang masak kedai tu kuku panjang sedang menyiapkan korang nye hidangan, korang sanggup makan tak?

Kalau Tejaa la, Tejaa mintak maaf sebab memang Tejaa takkan pergi lagi dah kedai tu, sebab Tejaa dah pernah kena sekali. Bak kata sahabat Tejaa, kedai pontianak sebab tukang buat air, tukang masak, tukang ambik order berkuku panjang. Teehee..

Apa hukumnya simpan kuku panjang ya?


Perbuatan menyimpan kuku panjang melebihi 
kebiasaan ni sebenarnya perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi s.a.w. dan setiap perkara yang diajar oleh Baginda tu ada hikmah disebaliknya. Dalam kalangan majoriti ulama, perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh hukumnya. Bahkan jika lebih daripada 40 MALAM kuku tersebut tidak dipotong maka hukumnya tersangat-sangat makruh. Ada sebahagian ulama pula berpendapat bahawa hukumnya adalah haram. 

Jom kita lihat beberapa riwayat tentang memanjangkan kuku:

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."
Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."
Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Jadi, bila paling afdal untuk potong kuku?

Dalam kitab Hashiyah Rad al-Muhtar (Fiqah Hanafi), dinyatakan bahawa amalan yang paling AFDAL adalah memendekkan kuku ialah pada setiap minggu. Jika tidak pun, hendaklah dilakukan pada setiap 15 hari.

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada riwayat2 di atas. Antara hikmah disyariatkan amalan memotong kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit yang berpunca daripada kuman yang melekat di bawah kuku.
Kuman yang melekat di bawah kuku boleh berpindah ke dalam makanan yang kita makan apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun. Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci, berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan membiarkan kuku panjang tanpa dipotong memburukkan pandangan dan mungkin boleh memudaratkan.
Agama Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita masih belum lengkap.

Jadi, untuk sahabat-sahabat Tejaa, lelaki mahupun perempuan, tidak perlu simpan kuku panjang lagi selepas ini ok? Banyak keburukannya. Lagi satu boleh menyebabkan kecederaan jugak. :)

InsyaAllah, Tejaa harap dengan penerangan di atas, semua boleh faham hukum menyimpan kuku panjang di sisi syarak. Kuku pendek lagi jimat, tak perlu buat rawatan mencantikkan kuku dan sebagainya.
Kat bawah ni Tejaa sertakan cara untuk meotong kuku mengikut sunnah Rasulullah s.a.w untuk diamalkan ok? :)


Sehingga jumpa lagi di laen entry. Wassalam....cup3...

Rujukan daripada  buku  Al-USTAZ keluaran NO 02. 
Artikel oleh Ustaz Salehuddin bin Abu Samah. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum... sis Teja. Sy copy n share sedikit ayat2 dari blog sis boleh?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... sis Teja. Sy copy n share sedikit ayat2 dari blog sis boleh?

    ReplyDelete
  3. Saya mndi wajib dengn kuku saya yg pnjang,sahkah mandi wajib saya itu

    ReplyDelete